Thursday, October 2, 2014

dia...kucing ku


'agak-agak kalau aku letak gamba ni kat profile catbook, ada tak cik cing yang single nak berkenalan?'

betullah kata orang, bela kucing ni boleh hilangkan stress. kucing boleh jadi penghibur dan juga peneman. tapi bagi aku dan arissa je. TIDAK pada encik capo. beliau tidak mesra kucing. sejak ada alaric beliau kelihatan bertambah stress. terutama bila alaric datang menggesel pada kaki atau alaric tiba-tiba baring sebelah beliau. masa tu terdengarlah encik capo menjerit kecil atau terlompat. hahaha. kan aku dah kata, kucing ni boleh jadi penghibur. kadang-kadang alaric baru je pandang encik capo lama sket atau cuba menghendap encik capo, terdengarlah amaran keras dari encik capo kepada alaric supaya jangan datang dekat dia.

lepas amik gamba ni nak upah wet food tau!

alaric bukan saja jadi penghibur dan peneman, malah jadi pemburu juga dirumah. aku sangkakan kalau bela kucing dalam rumah ni, kucing tu jadi bodoh je. rupa-rupanya tidak. alaric sangat aktif memburu. apa saja serangga dalam rumah, mesti jadi mangsa kalau dia dapat tangkap. paling aku suka bila alaric dapat tangkap cicak dan lipas. populasi cicak mula berkurang walaupun tak terhapus sepenuhnya. cuma yang aku tak berkenan, lepas puas main-main dengan cicak atau cicak dah mati, bangkainya dibiar je bersepah-sepah oleh alaric. yang paling ngeri ialah bila aku terpijak bangkai cicak dan lipas tersebut. yang paling scary sekali tentulah terpijak bangkai cicak yang lembik tu. yuccckkkk! sebelum ni pernah juga ternampak kelibat tikus. tapi sejak alaric si pemburu ada, tak nampak lagi dah kelibat tikus.


yahoo! malam ni boleh tido dalam bilik

masa encik capo dimasukkan wad beberapa minggu lepas selama 5 hari, alaric lah peneman tido aku. arissa tido dengan wan dia kat ruang tamu. sekali je arissa tido dengan aku dalam bilik. alaric lah yang jadi peneman. kadang-kadang takut juga tido sorang-sorang. kucing jadi peneman pun kira ok lah.tak payah panggil pun, alaric yang datang sendiri. tau-tau dia dah ada kat sebelah tak pun kat tepi kaki. tapi kalau encik capo ada, jangan haraplah alaric nak dapat tido dalam bilik atas katil. kompem kena halau punya. hahaha.

apesal tak boleh lelap ni? rasa tak sedap hati lah.

pagi-pagi pukul 5 pagi bila aku dah bangun tido, alaric mesti berkejar datang kat pintu bilik bila dengar aku bukak pintu. bila nak mandi, alaric tunggu je kat depan pintu bilik air. kalau tak tutup pintu bilik air, siap teman sampai masuk dalam bilik air lagi. kalau aku masak atau basuh pinggan kat dapor, kompem alaric pun datang teman kat dapor. dia terbaringlah kat tepi kabinet tunggu aku setel masak atau basuh pinggan. bila aku bersihkan sangkar dan basuh lantai sekitar kawasan sangkar alaric, dia pun teman dan tengok je aku membasuh lantai. bila dah setel, aku pegi ruang tamu, dia pun ikut sekali.

betul ke capo grande tido kat spital ni? risaunya kalau tengah tido kang capo grande balik pulak. kompem aku kena halau ni.

setianya kucing aku yang bernama alaric ni. seronok sangat dapat kucing macam ni. sayang sangat dengan alaric. tapi satu je masalahnya. penakut mandi. kalau nak mandikan alaric, kena masukkan dalam sangkar kecik dan siram la dari luar jaring. tapi bila aku masukkan tangan untuk syampu, dia takde lak marah atau cuba nak mencakar. diam je. tapi bila siram dengan air, mengiau-ngiau sambil cuba nak lepaskan diri dari sangkar kecik tu.

bila aku balik keje atau balik dari mana-mana, mesti alaric akan ikut aku masuk dalam bilik. sambil menunggu aku bukak tudung atau tukar baju, dia pun bergolek-golek manja nak menggoda suruh dukung dia. comel sangat perangai tu.


syoknya dah 5 hari dapat tido atas tilam empuk

tapi...alaric semakin bujang. kucing jantan kalau dah bujang, faham-faham je lah naluri nak mengawan tu pasti akan ada juga nanti. serba salah aku. ada orang akan mandulkan kucing tu. tapi aku tak sampai hati...nak bagi dia lepas keluar dari rumah, aku risau sebab dah ada 'abang kawasan' yang selalu berjaga kat tangga dan kawasan sekitar apartmen. kucing jantan mana boleh jumpa kucing jantan lain. nak pulak tak kenal. mesti bercakaran. aku risaukan alaric cedera. masa alaric terjatuh dari rumah dulu pun dah kena kerjakan kat 'abang kawasan' tu sampai luka-luka badan dia. bukan tu je, masa alaric hilang, dia kena kejar anjing lagi tu. belum lagi kereta yang lau lalang kat jalan raya tu. jadi, macam mana aku nak biarkan dia bebas keluar dari rumah? aku percaya kalau aku lepaskan dia, alaric mesti akan balik rumah lepas jumpa awek, tapi kalau dah ada 'abang kawasan' dan anjing-anjing di kawasan sekitar, aku takut tak dapat jumpa alaric lagi. nak bela kucing betina, tak dapat kelulusan dari encik capo sebab dia taknak populasi kucing bertambah kat rumah tu. hmmmm....penyelesaian yang aku nampak sekarang ni ialah bela kucing betina. kucing parsi. biar dapat anak kacukan. ngeh ngeh ngeh. harap-harap lepas encik capo baca entry ni, beliau akan bagi permision bela kucing betina. tak belikan pun tak pe. yang penting permission tu. sian alaric...... wink wink!

betul ke esok capo grande keluar spital? mmm...takde can lah aku nak tido atas tilam ni dah...T_T


capo grande dah balik rumah, kena lah aku tido kat sini balik.

aishhh!!! camne nak tido ni. begoyang-goyang lak buai ni ha. mintak-mintak malam ni dorang lupa lah tutup pintu bilik. boleh lah aku menyelinap tido atas katil.


ok. tu je entry untuk kucing kesayangan aku nih. alaric...si pemburu kacak.


Monday, September 29, 2014

agak kejam juga

hari jumaat malam yang lepas, aku tengok wayang lagi. kali ni movie The Purge Anarchy. aku memang kaki wayang. akan tengok wayang jika ada movie best yang aku berkenan. kalau dalam seminggu tu ada 3 movie best, maka 3 kali lah aku akan tengok wayang dalam tempoh seminggu  tu. kebiasaannya memang akan pergi tengok wayang dengan laki sendiri atau kadang-kadang dengan arissa, kakak aku dan anak-anak buah aku.sejak aku kahwin, aku tak pernah lagi tengok wayang dengan kawan-kawan. kenapa??? adakah sebab aku takde kengkawan sekepala kat sini berbanding masa tinggal di Damansara / Key EL?? atau sebab tengok wayang dengan laki atau keluarga sendiri lagi best? jawapan: kedua-duanya pun betul. kekekekeke.

bayangkan korang diburu oleh pembunuh-pembunuh macam ni dan tak ada tempat nak sembunyi dan tak ada sesiapa nak tolong.


tengok movie the purge anarchy hari tu di MBO di Terminal 2. geram betul sebab dari hari tu nak pergi tengok kat TGV Jusco Seremban 2 tak dapat-dapat. kali ni tak dapat tengok kat Jusco sebab movie ni tak ditayangkan di sana. pergi tengok wayang hari tu dengan encik capo, lida, duan dan akim. kali ni tengok wayang tak beli popcorn. macam aku pernah citer sebelum-sebelum ni, pop corn kat MBO tak berapa best berbanding pop corn di TGV Jusco dan GSC Terminal 1.

Movie The Purge Anarchy ni sebenarnya adalah movie sambungan kepada movie yang 1st, The Purge. citer yang 1st ni aku dah layan, dan best. jadi mesti tengok movie yang kedua pula. Dari segi pelakon tak ada kena mengena dengan 1st. yang masih sama adalah konsep cerita tersebut dimana pada masa akan datang (jangan bayangkan kereta boleh terbang, manusia tinggal di planet lain atau bulan dan sebagainya seperti yang biasa movie zaman akan datang dibayangkan), kerajaan Amerika telah membenarkan dalam tempoh 12 jam dalam setahun, semua penduduk boleh keluar membunuh sesuka hati tanpa akan ditangkap atau didakwa. pada satu tarikh yang akan ditetapkan, selama 12 jam manusia bebas membunuh. tak kira nak bunuh keluarga sendiri atau sesiapa saja yang mereka nak bunuh. hospital juga akan ditutup dalam tempoh 12 jam tu. maknanya sesiapa yang tercedera kalau datang kat hospital tak akan dilayan atau dirawat.


The Purge yang 1st. bayangkan depan pintu rumah ada orang pakai topeng macam ni sambil pegang senjata tengah berusaha  nak pecah masuk rumah dan membunuh semua yang ada dalam rumah.


ramailah yang mengambil bahagian dengan keluar membunuh. ada juga yang tak mahu membunuh tapi mereka haruslah bersedia juga untuk berlindung dan mempertahankan diri sebab mungkin rumah mereka akan jadi target oleh pembunuh rambang yang sedang gila nak membunuh. jadi, konsep movie ni pasal bunuh membunuh dan bagaimana nak menyelamatkan diri dari jadi mangsa bunuh.

kalau sesiapa yang tak suka citer yang agak ganas bunuh membunuh dan penuh darah ni tak perlu layan kot cerita ni.sebab cerita ni memang kejam sangat. bagi aku movie ni best. aku memang suka layan citer macam ni selain daripada citer hantu. tapi aku hanya suka dalam movie je sebab dah tentu lah mereka tu berlakon. kalau kejadian yang sebenar-benar di alam realiti memang aku benci lah dan takut sangat.

ok tu je.



** ada je movie yang aku dah tengok 1st, tapi takkan sekali-kali tengok sequel yang seterusnya. contohnya movie Twilight. serius aku menyesal tengok citer hampeh tu. kat wayang pulak tu tengok. membazir masa dan duit.

menyesal layan citer ni.

Friday, September 26, 2014

kawan baik yang berbulu


alaric. 

kawan gurau/main arissa dan alaric jugaklah kawan gaduh dia. kadang-kadang sampai menangis-nangis hanya sebab alaric taknak main dengan dia.




asal beli mainan baru untuk arissa. alaric mesti nak menempel sekali. kadang-kadang alaric dengki atau nak menyakat arissa dia akan duduk atas mainan arissa tak bagi arissa ambil.  lepas tu mula lah dengar arissa menangis tak pun marah-marah. bila arissa keluarkan buku warna dan mula nak mewarna, tiba-tiba alaric datang dan dengan selamba baring atas buku warna tu. terkulat-kulat arissa kat situ sambil tangan dah pegang pensel kaler. kalau arissa tak marah atau nangis, dia akan pergi kat satu sudut sambil buat muka sedih. kelakar tengok perangai masing-masing. bergaduh macam bergaduh dengan manusia.





 kalau diorang start main kejar-kejar tu lagi kelakar. kalau arissa kejar alaric, alaric lari dan nyorok. bila arissa dah blah, alaric pun serang hendap dan kejar arissa balik. bila arissa dah lari alaric lagi laju kejar pastu tangkap kaki arissa. kelakar betul. terhibur hati tengoknya. tapi alaric bukan main kejar-kejar dan nyorok-nyorok dengan arissa je. dengan aku sekali pun dia ajak join main. suka layan perangai alaric bila dia dah mula terhendap-hendap. nak start ajak main kejar-kejar lah tu. kadang-kadang tak nampak mana alaric. tengah jalan nak pergi ruang tamu, tau-tau alaric dah tangkap kaki aku pastu bila nak ambil dia, dia lari nyorok sambil terhendap-hendap.




ni perangai arissa dengan alaric bila tengah berbaik. boleh baring dan main sama-sama. bila bergaduh, nak dekat pun arissa marah. elok lah tu boleh berkawan baik. sorang takde adik, sekor takde kawan.


Tuesday, September 23, 2014

musim

minggu lepas arissa dan encik capo demam. encik capo sampai kena masuk wad 5 hari. alhamdulillah arissa stabil. cuma demam yang baru sehari sembuh datang balik bersama batuk, tapi masih terkawal lagi. semalam demam arissa dah surut balik. harap-harap terus surut dan sihat hendaknya.


gambar ehsan google

hari ni aku pula yang demam selsema. seksa rasanya bila demam selsema tapi pergi kerja. dengan aircond yang sejuk gila, dengan terbersin-bersinnya. indahnya kalau dapat terbaring kat rumah. harap-harap esok sihat semula. seksa pegi keje kalau masih tak sihat. kalau boleh taknak lah mc atau el. minggu lepas dah el masa arissa demam tu. sebenarnya dah nak siap pegi keje tapi arissa meragam pula menangis tak bagi aku pegi keje. disebabkan kesian sebab arissa demam panas sangat, maka aku el lah.

musim demam agaknya sekarang....


tangan

hari khamis lepas, aku terjaga seawal pukul 5 pagi. sejak daripada masuk tido pukul 12 lebih dah beberapa kali terjaga. setiap kali terjaga terus raba dahi, leher, badan dan tapak kaki arissa. panas sangat. arissa dah 3 hari demam dan hari itu suhu paling panas aku rasa.

kebetulan, arissa terjaga bila aku raba-raba dahi dia tu. aku senyum, arissa pun senyum. lepas tu nampak macam arissa lelap balik, aku pun nak sambung tido dalam sejam lagi sebab ngantuk lagi. tak sampai 10 saat aku lelap, arissa kejut.

arissa: mak, tangan sape tu?

aku: ha? tangan apa?

arissa: tu kat almari tu ada tangan buat camni camni. (sambil buat gaya tangan melambai).

aku pun tiba-tiba tercuak juga. tangan ape pulak ni? dah lah belum azan subuh lagi. kepala hotak memang terus imagin tangan hantu je. arissa pulak dari dia kecik setiap kali dia demam, mesti dia akan nampak penampakan makhluk-makhluk halus ni. setiap kali demam ok.

dahlah encik capo tak ada sebab masuk wad. dalam bilik tu ada aku, arissa dan si alaric yang setia temankan kiteorang sepanjang malam dalam bilik tu. alaric tido sebelah aku kiri aku, arissa sebelah kanan.

aku: tak nampak pun tangan. tangan ape ni?

arissa: tangan tu dah hilang. dia dah menyorok kat celah almari.

bertambah saspen lah aku. mula lah aku terbayang tangan hitam berbulu. ohhh..imaginasi hantu aku sangat tinggi.


aku: dah lah arissa. takde apa-apa tu. tido lah. (sebenarnya aku dah takut. kekekeke)

arissa: mak, jom kite pegi tengok tangan tu pergi mana.

aku: ok. (sebenarnya dah takut dan nak keluar dari bilik).


aku pun berpimpin tangan dangan arissa keluar bilik pergi ke ruang tamu. mak, kakak dan anak buah aku ada  tido kat rumah aku. temankan aku dan arissa sebab encik capo kan kena tinggal kat wad. mak dan anak buah aku tido kat ruang tamu. mak aku memang dah bangun masa tu. aku tinggalkan arissa dengan mak aku lalu aku ke bilik air dalam bilik nak mandi. alang-alang dah bangun, terus lah mandi nak pegi keje walaupun belum pukul 6 pagi. saspen jugak nak masuk dalam bilik sebab teringatkan tangan yang arissa cakap tadi. aku taknak citer kat mak aku pasal tangan yang arissa nampak sebab takut semua orang panik (padahal aku je yang panik).

lepas mandi pergi ke depan semula tengok arissa dah baring dengan mak aku. lepas tu mak aku bagitau aku arissa cakap nampak tangan melambai-lambai dalam bilik. arissa cakap kat tangan tu pegang towel. mak aku pun cakap kat arissa tu mak uda dia. mak uda tu kakak aku si lida.

aku: ha??? cisss!

penat aku saspen. masa arissa cakap kat aku nampak tangan tu dia takde sebut pun pasal tangan tu pegang towel. kalau arissa cakap ada pegang towel, kompem lah aku tak terbayang tangan hantu.

rupa-rupanya memang kakak aku ada masuk dalam bilik aku sebab cari alaric. bila dia nampak alaric tido sebelah aku, tu yang kakak aku lambai-lambai panggil alaric sebab alaric pun pandang dia. aku tak nampak sebab aku dah lelap mata. arissa pulak nampak tangan je sebab posisi arissa kat tepi dinding menyebabkan dia hanya nampak tangan tak nampak muka. kalau kat posisi aku kompem aku nampak muka kakak aku tu.

aku pulak tido tak tutup pintu sebab nak bagi alaric tido dengan aku. kalau aku tutup pintu tak dapat pulak alaric keluar teberak / tekencing. tak pasal-pasal semerbak dalam bilik aku bau taik dia.  kalau encik capo ada, alaric memang takde can tido dengan aku dalam bilik. encik capo mesti halau punya dan tutup pintu. kekekeke.

hai lah arissa. buat saspen mak ngko je. bukan dia tak tau mak dia asik baca citer hantu dengan asik tengok citer hantu je kejenye. 


Wednesday, September 17, 2014

tengok wayang



petang hari isnin yang lepas aku tengok wayang cerita As Above So Below berdua dengan lida. niat hati nak tengok kat jusco sebab pop corn dia best. tapi tayangan kat jusco malam pula. nak tak nak terpaksa tengok kat MBO Terminal 2. pop corn kat MBO tak best tapi walaupun tak best tetap beli sebab nak mengunyah jugak masa tengok movie nanti.

poster citer ni langsung tak menarik. tajuk pun tak berapa mengancam. tapi sebab aku ada tengok trailer dia macam best maka aku pun ajak lida pegi tengok. encik capo tak join sebab beliau ada hal. dalam hall sebesar-besar tu boleh pulak aku dengan lida je yang ada dalam tu. mana pergi orang lain? takkan takde sape nak tengok citer ni?

setelah menonton iklan hampir setengah jam, maka cerita pun bermula. bila citer dah start, pop corn pun dah habis sebab dah makan sepanjang siaran iklan tadi. berdua pun berdua lah, yang penting selamat dan tiada gangguan anasir-anasir jahat oleh manusia atau makhluk lain.

permulaan cerita agak slow sebab banyak cakap. cerita ni berdasarkan rakaman camera cam. jadi gambar agak goyang-goyang namun masih terkawal. bila dah tengah-tengah baru start saspen dan seterusnya seram. ada adegan terkejut juga yang menyebabkan lida menjerit. suka hati dia menjerit dalam wayang. mentang-mentang takde orang lain. disebabkan takde orang lain makan aku tak berapa malu sangat dengan perangai dia. seterusnya ada beberapa adegan yang terasa nak tutup mata tapi tak tutup sebab nanti rugi pulak tak tahu apa jadi. just kecikkan mata je konon-konon tak berapa nampak tapi nampak. hahahaha.

kesimpulannya citer ni best jugak. sebab saspen dan seram. cuma mungkin tajuk dan poster tak menarik. atau mungkin masa aku tengok tu je tak de orang. mungkin masa yang lain ramai orang lak.




2 hari sebelum tu (hari sabtu malam), aku dengan encik capo tengok citer The Maze Runner kat MBO juga. masa ni ramai orang. penuh hall. niat awal nak pegi tengok kat jusco tapi bila dah sampai jusco, tinggal seat depan je. maka terus masuk keta dan drive ke MBO.  nasib baik ada couple seat yang masih kosong. bila couple seat kompem lah lokasinya kat belakang sekali. selalunya kalau nak tengok wayang aku akan beli tiket online. tak suka main terjah je. tapi sebab masa tu dah pukul 6.30 petang, baru habis bertugas sebagai urusetia di Dewan MPS sempena Karnival ICT, tu yang main terjah je pegi jusco. hasilnya macam tu lah. seat penuh tinggal seat depan je. kalau kat MBO pun takde seat belakang-belakang memang masuk keta terus drive balik rumah je.

citer The Maze Runner ni pun best. tak sia-sia dari dewan MPS ke jusco kemudian ke MBO terminal 2 untuk tengok citer ni.

ok. tu je.


Thursday, July 17, 2014

cerita bulan puasa

dah nak masuk 3 minggu berpuasa. aku rasa tahun ni lah puasa yang aku tak rasa letih dan lapa sangat. macam biasa-biasa je. minggu pertama puasa aku sangat rajin memasak. hari-hari masak sendiri, buat kuih. rajin google resepi dan buat. bukan google je. hari puasa pertama je aku aku tak masak sebab berbuka kat rumah abang aku. setakat hari ini, belum jejak lagi bazar ramadhan. aku rasa dah 3 tahun aku tak pergi beli makanan kat bazar ramadhan.

berbuka pun ala kadar. taknak membazir. lagipun kami berdua je yang makan. semuanya masak yang simple-simple. tak pe, yang penting aku masak sendiri, tak beli. aku ni boleh je memasak cuma malas. penyakit malas tu kalau datang, nak goreng telur pun aku malas. tapi bila rajin datang, semua benda aku nak masak.

puasa kedua aku masak nasi putih, lauk gulai ikan tenggiri campur cendawan, rojak tauhu taugeh timun telur rebus plus kuah lada dan airnya aiskrim soda. puasa ketiga masak lauk sambal sotong, goreng kangkung. lepas tu buat kuih bebola roti udang (ni aku google resepi), dan air sirap bandung. puasa keempat, masak kuew tiaw sup dengan puding roti. puasa ke lima dan seterusnya aku dah lupa aku masak apa.tapi aku ingat aku masa puding roti 2 kali dalam minggu pertama tu.

minggu kedua aku dah jarang memasak. sebabnya, aku demam beberapa hari. bila dah sihat, minyak masak dah habis asik lupa nak pergi beli. bila dah sampai rumah baru teringat, memang takkan adanya nak keluar balik. aku pun tak berapa ingat berbuka apa sepanjang minggu kedua. tapi yang pasti tak ada beli kat bazar ramadhan.

minggu ketiga ni baru stat memasak balik. tapi masak yang simple je sebab request dari encik capo. semalam aku ingat nak masak sambal ayam. tapi boleh pulak encik capo request nak berbuka makan kuih jemput cicah sos cili je. aku pun sukalah sebab senang sangat. sambil masak boleh berwasap-wasap lagi dengan adik beradik. round pertama hangus sikit kuih jemput sebab leka berwasap punya pasal.

setiap hari masa bulan puasa ni, aku makan betul-betul masa berbuka tu. lepas tu memang tak makan apa-apa. sahur, aku cuma masak untuk encik capo sahaja. tapi ada juga beberapa kali aku tak sedar nak kejut encik capo sahur. aku memang tak boleh makan sahur. perut aku sensitif sangat. aku cuma minum air suam 2 gelas je. kalau aku makan nasi atau makanan lain, aku pasti akan sakit perut tahap guling-guling punya. sebab makan awal pagi sangat. perut aku tak boleh terima. hari tu aku tak tahan godaan lauk ikan bilis goreng + bawang yang aku masak untuk encik capo masa sahur. aku pun nak makan juga pukul 5 pagi tu. tak lama lepas tu terus aku sakit perut beguling-guling sampai petang esoknya. aku sangkakan tahun ni perut aku dah boleh makan masa sahur. rupa-rupanya tak..... oh ya, arissa pun kadang-kadang bangun masa sahur. dia nak sahur jugak katanya. tapi sahur susu je lah lepas tu lelap balik dengan botol masih dimulut.

ok hari ni nak masak apa? esok nak masak apa? aku belum fikir lagi. tapi kena fikir nak masak apa yang spesel sikit sebab nak membalas pemberian jiran-jiran.


Friday, July 4, 2014

arissa dah ada kawan bermain dan bergurau

setelah beberapa hari bela alaric, maka tiba masa untuk mandikan dia. walaupun masa beli tu alaric memang bersih tapi aku nak mandikan juga. aku percaya tuan lama dia dah mandikan alaric sebelum jual tu. dulu-dulu masa aku tinggal di kampung aku pernah je mandikan kucing. hasilnya, habis tangan dan badan aku luka-luka kena cakar sebab kucing-kucing ku penakut air sangat masa tu. kucing yang jenis penakut air ni walaupun manja sangat bila kena siram dengan air terus bertukar watak jadi garang. pernah satu ketika kuku kucing tu dah terbenam dalam daging kat lengan dan kucing tu hanya berpaut pada tangan aku menggunakan kukunya yang dah terbenam tu. maksudnya, dia terjatuh tapi sempat berpaut pada lengan aku dengan membenamkan kukunya pada lengan aku. sakit dan berdarah. sejak tu kalau nak mandikan kucing, aku akan kurung dalam bakul dan siram. selamat sikit.


tapi sebab alaric kecil lagi maka aku beranikan diri mandikan dia sambil pegang. mula-mula aku bersihkan telinga alaric dulu guna putik kapas dan baby johnson oil. lepas tu aku bawak alaric ke besen yang aku dah siap-siap letak air suam. lagi satu besen aku asingkan untuk bilas dia nanti. walaupun alaric meronta-ronta sikit dan mulut mengiau aje, tapi semuanya masih dalam kawalan lagi. lepas siram air sampai semua bulu dia basah, aku syampu guna syampu kucing yang memang aku dah siap-siap beli. lepas tu bilas dan lap. dah lap kering sikit aku lepas kan alaric untuk keringkan diri sendiri. bila dah kering betul baru aku sikat guna sikat kucing. alaric dah bersih dan wangi barulah sedap nak peluk dan cium. sebab aku suka sangat cium kucing jadi alaric mestilah bersih dan wangi selalu. aku mandikan alaric sekali setiap minggu. selalunya aku mandikan dia pagi sabtu.



sejak alaric ada di rumah, arissa tak adalah sunyi lagi sebab tak ada kawan. alaric dan arissa pun dah jadi kawan baik. kalau sebelum ni alaric lari bila nampak arissa, sekarang ni kalau arissa takk layan alaric atau tak main dengan alaric, mesti alaric datang kat arissa dan colek-colek arissa. macam kelakar pula. kalau sebelum ni bila arissa dukung alaric, alaric mesti meronta nak lepaskan diri. tapi hari demi hari bila dah selalu main sama-sama, alaric pasrah je bila arissa dukung dan bawak ke hulu hilir tak lepas-lepas. dah tak ada meronta-ronta nak lari lagi. bila aku dukung alaric, cepat je alaric tu meronta nak lepas (kalau dia tengah aktif main). tapi walaupun tengah aktif bermain dan arissa tiba-tiba amik dan dukung dia, terus alaric senyap dan pasrah. diam je. suka betul arissa bila alaric dengar cakap dia. budak berdua tu siap main kejar-kejar lagi. tak menahan aku tengok bila alaric lari sebab arissa kejar lepas tu arissa pulak lari sebab alaric kejar. siap main nyorok-nyorok lagi tu. walaupun alaric hanya seekor kucing tapi dia dah menjadi kawan baik arissa skang. 


tu je idea nak taip. ;-D



Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails