Showing posts with label my kedai online. Show all posts
Showing posts with label my kedai online. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Arissa si tokey kedai

umur baru 9 bulan lebih, tapi rumah dah penuh dengan koleksi pemenan Arissa. disebabkan Arissa ialah tokey kedai Arissa's Choice, maka semua pemenan yang dijual di Arissa's Choice, satu mesti Arissa punya. dia kan tokey kedai @ model. huhuhuu.

Barang baby terkini kat Arissa's Choice ialah Playgym. Sesuai untuk baby umur 0-12 bulan. mak ayah baby, jangan mimpi nak duk dalam playgym ni ye. huhuhu. kalau tak tau playgym tu cane rupa dia, bole layan gambar model disamping playgym beliau ^_-.



mula-mula nampak playgym ni, kemain excited Arissa. senyum-senyum simpul je. tak berlengah terus terjah duk atas playgym tu.


nak amik gambar Arissa masa tengah syok main playgym ni kemain payah ok. lasak betul tak tau duduk diam. nampak je aku nak snap terus berpusing sana sini taknak duk diam.

ni Arissa tengah leka tengok video klip kat channel MTV. video klip kumpulan LMFAO dengan sapetah lagu yang shuffle shuffle tu.

 playgym ni bole guna 3 cara. ni cara kedua. boleh tengok tv sambik bersandar gitu. kemain kau kan Arissa. * latar belakang gambar ni adalah sensored. oleh itu terpaksa photoshop background jadi putih suci gitu. huhuhu.


terlampau excited dapat main kat playgym, terus tetido dalam tu jugak. nampak sangat selesa duk dalam tu. ala lalala...comel gitu.

ada 3 design playgym dan ketiga-tiga design boleh diubahsuai menjadi 3 cara untuk digunakan. nak tengok design lain, sila ke blog Arissa's Choice ye.

Wednesday, August 24, 2011

Booth Arissa's Choice


Semalam sehingga esok (25/8), booth Arissa;s Choice akan dibuka di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri, Seremban. Bermula pukul 9 pagi hingga 3.30 petang. jemput la datang ye ^_^.  Semalam aku cuti dan jaga booth bersama anak buah aku dan adik encik capo. so hari ni aku tak jaga booth, keje seperti biasa. sebab semalam dah ajar dan turunkan ilmu kat dorang. sesiapa nak datang ke booth Arissa's Choice, boleh berbuat demikian sehingga esok. kami tak letak banner Arissa's Choice kat kedai tu. langsung takde nama. kalau nak pergi, cari booth nombor 17 ye. tak pun, korang cam kan aje barang-barang yang Arissa's Choice jual sebab kat booth lain takde jual ^_^.

Friday, August 19, 2011

waktu rehat hari jumaat yang aneh

hari ni agak pelik. lain dari hari jumaat yang sebelum-sebelum ni.
sebabnya....

time rehat hari jumaat selalunya memang aku balik rumah. rumah dekat dengan opis la katakan. hari-hari balik sebenarnye. biasanya balik tu memang kompem tido la kan. dapat sejam ke 2 jam tido memang syok sangat.

tapi hari ni....aku balik jugak rumah macam biasa. cuma tak tido. hehehe. banyak tempahan nak di uruskan. bukan ape, selalunya kalau orang bayar semalam sehingga tengah malam tadi, aku akan pos hari ni. kalau dia bayar hari ni aku akan pos esok (walaupun dia buat payment pagi-pagi). sebabnya, pagi pegi keje aku dah siap-siap bawak semua tempahan yang nak dipos kan. time rehat tak balik rumah dan terus pegi pejabat pos.

tapi disebab kan dah nak raya ni dan pejabat pos pun stat 22 hb tak buat penghantaran, makanya kalau ada orang buat tempahan hari ni dan bayar sebelum pukul 12 tgh hari, aku akan balik rumah dulu dan packing lepas tu pegi pos. bukan ape, pejabat pos tu takde plastik poslaju. so aku kena siap-siapkan packing balut dengan kertas cokolat tu. jadi agak payah kalau tempahan masuk last minit. sebab nak balut punya pasal. kalau ada plastik poslaju tu kan  senang. masuk aje terus pos. huhuhu. skang ni aku senang sket sebab encik capo dah belajar membalut tempahan. soo bole la bergilr-gilir. ^_^.

ok la..nak pegi pejabat pos. Alhamdulillah bulan pose rezeki Arissa's Choice bertambah-tambah. malam-malam pegi buat penghantaran area seremban pulak. penat memang penat. tapi seronok ^_^

Tuesday, August 9, 2011

duduk sambil shopping jom

dah lama tak update stok kat Arissa's Choice. Jom layan apa yang terkini....

BABY DOVE GOWN + HEADBAND : RM 30


 HOT ITEM! SUDAH RESTOK 3 KALI. BABY ROMPER GIFT SET: RM 38 SAHAJA.
SANGAT JIMAT KALAU BELI SET NI. SEBAB HARGA SEHELAI ROMPER = RM 10.
HARGA SEPASANG STOKING = RM 3
TOTAL 4 ROMPER DAN 6 PASANG STOKING = RM 58.
SET NI HANYA RM 38. JIMAT RM 20


TSHIRT YANG SANGAT FUN. TSHIRT NI ADA HOODED. MULUT MONKEY YANG ADA ZIP. BOLEH BUKA UNTUK JELIRKAN LIDAH MONKEY. RM 32.


HOT ITEM JUGAK! KAMI SUDAH RESTOCK YANG INI. TOTSEAT IALAH SARUNG KERUSI BABY MUDAH ALIH. BOLEH BAWAK KE MANA-MANA SEBAB DIDATANGKAN DENGAN BEG KECIK. BOLEH MASUK HENBEG YANG BERSAIZ SEDERHANA. RM 46.

GAUN SANTAI UNTUK BABY 6 - 12 BULAN. RM 20 SAHAJA.

KID'S BATH ROBE UNTUK KANAK-KANAK. PEGI SWIMMING POOL BOLEH TERUS PAKAI. NAK MANDI BUKAK JE JUBAH MANDI. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH NAK TUKAR BAJU.
RM 35

HOT ITEM LAGIK! KAMI SUDAH RESTOCK INI JUGA! WINNIE THE POOH HIGH MEASUREMENT RULLER. UKUR KETINGGIAN ANAK ANDA DAN SELITKAN PHOTO SETIAP KALI TINGGI BERTAMBAH. RM 28.

ADA MACAM-MACAM LAGIK KAT ARISSA'S CHOICE. BOLEH KLIK SINI UNTUK TENGOK. DI ARISSA'S CHOICE KAMI MENAWARKAN DISKAUN YANG JARANG ANDA AKAN DAPAT DIKEDAI-KEDAI ONLINE LAIN. SELAIN DARIPADA ITU, ADA FREE GIFT JUGA (SELAGI STOK MASIH ADA). UNTUK RAYA NI AKAN ADA BAJU RAYA YANG CANTIK DAN MENARIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA JUGA ANAK-ANAK SEDARA ANDA ^_^.
TUNGGU SAJA KAMI UPDATE OK.

Monday, August 1, 2011

ape ye tajuk entri ni...

sibuk betul aku sejak 2 menjak ni. dengan keje opis, dengan bisnes, dengan macam-macam lagi. takde masa nak update blog. (perasan tak, asalkan aku lambat update je intro mesti sama. hahahha). tapi memang betul u oll, aku sangat bizi. weekend langsung tak lekat kat rumah. konon-konon nak rehat tapi lepas tu kompem keluar. tapi biasanya atas urusan kedai online Arissa's Choice la. samada beli barang untuk restok barang yang dah abis dan beli barang baru, tak pun buat penghantaran kepada pelanggan sekitar seremban. Alhamdullillah, bisnes nampaknya makin cerah.

tapi yang paling laju ialah tudung dan kerongsang. memang kalau yang masuk blog Arissa's Choice takkan nampak entri untuk kerongsang. tudung pun tak hupdate-hupdate. tapi sebenarnya banyak tudung macam-macam design. aku yang malas nak pakaikan kat patung dan amik gambar. nak suh aku jadi model macam kak jemah, memang takkan ado la. malas nak pakai, bukak, pakai bukak. i tak rajin u oll. so tudung dan kerongsang dijual dari opis ke opis. tapi...bukan opis aku la. kakak-kakak aku yang tolong jualkan kat opis dorang. memang laju je dan ada permintaan lagi. tu yang weekend tak lekat kat rumah tu.

kenapa tak jual kat opis sendiri? hahahaha. kalau korang yang tak tau, aku ni berat mulut. dalam mulut ada emas. tambahan, aku adalah seorang yang pendiam tak tak ramah pengguna. sebab tu aku tak ramai kawan u oll. aku memang tak reti nak beborak dan bersosial. suruh la aku berubah macam mana pun. aku tetap aku. dari azali lagi macam nih. so, sebab tu memang takkan ado den nak berbisnes kat opis. buang tebiat kalau aku tetiba buat pengumuman kat tengah-tengah opis sambil melaungkan 'tudung! tudung!' 'kerongsang! kerongsang!' 'holabebe! holabebe!'. huhuhuu. runtuh bangunan opis ni kalau tetiba aku wat macam tu. kui kui kui.

so korang, rajin-rajin la masuk blog Arissa's Choice ye. sebenarnya banyak sangat stok barang baru yang tak update-update dalam  blog. nak update tapi kadang-kadang dah balik rumah, badan terlampau letih, tak larat nak buat apa. tau nak tido aje sambil mengharapkan arissa tido awal. tapi jarang sekali arissa tido awal. tsk tsk tsk T_T. aku kalau ke hulu hilir aku mesti nak bawak arissa. tak kiro la dia lasak ke atau meragam. kalau arissa takde, tak lengkap la hidup aku untuk hari tu. bosan dan sunyi. walaupun dia meragam dan lasak, tak pernah lagi terlintas dalam fikiran dan hati dia menyusahkan aku. malah aku rasa susah  kalau dia takde *_*. kecuali kalau g tengok wayang atau karoke memang terpaksa tinggal la sebab kompem tak boleh bawak arissa. tapi dah ada arissa ni aktiviti2 tersebut sangat la jarang berlaku ^_-.

macam-macam barang ada kat Arissa's Choice. nanti aku update di sini ye.

Thursday, July 21, 2011

jom shopping sambil berdiskaun

lama betul aku tak update stok baru kat kedai online arissa. nasib baik arissa tak tau, kalau tak, mesti dia mengamuk sambil cubit tangan n muka aku dengan kuku dia yang tajam walaupun dah potong kuku. sakit tau. huhuuhu. untuk sesape yang tak tahu, arissa's choice ialah kedai online arissa, aku dan encik capo. kami menjual baju n barangan baby dan kanak-kanak. tudung pun ada. tapi biasanya tudung customer datang rumah beli. senang. boleh terai sekali.

kami menawarkan diskaun untuk pelanggan-pelanggan kami. walaupun diskaun tak la sehebat mega sale yang sampai 70% ke 80%, tapi still dapat berjimat. jom tengok apa yang kami diskaun kan:

Sebagai tanda terima kasih kepada pengunjung dan pelanggan di Arissa's Choice, kami menawarkan diskaun seperti di bawah. Mungkin tak seberapa jika dibandingkan dengan online shop yang lain, tapi anda tetap dapat berbelanja dan berjimat dalam masa yang sama. Hebat kan ^_^???

Returning Customer = Diskaun RM1
Maksud returning customer ialah customer yang pernah membeli di Arissa's Choice dan kembali membuat pembelian. Tak kisah apa pun value sebelumnya asalkan anda ialah returning customer anda layak menerima diskaun ini dengan syarat membuat pembelian melebihi RM20 (tidak termasuk kos penghantaran).

Pembelian melebihi RM50 dalam 1 transaksi (tidak termasuk kos penghantaran) = Diskaun RM1
Pembelian melebihi RM100 (tidak termasuk kos penghantaran) = Free Postage

Pembayaran dalam masa 24 jam dari masa pengesahan dari Arissa's Choice = Diskaun RM1

di arissa's choice, kami cuba meletakkan harga yang rendah sedikit daripada harga pasaran. (selepas buat survey dan tinjauan). mungkin ada kedai online lain yang tawarkan harga lagi rendah, tapi adakah anda akan dapat diskaun-diskaun seperti di atas? selepas ditolak diskaun, harga yang dijual di arissa's choice akan jadi lebih rendah dan murah. aku akan tunjukkan macam mana pelanggan kami boleh berjimat di arissa's choice ye.

misalnya nak beli holabebe pyjamas.

harga pasaran = RM 35.
harga arissa's choice = RM 30.

dah jimat RM 5.

diskaun yang arissa's choice tawarkan.

1. pelanggan baru
a) jika beli > RM 50 -->RM 30 - RM 1 = RM 29
jika beli < RM 50 --> RM 30

b) bayar dalam tempoh 24 jam dari tempoh emel pengesahan dari arissa's choice
beli > RM 50 -->RM 29 - RM 1 = RM 28
beli < RM 50 --> RM30 - RM 1 = RM 29

2. returning customer
a) terus dapat diskaun RM 1 jika beli > RM 20
RM 30 - RM 1 = RM 29.

b) beli pulak lebih dari RM 50 dalam satu transaksi, dapat diskaun RM 1 lagi 
RM 29 - RM 1 = RM 28.

c) bayar pulak dalam tempoh 24 jam dari emel pengesahan arissa's choice, dapat diskaun RM 1 lagi
RM 28 - RM 1 = RM 27


* harga yang aku kira tak termasuk kos pos.  kos pos adalah RM 5 untuk semenanjung dan RM 9 untuk   sabah dan sarawak. untuk makluman, kos pos sebenar ialah RM 6 untuk semenanjung. kami dah diskaun kan kos pos sekali (semenanjung sahaja). so lagi jimat kan?

untuk barangan yang lain, anda kira sendiri ye. tapi kalau malas nak kira, masa buat tempahan nanti kami akan kirakan untuk anda dalam emel pengesahan.

bukan itu aje...arissa's choice juga memberikan free gift kepada 10 pelanggan pertama yang beli secara online.so, bukan saje anda boleh berjimat, malah dapat free gift sekali.

kesimpulannya, jom shopping kat arissa's choice ^_^. 
 
http://arissaschoice.blogspot.com

Tuesday, June 28, 2011

jubah mandi baby

update barangan baby kat Arissa's Choice.

HARGA: RM 35 (TAK TERMASUK POS)
SIZE: 0-9 MONTH 

 KOD: BC 01

 KOD: BC 02


UNTUK TEMPAHAN KLIK SINI

Monday, June 27, 2011

Arissa's Choice Update

Update tudung baru di Arissa's Choice.


TUDUNG ARISSA SONGKET

RM 25 (TAK TERMASUK POSTAGE)



NAK TENGOK KALER LAIN, KLIK SINI.


TUDUNG DUYUNG EMBOSS

HARGA; RM 35 (TAK TERMASUK POSTAGE)



KLIK SINI UNTUK TENGOK KALER LAIN


Wednesday, June 22, 2011

Arissa dah bukak kedai

setelah hampir sebulan merancang, akhirnya....kedai online aku dan encik capo dengan rasminya dibuka hari ini. kedai online kami diberi nama Arissa's Choice. disebabkan masing-masing berebut-rebut nak letak nama sendiri, maka akhirnya Arissa mencelah setelah tengok mak ayah dia berbalah.

"letak nama kedai online tu nama Arissa je lah". aku dan encik capo pun berpandangan lalu terus mengangguk setuju. ( wahahaha. korang jangan percaya temberang ini ok. arissa baru pandai cakap " tatatattatatatata" je. hahaha.

buat masa ni, kedai kami tertumpu kepada barangan baby, kanak-kanak dan ada jugak jual tudung. so, jom tengok apa yang ada kat kedai online Arissa's Choice ni ^_^.


Tudung Maira Collection



 klik sini untuk tengok corak yang lain-lain.

Holabebe Pyjamas


klik sini untuk tengok corak yang lain-lain.

Kid's Sock
klik sini



klik SINI untuk tengok design lain
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails