Showing posts with label my resepi. Show all posts
Showing posts with label my resepi. Show all posts

Friday, January 18, 2013

sotong kangkung


masa jamuan besday arissa pada 1.1.2013 yang lalu, antara menu yang aku sediakan adalah sotong kangkung.  aku nak kongsi resepi yang aku google kat intenet tapi tak ingat website mana sebab aku bukak 3,4 resepi lepas tu aku pilih yang paling simple aje dan bahan yang tak susah untuk dicari. resepi ni aku dah modified ikut selera tekak aku.


bahan-bahan

sotong kembang
sayur kangkung

bahan sos

*setengah cawan lada mesin (kalau nak pedas, lebihkan lada)
*satu setengah cawan petis
*1 cawan air asam jawa
*1 cawan air kosong/air paip
*1 cawan gula
kacang tanah (dah di goreng dan ditumbuk)
suku cawan tepung gandum

sukatan bergantung kepada selera masing-masing. kalau nak pedas lagi lebihkan lada, kalau nak manis lagi lebihkan gula dan sebagainya.

cara-cara

1. rendam sotong kembang dalam air panas lebih kurang 10 minit.
2. rendam juga kangkung dalam air panas dalam 5 minit.

** haritu aku rebus sotong tu sebab bila rendam dengan air panas je macam mentah lagi. tapi aku terebus lama sangat kot jadi sotongnya jadi liat sket.

cara buat sos

1. masukkan semua bahan bertanda * dalam periuk dan nyalakan api.
2. kacau hingga sebati.
3. bila rasa-rasa dah nak masak, masukkan tepung gandum yang dah dicairkan dengan air untuk tujuan melikatkan / memekatkan kuah sos tersebut.
4.masukkan dalam bekas yang sesuai dan taburkan kacang tanah yang dah ditumbuk.
5. siap


Thursday, March 22, 2012

aku yang buat kek, marie yang dapat nama

sepanjang minggu lepas aku agak busy sehingga takde masa nak buat kek. mana taknya, 2,3 hari balik rumah pukul 2,3 pagi. bukan aku stayback di opis sampai pukul 2,3 pagi. bukan juga aku berpoya-poya di kelab-kelab malam atau kelab dangdut. malah encik capo dan arissa turut sama balik rumah 2,3 pagi. semua ni sebab ada urusan keluarga. disebabkan sampai rumah dah pagi, maka waktu tidur juga singkat. esoknya adalah keje dan bukan hari sabtu atau ahad. walaupun tiada niat dihati nak bangun lewat, tetapi apakan daya...tido yang tidak cukup, hanya lebih kurang 3 jam lebih je dapat tido, maka sampai opis pun lewat. ahak ahak ahak. disebabkan itu, aktivit buat kek minggu lepas tergendala.

so petang semalam lepas balik keje, terus buat kek. tapi kek simple aje. kali ni aku buat kek biskut marie. ni sebab encik capo mengidam-ngidam nak makan kek biskut marie. resepinya memang dah google 2,3 minggu lepas tapi baru berkesempatan nak buat semalam. tak susah pun buat kek ni. memang simple.

gambar ehsan pakcik google
disebabkan aku takde amik gambar, maka aku google je. lagipun rupa paras kek dalam gambar ni dengan yang aku buat sama je. bezanya, aku punya kek bulat, dalam gambar diatas, 4 segi. aku tak minat kek ni dan tak makan pun. secoet je la aku makan sebab nak rasa. selebihnya encik capo la yang makan sebab dia yang mengidam sangat. huhuhu.


sekian ^_^.

Sunday, March 11, 2012

kesukaan baru

jumaat malam hari tu aku buat kek coklat. tak sangka first time buat terus menjadi. resepinya aku amik dari internet. lembut dan sedap a. ^_^.

taraaa....kek coklat yang masih panas lagi

hari sabtu pula aku bercadang nak buat apam polkadot. resepi pun aku amik kat internet. disebabkan kat rumah aku takde pengukus, maka, hari sabtu dalam pukul 3 petang, aku ajak kakngah teman beli pengukus. kakngah suggest beli kat singapore street. ni singapore street kat seremban ok, bukan kat singapore nun ^_-.  so, lepas beli pengukus dan bahan, kiteorang pun balik rumah aku.

kakngah request nak kek marble. disebabkan bahan memang ada kat rumah, terus aku tunaikan request dari kakngah. dan dan tu juga buat kek marble. hasilnya tengok gambar kat bawah. tapi dapat amik gambar lepas kek dah dipotong-potong sebab aku tengah sibuk di dapo sediakan bahan nak buat apam polkadot pulak.

taraaa...kek marble kedua yang aku buat.  


 lepas keluarkan kek marble dari oven, aku terus buat apam polkadot pulak. rasa seronok je masa buat bahan apam polkadot ni terutama lepas letak kaler. ^_^. takde la susah sangat buat apam polkadot ni. seronok sangat sebab comel je apam polakdot ni.

taraaa...ni la hasilnya. corak pokadotnye memang tak semenggah sket sebab 1st time buat. terkial-kial nak buat dot-dot *_*
niat hati nak buat corak bee sebab tengok kat internet comel je apam yang dibuat corak bee dan lady bird. so, aku yang amatur ni pun try a buat corak bee. tapi hasilnya ... hahahaha...macam corak raksasa baru kena lenyek dengan ultraman je. last-last semua buat corak polkadot. itu je corak yang senang dan mampu untuk dibuat.

apam corak bee yang tak menjadi. hahahhaa.
aku sangat puas hati sebab apam polkadot ku menjadi walaupun corak bee tak jadi ^_^. rasa apam ni sedap sama macam beli online. aku tau a sebab kakak aku pernah beli apam polkadot online masa besday arissa yang ke setahun bulan januari hari tu. so, lepas ni kalau ada majlis apa-apa, tak perlu la beli apam polkadot lagi sebab aku dah boleh buat sendiri. buat kali kedua dan seterusnya mungkin corak polkdot tu cantik sket kot. hahahahaha. oh ya, terima kasih kat kakngah juga sebab tolong buat apam polkadot ni sebab arissa tetiba menangis taknak kat orang lain kecuali mak dia. kena la aku layan arissa kejap sampai dia ok dan sambung balik buat apam polkadot ni.

tahniah kepada diri sendiri sebab dah maju setapak ke hadapan. tetiba plak meroyan nak belajar buat kek dan kuih je skang. ahahahaha. lepas ni kek atau kuih apa pulak? tunggguuuuuu k. hihihi.

Friday, September 3, 2010

percubaan pertama

malam hari isnin yang lepas (30/8/2010), untuk pertama kalinya aku buat kuih raya sendiri. minggu sebelumnya, bersungguh-sungguh aku google resepi kuih sarang semut dan nestle cornflakes. tahun-tahun sebelumnya memang aku pernah buat kuih raya, tapi aku tolong mak aku tak pun tolong kaktih. tapi tahun ni, aku teringin nak buat sendiri. bolehlah aku bagi mak aku rasa kuih raya yang aku buat pulak setelah hampir 28 tahun makan kuih raya yang mak aku buat je. hihihi.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails