Thursday, November 29, 2012

kenangan yang terlupa dalam ingatan




tadi terbaca thread kat forum favourite aku cari.com.my pasal shopping complex the mall atau aku biasa panggil youhan. tetiba banyak kenangan mangusik jiwa yang aku teringat bila terbaca pasal the mall @ youhan ni. masa kecik-kecik dulu kalau pegi KL mesti pegi sana. masa tu awal-awal 90 an la. aku rasa masa tu youhan ni macam syurga dunia. hahaha. seronok betul bila teringat kapal besar, roller coaster, rumah hantu dan game-game yang ada kat sana masa tu. memang pemes habis.

teringat pula pegi rombongan sekolah masa form 1 tahun 1995. masa tu pegi sunway lagoon tapi sebelum balik kuala pilah, bas singgah kat youhan ni. seronok betul berjalan-jalan dengan kawan-kawan masa kat youhan tu. aku tak ingat aku naik ke tak kapal besar tu. tak pasti masa tu ketinggian aku melepasi paras yang dibenarkan ke tak. tapi memang seram betul dengar bunyi kapal tu berayun-ayun diiringi suara orang tejerit-jerit dalam kapal tu. owh ..memori sungguh.

lepas tu aku tak pernah pegi youhan lagi sebab takde sape nak bawak. hahaha. sehingga la awal tahun 2007, aku menjejakkan kaki semula ke the mall atau youhan ni. tu pun sebab aku sewa bilik kat apartment kat sentul. apartmen tu pulak betul-betul kat stesen terakhir star lrt. aku tak ingat dah nama apartment tu. tapi memang seronok gila kenangan masa tinggal kat sana. naik star lrt 1,2 stesen dari stesen sentul tu dah sampai youhan. kiranya dah 12 tahun berlalu baru aku menjejakkan kaki semula ke the mall ni.

aku macam tekejut dan tak percaya je betul ke youhan  tu ialah youhan yang aku penah pegi dulu? sebab aku tengok keadaan suram dan tak ramai orang. boleh dikira dengan jari berapa orang pengunjung kat situ. berbeza dengan zaman kegemilangan youhan tu dulu. sesak dan padat dengan orang. aku selalu pegi youhan ni sensorang je. dalam seminggu kadang-kadang 2,3 kali aku akan jejakkan kaki ke sini. ada la sekali dua dengan kawan tapi biasanya memang aku merayap sensorang je dulu. tempat yang aku selalu pegi kat youhan ni sekitar 2007 ialah cyber cafe kat tingkat 1 ke 2 tah. lupe dah. tapi aku memang antara pengunjung setia cc tu la. takde la berchating bagai. just cek emel je. masa tu tengah ramai secret admire, so banyak a emel yang nak dibaca. baca je balas belum tentu lagi. ahak ahak ahak.

biasanya lepas pegi cc aku akan window shopping sensorang kemudian makan mcd sensorang. naik lrt sensorang. orang memang a ramai dalam lrt tu, tapi aku la sensorang maksudnya.  sebenarnya aku hampir lupa kehidupan aku pada sekitar tahun tu. disebabkan terbaca pasal the mall@youhan terus tersingkap balik semua kenangan. indahnya kenangan masa tu...macammana aku boleh biarkan ia terpadam dalam kepala otak aku nih?

sejak aku pindah rumah ke kota damansara dalam tahun yang sama (2007), aku tak pernah lagi jejakkan kaki kat youhan tu. nak pulak aku dah pindah seremban skang, lagi la takkan hado aku pegi sana lagi. tapi kenangan bersama youhan  masa tu memang indah walaupun wataknya hanya aku seorang. oleh itu harus la aku semat semula kenangan tersebut dalam ingatan.


Monday, November 5, 2012

puas hati tapi geli geleman

aku memang geli dengan cicak. tapi cicak banyak betul kat rumah aku. yang buat aku sakit hati sangat sebab cicak-cicak ni suka teberak merata-rata. benci betul aku kalau aku nampak taik cicak bersepah-sepah padahal baru je bersihkan. lagi satu yang buat aku sakit hati, cicak ni bukan setakat merayap kat dinding, siling dan kat lampu, malah dorang bersuka ria berjalan-jalan kat lantai. ada sekali tu aku terpijak cicak kat lantai sebab tak sempat nak brek. Tuhan je yang tau macam mana geli gelemannya tapak kaki aku bila terpijak cicak tu. hak tuihhhh!!! cicak tu kelam kabut lari lepas kena pijak tu. dan aku pun kelam kabut lari sebab kegelian yang amat.

bukan tu je. kadang-kadang cicak ni suka menyorok celah-celah barang. bila aku nak ambik plastik contohnya, tetiba cicak tu melompat dari plastik tu dan buat aku terkejut serta kegelian. 

disebabkan aku terlalu sakit hati dengan cicak ni, makanya aku pun nekad beli perangkap cicak & lipas dengan harapan akan berkurang seterusnya terhapus lah cicak dari rumah aku.

rupa kotak perangkap tu

aku beli kat econsave. berapa RM aku tak ingat tapi bawah RM 8.00 kalau tak silap. dalam kotak ni ada 5 perangkap.

perangkap yang aku dah siap pasang.
 amik satu perangkap, cabut kertas pelekat kat dalam dia dan letak umpan kat tengah-tengah. aku guna umpan ikan bilis je sebab tak tau umpan apa nak letak lagi. lepas tu pasang perangkap tu macam rupa kat atas ni. letak perangkap ni kat tempat yang selalu nampak cicak main-main.

hari pertama, aku kecewa sebab takde hasil perangkap tu. hari kedua pun sama. owh tak menjadi perangkap aku nih! tiba-tiba cicak dah berhijrah pulak kah? tapi tak putus asa, aku biarkan je perangkap tu setia menanti mangsa.

tiba hari ketiga................ aku terjerit-jerit kegelian kat dapur sebab terperasan ada cicak dah mati terperangkap dalam tu. aku geli sebab badan cicak tu dah terpusing-pusing sebab cuba lepaskan diri tapi tak dapat sebab dah melekat kuat kat perangkap tu. aku ingatkan ada sekor, rupa-rupanya ada 3 ekor. wahhhh...bertambah-tambah kuat aku menjerit kegelian sebab geli geleman betul tengok badan cicak tu terpusing-pusing. yuccckkkkk!!!!

aku nak buang perangkap tu pun geli sungguh tapi terpaksa cekalkan hati. cepat-cepat buang perangkap dalam plastik dan ikat kuat-kuat takut cicak tu hidup balik dan lari. eeeeee...geli sungguh lah. keeseokkannya pasang lagi perangkap dan membuahkan hasil jugak. ada lagi cicak terperangkap dan mati.

harap-harap cicak ni terperangkap la beramai-ramai dan mengurangkan populasi cicak dalam rumah aku lepas ni. walaupun aku sangat geli nak buang mayat-mayat cicak yang terperangkap tu...tapi aku redha je asalkan aku tak kena buang taik korang hari-hari.


Sunday, November 4, 2012

saje nak cuba


baru-baru ni aku terbaca di beberapa blog pasal produk dari korea ni. so aku pun berminat nak mencuba. aku tak pasti produk ni ada jual kat kedai atau tak. aku beli online di www.hansaegee.com.

apa yang aku beli ialah Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack (RM 37.00),  Vita Lightbeam Essential Mask (RM8.90) dan I.P.I Lighmax Ampoule Mask (RM10.90). harga pun tak mahal dan mampu milik. so aku cuba je 3 produk ni dulu. kalau aku rasa bagus mungkin akan beli lagi.

kalau ada sesiapa nak tau lebih lanjut pasal produk ni atau nak beli, boleh la jenguk www.hansaegee.com
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails