Showing posts with label my info. Show all posts
Showing posts with label my info. Show all posts

Friday, November 1, 2013

happy yogis, happy arissa, happy aku

dalam entri yang sebelum-sebelum ni aku pernah cerita tentang arissa yang susah nak buang air besar sebab berak dia keras. penyelesaian yang aku guna masa tu ialah bagi minum vitagen. tapi arissa dah selalu minum vitagen jadi dia dah muak tak nak minum lagi lalu berak dia kembali keras.

bila dia nak meneran tu kadang-kadang dia nak aku peluk dia.

arissa: 'mak...aisa nak teberak. nak polok (peluk)'... (sambil meneran tapi tak keluar-keluar berak dia)

kadang-kadang dia tak nak dipeluk.

aku: arissa nak mak polok tak?

arissa: taknak polok. aisa nak teberak sorang-sorang.

kesian sangat tengok keadaan arissa yang susah betul nak teberak. memang dasar berak keras macam batu.

satu malam, abang aku adai, isteri (syikin) dan anak-anak dia datang rumah aku.


syikin bagitau aku yang anak kawan dia pun alami masalah yang sama macam arissa iaitu berak keras. kawan dia bagi anak dia makan happy yogis dan masalah berak keras anak dia pun selesai.

wah! harus dicuba.

aku terkagum lalu terus menggoogle apa itu happy yogis? bagaimanakah bentuknya?




setelah jumpa di internet tanpa berlengah aku terus beli online.

bila dah sampai, aku pun bagi arissa makan. arissa baru makan sikit dia dah buang.


arissa: eee ape ni? ape mak bagi aisa ni? tak sidap.

aku: mak bagi gula-gula lah. tak sidap ke? tak sidap takyah makan lagi ye.


aku memang tak bagi arissa makan lagi happy yogis tu tapi aku campurkan dalam susu dia tanpa pengetahuan arissa. kalau arissa nampak aku masukkan sesuatu dalam susu dia, sampai ke sudah dia takkan minum.

selepas bagi happy yogis tu, aku tak sabar-sabar tunggu arissa teberak.

aku: arissa takde rasa nak teberak ke?

arissa: takde. aisa belum nak berak lagi.




selepas 2 hari barulah arissa nak teberak. aku berdebar-debar je tunggu result. apakah berkesan happy yogis itu atau tidak.

alhamdulillah, tak sampai beberapa minit arissa mengadu nak teberak, tetiba aku cek dalam pampers dah ada berak. berak cair. aku rasa dah lamaaaaaaaaaaa sangatttttt arissa tak berak cair atau separa cecair. disebabkan aku rasa gembira maka aku order lagi 3 paket happy yogis sebab masa mula-mula cuba tu aku cuma beli satu paket sahaja.




sekarang dah paket ke 4 arissa makan happy yogis tanpa dia sedari. dan sejak mula makan awal bulan 10 hari tu, arissa memang dah senang nak terberak. takde lah macam dulu. meneran petang, berak nya keluar tengah malam takpun esok paginya. sekarang dalam 5 minit dah selesai teberak dalam pampers.

happy yogis ni makanan organic. rasanya macam yougurt dan dalam bentuk tablet. ada 3 perisa iaitu strawberry, mixed berry dan banana mango. aku campurkan dalam susu arissa 5 tablet selang selang. maksudnya pagi aku letak dalam susu, tengah hari tak letak. petang aku letak balik. malam tak letak. tengah malam kalau dia minta susu aku letak a lagi happy yogis. macam tu la kaedah yang aku praktikkan. satu paket ni tahan 7 hari. sebab tu kena bagi selalu supaya tak membazir  bila dah sampai 7 hari. harga sepaket dalam RM 22.50 kot. tapi masa aku beli ada offer so harga jadi RM 19.50. baru semalam order lagi 3 paket dan dah sampai petang tadi.

suka tengok arissa dah senang nak teberak ;-).


alhamdulillah ^_^.





Tuesday, October 1, 2013

untuk yang sakit hati dengan cicak

dulu aku pernah buat entri pasal perangkap cicak. masa tu aku guna perangkap yang ada pelekat brand ridsect. memang berkesan perangkap tu sebab cicak yang dah masuk perangkap akan mati melekat kat situ. tapi perangkap tu berkesan kalau cicak tu pergi mengjengah dalam perangkap. bagaimana pula dengan cicak yang selalu jenjalan kat siling atau lampu atau kat dinding? sakit hati kan tengah syok tengok tv tetiba lalu sang cicak. kadang-kadang siap main kejar-kejap sesama sendiri,  kadang-kadang sempat mengawan celah frame gambar yang tersangkut kat dinding. pemandangan cicak berkeliaran kat siling dan dinding rumah ni memang buat hati aku saaakiiittt sangat.

dalam imaginasi aku, kalaulah aku ni tak geli dengan cicak, memang aku dah cekau sekor-sekor pastu panggang dan bagi ayam makan (ni kegiatan aku, adai, lida dan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu. ngeee ;-p). disebabkan aku ni geli ya amat dengan cicak, maka satu jalan penyelesaian yang lain harus difikirkan, tension sangat nampak taik cicak merata-rata!

masa jenjalan sambil shopping di carefour rahang (masa ni belum tukar jadi  Big Aeon lagi) beberapa bulan yang lepas, aku yang memang berniat nak cari benda yang boleh hapuskan cicak, ternampak satu alat penyembur ala-ala ridsect tin kaler hijau pucuk pisang dan penutup kale kuning. kat tin tu bukan gambar nyamuk tapi gambar cicak. Ridsect Lizard Repellent. lepas baca kat belakang tin tu aku pun beli sebab nak cuba. harga dia dalam RM 18.++. tapi kalau beli kat ekonsave murah sikit rasanya.


serius, aku geli tengok gambar cicak kat tin ni!

penyembur ni fungsi dia bukan bunuh cicak. spray pada siling, dinding atau lampu tempat cicak selalu buat site visit. bila kite sembur pada tempat-tempat tu, bahan yang disembur tu akan membuat kan tempat-tempat tu tak boleh dijejak oleh cicak. kalau cicak lalu kat siling atau dinding yang dah disembur secara automatik cicak-cicak tersebut akan jatuh. kaki-kaki cicak tidak berupaya melekap pada tempat tersebut. satu tin ni kalau disembur kat seluruh rumah yang besar memang sekali pakai je abis. tapi kalau nak sembur kat tempat-tempat tertentu je mungkin boleh pakai 3,4 kali lagi.

lepas habis satu dinding rumah dan siling aku sembur dengan lizard repellent ni, memang rumah aku bersih dari taik cicak. tempat-tempat yang hari-hari ada taik cicak tetiba dah tak ada lagi dalam tempoh 2 minggu. cicak pun dah jarang ada lagi kat dinding dan siling. satu perkembangan paling gembira buat aku tapi lagi bagus kalau cicak tu semua mampus terus. kat tin tu tulis semburan didinding tu tahan sehingga 6 minggu tapi setakat dah beberapa kali aku guna ni, paling lama pun 2 minggu cicak tak muncul didinding dan siling rumah aku. bila dah nampak cicak tak jatuh bila lalu kat tempat yang pernah disembur tu, buatlah proses penyemburan lagi.

aku paling suka sembur terus kat dinding atau siling yang memang tengah ada cicak sebab seronok tu tengok cicak tu kelam kabut lari tetiba dah tak boleh melekap terus jatuh. tapi yang tak bestnya bila cicak tu tengah kelam kabut sebab dah terjatuh kemungkinan akan lari kat aku pun besar juga. tak pasal-pasal aku pun kelam kabut selamatkan diri dari dipanjat cicak yang panik.

ok sekian entri nak share pada sesiapa yang tak suka cicak. pada yang jadikan cicak sebagai binatang kesayangan tak sesuai guna penyembur ni. ;-p

Thursday, September 26, 2013

Simptom-simptom Gangguan Jin



A) Di dalam keadaan berjaga
  • Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  • Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  • Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  • Bau nafas yang terlalu busuk
  • Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  • Bayi kerap menangis
  • Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  • Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
  • Berubah hati terhadap semua orang yang disayanginya
  • Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  • Bunyi guli di atas syiling
  • Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
  • Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  • Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  • Darah haid turun lebih dari 15 hari
  • Gagal melakukan hubungan kelamin
  • Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  • Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
  • Kemurungan/ Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  • Kerap keguguran
  • Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  • Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  • Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
  • Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  • Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  • Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  • Marah secara keterlaluan / panas baran
  • Melihat jin / hantu secara terus
  • Mendengar suara berbisik / menyergah
  • Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  • Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
  • Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  • Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  • Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  • Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
  • Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  • Sakit Jiwa / Mental
  • Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  • Sakit perut tanpa sebab klinikal
  • Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  • Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  • Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  • Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  • Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  • Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  • Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  • Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  • Suka bangun tidur selepas tengahari
  • Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  • Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  • Suka melihat diri di dalam cermin
  • Suka menggulung rambut dengan jari
  • Suka tidur pada siang hari
  • Sukar mendapat jodoh
  • Sukar mendapat zuriat / Mandul
  • Sukar tidur malam
  • Tanda lebam pada anggota badan
  • Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur
  • Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  • Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  • Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  • Terasa bahu ditepuk dari belakang
  • Terasa terkena renjisan air
B) Di dalam tidur
  • Bermimpi bayi / kanak-kanak 
  • Mengunyah gigi sewaktu tidur
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  • Mimpi makan 
  • Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  • Mimpi yang menakutkan
  • Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  • Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Terdapat pelbagai lagi simptom-simptom yang ada selain dari yang di atas..Wallahu a’lam bis sha'wab.

Kini mari kita lihat bagaimanakah caranya untuk kita menghindari diri dan keluarga kita dari segala gangguan makhluk-makhluk halus ini. Ada beberapa cara untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan kita bebas dari segala perkara sebegini, namun ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan haruslah juga diistiqamahkan perbuatan kita. Berikut adalah antara caranya untuk menghindari dari sebarang gangguan makhluk halus.
  • Menghidupkan rumah kita dengan ibadah solat-solat sunat.
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran, khususnya Surat Al-Baqarah di rumah kita, karena sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin akan lari dari rumah yang sering kedengaran bacaan Surah Albaqarah di dalamnya.
  • Membaca Ayat Kursi sebelum tidur, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin tidak akan mampu mendekati orang yang membaca Ayat Kursi sebelum tidurnya sehinggalah ia bangun kembali dari tidurnya.
  • Membaca Surat Al-falaq dan An-Nas setiap pagi dan petang, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, tidak ada pelindung diri yang lebih kuat dari keduanya.

Berikut pula cara-cara yang boleh kita lakukan dengan sendirinya untuk memeriksa sama ada tubuh kita sebenarnya telah ditumpang oleh makhluk-makhluk halus. Caranya dengan mendengar audio bacaan ayat-ayat Ruqyah dan seandainya boleh, dengarnya dengan sejelas yang boleh. Tidak perlu membaca, cukuplah sekadar memberi perhatian sepenuhnya dari mula hingga ke akhir bacaan.
Setelah habis mendengarnya, sekiranya kita mengalami beberapa kesan seperti batuk-batuk, badan berpeluh, jantung berdebar kencang, mengantuk dan pening, terasa ingin muntah, sendawa dan mungkin terasa seperti sesuatu ada di dalam kulit, itu adalah petanda yang tubuh kita berkemungkinan dihuni oleh makhluk halus.
Cara ini tidak digalakkan untuk dilakukan berseorangan, sebaiknya biarlah berdua atau ramai kerana bimbang kesan yang akan dialami sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah akan membuatkan makhluk halus itu menentang tuan empunya badan. Dan adalah lebih afdal sekiranya meminta bantuan dari Ustaz mahupun pakar perubatan islam yang lebih arif dalam hal-hal sebegini. Ini adalah lebih baik kerana sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini, ada pihak yang akan membantu kita.

Monday, September 23, 2013

niat nak berseronok tapi jadi seram pula

lepas baca pengalaman seram orang, mesti aku pun nak kongsi pengalaman seram aku. entri seram kali ni pasal pengalaman aku dan encik capo di bangunan pejabat kami sendiri. bukan dalam pejabat unit kietorang tapi dalam bangunan ni sendiri.

kisah ini terjadi pada hari sabtu atau ahad atau cuti umum (tak ingat pula tapi yang pasti bukan hari bekerja) pada tahun 2010 tapi aku tak ingat bulan berapa. yang pasti aku tengah pregnat masa tu.

pada petang itu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, aku dan encik capo hendak pergi ke pejabat kami. tujuannya ialah nak mengambil bekas bekalan makanan yang tertinggal di opis. pada masa tu aku sangat rajin memasak breakfast dan membawa bekal ke opis pada setiap hari. disebabkan tak mahu hari kerja nanti ada bau kurang menyenangkan disebabkan bekas bekalan yang tertinggal (pastinya tak basuh lagi), maka kami pun ke opis untuk mengambil bekas tersebut.

apabila sudah parking kereta, tiba-tiba aku rasa malas nak naik ke atas dan mahu tunggu dalam kereta je. opis kami terletak ditingkat 3.maka encik capo pergilah seorang diri masuk ke dalam bangunan 5 tingkat tersebut. semasa encik capo menghilangkan diri disebalik dinding, idea jahat mula menerpa dalam fikiran aku semasa itu.

'kalau dapat terperanjatkan encik capo masa dia dah turun dan keluar lif nanti, seronok jugak' kata aku dalam hati.

didalam kereta, aku pun mula merangka perancangan. nak menyorok kat balik pintu laluan tangga di tingkat G tersebut. bila encik capo keluar lif dan berjalan keluar, aku akan menerpa perlahan-lahan lalu

'huargggggghhhhhhhhhhh'

lalu encik capo terperanjat.

hahahahaha. begitulah perancangan aku.

apabila sudah nekad, aku pun mematikan enjin kereta lalu hendak membuka pintu kereta untuk keluar. baru sahaja aku nak membuka pintu, tiba-tiba kelihatan encik capo muncul dari sebalik dinding dan menuju ke arah kereta. aku kehairanan sebab takkan lah sekejap je dah amik bekas makanan tu? mengikut perkiraan akal logik aku yang hari-hari datang dan balik keje dibangunan ini, encik capo memerlukan lebih dari 30 saat untuk masuk ke dalam bangunan, menuju ke lif. menunggu lif. masuk ke lif nak menuju ke tingkat 3, kemudian nak kena bukak mangga pintu, keyin id untuk masuk, masuk dalam opis, bukak lampu lalu menuju ke bilik untuk amik bekas makanan kemudian keluar dari opis, mangga balik pintu. turun lif dan akhirnya  menuju ke kereta. semua tu memerlukan lebih 30 saat.

tapi yang peliknya belum pun 30 saat encik capo dah kembali ke kereta. aku pun tercengang-cengang enggakkk mengerti apa yang berlaku sehingga pantasnya encik capo kembali ke kereta. bila aku tanya dah amik ke bekas? encik capo jawab belum. kompem lah belum sebab memang tak nampak dia pegang apa-apapun.

tiba-tiba encik capo tanya

'ada panggil ke tadi?'

aku pun tercengang. bila masa pulak aku ada panggil dia. aku syok aje duduk dalam kereta menyusun strategi nak teperanjatkan dia. bila aku jawab takde, encik capo pun tak cakap apa-apa lagi lalu ajak aku teman naik opis sekali. maka, kami berdua pun masukklah dalam bangunan dan naik lif ke tingkat 3. lepas dah setel semua, kami pun masuk dalam kereta dan balik setelah memulangkan kunci kepada pak guard.

dekat rumah barulah bukak cerita. menurut encik capo sedang beliau melangkah menuju ke hadapan lif, beliau terdengar suara memanggil beliau. tapi aku lupa samada suara tu panggil nama dia atau abang. suara tu pulak macam suara aku. bila dia terdengar suara seakan suara aku memanggil beliau, encik capo pun menoleh tetapi tiada kelibat aku dimana-mana. dia siap pegi carik 'aku' kat balik pintu laluan tangga (port yang aku terpikir masa dalam keta nak menyorok nak teperanjatkan dia bila dia dah turun lif). encik capo ingat aku nak main-mainkan dia panggil panggil nama dan berlari menyorok. disebabkan 'aku' tiada dimana-mana tu yang dia pergi ke arah kereta sebab ingat aku dah lari masuk kereta. masa tu lah aku baru nak bukak pintu kereta sebab nak pergi laksanakan perancangan nak teperanjatkan dia. tapi aku pulak yang teperanjat sebab encik capo sedang melangkah kembali ke kereta macam tau-tau aku nak pergi teperanjatkan dia.

bila dah cerita tu, tiba-tiba rasa seram. sebab kejadian yang menimpa encik capo tu adalah saat yang sama aku terpikir nak menyorok kat laluan tangga lalu terperanjatkan dia. dalam pada aku merangka perancangan yang amik masa tak sampai 5 saat tu, masa tu lah ada sesuatu yang 'aku' sedang laksanakan tapi berbeza strategi dimana sesuatu 'aku' menggunakan taktik panggil dan nyorok. strategi aku yang real ialah nyorok dan terperanjatkan. huhuhuhu.

kenangan masa pregnant. bayangkan dengan perut macam ni aku boleh terfikir nak pegi main nyorok-nyorok balik pintu laluan tangga yang gelap dan sunyi! wtfox i'm thinking?????

bila difikir-fikir balik, nasib baiklah aku tak sempat nak laksanakan rancangan aku nak teperanjatkan encik capo tu. kalau tak...cuba bayangkan, dah lah hari cuti, pukul 6.30 petang dekat nak senja. orang lain memang takkan ada lalu lalang kat bangunan tu macam hari bekerja. aku yang perut tengah memboyot pergi menyorok kat balik pintu laluan tangga yang gelap sambil menunggu encik capo turun dan keluar lif. ada 4 kemungkinan yang aku fikir lepas kejadian tu.

1. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. kemudian encik capo teperanjat lalu aku ketawa suka hati sebab dapat kenakan dia. lepas tu aku kena sekeh dengan encik capo tapi aku tak kisah sebab sukahati punya pasal.
2. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. tapi encik capo tu tak ada apa-apa effect lalu berpaling kat aku lalu...lalu....muka bertukar jadi muka hantu.....waaaaaa....scary betul!!!!
3. aku menyorok.........dan ada 'sesuatu' menyorok bersama aku. pengsan!!!!!!!!!!!
4. aku menyorok. tunggu encik capo keluar lif. tungu punya tunggu tapi encik capo tak muncul2. tau-tau encik capo dah balik dengan 'sesuatu yang aku' ada dalam keta. encik capo tak carik sebab memang 'aku' ada dalam keta padahal aku yang sebenar sedang menyorok balik pintu. waaaaaaaaaaaaaa siot betul imaginasi!!!!


kompem aku takkan main nyorok-nyorok kat mana-mana bangunan lagi dah. gila punya idea aku dapat nasib baik tak sempat nak laksanakan. dah 3 tahun kejadian ni berlaku. tiba-tiba sedang menaip entri ni bulu roma aku meremang-remang.

owh....- _-


Tuesday, December 27, 2011

Punca Pelupa dan Tips Elak Jadi Pelupa

sejak akhir-akhir ni kan, aku selalu lupa. dan makin hari aku rasa macam makin teruk pulak pelupa aku ni. bukti yang menyokong aku kata pelupa aku makin teruk ialah, bila berbual tentang sesuatu perkara dengan encik capo atau kawan atau family aku, selepas lebih kurang 10 minit atau beberapa jam, aku dah tak ingat apa yang aku bualkan. puas aku mengingatkan tapi langsung takde klu. terpaksa tanya balik ' kite cakap pasal apa tadi ye?' huhuhuu.

hari-hari tengok citer csi (las vegas, miami atau new york) dan memang dah hafal nama-nama watak. tapi tetiba aku akan jadi blank dan tak ingat langsung nama-nama watak tu. terpaksa tanya kat encik capo. dia yang tak tengok lak boleh ingat. huhuu *_*

banyak lagi la kejadian yang membuatkan aku sedar yang aku semakin hari semakin pelupa. oleh itu aku pun google punca jadi pelupa dan juga cara-cara nak kuatkan ingatan balik supaya aku tak jadi nyanyuk muda-muda ni. huhuhuhu.

Antara punca jadi pelupa:

1 ) melihat perkara- perkara yg haram.

2) membuang air kecil semasa menggosok gigi.

3) meminum atau memakan makanan yg bercampur semut

4) tidak membaca al- quran.

5) meminum atau memakan dari sumber yg haram.

6) mengumpat dan mengata.

7) asyik bercinta-cinta ( bukan cara islam )

8) terlalu memikirkan yg bukan-bukan.

9) sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.


10) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

11) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

12) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

13) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

14) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

15) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

16) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

tips elak jadi pelupa:

sumber: syurgacintaa
 
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu( pasangan suami isteri yer)
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya.Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh memberi implikasi lain pada antibody kita macam panas badan, pecah gusi dan lain2...
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails