Showing posts with label my peristiwa. Show all posts
Showing posts with label my peristiwa. Show all posts

Friday, February 7, 2014

birthday party Arissa - 3 tahun



kenapolah ekau lolap mato duhai arissa? disebabkan ni je gambar terbaik kami berdua maka ku tepekkan jua walaupun arissa lolap.

arissa yang tengah mengeraskan diri sebab takut kat chicky

4 januari 2014 yang lepas, birthday party arissa diadakan di KFC Seremban. yang depan wisma punca emas tu. lebih kurang 3 minggu sebelum tarikh tu, aku dah plan semuanya. senarai tetamu semua aku buat. pengiraan kos pun aku buat. kemudian laporkan kepada encik capo. biasalah kan. emak mesti yang lebih excited nak handle benda-benda macam ni. bila dah setuju, tengah hari waktu lunch, kami berdua-duaan berjalan kaki ke KFC dari opis.

warna tema baju: hitam atau merah
semua serbu chicky

dah book tarikh, masa dan chicky maka tiba-tiba staff kfc mengeluarkan kenyataan yang membuatkan kami berpandangan sesama sendiri.




staff kfc: maksimum tetamu 40 orang ye puan.

aku: 40 orang tu termasuk kanak-kanak ke?

staff kfc: haah termasuk kanak-kanak.

aku: APPPAAAA???? alah, macam mana nak 40 orang je tetamu. dalam list tetamu saya buat ni ada 100 lebih termasuk kanak-kanak.

staff kfc: sebab kat atas tu baru renovate. so sempit sket. kalau 100 orang tak muat, puan. memang kiteorang hadkan 40 orang je dalam majlis tu nanti.

aku dan encik capo: berpandangan sesama sendiri.


maka, bila balik rumah terpaksa edit senarai tetamu yang telah aku buat. akhirnya hanya kaum keluarga sahaja yang dijemput. tu pun dalam 50 lebih. dah tak boleh potong lagi. agak kuciwa sebenarnya. sebab lebih ramai jemputan maka lebih meriah.



bila dah sampai harinya, maka kaum keluarga yang dijemput pun berkumpul kat KFC. bila buat majlis kat KFC ni diaorang tak benarkan bawak makanan luar. tapi aku bawak juga. sebelum pegi KFC aku singgah pizza hut beli pizza yang seafood. sebabnya ialah mak dan kakak aku tak makan ayam. kalau aku tak beli makanan lain, takkan nak biarkan mereka tak makan kan. masa dah sampai KFC, aku bagitau lah yang aku ada bawak makanan luar. staff tu pun ok.



majlis dimulakan dengan makan-makan dulu. kemudian main games. lepas tu chicky keluar. masa chicky ni dah keluar, terus keras badan arissa sebab takut. taknak betul dia tengok chicky tu apatah lagi bersalaman. kemdian main games dengan chicky dan tetamu. kemain seronok semua orang main games. chicky pun ok pandai begurau senda. arissa je asik melalak dan keraskan badan tiap kali bawak dekat chicky. tapi tak boleh lawan 2 orang sepupu dia punya melalak sebab takutkan chicky. kira arissa ok lagilah berbanding sepupu dia yang 2 orang tu.



boleh duduk dalam kfc tu selama 2 jam je. aku minta tambah masa sket sebab ada tetamu yang lambat sampai. diorang bagilah tambah dalam 15 minit gitu.


kek besday arissa disponsor oleh wan arissa (mak aku). dan diuruskan oleh kakngah. kakngah yang pegi menempah dan amik kat PD. aku tak tahu menahu kek apa yang ditempah sebab mak dan kakngah berpakat nak sponsor kek untuk arissa. aku terima je. syukur alhamdulillah.


selain tu, bersama-sama menyambut besday hari tu ialah nurin, anak buah aku (anak bancik) yang juga sepupu arissa. besday nurin memang 4 januari. besday arissa 2 januari. kek nurin pun ditempah oleh kakngah. sebab tu sama cuma warna dan rasa tak sama.



kesimpulannya arissa sangat seronok di majlis hari lahirnya sehinggalah kemunculan chicky. hihi. apalah arissa ni. plan nak buat kat kfc tu sebab nak arissa main dengan chicky. alih-alih dia penakut pulak. terima kasih kepada semua tetamu yang datang memeriahkan majlis. seronok sebab mak, semua adik beradik dan anak-anak buah aku datang. terima kasih juga kepada semua yang bagi arissa hadiah dan duit. moga kalian semua dimurahkan rezeki.








Wednesday, March 6, 2013

jalan-jalan petang

lebih kurang pukul 6 petang semalam (5.3.2013), aku, encik capo dan arissa berjogging di taman tasik seremban. yang betul-betul berjogging hanyalah encik capo. aku cuma berjalan je dengan arissa mengelilingi tasik tersebut. kalau dua-dua berjogging, tinggal pulak arissa di belakang.



pertama kali bawa arissa berjalan-jalan di taman tasik ni. last sekali aku pergi taman tasik seremban ni masa hujung tahun 2009. masa tu bujang lagi. lepas tu tak pernah datang situ. lalu masa drive pegi balik kerja tu adalah.


ramai juga berjogging kat taman tasik seremban ni. aku rasa suasana kat situ dah cukup ok cuma tak diselenggara atau dijaga dengan baik. air tasik pun ada bahagian yang sangat kotor dan bersampah sarap serta berbau.


rasanya kat tasik ni tak banyak ikan atau kura-kura. sebabnya lama aku dan arissa tunggu tapi bayang ikan pun susah nak nampak. anak-anak ikan adalah yang muncul tapi boleh dikira berapa ekor. kura-kura adalah dua ekor aku nampak. tu pun jauh. tunjuk kat arissa langsung dia tak nampak.



rasanya city park kat seremban dua lagi terbaik kot. penuh dengan ikan dan kura-kura. suka betul aku bagi makan ikan kat city park tu. last aku pergi city park untuk berjogging masa awal tahun 2010 kot. masa tu pun aku bujang lagi. tapi memang sejak 2008 aku selalu jogging kat city park seremban dua ni. entah kenapa bila dah kawin jadi malas nak pergi jogging. bila dah beranak, lagilah berganda-ganda malasnya aku nak berjogging. itu sebab sekarang bertambah kembang. wahahahaha. harus lepas ini berjogging semula (kata-kata yang entah berapa puluh kali aku dengar dari diri sendiri tapi tak nampak apa-apa tindakan pun).



lepas ni nak bawak arissa pergi jogging di city park seremban dua pula. selain dari bagi ikan makan, boleh juga arissa main layang-layang dengan ayah dia. arissa pun tak pernah tengok layang-layang dari dekat lagi. dah lepas berjogging dan main layang-layang, bolehlah singgah makan chicken chop sedap kat windmill yang sejengkal je dengan city park tu nanti. hebat perancangan aku nih. harap-harap encik capo setuju dengan kertas cadangan ni. ahaks.



ok, itu saje entri jalan-jalan petang dengan family ni.



sekian.

Wednesday, February 13, 2013

masa untuk futsal


tendangan hebat dari arissa

2 minggu lepas, aku telah join encik capo dan anak-anak buah aku yang dah bujang-bujang main futsal kat kompleks sukan paroi, seremban.

akhirnya tercapai jugak impian aku untuk main futsal. impian yang aku pendam sejak 2007. masa tu impian aku tak tercapai sebab aku tak ada geng nak main.

rupa-rupanya aku kena tunggu anak-anak buah aku bujang dulu baru boleh main. antara yang main futsal pada malam kejadian ialah:

1. encik capo - laki aku
2. a.ali - laki kakngah
3. akim
4. duan hadi
5. adif
6. helmi
7. arip
8. nurin
9. shira
10. kakngah
11. aku le...

* no 3 - 9 adalah anak-anak buah aku yang masing -masing berumur antara 10 - 19 tahun.

untung la aku ramai anak buah. kalau tak, tak merasa la aku nak main futsal. tapi awal-awal dah pesan dengan dorang jangan main ganas-ganas sebab aku baru nak belajar. dorang semua yang lelaki ni dah terer main.



disebabkan aku tak pernah main futsal, 30 saat pertama, aku rasa sangat lelah. terlari sana terlari sini. memang penat gilos mengejar bola. sepak bola pun asik tak kena. asal bola datang kat aku, automatik aku tejerit-jerit gedik. bukan saja nak menggedik tapi automatik, tak boleh dikawal.


bila dah dapat biasakan diri, terasa main futsal ni sangat best. bila dah asik terlari sana sini, rasa dah tak penat sebab dah sebati gitu. dalam ramai-ramai yang main ni, yang perempuan je tak pernah main. tapi aku perhatikan kakngah boleh tahan jugak main. kalah aku. paling tak tahan, dia boleh sambut bola terus sepit kat celah kaki. kalau pas bola kat aku memang manjang cicir aje. hahahha.


dua kali aku jatuh sepanjang main futsal ni. bukan langgar sesape pun tapi aku tak boleh nak brek bila dah berlari-lari tu. main futsal pakai kasut untuk running memang tak sesuai sangat. akibatnya tegolek la macam buah epal jatuh. kalau aku nak terus berkecimpung dalam dunia futsal, nampaknya aku kena lah beli kasut futsal lepas ni.


mak aku pun datang tengok anak, menantu dan cucu main futsal.


arissa yang melalak kat tepi gelanggang sebab tak dapat join main. nasib baik ada kaktih, lida dan mimi yang bawak arissa main kat playground.


ni shira. sekolah darjah 4 rasanya. boleh tahan jugak dia main. 


ni masa dah abis main futsal. rasa tak puas pula main 1 jam je. dalam gambar ni ada nurin, helmi dan duan hadi. kat belakang tu pula, kaktih, mak aku dan lida.



sementara semua sedang berehat-rehat minum air, arissa pun nak jugak sepak bola. kesian arissa tak merasa nak main dalam gelanggang. aku ingat lepas abis main nak bawak arissa masuk dalam gelanggang, nak suruh sepak bola masuk gol. tapi tak sempat sebab orang yang dah booking selepas kiteorang dah sedia menunggu. kalau dorang belum tunggu, kompem semua tak berhenti main lagi. 

itu je cerita main futsal. harap-harap lepas ni bole join lagi. 

Monday, February 4, 2013

25 jan tanpa neelofa




pada 25 jan yang lepas adalah besday encik capo yang ke 32 tahun. seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku tak tahu nak bagi hadiah apa kepada beliau. hadiah untuk lelaki sangat susah nak fikir. encik capo minat dengan neelofa. niat dihati, aku nak hadiahkan neelofa kepada beliau. tapi...hans isaac dah cop dulu. disebabkan sangat susah nak fikir maka hadiah untuk beliau aku tolak ketepi dahulu.

neelofa idaman encik capo. (gambar ehsan akak google.)

seperti setiap tahun yang telah berlalu ni encik capo pasti akan cuti pada hari lahir beliau. aku tidak bersubahat dengan beliau untuk turut serta cuti. kerana aku yakin dan pasti beliau tiada rancangan yang menarik pun untuk sambutan besday beliau.



balik dari kerja pada 25 jan lepas, selepas jemput arissa, aku pun singgah di kedai kek baker's cottage di seremban. sedang aku sibuk memilih kek, encik capo call pula bertanyakan lokasi aku sebab aku lambat balik. disebabkan aku taknak kantoi aku sedang membeli kek untuk beliau tanpa pengetahuan beliau, maka automatik aku menjawab aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas. sedangkan hakikat sebenarnya, aku sedang memilih kek manakala arissa sibuk nak set besday yang ada topi besday, topeng, belon, wisel dan sebagainya.

arissa: "mak, nak abebaiday to yu"

wildcutecat: "ok. kejap lagi ye, nanti mak beli. mak nak pilih kek dulu."

punyalah sporting mak kau arissa. mana nak dapat mak cenggini? ;-p.

lepas pilih kek, aku pun bayar harga kek dan set besday yang arissa mintak tu. aku beli kek yang setengah kilo sahaja. sebab kami bertiga saja di rumah.



sesampai di rumah, aku terus masuk dalam dengan arissa dan membiarkan kek di luar. kebiasaannya bila aku balik, encik capo memang akan mengadap pc tanpa menjenguk aku yang baru balik. tapi entah kenapa hari tu beliau sibuk pula datang kat ruang tamu dan baring bagai pula. aku ingat nak keluarkan kek dan pasang lilin siap-siap dan masuk rumah lalu nyanyi heppy besday to you. tapi disebabkan encik capo dah tebaring kat ruang tamu terus plan aku tak jadi.




5 minit tunggu, beliau tak berganjak dari ruang tamu. 10 minit. beliau masih dikedudukan sama. 15 minit. huh. disebabkan beliau tidak berganjak dari ruang tamu, terpaksa aku keluar dan bawak masuk kek yang masih dalam kotak dan plastik.

"surprise!!!!" kataku sambil tunjuk plastik berisi kotak kek.


lalu kami berdua pun makan kek bersama homemade chocolate shake, sambil arissa sibuk main topeng dan mainan abebaiday to yu dia.




walaupun aku dah ucapkan, tapi aku mahu ucapkan sekali lagi:

"happy besday to you, encik capo"


Thursday, January 31, 2013

hari tersebut membuatkan aku teringat kisah 2 tahun yang lalu

**disebabkan lunch tengah hari ni aku tak balik rumah / keluar, maka aku akan sambung entri hari tersebut adalah hari down dan seram.

menurut encik capo, beliau kate sengaja nak balik. tak ada apa-apa sebab yang khusus. 3,4 kali aku bertanya, itulah jawapan yang beliau bagi. namun begitu aku tidak percaya kepada kata-kata beliau. malam itu aku masuk tido dengan rasa tak puas hati.sebab utama aku syak ada sesuatu yang encik capo dengar atau nampak sesuatu ialah:

1. kalau beliau memang planning nak balik dari awal, kenapa tak bagitau awal-awal? tak payah aku bersusah packing baju bagai.

2. kalau beliau baru terfikir nak balik pada malam selepas sesi hari pertama tamat, kenapa selepas minum malam tak ajak balik terus.

3. katakan dah masuk dalam  bilik baru teragak nak balik, kenapa tak ajak sebelum masuk tido? kenapa nak tunggu dah tutup lampu dah baring dalam 10 minit baru nak ajak balik???

4. kenapa berjalan tergesa-gesa sepanjang keluar dari bilik sehingga masuk dalam kereta?

di atas faktor di atas maka aku percaya ada sesuatu yang beliau sembunyikan.

sesampai di rumah peranginan di PD keesokan harinya, persoalan aku hampir terjawab. semasa di dalam dewan beberapa warga seopis heboh menceritakan salah seorang rakan sekerja ternampak 'budak' bermain-main di kawasan lapang berhampiran banglo yang tak berpenghuni di belakang rumah peranginan yang kami tinggal pada waktu senja ( tak pasti pukul berapa) semasa hendak turun ke dewan makan. 'budak' itu memandang ke arah beliau. apabila beliau memandang ke arah lain dan pandang semula ke arah 'budak' itu, 'budak' itu telah pun tiada. 'budak' itu ialah 'budak' lelaki.

seorang rakan sekerja yang prihatin telah bertanya kepada pak guard berkenaan 'budak' tersebut. manalah tau ada pekerja di rumah peranginan yang bawa anak pada senja itu. pak guard  yang menjaga rumah peranginan itu  memaklumkan 'budak' itu bukan budak manusia.  'budak' itu memang ada di sekitar rumah peranginan itu dan 'budak' itu tidak bersendirian malah ada ibunya. ok, sampai sini aku dah seram sangat dan mula membayangkan 'budak' tu berjalan sambil pegang tangan ibunya. menurut pak guard lagi, kadang-kadang 'budak' itu bermain-main di tangga di bilik penginapan.cerita-cerita seram yang lain yang pernah dialami oleh orang lain semasa menginap disana turut dikongsi bersama oleh mereka yang tahu.

mendengarkan cerita mereka membuatkan aku yang penakut mula merasa seram sejuk dan takut. nasib baiklah aku tak tahu berkenaan cerita tersebut sebelum aku balik semalamnya. kalau aku tahu, kompem lepas minum malam aku ajak encik capo balik. no tido-tido kat sana. lagipun kawasan rumah peranginan sangat sunyi kerana yang ada disana hanyalah kami seopis yang seramai lebih kurang 20 orang. lagipun kami adalah penghuni pertama selepas proses renovation siap. ini bermakna tiada sesiapa tinggal disana dalam tempoh renovation yang memakan masa lebih kurang 3 bulan.

bila tiba waktu makan aku terus bertanya encik capo berkenaan cerita tersebut. encik capo menafikan beliau tahu berkenaan cerita itu dan kata bukan cerita tu menjadi punca beliau ajak balik. tapi aku tak percaya sebab sebelum masuk tido pada malam pertama di rumah peranginan tu, encik capo menemankan rakan sekerja yang ternampak 'budak' tu ambil barang dalam bilik. mesti lah rakan sekerja tersebut ada cerita kepada beliau. tapi mujur lah encik capo tak cerita kat aku masa tu. kalau tak aku tak berani nak duduk dalam bilik dan juga tak berani nak keluar bilik langsung.

selepas sesi hari kedua tamat, kami balik terus ke seremban. tak mungkin aku nak tido di rumah peranginan selepas mendengar cerita-cerita angker. dirumah malam itu, baru encik capo cerita yang beliau terdengar bunyi seakan-akan perabot dialih-alihkan dibilik sebelah yang kosong. katanya seperti bunyi orang merapatkan katil dan sebagainya. mujur aku tak dengar bunyi tersebut. yang aku dengar hanya bunyi semasa aku dan encik capo nak keluar dari bilik penginapan tersebut pada malam pertama hari tu. rupa-rupanya rakan-rakan seopis di bilik lain juga terdengar bunyi perabot dialih-alihkan tu. ada juga yang dengar seperti orang berlari-lari di koridor tingkat atas.

disebabkan kejadian ini, aku asik membayangkan 'budak' tersebut. walaupun dah seminggu berlalu ia masih segar dalam ingatan aku. imaginasi aku sangat tinggi bila dengar cerita seram ni. otak aku yang kreatif mulalah membayangkan karakter-karakter dalam cerita seram lalu bayangan tersebut akan bertahan dalam fikiran aku bertahun lamanya. entah kenapa aku asik bayangkan 'budak' tu macam budak dalam movie juon. bunyi perabot dialih-alihkan juga aku membayangkan beberapa makhluk sedang mengangkat dan mengalihkan perabot-perabot tersebut. entah kenapa aku bayangkan makhluk tersebut seperti yeti tetapi berwarna hitam. oh! demmit kenapa aku harus membayangkan semua ini? sejak balik dari retreat di PD hari  itu, aku mulalah jadi penakut nak tinggal seorang atau dengan arissa di rumah pada waktu malam bila encik capo keluar dan terpaksa ikut beliau keluar sekali sedangkan sebelum ni ok je aku tinggal berdua dengan arissa malam-malam.
 

bila mengenang balik cerita-cerita angker tersebut aku teringat kisah yang aku alami sendiri semasa menginap di rumah peranginan tersebut pada tahun 2010 yang lalu. semasa tu opis aku buat btn/kursus motivasi di sana. aku pula sedang mengandungkan arissa masa tu. aku teringat pada malam yang hening itu, aku telah tido awal. aku masuk ke bilik manakala encik capo belum tido lagi dan duduk di ruang tamu. bilik penginapan ni adalah sejenis apartment yang mempunyai dua blik, 1 bilik air, 1 ruang tamu, ruang makan dan dapo. bilik utama ada 2 katil bujang yang masing-masing rapat ke dinding. disebabkan aku sedang pregnant dan perut dah besar aku tak selesa tido dekat-dekat, jadi kami tak rapatkan katil pun.

entah pukul berapa aku terjaga kerana dengar bunyi bising-bising di ruang tamu. bunyi tersebut adalah bunyi dari televison yang dipasang. cerita apa tak pasti pula. aku sangkakan encik capo tak tido lagi dan sedang menonton tv. tapi keadaan adalah gelap dan samar-samar sahaja. aku pandang pada katil sebelah dan ternampak encik capo sedang tido. oleh kerana encik capo telahpun tido, maka siapa yang sedang menonton tv? dari bawah pintu aku ternampak lah cahaya yang dipancarkan dari tv di ruang tamu. aku teringin rasanya nak bangun dan pergi cek kenapa tv terpasang? adakah encik capo lupa tutup tv sebelum tido? selepas memikirkan kemungkinan-kemungkinan lain, terus aku takut dan lari ke katil sebelah. bersempit lah tido berdua di katil bujang dengan perut yang memboyot.

keesokan paginya apabila bangun dari tido, aku terus pegi ke ruang tamu nak tengok tv tu memang terpasang ke tidak. tapi tv tak terpasang pun. elok je hitam skrin tv tersebut. oleh itu aku mula merasa takut. aku sengaja buat-buat lupa cerita tersebut masa tu sebab nak tunggu habis kursus baru cerita. yelah, kalau cerita semasa semua masih menginap di rumah peranginan, bukankah akan menimbulkan ketakutan kepada semua orang? disebabkan beberapa hari memendam cerita itu pada masa itu aku pun terus jadi lupa sehinggalah kes seram baru-baru ni membuatkan aku teringat pengalaman aku ini walaupun ia adalah kisah pada tahun 2010.

ok itu aje entri seram ini. harap-harap aku takkan terlibat dengan apa-apa kursus yang bertempat di rumah peranginan itu lagi atau di mana-mana saja yang ada kisah angker. sesungguhnya aku tak mahu mengalami apa-apa kejadian seram / angker ni.



p/s: aku tak mau bagitau rumah peranginan mana sebab tak mau orang tau aku kerja kat mana. ahakz.

hari tersebut adalah hari down dan seram

**entri ini telah ditaip pada hari rabu pukul 10.45 malam. sementara aku menaip entri ini arissa sedang tido dan encik capo mungkin baca komik online / main game bola / update blog. tak tau yang mana satu sebab beliau memang duduk depan pc je berjam-jam setiap hari **


minggu lepas aku telah terpaksa berkursus di PD. lokasinya tak lain tak bukan di rumah peranginan 'kesayangan' warga opis aku. disebabkan laki aku adalah sama  jawatan dan sama opis dengan aku, maka kedua-dua kami terpaksa menghadiri kursus ini bersama-sama.

memandangkan pengalaman kursus yang lepas kami tidak dapat sebilik, maka kali ni aku request supaya kami dapat sebilik. susah kalau bilik asing sebab beg kena bawa dua beg baju, dua beg barang mandi, dua extension dan sebagainya.

pagi hari pertama kursus aku telah dikurang senangi oleh bos sebab aku memakai seluar slack. dan itu menyebabkan aku agak down dan kehilangan mood sedikit pada awalnya. aku sangka bila buat retreat/kursus sesama opis di luar, temanya adalah santai. maka boleh pakai blaus dan seluar. lagipun aku memang tidak suka memakai baju kurung atau skirt kecuali pergi kerja. seandainya kerja gomen membenarkan memakai seluar pada waktu pejabat, aku lah orang pertama yang akan pakai. aku suka pakai seluar kerana seluar ada poket dimana aku boleh simpan henpon dan beg dompet di dalam poket seterusnya menyebabkan aku tak perlu bawak henbeg. disebabkan kejadian ini, aku berazam satu hari nanti bila aku jadi bos, aku akan benarkan anak-anak buah aku memakai seluar slack semasa kursus/retreat sesama warga opis sebab kita bukan berada di opis. enjoy your day because you are not in office. no stress, no rule except punctual.

semasa aku kerja swasta setiap hari aku memakai kemeja size s dan seluar size m. seminggu sekali atau mungkin tiada langsung aku memakai baju kurung. tapi itu kenangan opis yang dulu, usah dibandingkan. nanti mungkin ada orang akan suruh aku pegi keje di opis lama semula. dan itu sangat mustahil.

mood aku kembali normal apabila tiba masa makan. makanan katering sangat sedap sehingga aku mahu meratah semua lauk yang ada. tapi, perut aku yang kecil tak mampu nak berbuat demikian.

malam pertama kursus, aku dan encik capo sepatutnya bermalam di rumah peranginan tersebut. namun keadaan berubah bila encik capo tiba-tiba ajak balik rumah lebih kurang pukul 11 malam taktala kami sedang beradu di dalam gelap. seingat aku baru dalam 10 minit kami masuk tido tapi belum terlena lagi. disebabkan tiba-tiba sangat encik capo ajak balik, otak aku terus mendefinasikan ada sesuatu yang tidak kena.

encik capo ajak balik = dengar bunyi pelik atau nampak hantu. --> andaian aku.

tidak sampai  2 saat, dan tanpa bertanya kenapa beliau mengajak balik aku terus setuju sambil jantung sudah berdegup selaju kereta formula f1. sepantas kilat bukak lampu dan tukar baju. tak sampai 5 minit kami dah bersedia hendak meninggalkan bilik. pintu bilik dah dibuka dan encik capo dah berdiri di muka pintu dan aku dibelakang beliau bila mana tiba-tiba aku perasan jam aku tertinggal. apabila aku bagitau encik capo jam aku tertinggal serentak terdengar seperti sesuatu yang besar terjatuh atau sesuatu yang berat telah bergerak di ruang tamu. namun tiada apa-apa pun yang jatuh atau kelihatan yang aku boleh tuduh menjadi punca bunyi tersebut. aku sangat terkejut tetapi cuba buat-buat tidak dengar sedangkan degupan jantung terasa hendak keluar dari dada. aku tidak berhenti henti membaca ayat kursi dari saat keluar dari bilik sehingga menuruni anak tangga. bilik kami di tingkat tiga dan suasana di tangga sangat gelap langsung tiada lampu. demmit! lampu pun tak mampu nak pasang. sudah lah gelap, kami pula menuruni tangga dengan laju. mujur tiada yang  jatuh.

semasa dalam kereta, aku masih membaca ayat kursi. sehingga kereta masuk ke jalan besar, baru lah kami mula bercakap. aku masih tidak berani untuk bertanya kenapa encik capo tiba-tiba mahu balik rumah. kata orang bila dengar atau nampak benda yang pelik jangan ditegur dan juga jangan pandang belakang. sumpah, aku langsung tak pandang belakang bermula dari saat keluar dari bilik penginapan. PD dan seremban tak jauh. tidak sampai 1 jam pun. kalau bawak laju, 120 - 130 km/j, setengah jam sudah sampai. kami sampai di rumah 10 minit nak ke pukul 12 malam.

masuk saja dalam rumah, aku terus tanya encik capo kenapa beliau tiba-tiba ajak balik.
menurut encik capo..............



* jam dah pukul 11.15 malam. tiba-tiba aku rasa bulu roma meremang nak menaip cerita seram malam-malam begini. esok saja aku sambung. 


Friday, January 11, 2013

arissa sudah 2 tahun

kek indulgence secret recipe yang telah dimodified oleh aku. hahaha

2hb jan 2013 hari tu genaplah umur arissa  2 tahun. rasa macam sekejap je masa berlalu. aku pun dah lupa macam mana arissa masa baby-baby dulu. bila tengok gambar arissa masa baby mesti macam tak percaya je.

'eh, macam ni ke rupa arissa dulu?' hahaha.

arissa masa umur 2 bulan.

berbalik kepada besday arissa hari tu, maka jamuan untuk besday arissa pun dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. disebabkan 2 jan 2013 jatuh pada hari rabu iaitu hari bekerja, maka jamuan pun diadakan awal sehari iaitu 1 jan 2013, sebab cuti tahun baru.

gigih tau aku mengepam belon dan tampal buat huruf-huruf tu. tq kepada tukang print encik capo, dan tukang guntingnya adif.


muka pucat lesi, takde masa nak mekap-mekap bagai. hahaha

orang buat gaya peace die pun nak buat jugak.

pose istimewa dari arissa budak moody.

menu pun dah dirancang. 31hb 12 2012 tu aku cuti. jadi aku lah yang kena ke hulur hilir beli barang-barang dengan dibantu oleh 2 orang anak buah aku yang dah semakin bujang iaitu duan hadi dan adif. pagi keluar, malam baru aku setel beli barang. penatnya memang tak terkata. hari tu aku pinjam keta lida sebab bonet keta dia besar so aku boleh sumbat banyak barang. nak harapkan bonet keta viva aku memang tak boleh la kecuali seat belakang takde orang duduk.

arissa yang asik nak merajuk aje. sket2 merajuk. merajuk je mula la dia tejelepuk kat lantai sambil tutup muka.

pehal amik gambar gua ni bro?


lepas setel beli barang, malam tu jugak aku terus siapkan bahan-bahan untuk masak esoknya supaya esoknya aku tak kelam kabut masak dan kemas. rumah pun dah kemas siap-siap tapi belum keseluruhan la.

pagi 1 hb tu aku pun stat memasak. majlis stat pukul 3.30 petang. dalam pukul 1 tgh hari encik capo keluar amik kek. aku sibuk memasak sambil dibantu oleh duan hadi. dekat pukul 3.30 petang tetamu-tetamu pun dah sampai.

arissa yang sangat moody time ni. tiup lilin pun taknak padahal masa practice bukan main laju die tiup.
menu utama - sotong kangkung buat sendiri. siap berlabel bagai macam kat hotel. yela, kang ada yang tak tau pebenda makanan ni kan. bukan semua orang penah makan sotong kangkung. ahak.


ni ayam goreng ala kfc tapi bukan kfc. tq kepada duan hadi yang tolong goreng sementara aku sibuk mengemas.

kentang putar buat sendiri ala-ala kfc.

ni sos kentang putar dengan kuah sotong kangkung. harus la label kang orang asik tanya, ni kuah apa? tu kuah apa? aku semestinya tak dapat nak jadi penjaga makanan sebab sibuk layan tetamu. biarkan saja label berkata-kata.
oh ya, tema baju masa besday arissa ialah jersi atau baju kaler hitam. tetamu-tetamu yang datang pun sangat sporting datang pakai baju tema. hahaha. siapa yang takde baju jersi atau kaler hitam, boleh aje pakai baju kaler lain. tetamu-tetamu jemputan takde lah ramai. ahli keluarga dan kawan-kawan rapat je. aku ni ada satu perangai negatif sket. kalau dah 3,4 kali aku jemput masa buat apa-apa majlis tapi tak pernah datang, biasanya aku taknak jemput orang tu lagi. hahaha. jahat tak aku. kecuali tau orang tu ada hal atau jauh la. huhuhu.


ni kuih kucai masakan emak aku. sebelah dia coslow untuk makan dengan ayam goreng. haruslah buat sendiri. ada satu lagi menu yang takde dalam gambar iaitu mee sizling pemberian kaktih. sape la cameraman tak amik gambar lengkap ni. huh!


ada koko krunch bersama susu hl, apple donuts (yeke nama macam ni?) pemberian bancik dan juga gula-gula dan jajan2 sumbangan aku dan kakngah.


majlis berlangsung sampai la pukul 10.30 malam sebab ada jemputan yang memang tak dapat datang petang tu dorang datang malam. terima kasih kepada tetamu-tetamu yang datang memeriahkan majlis besday arissa ni. terima kasih juga kepada yang bagi arissa hadiah besday. aku tak sempat nak amik gambar masa buka hadiah. penat sangat.






ok, itu saje. sila enjoy gambar-gambar suasana besday arissa.








sila abaikan hanger yang tergantung kat tingkap tu ye...huhu

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails