Thursday, February 18, 2010

Tercipta Untukku

alunan lagu-lagu di corong radio memecah kesunyian malam. sesekali terdengar suara Hisham menyanyi mengikut rentak lagu di radio dengan gayanya yang tersendiri. Adriana ketawa terhibur dengan telatah tunangnya itu. Sesekali mereka berbual tentang perkara yang berlaku siang tadi. Bunyi sms masuk di hp Hisham mengalih perhatian mereka. Hisham menjawab sms sambil memandu kereta honda hitam miliknya. Ringan sahaja mulut Adriana bertanya siapa gerangan yang mengirimkan sms tersebut. Bukan nak menyibuk, sekadar mahu tahu sahaja. Hisham menjawab soalan Adriana, mengatakan Imran, kawan baiknya yang sms mengajak lepak malam ni. Adriana sekadar mengangguk kepala tanda faham. dia memang mengenali Imran. sudah beberapa kali berjumpa dan kadang-kadang double date dengan Imran dan pasangannya menonton wayang di jusco.

sms demi sms bertalu masuk ke hp Hisham membuatkan Adriana mula tak senang hati.
'takkan lelaki sms lelaki panjang macam ni?' desis hati Adriana. Sesekali mata menjeling ke arah skrin hp Hisham.
Tiba-tiba dia ternampak ayat sms yang mengandungi perkataan 'saya' 'awak'. hati mula merasa resah. terus dia bertanya sekali lagi siapa yang sms? kalau Imran, kenapa guna saya awak? sebab setahunya bila berjumpa Hisham dan Imran menggunakan aku kau saja.

Hisham tetap memberi jawapan yang sama, Imran yang sms. Adriana ingin percaya, tapi entah kenapa hati jadi tak tenang. Hisham terus pulang ke rumah selepas menghantar Adriana pulang. Sesampai di rumah, hati Adriana masih resah. kenangan-kenangan lalu mula menghantui fikiran. namun dia cuba menepis. Hisham lelaki baik, tak mungkin dia menipu Adriana. Selepas mandi, Adriana terasa segar. Dia duduk di hujung katil sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Perasaannya tiba-tiba terganggu memikirkan betulkah Imran yang sms atau perempuan lain. dia tak mahu Hisham berbohong. Ringan sahaja tangannya mencapai hp didalam beg tangan lalu mengirimkan sms kepada Hisham bertanyakan sekali lagi betulkah Imran yang sms. hatinya betul-betul tak senang. bukan niat mahu curiga tetapi inginkan kepastian supaya dia  tidak berfikir bukan-bukan yang boleh merosakkan hubungan mereka berdua.

mungkin Hisham sudah penat menjawab soalan Adriana, Imran yang sms, kali ni dia menjawab yang dia keluar dengan orang lain. Adriana sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan Hisham.
OK. itu saja yang Adriana jawab. dia hanya nak tahu. kalau betul Hisham keluar dengan orang lain iaitu perempuan lain, Adriana tak boleh nak buat apa-apa. dia hanya mahu tahu. tu saja.

Adriana terus mengambil baju yang nak dipakai esok lalu diletakkan atas iron board. Dia mula menyibukkan diri tak mahu berfikir lagi. perasaan ni kalau dilayan hanya akan mengundang sedih dan airmata.  Tiba-tiba hp berbunyi. Nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin. Adriana menjawab panggilan tersebut. Pemanggil mula berdrama dengannya. Tak lama kemudia baru dia dapat mengenali suara pemanggil tersebut. Imran. kawan baik Hisham yang telefon. Imran menjelaskan sms-sms 'saya''awak' dia dengan Hisham tadi. Adriana rasa nak tergelak pon ada. Tapi tak dinafikan perasaannya rasa lega. panggilan diputuskan selepas berpuas hati dengan penjelasan Imran.
cemburukah dia? curigakah dia? kenapa perasaan ni perlu wujud? dia tak berniat pon untuk merasa curiga dengan Hisham, tetapi pengalaman beberapa kali ditipu membuatkan dia perlu berhati-hati. Dia percayakan Hisham, tak terlintas pon dihatinya yang Hisham akan menipunya. tapi entahlah...perasaannya benar-benar terganggu.

apabila semuanya sudah jelas, dia dah Hisham sms seperti biasa. Kemudian Adriana terlelap. Bunyi telefon mengejutkan dia dari lena. Hisham yang telefon kerana Adriana senyap sahaja. kemudian Hisham menyuruh Adriana sambung tidur kerana tak mahu mengganggu. Apabila panggilan diputuskan, Adriana membaca sms yang Hisham hantar semasa dia terlelap tadi. Dia menjawab sms Hisham. kemudian Hisham membalas dan sms tersebut tiba-tiba membuat hati Adriana menjadi sebak. tanpa dapat ditahan-tahan, airmatanya terus mengalir keluar.

Sukar nak gambarkan perasaan Adriana ketika itu. Dia benar-benar terharu dengan kata-kat Hisham. kalau orang lain baca, ayat tu biasa sahaja. tak ada yang istimewa pun. tapi bagi Adriana, kata-kata itu begitu mendalam maksudnya. terus sahaja wajah Hisham terbayang dimatanya. tergambar keikhlasan lelaki itu terhadap dia. terasa runtuhnya tembok 'independence' yang dibina oleh Adriana selama ini untuk dirinya. Apabila terkenangkan layanan-layanan yang diterima selama ini dari bekas-bekas kekasihnya berbanding yang diterima dari Hisham, bertambah laju deraian airmatanya. Adriana tidak mahu kehilangan lelaki ini. Bagi Adriana, Hisham 1 dalam sejuta. Betapa bertuahnya Adriana apabila ditengah-tengah perjalanan hidupnya yang penuh onak dan duri ini, dia ditakdirkan bertemu dengan Hisham. Adriana memohon kepada Allah, semoga Hisham tercipta hanya untuk dirinya dan semoga Hisham tidak akan berubah hati. sesungguhnya, Adriana sangat mencintai lelaki ini sepenuh hatinya.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails