Monday, June 14, 2010

saya & WC


aku telah ditag oleh mekchu dalam blog beliau. oleh itu, aku yang takde kenangan sangat dengan WC, akan cuba menunaikan tag dari beliau. huhuhu. kalau tak caya aku telah ditag, boleh klik sini. kompem ada nama aku kat senarai yang telah ditag.



aku stat tengok WC masa study kat UTM. tahun bile ye. mmmm....tahun 2002 kot. yeke? ada tak WC tahun 2002? aku ingat-ingat lupa la. masa tu aku menyewa kat Melana kat taman universiti dengan geng-geng terbaik aku masa study. mereka terdiri daripada christina, kak asmah, hazreen, ijan dan ani. ni semua geng 1 rumah yang sangat kamceng. ada sorang lagi kawan sekelas kat UTM tapi bukan teman serumah, pun kadang-kadang join tengok WC kat rumah kiteorang. nama dia meera.

masa WC ni kiteorang semua penyokong Brazil. sebenarnya masa tu aku tak tau nak sokong sape. bukan aku tau pun negara mana yang main. dan kompem aku langsung tak tau nama-nama pemain bola kecuali david bekam. bukan aku jatuh hati dengan si bekam tu. langsung tak berminat. tapi nama dia yang selalu jadi sebutan. tapi tak dinafikan memang la dia hensem. masa WC ni, kadang-kadang kiteorang sanggup bangun pukul 2, 3 pagi semata-mata tengok Brazil. sape bangun awal, kena la kejutkan . tapi kadang-kadang tak terbangun. huhuhu. aku ingat lagi, bila time Brazil goal je, satu rumah menjerit. bayangkanlah cane punya bising rumah kiteorang tengah-tengah malam buta tu.

tapi sejak WC 2006, aku dah tak sokong Brazil lagi. aku jadi penyokong Argentina. mengapa aku berubah? tak setiakah aku? huhuhu. seperti aku bagitau awal-awal dulu, aku sendiri tak tahu kenapa aku sokong Brazil. mungkin ikut kawan-kawan masa tu. tapi sejak aku mula tahu menilai strategi game, aku memilih untuk menyokong Argentina. masa tu, bukan kerana messi. tapi kan....aku tengok WC hari sabtu malam hari tu, aku asik tengok messi je. oh...adakah aku sudah jatuh hati? hahaha. baru ku tahu, gelaran messi dari peminat-peminat dia ialah 'pemain yang turun dari syurga'. oh...bergaya sekali bunyinya. huhuhu.

mengapakah aku menepek gambar messi??? there must be a reason why i can't take my eyes off u...huhuhu.

tahun ni (2010) WC paling best. sebabnya aku dapat jersi Argentina dari dia yang tersayang. tiba-tiba ada yang tersayang lak. sejak bila? sejak dapat jersi argentina ke? huhuhu. so, hari sabtu malam hari tu, aku menonton WC antara argentina dengan nigeria, dengan memakai jersi argentina. penuh semangat sekali. pukul 9 malam aku dah tercongok depan tv semata-mata kerana messi. eh..kerana argentina. huhuhu. seperti ramalan, argentina mesti akan menang. cuma...15 min terakhir....akhirnya mata aku mengaku kalah kerana aku tertido di sofa. fuhhh...nasib baik argentina masih menang walaupun aku terlelap. ^_^.

itu saje la kot, citer saya & WC dari aku.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails