Tuesday, April 30, 2013

terjerat dalam benda tak berfaedah

lama tak update blog. malas sangat nak update. sebelum arissa masuk wad lagi dah stat malas. diikuti pulak arissa masuk wad sampai 2 minggu. lepas tu aku pulak dah busy. busy main game candy crush : D. main candy crush lebih seronok dari mengupdate blog rasanya. pasal arissa masuk wad hari tu, entah rajin ke tak aku nak taip kat blog ni pengalaman baru menjaga arissa yang sakit semasa di wad. pengalaman mistik dan seram sepanjang 2 minggu di wad. owh rajinkah aku nak cerita? tapi entry ni aku nak cerita pasal game candy crush.

gambar ehsan akak yahoo

tau game ni dari encik capo. dia yang main dulu. mula-mula aku tak layan pun game ni. pastu saja try. tiga empat kali try main, terus aku melekat dan install kat henpon aku. pastu main game ni siang malam pagi petang bila game ada nyawa. selalunya berebut-rebut dengan arissa. aku main dekat henpon. dekat ipad pun ada. bagi arissa main kat ipad, tapi bila dia nampak aku main kat henpon, dia nak jugak main kat henpon aku. bila aku bagi dia henpon dan aku main kat ipad, dia nak jugak main kat ipad. last2 dua-dua dia pegang. punyalah tamak perangai kau arissa. sapa punya perangai kau ikut nih? last-last terpaksa main sorok-sorok. bukakan youtube lagu-lagu nursery rhimes kat tv, bila arissa leka layan youtube aku pun main candy crush.

gambar ehsan akak yahoo
gambar ehsan akak yahoo

kadang-kadang main candy crush ni boleh mendatangkan tension juga. sebabnya ada level yang agak susah dan mustahil nak capai target. nyawa game ada 5 je. kalau mati satu, kena tunggu 30 minit untuk nyawa diganti. kalau nak nyawa cepat, kena minta ehsan kawan-kawan fb yang main game ni jugak untuk bagi sumbangan nyawa. bila dah sampai level yang susah dan amik masa 2,3 hari untuk main tu biasanya memang akan diiringi makian la. memang tak semenggah. main game pun boleh memaki dan mencarut. ; p.

gambar ehsan akak yahoo. ni antara level yang buat aku main sambil memaki@mencarut

bila dah tahap melampau tensionnya, terus aku hulur henpon kat encik capo suruh dia mainkan bagi lepas level tu. mua hahahahaha. encik capo pun main juga game ni. dia dah jauh sket meninggalkan aku dibelakang. sebab tu kalau sampai level yang susah-susah, aku pass kat dia. at least dia dah berpengalaman dapat lepas level tu. tapi kadang-kadang dia pun tak dapat melepasi untuk kali kedua. akhirnya diri sendiri juga berjaya.

ok itu aje.



Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails