Wednesday, October 30, 2013

ayat sentap untuk mak


kadang-kadang bila keluar beli barang dengan mak aku, aku akan bayarkan untuk mak aku (kecuali abang aku dah bagi mak aku duit). ni perbualan selepas beli barang. samada kat kedai makan atau dalam keta atau dah kat rumah.

mak aku: wildcutecat, berapo inggit barang den semuo e tadi?

aku: tak po lah. tak payah bayar balik.

mak aku: eh. banyak den boli tadi tu. kang takdo lak duit kau.

aku:  ala, kalau orang takdo duit orang takdo la bayarkan. orang duduk dendiam jo.

mak aku: kang banyak lak duit kau abih.

aku: alah, mak beranakkan orang dulu lagi sakit. tak po do. (lalu aku tersengih)


pastu mak aku terdiam. sentap kah? terharu kah? huhuhuhu.


ayat last tu memang ayat yang aku selalu guna kat mak aku kalau mak aku nak bayar balik apa aku bayarkan ataupun bila aku belikan apa-apa hadiah surprise. ngeeee ;-p




Tuesday, October 29, 2013

Nasi goreng yang ku beri, donut yang kau balas

Tengah layan gossip kat forum cari masa lunch break tadi tiba-tiba dapat panggilan ada delivery kat tingkat bawah. Sape lagi nak delivery kalau bukan encik capo. Dia keje lua tapi singgah kejap nak buat delivery kat aku. Aku pulak hari ni tak pegi mana-mana. Biasanya kalau encik capo tak ada aku akan keluar makan tengah hari dengan kakak kakak ku kaktih dan lida. Nasib baik kakak kakak ku keje area dekat dekat sini je. Hihi. Aku kan tak glamer mana ada geng lain nak pegi makan.  Tapi hari ni malas pula nak keluar.

Bila dah turun bawah, encik capo dah tunggu dalam kompressor hitamnya. Sekali dia bagi donut dan pau yang dibeli kat kedai bakery kat mahfah. Terbaik! Sedap sangat donut dan kuih kuih yang jual kat kedai tu. Dah lama sebenarnya tak makan donut mahfah ni. Siapa tak pernah rasa cubalah beli. Eh tapi kedai tu takde buat delivery. Ni delivery special untuk aku aje. Ngeee ^_^.

Sebenarnya hari ni aku bawak bekal nasi goreng. Pukul 5.30 pagi gigih masak nasi goreng. Tapi aku letak cili api banyak sikit sebab encik capo suka pedas. Pedas gila. Berjurai jurai airmata aku makan nasi goreng sendiri sebab walaupun anak nogori, aku memang tak mampu menahan pedas. Tepaksa makan sikit-sikit. Pukul 8 pagi tadi makan sikit. Pukul 10 makan sikit. Last sekali pukul 1.00 tadi makan sikit. Mencair air liur aku sebab telampau pedas (bagi aku). Tapi encik capo boleh kata tak pedas!!! Lidah buaya gamaknya beliau! ;-p.

Dah makan donut ni baru rasa pedas makan nasi goreng tadi hilang.

Ok. Sekian.

Monday, October 28, 2013

tapi...



1

Aku : arissa, sedap tak aiskrim tu?
Arissa: tapi sedap tapi tak sedap.
Aku: aik. Akhirnya sedap ke tak sedap?
Arissa: (sambil gelak) akhirnyaaaaaaaaaaaa sedaaaap.


2

Aku: arissa ni wangi ke busuk?
Arissa: tapi wongi tapi tak wongi.
Aku: keputusannya ape? Wangi ke tak?
Arissa: keputusannya......(gelak gelak) wongi.


3

Aku: arissa, nak peluk arissa boleh tak?
Arissa: tapi boleh tapi tak boleh.
Aku: ala....abis tu boleh ke tak boleh ni?
(Arissa sepak sepak selimut dia sebab nak bukak selimut.)
Arissa: tapi boleh peluk. Tapi kena bukak slimut dulu tau. Tak bukak slimut tak boleh peluk.
Aku: yolah.

Janji ditepati

satu untuk aku, satu untuk encik capo
Seperti yang aku janjikan, yang aku akan stat masak pagi2 untuk bawak bekal ke pejabat seperti dulu-dulu.

Pagi ni masak mi goreng. Harap-harap esok dan hari-hari yang seterusnya juga akan masak bekal.

Sunday, October 27, 2013

sedap sangat



dalam tempoh tak sampai 2 jam, habis sekotak aiskrim magnum almond aku kejekan sorang. satu kotak ada 3 batang aiskrim. dan aku ada satu kotak lagi magnum almond dalam peti ais.   untung la aku sebab encik capo tak suka sangat makan aiskrim. jadi semua aiskrim dalam peti ais aku yang punya. tak payah berebut-rebut.  muahahahahah.

aiskrim magnum almond ni sedap sangat lah.

Tuesday, October 22, 2013

aku yang dah tak macho lagi

hari ahad lepas aku dan encik capo pegi jusco seremban 2. tujuan utamanya sebab nak tengok wayang movie insidious chapter 2. kebetulan arissa tak ada kat rumah. sibuk nak mengikut mak uda @ lida balik pagi tu sebab malam tu lida tido kat rumah aku dengan duan dan adif layan movie. dikesempatan itu, kami pun pergi lah menonton wayang.

insidious yang first

kiteorang dah layan insidious yang first. jadi satu kemestian untuk tengok sambungannya. adakah lebih seram atau biasa-biasa je. pengarah movie insidious ni ialah james wan. pengarah yang sama mengarahkan movie the conjuring. sape pernah tengok hasil kerja dia kat the conjuring mesti takkan ragu-ragu untuk tengok insidious chapter 2 ni. memang terbaik!!!



untuk yang tak pernah tengok insidious yang first aku nasihatkan tengok dulu. jangan terus terjah tengok insidious chapter 2 sebab kompem kamu tak akan faham jalan cerita. memang sangat berkait.

komen aku terhadap insidious chapter 2 ni memang movie ni best. tahap keseraman tu mungkin lebih seram dari the conjuring sebab masa tengok the conjuring tu walaupun memang seram tapi aku berjaya kontrol macho untuk tidak terperanjat dan tutup muka atau mengalihkan pandangan bila hantu keluar. tapi masa tonton insidious 2 ni ketiga-tiga perkara tersebut aku buat walaupun telah kontrol macho. dengan terperanjat tak hingat, dengan hantu yang keluar tetiba. fuhhh.... berpeluh aku layan insidious 2 ni. dengan itu aku terpaksa mengaku movie ni membuatkan aku hilang kemachoan aku T_T.

renai dan josh

sinopsis insidious first dari sudut aku yang telah menonton.

insidous chapter2  ni sambungan kepada insidious dimana dalam insidious yang first, roh ayah (josh) telah keluar dari badannya untuk mencari roh anak (dalton) yang juga telah keluar dari badan tetapi sesat dan tak pulang-pulang setelah lebih dari 3 bulan. bila roh dalton dah keluar dan tak balik-balik, jasad dia berada dalam keadaan koma. dua beranak ni memang ada kebolehan dimana roh akan merayap keluar bila diorang tido. di akhir cerita josh berjaya jumpa roh dalton yang telah diperangkap oleh hantu api yang jahat yang cuba untuk menakluk jasad dalton yang sedang koma supaya dia boleh hidup semula. semasa cuba kembali kepada jasad masing-masing, josh telah dikejar oleh hantu perempuan bergaun hitam dimana hantu perempuan berbaju hitam ni telah mengganggu josh semasa dia kanak-kanak dulu tetapi emak josh (lorraine) dengan bantuan pakar hantu (elise) telah berjaya menghentikan gangguan tersebut. tujuan hantu perempuan berbaju hitam ni mengganggu josh ialah sebab dia nakkan jasad josh yang sedang tiada roh sebab josh kan dah keluar dari badan dia untuk cari anak dia. jadi....semasa josh sedang kembali ke jasad dia, adakah benar-benar roh josh yang kembali atau hantu perempuan bergaun hitam yang berjaya masuk dahulu. sebab di akhir cerita elise dapat detect yang dalam badan josh adalah hantu bukannya roh josh yang sebenar. tapi belum sempat elise bagitau isteri josh (renai), dia dah mati kena cekik oleh josh.

part ni memang seram dan terkejut. tak pasal-pasal kaki aku terangkat masa part ni dan terus tengok tempat lain.

dalam insidious 2 pula, josh berlagak seperti biasa seolah-olah dia memang josh yang sebenar. isteri, emak dan anak-anak dia pun tak mengesyaki apa-apa kecuali renai dia macam syak josh yang bunuh elise. tapi laporan forensik membuktikan bukan josh yang cekik elise. jadi renai lega. mereka telah berpindah di rumah emak josh (lorraine) sebab polis sedang membuat siasatan di rumah mereka. rumah lorraine adalah rumah keluarga dimana masa kanak-kanak dulu josh tinggal disana lah masa dia kena ganggu dengan hantu perempuan bergaun hitam tu. josh memang tak ingat semua tu sebab elise dah berjaya buat dia lupa masa mengubatkan dia masa dia kanak-kanak dulu.

hantu pempuan bergaun hitam

semasa tinggal di rumah tersebut, mereka masih diganggu oleh hantu. piano bermain sendiri, hantu perempuan bergaun putih merayap-rayap dalam rumah dan sebagainya. lorraine mengesyaki josh iaitu anak dia adalah bukan josh yang sebenar. oleh sebab itu dia telah meminta tolong kepada 2 orang pembantu elise yang sama-sama terlibat semasa proses mencari dalton (insidious first) dulu. mereka telah meminta bantuan carl kawan lama kepada elise yang sama-sama bekerja dengan elise masa memulihkan josh masa kanak-kanak dulu. konpius tak apa aku cerita ni? hahaha. tujuan minta tolong carl adalah untuk panggil roh elise sebab hanya elise yang boleh tolong dorang setelkan masalah gangguan hantu yang tiada kesudahan ni. roh elise telah membantu mereka dengan memberikan petunjuk melalui huruf-huruf pada dadu. selepas berjaya menyiasat tentang hal sebenar dan siapa hantu-hantu yang mengganggu mereka sekeluarga maka lorraine menceritakan kepada renai. semasa ketiadaan lorraine, renai telah diganggu di rumah semasa tinggal berdua dengan anak dia yang kecik (keli).

hantu pempuan bergaun putih

ok, tak boleh cerita sampai habis nanti dah tak suspen. korang tengok a. serius best dan seram. memang tak rugi beli tiket couple seat denga kos RM 34 untuk tonton movie ni. tapi untuk rasa best dan seram kena pastikan tonton insidious yang first dulu. kalau tak kompem blur.

lorraine, josh, dalton dan renai.

ok sekian.


rasa-rasa macam ada insidous chapter 3 nanti. tak sabar nak tengok.

Monday, October 21, 2013

teringin




masa kecik-kecik dulu, bila masukkan arissa dalam baby cot dia melalak nak keluar. asal nak masukkan je dia keraskan badan. kalau paksa jugak, kompem melalak-lalak.

tapi skang bila dah besar  ni, dia teringin pula nak duduk dan tido dalam baby cot. padahal baby cot ni dah jadi tempat simpan bantal, toto dan ntah apa tah. asal tak tau nak simpan barang kat mana, terus sumbat dalam baby cot ni.  minggu lepas pergi kenduri akikah kawan encik capo. arissa asik mengendeng je kat katil baby tu. aku kat luar makan, dia sibuk nak masuk dalam rumah. lepas tu mengendeng kat tepi katil baby. rupa-rupanya nak masuk dalam katil baby tu.



kesian pulak tengok arissa masa tu. terus balik rumah aku kemas balik baby cot yang dah letak dalam bilik. letak tilam, bantal lepas tu angkut ke ruang tamu. arissa kemain excited nampak baby cot terus je suruh dukung letak dalam baby cot tu. suruh letak pemenan dan anak patung favourite dia. first time masukkan berjam jugak lah dia duduk dalam tu. tapi dah lama-lama masuk kejap-kejap je.

malam-malam kalau arissa tido dulu, aku akan angkat masukkan dia dalam baby cot. tapi kalau  tido sama time, tido bawah atas toto lah sebab kompem dia taknak tido dalam baby cot tu malam-malam kalau dia sedar. tapi aku suka lagi arissa tido kat sebelah sebab boleh peluk. ;-). tido dalam baby cot tak boleh nak peluk. tapi takpe lah, sementara dia muat lagi tido dalam tu, bagi peluang dia merasa.


Thursday, October 17, 2013

angin

hari ni mood nak buat entri seram.  kalau orang baca tak seram rasanya. tapi sebab aku yang mengalami, maka rasa seram dan meremang bulu roma tu pasti ada.

kejadian ni berlaku pada tahun 2010 masa aku tengah pregnant kan arissa. tahun 2010 tahun yang busy bagi aku sebab aku ditugaskan untuk handle satu sistem ni. kira high profile la punya sistem. disebabkan kekurangan programmer, maka aku sendiri willing untuk bangunkan sistem ni walaupun aku tak tahu guna php. (php ialah language open source yang biasa digunakan untuk bangunkan sistem. sape yang amik IT mesti tahu apa itu php -_^  ).sistem ni kira pentinglah dan user nak pakai urgent.

oleh sebab aku punya knowledge tentang php adalah zero maka aku selalu stayback di opis sampai malam hampir setiap hari. malah weekend juga aku selalu datang opis buat kerja. aku selalu guna internet untuk google coding seterusnya try and error pada sistem yang aku sedang bangunkan. aku stayback di opis ditemani encik capo yang juga satu opis dengan aku. kadang-kadang stayback sampai pukul 8. kadang-kadang terlajak juga sampai pukul 10 malam sebab kusyuk mengkoding. masa tu aku ada bilik. buat koding didalam bilik lebih fokus berbanding buat koding di partition macam skang. idea banyak je mencurah. huhuhu. kadang-kadang kat opis,malam-malam ada jugak staff lain yang datang. kadang-kadang aku dan encik capo berdua je.

panjang pulak intro aku nih. bila nak sampai part seram nih?

pada suatu malam (aku tak ingat pukul berapa mungkin dalam 8 lebih atau 9 malam) sedang aku buat koding seorang diri di dalam bilik, hati tetiba rasa tak sedap. rasa lain macam je. rasa macam diperhatikan. encik capo masa tu dalam bilik dia. bilik dia jauh sket dari bilik aku. so memang tak nampak la kalau nak meninjau dari bilik aku. walaupun kami berdua di opis tapi masing-masing buat hal sendiri dalam bilik masing-masing. aku pandang-pandang gak sekeliling kot-kot ada staff lain datang opis malam tu tanpa aku sedar tapi takde sesiapa pun sebab dari bilik aku memang nampak pintu utama. tak ada sesiapa yang masuk. disebabkan rasa tak sedap hati dan tiba-tiba rasa berdebar, aku pun angkat kaki nak pergi kat bilik encik capo. masa aku nak keluar dari bilik,  aku tetiba terasa ada angin lalu betul-betul kat muka aku. terus aku terkaku di situ.

bila difikir secara logiknya, opis aku keliling memang berdinding dan bertingkap yang sentiasa tutup. mana pulak datangnya angin. sekali lalu pula tu dan betul-betul kat muka aku.  lepas tu  aku pun mengumpul keberanian jalan laju-laju kat bilik encik capo tanpa menoleh belakang dah. bila dah sampai bilik encik capo, macam biasalah tak cakap apa-apa. ajak balik bila dah balik baru bagitau.

nasib baiklah masa pegi kat lif, masuk dalam lif dan sepanjang perjalanan menuju ke kereta tak de dengar atau nampak apa-apa. memang sepanjang nak menuju ke kereta aku tak berhenti baca ayat kursi. kami pulang dengan selamat hari tu. tapi hari tu bukan hari terakhir aku stayback sampai malam kat opis. aku masih stayback lagi sebab kerja urgent kan. bila sistem dah siap dan stabil barulah aku tak kuasa nak stayback dan datang keje weekend lagi. bukan dapat claim OT pun. huhuhu.

sepanjang stayback itu je peristiwa seram yang tak berapa seram yang terjadi. eh eh kang cakap tak seram kang esok-esok jadi pulak yang seram. tak nak aku. baru angin lalu pun aku dah rasa seram. entah-entah angin tu masuk kat celah-celah tingkap kot-kot ada ruang (nak sedapkan hati je). jangan kau menjelma sudahlah. kalau pengsan oklah sebab tak sedar. dibuatnya tak pengsan-pengsan camne? huhuhu.

sekian.


**entri seram lepas ni nak citer pasal arissa yang diganggu.

Wednesday, October 16, 2013

aku, spirit dan ular

hari ni nak buat entri tentang kisah pelik atau misteri yang aku alami semasa aku di tingkatan 3 dulu.  kejadian ni bukan berlaku di sekolah tapi dirumah. namun begitu aku rasa hal ni terjadi rentetan daripada hal yang terjadi di kelas pada pagi hari yang sama dengan kejadian yang berlaku di rumah.

alkisahnya masa tu aku baru sahaja seminggu (rasanya) tamat peperiksaan pmr dan tak silap aku hari itu ialah hari terakhir sekolah sebelum cuti sekolah hujung tahun bermula. bila dah hujung-hujung,biasanya cikgu tak akan masuk mengajar lagi. maka satu kegembiraan buat semua sebab dapat buat aktiviti bebas macam  beborak, main batu simbang dan sebagainya selagi tak bising.

dalam kelas yang sama biasanya terbahagi kepada beberapa group. masing-masing ada geng sendiri. ada geng yang kepochi, ada geng yang biasa-biasa, ada geng yang baca buku je dan macam-macam lagi. aku and the geng seramai 5 orang adalah golongan geng yang biasa-biasa je.

kiteorang berlima ada aktiviti sendiri. kiteorang sibuk main gunting-gunting tisu sebab nak tilik jodoh. hahahaha. kat tisu tu tulis nama sendiri kemudian tulis nama orang (lelaki lah ye) yang kite suka. lepas tu gunting tisu tu kepada 5 bahagian. lepas tu aku dah lupa apa patut buat dengan tisu-tisu yang dah digunting tu. hasil daripada tu nanti dapat lah tau berapa percent jodoh kite dengan orang yang kita tulis nama tu. masa tu kemain girang dan merenyam lagi bila percent tu tinggi walhal tak pernah becakap pun dengan orang yang aku admirer tu. dia kenal aku pun tidak. wa kah kah kah.

berbalik kepada cerita,  ada geng kepochi di dalam kelas yang bermain spirit. masa dorang main sempat lagi request supaya spirit tu menjelma. mula mula spirit tu nak menjelma tapi tunggu punya tunggu tak menjelma pun. bila dorang tanye kenapa, spirit tu eja kat kertas tu nanti ada orang takut. budak-budak ni pun cakaplah takde sapa takut. tapi spirit tu kata ada. bila dorang tanya siapa yang takut, boleh pulak duit siling tu bergerak kat huruf demi huruf yang mengeja nama aku. aku pun tekejut la. apa kejadah nama aku pulak yang masuk sekali ni. sebab aku tak main pun. aku cuma lalu kat tempat dorang main sebab nak keluar pegi kantin dah time rehat. aku pun tak pasti dorang yang sengaja gerakkan duit tu atau memang ada benda yang gerakkan. kalau nak kata dorang berpakat, apa lak kaitan dengan aku. sebab aku tak geng sangat dengan dorang. ialah aku ni biasa-biasa aje. macam mana aku kat opis skang ni macam tu lah aku kat sekolah dulu. senyap je tak banyak cakap. bercakap dengan geng-geng aku yang sekepala sehati dan sejiwa aje. tapi tak ada lah bermusuh. kawan gitu-gitu aje. say hai dan senyum-senyum camtu je pun. jadi macam tak masuk akal pulak kalau dorang nak kenakan aku.

lepas tu aku pun keluar rehat dengan geng-geng aku. dan bila waktu persekolahan dah berakhir maka bergembiralah kami sebab nak cuti panjang. macam biasa aku pun balik rumah dengan lida lepas sekolah. petang tu pula mak aku nak pergi seremban dengan abang aku. masa ni aku tinggal di kuala pilah. aku tak ingat kenapa mak aku pergi seremban masa tu. tapi aku tak ikut. tapi tak ingatlah aku sendiri yang taknak ikut atau memang tak dipelawa. maka tinggallah aku dan lida dirumah berdua. dalam pukul 5 lebih tu lida keluar pergi rumah kawan dia yang berhampiran. jadi tinggallah aku seorang diri sambil meniarap baca suratkhabar di tengah ruang tamu. aku tak adalah takut ke apa. siang lagi. kiranya masa tu perasaan tu biasa-biasa je. 

dekat pukul 6 petang aku pun tergerak nak semayang asar. tapi tiba-tiba aku rasa malas pulak nak semayang. lepas tu rasa macam kepala otak aku ni bertelagah sesama sendiri.

'semayang'

'tak payah semayang'

'semayang lah!'

'tak payah semayang!!!!'

camtulah lebih kurang. akhirnya aku buat keputusan nak semayang. pergilah amik air semayang kemudian masuk bilik mak aku nak semayang sebab aku tido kat bilik mak aku kan. anak manja katanya. huhuhu. masa masuk bilik, keadaan bilik suram-suram gelap tapi takde lah gelap macam malam. tangan aku terus je nak petik suis nak bukak lampu. tiba-tiba kepala otak aku bertelagah lagi.



'tak payah bukak lampu'

'bukak lampu!!!'

'tak payah bukak lampu!!!!'

'bukak lampu!!!'

lalu tangan aku petik suis lampu dan lampu pun menyala. aku pun bentang sejadah lalu memakai telekung. baru aje aku angkat takbir tiba-tiba dengar bunyik benda jatuh. aku malas lah nak toleh. ingat nak teruskan semayang aje. tapi hati aku tak tenang. kepala otak ni nak bertelagah aje.

'pandang belakang'

'tak payah pandang'

'pandang belakanglah!!!'

'tak payah pandang!!!'

camtula lebih kurang. disebabkan tak sedap hati aku pun pandang jugak. sekali nak tau apa aku nampak???

seekor ular tengah memanjat kat meja solek. dia langgar bedak, tu yang ada bunyi benda jatuh tu. ular tu warna hitam dan panjang ya amat. aku terkejut lalu terus bukak telekung dan berlari nak keluar. bila dah sampai kat pintu tetiba kunci rumah takde. aku letak kat dalam rupanya. terus berlari masuk dalam dan amik kunci yang aku letak atas almari.  bila aku dah berlari keluar tetiba teringat kucing aku si kakak tido atas tv betul-betul sebelah bilik mak aku yang ada ular tu. disebabkan takut kucing aku kena patuk ular aku berlari masuk dalam rumah balik dan amik kucing aku yang tengah syok tido atas tv lalu letak kat luar. aku pun  berlari lintas jalan dan pegi rumah kawan lida sebab lida ada kat situ. masa ni lida form 5. pinjam telefon kawan lida untuk call mak aku bagitau ada ular dalam bilik. masa tu mana ada handphone. call rumah sebab mak aku ada kat rumah kakngah kat seremban masa tu.

tak lama lepas tu abang kawan lida balik dari kerja. dia pun bawak buluh nak pergi halau ular tu. aku yang takut-takut dan trauma terpaksa masuk balik dalam rumah nak pergi tunjuk lokasi ular tu. mula-mula tengok dari luar bilik sebab manalah tahu dalam pada aku dah berlari keluar tu ular ni pergi merayap kat ruang tamu pulak ke. lepas rasa keadaan dah selamat, kami pun masuk dalam bilik. cari kat meja solek ular tu dah tak ada. carik bawah katil, bawah almari pun tak ada. dalam pada terpinga-pinga fikir mana ular tu dah pegi aku terpandang kat dinding berhampiran siling bilik. sekali ular tu melekap kat bahagian atas dinding bilik tu. macam dia boleh melekap aku tak tau. mungkin dia guna kaedah sama macam cicak. huhuhuhu.

elok je dah nampak lokasi ular tu tiba-tiba ular menjunamkan kepala ke arah kiteorang macam nak buat terjun tiruk gitu. nasib baik abang kawan lida dah standby bawak buluh dan memang dah ready. terus je halakan hujung buluh kat kepala ular tu masa dia nak buat terjun tiruk tu. tepat kena sasaran terus ke bunuh ular tu dan buang ke jalan. ular tu rupa-rupanya ular selar yang warna hitam. bila mak aku dah balik, mak aku kata tak elok bunuh ular dalam rumah. manalah tau kot kot jin menyamar jadi ular. abis tu dah ular tu buat terjun tiruk dulu takkan nak tengok je sambil tanya

 ' kau ni jin ke ular betul?' huhuhu.

lagipun kalau tanya dibuatnya dia menjawab macam mana?


lepas tu aku dah fobia dah tinggal sensorang dalam rumah masa tu. terbayang-bayang ular je. aku pun tak pasti tu ular betul-betul atau jelmaan jin.

boleh pulak aku terfikir masa tu kot-kot spirit yang dorang main kat sekolah ikut aku balik sebab ye lah, ada ke patut nama aku boleh terjebak dalam permainan spirit dorang.

harap-harap memang ular betul dan tak ada kena mengena dengan permainan spirit dorang. harap-harap juga mereka berpakat eja nama aku masa tu. tapi nasib baiklah masa tu aku mengikut kata-kata kepala otak aku yang satu lagi. dibuatnya aku ikut yang kate tak payah semayang tu sampai sudah tak tahu ada ular dalam bilik. ataupun dibuatnya aku nak juga pegi semayang tapi tak bukak lampu? sampai sudah tak tau berada satu bilik dengan ular. dibuatnya aku tak menoleh masa dengan bunyi benda jatuh, entah-entah ular tu pegi kat aku dah. yelah, sebab aku bergerak-gerak kan rukuk sujud dan sebaginya. syukur Allah lindungi aku ketika itu.

sekian je entri misteri yang tak berapa misteri ni


** beberapa watak terpaksa aku ubah atas sebab-sebab peribadi

Monday, October 14, 2013

hindustan, zumba dan kenangan aku yang rajin memasak


petang ahad, aku tak ke mana-mana. malas nak keluar, duduk rumah lagi best. arissa bangun awal pulak. pukul 9 pagi dah kejut aku nak susu. ehem ehem. ulang balik. arissa kejut aku? hahaha. biasalah. weekend kan, bangun lewat. ;-p. ingatkan lepas bangun nak terus berzumba tapi kang kalau dah berzumba tak masak pula aku. jadi aku masak kuih jemput aje pagi ahad itu. menu untuk orang pemalas masak memang sesuai la tu. hahahaha.

dah siap masak kejut encik capo pula untuk makan. nasib baik encik capo jenis tak berkira tiap-tiap weekend asik hidang kuih jemput aje. kah kah kah. lepas dah bersarapan encik capo keluar sebab ada urusan. tinggal aku dan arissa sebab aku tak mahu ikut. sibuk nak melipat baju yang dah menggunung. arissa pulak sibuk layan youtube gummy bear kat pc aku.


lepas dah setel lipat baju, aku pun layan movie hindustan. dah lama tak tengok hindustan. yang best bila tengok hindustan ni ialah boleh buat aku rasa melayang-layang je masa adegan cinta or romantik. movie tak lain dan tak bukan aku tengok ialah jab we met lakonan shahid kapoor dan kareena kapoor. cite ni memang best sangat sangat tak muak aku tengok walaupun dah berkali-kali tengok.



lepas abis hindustan terus berzumba dengan arissa. arissa berzumba dalam 5 minit je lepas tu dia pun bosan terus main pulak. kali ni aku buat zumba activate dan mix. aktivate ni senang sket nak ikut sebab dia step yang asas dan simple. yang mix ni memang susah gile. nak kena belajar step dulu baru boleh ikut sebab dia gabung zumba dengan tarian bollywood, dan macam-macam jenis dance yang ada kat dunia ni. aku dapat ikut sket je lepas tu surrender sebab susah. buat aktivate tu pun dah termengah mengah dan basah lencun dengan peluh. jadi ok la kot. cukup la cover sebab seminggu tak sempat berzumba hari tu.

activate

zumba mix. aku mau perut kempis macam perempuan itu

disebabkan aku sibuk layan hindustan dan berzumba bila masa pulak aku masak tengah hari? jeng jeng jeng.... kompem aku tak masak pun. hahahaha. lagipun encik capo takde kan kat rumah. tak kuasa lah aku nak masak. tapi bila dia ada kat rumah pun, belum tentu aku masak jugak. hahaha. mood memasak takde. kalau mood memasak tu datang memang macam-macam aku masak. arissa pun kalau nak makan, makan nasi putih semata-mata je. taknak lauk. kalau dia minta nak sup carrot, aku buat. kalau tak, tak buat sebab kalau dia kata taknak makan, maka memang sampai ke sudah dia taknak makan. kalau boleh dipaksa-paksa memang aku dah sumbat dah nasik dalam mulut dia. susah sangat nak makan.

tapi kan dah lama mood memasak ni hilang. macam mana boleh hilang ek. pelik lah. dulu aku rajin sangat memasak. ingat lagi masa arissa baby dulu, aku selalu buat rendang ayam, telur bungkus, paprik seafood lah, ayam masak kunyit lah, telur bistik. pegi keje siap masak pagi-pagi bawak bekal. mihun, nasi dan lauk, nasi goreng, kuew tiau, mee goreng, beger. petang-petang buat kek. kek marie, kek pisang kek marble, kek coklat. apam polkadot lah, buat popia goreng lah , buat tauhu sumbat, macam-macam lagi lah. tapi....macam mana semua tu boleh hilang ek? bila nak masak je jadi malas. rasa berat je bila nak memasak. kenapakah? apakah yang berlaku? sihir apakah ini? hahaha. dan dan je sihir padahal memang dah jadi malas.
insyaallah lepas raya haji ni cuba untuk jadi seperti dulu yang rajin masak. cuba je lah. buat nya tak pasti.untuk permulaan aku nak buat kek red velvet sebab suka sangat makan kek ni. harap-harap aku buat ye. moga-moga akan adalah entri tentang aku buat red velvet dalam masa terdekat ni. hahaha

la la la la la.............

Saturday, October 12, 2013

aku kan tetap menantimu

terus terang aku dah lama tak tengok drama melayu dan filem melayu. drama bersiri pertama dan terakhir yang aku layan dan tunggu setiap hari dulu ialah Sofia. lakonan tiz zakiah, fizo omar dan azhar sulaiman. mula-mula cite tu nampak hebat. tapi lama-lama jadi bosan. lepas tu aku tak pernah layan drama melayu lagi. tentang dhia, setia hujung nyawa, nora elena, cinta jannah dan macam-macam lagi lah. semua tu aku tak layan dan tak tahu pun jalan cerita walaupun heboh je masa tu pasal drama-drama tu.

tapi........................

hero drama ni makin lama tengok boleh tahan hensem jugak.... mula lah aku nak menggatal nih! aish!!!

sejak drama Love You Mr Arrogant disiarkan kat tv3, aku terus jatuh hati. episod pertama drama ni aku tengok kat rumah abang aku. kebetulan aku pergi kat rumah dia masa tu. episod ke 2 aku tak tengok sebab aku kat rumah. kat rumah aku ada tv tapi tak ada siaran. astro pun aku tak ada. arial tv pun aku tak ada. jadi aku memang ketinggalan kalau ada iklan-iklan terkini, drama-drama terbaru atau apa aje cerita-cerita yang disiarkan kat tv. tv kat rumah tu buat layan movie atau series omputih yang telah didonlod aje.

aku stat tengok balik drama LYMA ni episod 4 sebab aku pergi rumah abang aku lagi. kemudian episod episod 5 dan 6 aku tak tengok. layan episod 7 masa ambil arissa kat rumah bancik. kemudian episod 9 kat rumah kakngah sebab kebetulan aku lepak kat rumah dia. aku telah jatuh hati dengan drama ni. walaupun aku tak kenal heroin dia tu tapi dia sangat pandai berlakon. hero pun boleh tahan pandai berlakon jadi arrogant juga. kadang-kadang kelakar tengok dorang begaduh. jalan cerita pun best sangat. aku tak pernah baca novel LYMA ni, jadi aku tak tahu adegan-adegan dalam drama ni.


entah la. aku telah jatuh hati dengan drama ni. dan hari ini (sabtu), aku marathon tengok semua episod yang aku tertinggal kat tonton.com.my. last aku buat macam ni masa drama sofia dulu lah. tonton drama LYMA ni buat aku senyum sendiri aje. rasa macam teringin nak jatuh cinta balik aje hmmmm.....^_^.  lagu tema pun dah downlod. Tetap Menantimu - Nomad. asik ulang-ulang dari tadi aje lagu ni. skang ni tak sabar nak tunggu hari isnin. bukan sebab tak sabar pergi kerja. tapi tak sabar nak tunggu episod seterusnya. walaupun tak tengok kat tv tapi takpe. boleh layan kat tonton.com.my.

LYMA.....aku tetap menantimu.....^_^


Tetap Menantimu - Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Friday, October 11, 2013

Teman arissa


Kami di giant senawang. Atau lebih tepat lagi dalam keta di kawasan paking keta dalam giant senawang. Encik capo nak pegi berurut kat kedai urut dalam giant senawang. Cadangnya sambil encik capo berurut, aku dan arissa nak window shopping.

Tapi arissa tido pula. Tak sampai hati nak kejut sebab kesian mengantuk sangat arissa. Jadi, aku stay dalam keta temankan arissa tido. Budak ni skang memang susah nak pakai baju. Asal nak pakaikan baju je cakap panas.

'Mak, aisa taknak pakai baju. Aisa panas....'



Dah sejam stay dalam keta tunggu encik capo abis sesi berurut. Hmmm....perut tetiba lapa. Nak pau encik capo suruh belanja gcb atau ayam penyet???
Huhuhu.

Wednesday, October 9, 2013

Sedih...

Sedih bile kawan lama yang dah lama tak contact dan tak jumpa tiba-tiba contact semula. Tapi bukan tu yang aku sedih. Aku gembira sebenarnya bila kawan lama yang dah lost contact bertahun2 contact semula. Yang membuatkan aku sedih ialah niat contact semula tu sebab nak promote something atau ajak join something.

Aku sangkakan mereka ikhlas bertanya khabar. Rupa rupanya ada udang di sebalik mi ( aku tak tau peribahasa moden. Huhuhu). 

Kepada kawan2 lama aku yang dah lama tak contact tapi berniat nak contact aku semata2 nak promote atau suruh join something, kamu lupakanlah ye. Bagaimana kamu boleh sebegini kejam. Tsk tsk tsk....

Sedih....;-(

teruja


 casing handphone yang ditempah jumaat lepas dah sampai. gambar design sendiri.


ini aku punya.


ini untuk encik capo.




sukenyeeee....^_^

Sunday, October 6, 2013

aku, troli dan renjatan

'mak, aisa nak cuba kena karan' ....


aku tak pasti kalau orang lain mengalami apa yang aku alami ni. kadang-kadang bila tengah tolak troli ketika bershopping, tak kiralah di giant, tesco atau big, aku pasti terkena renjatan elektrik atau elektrik statik. sakit bukan main bila terkena renjatan tu. kadang-kadang sampai terjerit kecil sebab terperanjat dan sakit. tiba-tiba aje.

bila dah terkena renjatan tu aku akan tukar troli lain. bila dah tukar troli takde pulak aku kena renjatan lagi. jadi aku tak pasti punca renjatan tu ada pada troli atau ada pada aku. yang aku pelik, arissa yang memang duduk dalam troli tu takde pulak kena renjatan elektrik statik tu. sebab dia tak ada mengadu sakit maknanya dia tak kenalah kan.

troli yang bagi 4 kali renjatan kat tangan aku hari ni.

bila aku dah kena tu, terus aku suruh arissa turun dari dalam troli sebab risau dia pulak kena. aku yang besar ni kena pun dah sakit inikan pulak arissa yang kecik tu. tadi pegi shopping sikit kat aeon big. tengah tolak troli tetiba tangan aku kena renjatan. sakit bukan main. tapi yang paling tragis renjatan elektrik statik ni aku kena masa kat tesco seremban jaya. sampai aku menjerit sakit dan orang pun pandang-pandang sebab aku tetiba menjerit. tapi serius memang sakit gile dan kuat rasanya renjatan tu. masa tu memang terus aku keluarkan arissa dan pegi tukar troli lain.


lenkali sebelum amik troli testing dulu kot ada renjatan ke tak. cara nak testing terpaksa lah korbankan tangan sendiri untuk rasa terkena renjatan ke tak bila pegang. kalau takde terasa apa-apa maknanya selamat lah kot troli tu. huhuhuh. tapi kadang-kadang lupa nak testing. terus amik je. tau-tau dah masuk dalam terus terkena renjatan.

Saturday, October 5, 2013

single single double


setelah berhenti berzumba pada bulan puasa hari tu, maka aku stat semula aktiviti zumba yang telah terhenti sekian lama petang sabtu ni. dalam banyak-banyak zumba, aku suka yang exhilarate. semua pun best cuma yang ni lagi best kot bagi aku.





agak-agak kalau aku berzumba setiap hari selama 3 bulan tanpa henti adakah aku akan dapat semula berat aku sebelum pindah seremban dan kahwin dulu iaitu 42 kg??? owhhhh...aku rindu aku yang kurus kerempeng dulu. tsk tsk tsk.... T_T


susahnya nak kurus semula, senangnya  nak gemokkkkk!!!!!



Friday, October 4, 2013

aku dan revlon


balik keje hari ni terus pegi jusco seremban 2. tujuannya nak tengok movie Graviti lakonan Sandra Bullock. sebelum masuk wayang, aku singgah watson dulu sebab nak beli bedak compact. bedak dah tinggal sipi-sipi je.

dalam pada nak membeli bedak, belek-belek benda lain terus beli lipstick dua dan maskara sekali. aku pakai bedak revlon photo ready. rasa best pakai bedak ni. tu yang setia dan beli lagi bila dah habis. beli lipstik sebab arissa dah terpatahkan lipstik aku hari tu. so, terus aku beli dua sebab tak tahu nak pilih kaler mana. dua-dua aku berkenan. ngeeee ;-).

lagipun beli mekap bukan hari-hari macam beli rokok.  bedak boleh tahan 6-8 bulan. lipstik pun sama tahan berbulan-bulan. kadang sampai bertahun juga. jadi sekali sekala keluar duit beli mekap apa salahnya.

ok sekian, nak test lipstik. ^_^                                  

Tuesday, October 1, 2013

untuk yang sakit hati dengan cicak

dulu aku pernah buat entri pasal perangkap cicak. masa tu aku guna perangkap yang ada pelekat brand ridsect. memang berkesan perangkap tu sebab cicak yang dah masuk perangkap akan mati melekat kat situ. tapi perangkap tu berkesan kalau cicak tu pergi mengjengah dalam perangkap. bagaimana pula dengan cicak yang selalu jenjalan kat siling atau lampu atau kat dinding? sakit hati kan tengah syok tengok tv tetiba lalu sang cicak. kadang-kadang siap main kejar-kejap sesama sendiri,  kadang-kadang sempat mengawan celah frame gambar yang tersangkut kat dinding. pemandangan cicak berkeliaran kat siling dan dinding rumah ni memang buat hati aku saaakiiittt sangat.

dalam imaginasi aku, kalaulah aku ni tak geli dengan cicak, memang aku dah cekau sekor-sekor pastu panggang dan bagi ayam makan (ni kegiatan aku, adai, lida dan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu. ngeee ;-p). disebabkan aku ni geli ya amat dengan cicak, maka satu jalan penyelesaian yang lain harus difikirkan, tension sangat nampak taik cicak merata-rata!

masa jenjalan sambil shopping di carefour rahang (masa ni belum tukar jadi  Big Aeon lagi) beberapa bulan yang lepas, aku yang memang berniat nak cari benda yang boleh hapuskan cicak, ternampak satu alat penyembur ala-ala ridsect tin kaler hijau pucuk pisang dan penutup kale kuning. kat tin tu bukan gambar nyamuk tapi gambar cicak. Ridsect Lizard Repellent. lepas baca kat belakang tin tu aku pun beli sebab nak cuba. harga dia dalam RM 18.++. tapi kalau beli kat ekonsave murah sikit rasanya.


serius, aku geli tengok gambar cicak kat tin ni!

penyembur ni fungsi dia bukan bunuh cicak. spray pada siling, dinding atau lampu tempat cicak selalu buat site visit. bila kite sembur pada tempat-tempat tu, bahan yang disembur tu akan membuat kan tempat-tempat tu tak boleh dijejak oleh cicak. kalau cicak lalu kat siling atau dinding yang dah disembur secara automatik cicak-cicak tersebut akan jatuh. kaki-kaki cicak tidak berupaya melekap pada tempat tersebut. satu tin ni kalau disembur kat seluruh rumah yang besar memang sekali pakai je abis. tapi kalau nak sembur kat tempat-tempat tertentu je mungkin boleh pakai 3,4 kali lagi.

lepas habis satu dinding rumah dan siling aku sembur dengan lizard repellent ni, memang rumah aku bersih dari taik cicak. tempat-tempat yang hari-hari ada taik cicak tetiba dah tak ada lagi dalam tempoh 2 minggu. cicak pun dah jarang ada lagi kat dinding dan siling. satu perkembangan paling gembira buat aku tapi lagi bagus kalau cicak tu semua mampus terus. kat tin tu tulis semburan didinding tu tahan sehingga 6 minggu tapi setakat dah beberapa kali aku guna ni, paling lama pun 2 minggu cicak tak muncul didinding dan siling rumah aku. bila dah nampak cicak tak jatuh bila lalu kat tempat yang pernah disembur tu, buatlah proses penyemburan lagi.

aku paling suka sembur terus kat dinding atau siling yang memang tengah ada cicak sebab seronok tu tengok cicak tu kelam kabut lari tetiba dah tak boleh melekap terus jatuh. tapi yang tak bestnya bila cicak tu tengah kelam kabut sebab dah terjatuh kemungkinan akan lari kat aku pun besar juga. tak pasal-pasal aku pun kelam kabut selamatkan diri dari dipanjat cicak yang panik.

ok sekian entri nak share pada sesiapa yang tak suka cicak. pada yang jadikan cicak sebagai binatang kesayangan tak sesuai guna penyembur ni. ;-p
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails