sejak dua menjak ni kat opis aku selalu sangat mengantuk. dari pagi membawak ke petang. tido awal pun aku masih mengantuk lagi. cuba bayangkan seksanya mengantuk tapi tak boleh nak tido sebab kat opis. kalau mengantuk kat rumah boleh la terus tido. kalau kat opis memang sengaja cari pasal la kalau tido masa keje.
mula-mula aku tak perasan kenapa la mengantuk dan penat sepanjang hari. nak buat apa pun malas sebab mengantuk dan tak bermaya je. kemudian baru aku teringat aku dah lama tak makan supplement. aku asyik lupa aje nak makan. kalau tak bawak kat opis memang tak bermakan la supplement tu. ada yang dah lama abis tapi aku yang tak beli-beli sebab tak ingat. hahaha.
aku makan supplement shaklee iaitu vit c, vit e dan b comple serta esp. selain dari tu aku juga makan habbatus sauda halagel. tapi memang betullah, sepanjang makan supplement tersebut aku jarang sangat mengantuk dan tak bermaya macam skang ni.
set shaklee tu aku makan yang set untuk kulit. memang berkesan la
pada aku. dari segi kulit muka tu aku tak pasti la tapi kat kulit-kulit
lain aku perasan la perubahan positifnya. contohnya kulit tumit aku ni
memang suka merekah. tapi sejak makan shaklee, merekah tu dah berkurang
dan hampir hilang. tapi masalahnya bila aku dah tak makan sejak sebulan
ni, merekah tu datang balik. hohoho. kat rambut pun aku perasan yang rambut tampak lebih bermaya sejak makan set ni.
yang esp tu aku
perasan dia bagi aku tenaga. begitu juga dengan habbatus sauda. so bila
aku tak makan kedua-duanya....maka lemau la aku setiap hari walaupun dah
makan nasik.
lepas ni kena cepat-cepat la order sebab stok ada yang dah habis. dan
kena letak siap-siap dalam beg supaya bawak g opis. kalau tinggal kat
rumah memang alamat tak bermakan la sebab asik lupa aje.
oh ya, aku bukan penjual shaklee atau habbatus sauda. so entri ni bukan nak promote produk tersebut tapi nak berkongsi supplement yang aku makan dan berkesan bagi aku. aku beli online aje semua ni. beli online pun bukan orang lain, kengkawan aku jugak. huhuhu
sekian.
2 comments:
ehehehe..saya pon mkn esp..sbb BF baby..tp mmg berkesan la utk byk kan susu..
sy pun banyak baca pasal esp bagus untuk ibu yang bf sebab boleh membantu banyakkan susu ibu.
Post a Comment