**entri ini telah ditaip pada hari rabu pukul 10.45 malam. sementara aku menaip entri ini arissa sedang tido dan encik capo mungkin baca komik online / main game bola / update blog. tak tau yang mana satu sebab beliau memang duduk depan pc je berjam-jam setiap hari **
minggu lepas aku telah terpaksa berkursus di PD. lokasinya tak lain tak bukan di rumah peranginan 'kesayangan' warga opis aku. disebabkan laki aku adalah sama jawatan dan sama opis dengan aku, maka kedua-dua kami terpaksa menghadiri kursus ini bersama-sama.
memandangkan pengalaman kursus yang lepas kami tidak dapat sebilik, maka kali ni aku request supaya kami dapat sebilik. susah kalau bilik asing sebab beg kena bawa dua beg baju, dua beg barang mandi, dua extension dan sebagainya.
pagi hari pertama kursus aku telah dikurang senangi oleh bos sebab aku memakai seluar slack. dan itu menyebabkan aku agak down dan kehilangan mood sedikit pada awalnya. aku sangka bila buat retreat/kursus sesama opis di luar, temanya adalah santai. maka boleh pakai blaus dan seluar. lagipun aku memang tidak suka memakai baju kurung atau skirt kecuali pergi kerja. seandainya kerja gomen membenarkan memakai seluar pada waktu pejabat, aku lah orang pertama yang akan pakai. aku suka pakai seluar kerana seluar ada poket dimana aku boleh simpan henpon dan beg dompet di dalam poket seterusnya menyebabkan aku tak perlu bawak henbeg. disebabkan kejadian ini, aku berazam satu hari nanti bila aku jadi bos, aku akan benarkan anak-anak buah aku memakai seluar slack semasa kursus/retreat sesama warga opis sebab kita bukan berada di opis. enjoy your day because you are not in office. no stress, no rule except punctual.
semasa aku kerja swasta setiap hari aku memakai kemeja size s dan seluar size m. seminggu sekali atau mungkin tiada langsung aku memakai baju kurung. tapi itu kenangan opis yang dulu, usah dibandingkan. nanti mungkin ada orang akan suruh aku pegi keje di opis lama semula. dan itu sangat mustahil.
mood aku kembali normal apabila tiba masa makan. makanan katering sangat sedap sehingga aku mahu meratah semua lauk yang ada. tapi, perut aku yang kecil tak mampu nak berbuat demikian.
malam pertama kursus, aku dan encik capo sepatutnya bermalam di rumah peranginan tersebut. namun keadaan berubah bila encik capo tiba-tiba ajak balik rumah lebih kurang pukul 11 malam taktala kami sedang beradu di dalam gelap. seingat aku baru dalam 10 minit kami masuk tido tapi belum terlena lagi. disebabkan tiba-tiba sangat encik capo ajak balik, otak aku terus mendefinasikan ada sesuatu yang tidak kena.
encik capo ajak balik = dengar bunyi pelik atau nampak hantu. --> andaian aku.
tidak sampai 2 saat, dan tanpa bertanya kenapa beliau mengajak balik aku terus setuju sambil jantung sudah berdegup selaju kereta formula f1. sepantas kilat bukak lampu dan tukar baju. tak sampai 5 minit kami dah bersedia hendak meninggalkan bilik. pintu bilik dah dibuka dan encik capo dah berdiri di muka pintu dan aku dibelakang beliau bila mana tiba-tiba aku perasan jam aku tertinggal. apabila aku bagitau encik capo jam aku tertinggal serentak terdengar seperti sesuatu yang besar terjatuh atau sesuatu yang berat telah bergerak di ruang tamu. namun tiada apa-apa pun yang jatuh atau kelihatan yang aku boleh tuduh menjadi punca bunyi tersebut. aku sangat terkejut tetapi cuba buat-buat tidak dengar sedangkan degupan jantung terasa hendak keluar dari dada. aku tidak berhenti henti membaca ayat kursi dari saat keluar dari bilik sehingga menuruni anak tangga. bilik kami di tingkat tiga dan suasana di tangga sangat gelap langsung tiada lampu. demmit! lampu pun tak mampu nak pasang. sudah lah gelap, kami pula menuruni tangga dengan laju. mujur tiada yang jatuh.
semasa dalam kereta, aku masih membaca ayat kursi. sehingga kereta masuk ke jalan besar, baru lah kami mula bercakap. aku masih tidak berani untuk bertanya kenapa encik capo tiba-tiba mahu balik rumah. kata orang bila dengar atau nampak benda yang pelik jangan ditegur dan juga jangan pandang belakang. sumpah, aku langsung tak pandang belakang bermula dari saat keluar dari bilik penginapan. PD dan seremban tak jauh. tidak sampai 1 jam pun. kalau bawak laju, 120 - 130 km/j, setengah jam sudah sampai. kami sampai di rumah 10 minit nak ke pukul 12 malam.
masuk saja dalam rumah, aku terus tanya encik capo kenapa beliau tiba-tiba ajak balik.
menurut encik capo..............
* jam dah pukul 11.15 malam. tiba-tiba aku rasa bulu roma meremang nak menaip cerita seram malam-malam begini. esok saja aku sambung.
5 comments:
saya sedang membaca artikel online...tq
O.o
alaaaa..apa sambungannya?
ahaha.. fear factor.
faa.rosli: hihi. sudah ada sambungan.
yana: haha. memang fear factor abis sehingga semua panik nak abis awal dan balik.
Post a Comment