Showing posts with label my own writing. Show all posts
Showing posts with label my own writing. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Biarkan Bulan Bicara Sendiri (Bhgn 2)

Danial turut merenung makhluk itu. Sesaat pun dia tidak boleh terleka kerana berbanding dirinya, pergerakan makhluk itu sangat pantas. Beberapa saat berlalu, Danial dan makhluk itu masih merenung antara satu sama lain. Makhluk itu dengan mata yang merah dengan taring yang tajam menyeringai mula melangkah perlahan menghampiri tempat Danial berdiri. Danial masih tidak berganjak dari kedudukannya. Rihana yang memerhati dari celah akar pokok itu semakin takut melihat situasi itu. Dia tidak mahu Danial mati. Pertama kali Rihana dapat melihat makhluk yang meragut nyawa sahabat-sahabatnya dari dekat. Wajah yang sangat hodoh dan menakutkan. Bentuk badannya seperti serigala sebesar lembu jantan. Namun ada sedikit kelainan pada wajah makhluk tersebut, tidak seperti serigala biasa.

Friday, March 19, 2010

Biarkan Bulan Bicara Sendiri (Bhgn 1)

Bunyi derapan kaki yang memijak daun-daun kering membuatkan jantung Rihana berdegup kencang. Seluruh tubuhnya menggigil. Baju t-shirt hitam yang dipakainya lencun dibasahi peluh. Sudah hampir 2 jam dia bersembunyi dicelah akar pokok besar itu. Danial dan Karina hilang entah dimana. Adakah mereka selamat? Rihana berharap bunyi derapan kaki yang didengarnya tadi adalah rakan-rakannya. Dia cuba mengintai dari celah-celah akar besar itu. Badannya digerakkan perlahan-lahan, bimbang dapat dikesan. Keadaan yang gelap menyukarkan pandangan Rihana. Dari tempat dia bersembunyi dia dapat melihat susuk tubuh manusia yang sedang berjalan terhenjut-henjut. Sesekali terdengar erangan dari manusia tersebut seolah-olah berada dalam kesakitan. Dari suara erangan itu, nyatalah manusia didepannya adalah seorang lelaki. Hati Rihana sedikit lega mengetahui bukan dia seorang berada didalam hutan tebal ini.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails