bosannya. bosannya.
huhuhu.
bukan bosan takde keje. tapi bosan sebab keje yang aku kena buat ni.
bosannya aku kena buat minit mesyuarat ni. bosannya kena buat kertas kerja.
nape aku rindukan keje lama aku. aku bekas analyst programmer di private company.
aku sukakan keje aku yang dulu. aku cuma buat programming je. makan programming.
tido programming. minum programming. tu je yang aku kena buat dulu. tak yah pikir benda lain pun.
aku happy je dengan hidup aku dulu.
tapi...keje aku yang sekarang ni...kena buat design sistem, design database,
buat kertas kerja, documentation, buat minit mesyuarat, pegi mesyuarat,
buat slide presentation, kena present sistem, buat backup server dan macam -macam lagi.
tapi dimanakah aku nak selitkan programming? macam mana aku nak selitkan..
langsung takde masa nak buat programming pon.
kenapalah aku merungut ni. aku yang nak sangat keje ni kan.
bertahun-tahun tunggu untuk dapat keje ni. bila dah dapat, kenapa aku
merungut pulak ni???? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................
tak pikir ke orang lain yang tak dapat2 keje? tak pikir ke orang lain yang nak
jugak keje macam aku tapi tak dapat.
Ya Allah, bagilah aku keseronokan untuk buat semua keje-keje ni.
sesungguhnya aku rasa terpaksa je hari-hari. ampunkanlah aku
sebab merungut. nak luahkan perasaan dan ketensenan je.
mulai esok, aku akan cuba gembira buat semua keje-keje ni.
kenapa tunggu esok? nape tak stat hari ni je?
huhuhu.
note: entri ni dilarang untuk komen sebab mesti ramai yang mengutuk nanti. wahahaha.