Showing posts with label my movie. Show all posts
Showing posts with label my movie. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

isnin dan selasa

malam tadi pergi tengok wayang dengan encik capo dan arissa citer Dracula Untold. Sambil tengok wayang sambil makan popcorn dan percaya tak semuanya free termasuk tiket wayang. tak keluarkan duit pun kecuali beli air mineral untuk arissa.

ni rupa member kad tgv

baru-baru ni TGV dah buat member kad. jadi, sebagai seorang kaki wayang yang hampir setiap minggu pergi tengok wayang kadang-kadang seminggu 2 ke 3 kali, maka aku terus register jadi member kelab. aku register online je. selepas seminggu baru aku pergi ambil kad di tgv berhampiran dimana kalau diseremban ni tgv ada di jusco seremban 2. sebenarnya tak perlu tunggu seminggu untuk ambil kad. ambil serta merta lepas register pun boleh. tapi sebab tak dapat pegi jusco  minggu lepas, baru malam tadi lah ada masa nak pergi ambil kad member tu. bayaran untuk kad member ni RM28 untuk setahun kot.


 
tapi kan, sangat berbaloi kot harga RM28 tu. sebab masa ambil kad tu boleh dapat 2 tiket free dan satu set popcorn regular set. kalau beli 2 tiket dan popcorn regular set pun dah RM30++ lebih kurang. selain daripada tu, lain kali kalau nak beli tiket wayang dapat diskaun rasanya. tapi tak sure berapa RM sebab belum cuba lagi. jadi malam tadi, kami pun tonton citer dracula untold dan makan popcorn dengan senang hati sebab free.

arissa possing gedik. ni depan popular sambil menunggu pukul 8.00 malam. budak sorang ni nak belon lah, nak menan lah nak jagung lah nak buku kanak-kanak lah. sebab dia sorang je cinta hati maka ku turutkan aje.

malam sebelum malam tadi, iaitu hari isnin malam, pun kami pergi tengok wayang. tapi di MBO citer The Equalizer. masa ni tak plan pun nak tengok wayang. tapi sebab ada pokok tumbang depan pagar rumah dan kami tak boleh nak masuk dalam kawasan apartmen, maka kami pun mencari tempat port lepak di kedai mamak sementara tunggu pihak bertanggungjawab setelkan masalah pokok tumbang tersebut.. masa ni aku, encik capo dan lida. lepas setel makan minum, dah bosan menunggu aku pun terus capai henset dan bukak website MBO sebab MBO dekat sket dengan tempat kami lepak tu. tengok time citer The Equalizer tu ok pulak pukul 8.00 malam. terus aku ajak encik capo dan lida tengok wayang.



masa dah habis tengok wayang memang pokok yang tumbang tu dah setel dialihkan . jadi kami pun bolehlah balik rumah dan berehat. masa ni dah pukul 10.45 malam camtu. balik rumah terus cek banjir ke tak dalam rumah. ye lah, atap rumah ni kalau hujan terlalu lebat ditambah angin kencang, memang bocor. menitik-nitik air tak pun meleleh-leleh kat dinding. kalau aku ada kat rumah bolehlah tadahkan ke apa. ni, kami memang tak dapat balik rumah sejak abis keje sebab masalah pokok tumbang tadi tu.

ni ha pokok tumbang depan pagar. memang tak boleh nak masuk keta sebab satu je jalan masuk dan keluar yang boleh lalu. ada satu lagi pagar tapi  menuju ke belukar. boleh je paking keta luar pagar ni dan jalan kaki masuk rumah tapi risau pula pokok lain tumbang himpap kereta.

lepas cek semua, bersyukur aku rumah tak banjir, karpet tak basah dan tiada air membasahi peralatan lektrik dan sebagainya. kalau banjir rumah, aku nekad akan EL. kami pun masuk tido sebab dah penat sangat. pagi esoknya aku bangun terus pegi dapo. terbukak je lampu dapor terus aku terkejut. rupa-rupanya malam tadi aku tak cek dapor. satu siling kat dapo dah 90 peratus teralih. belubang je atas tu terus nampak kayu kayan dan bumbung. dengan serpihan batu dan siling berterabur kat sinki dan lantai serta di tempat pinggan mangkuk. risau pulak aku kalau-kalau ada binatang yang tak diingini masuk dalam rumah sebab keadaan siling berlubang tu. malam-malam kadang-kadang terdengar je bunyi tapak kaki berlari-lari atas siling. aku anggap binatang je. harap-harap memang binatang lah dan bukan makhluk yang lagi satu tu. alah, makhluk apa lagi kalau bukan yang halus tu lah.

ok. tu je.  harap-harap hari ni tak hujan lebat macam hari isnin hari tu sebab siling kami masih belum dibetulkan. kalau hujan lebat, alamat banjir lah dapor. boleh buat alasan malas nak masak nanti ni. ^_^. tapi kalau tak banjir dapor pun memang selalu bagi alasan. hahahah


Monday, October 13, 2014

biasa je

siapa pernah tengok movie The Conjuring mesti tau pada awal movie tu ada sedikit adegan berkenaan Anabelle. anak patung yang berhantu. sejak tu aku tak sabar nak tunggu ada movie pasal Anabelle pulak. awal bulan 10 yang lepas, movie anabelle ni keluar wayang. jadi, sebagai peminat citer berunsur seram ni, pastilah aku tidak ketinggalan untuk menonton citer ni di pawagam.



hari jumaat 3 Oktober yang lepas, pukul 8 malam, aku, encik capo, lida dan arissa layan citer ni kat TGV Jusco Seremban 2. akhirnya dapat jugak lah aku pegi tengok wayang kat jusco tu. terubat rindu nak makan popcorn kat sana. cerita ni 13 PL, jadi boleh bawak arissa. lagipun masa tu arissa memang ada kat rumah, jadi takkan nak hantar arissa rumah wan dia pulak supaya kiteorang boleh tengok wayang? aku dah bagitau arissa siap-siap ni citer hantu. kalau hantu keluar, tutup mata.

wayang penuh sampai seat depan. mujurlah aku memang dah beli tiket online awal-awal. jadi dapatlah pilih seat belakang-belakang. awal-awal cerita anabelle ni agak bosan. hantu lambat keluar. asik bercakap je. huhuhu. over dekat sound effect je. dah lama-lama lebih kurang separuh citer, barulah hantu muncul. bila dah sampai part seram, memang dia bagi betul seram tu. mungkin nak cover sebab hantu lambat keluar. arissa pulak, aku memang tutupkan mata dia bila hantu keluar. kadang-kadang aku dah agak part mana hantu akan keluar, so 2 saat sebelum hantu keluar aku dah tutupkan mata arissa.

kisah anabelle ni memang kejadian benar. tapi rupa anak patung anabelle tu takde lah menakutkan macam dalam citer ni. anak patung yang asal, biasa-biasa je. macam anak patung yang normal. anak patung yang asal masih wujud hingga hari ni dan disimpan dalam almari kaca di muzium milik Ed dan Lorren (kalau tak silap aku namanya). Ed dan Lorren ni watak utama dalam movie The Conjuring yang juga kisah benar. kalau nak tengok rupa sebenar anabelle, silalah google pasal Ed dan Lorren ni. 

kesimpulannya, citer annabelle ni biasa-biasa je. seram  dan saspen lagi citer the conjuring.

Monday, September 29, 2014

agak kejam juga

hari jumaat malam yang lepas, aku tengok wayang lagi. kali ni movie The Purge Anarchy. aku memang kaki wayang. akan tengok wayang jika ada movie best yang aku berkenan. kalau dalam seminggu tu ada 3 movie best, maka 3 kali lah aku akan tengok wayang dalam tempoh seminggu  tu. kebiasaannya memang akan pergi tengok wayang dengan laki sendiri atau kadang-kadang dengan arissa, kakak aku dan anak-anak buah aku.sejak aku kahwin, aku tak pernah lagi tengok wayang dengan kawan-kawan. kenapa??? adakah sebab aku takde kengkawan sekepala kat sini berbanding masa tinggal di Damansara / Key EL?? atau sebab tengok wayang dengan laki atau keluarga sendiri lagi best? jawapan: kedua-duanya pun betul. kekekekeke.

bayangkan korang diburu oleh pembunuh-pembunuh macam ni dan tak ada tempat nak sembunyi dan tak ada sesiapa nak tolong.


tengok movie the purge anarchy hari tu di MBO di Terminal 2. geram betul sebab dari hari tu nak pergi tengok kat TGV Jusco Seremban 2 tak dapat-dapat. kali ni tak dapat tengok kat Jusco sebab movie ni tak ditayangkan di sana. pergi tengok wayang hari tu dengan encik capo, lida, duan dan akim. kali ni tengok wayang tak beli popcorn. macam aku pernah citer sebelum-sebelum ni, pop corn kat MBO tak berapa best berbanding pop corn di TGV Jusco dan GSC Terminal 1.

Movie The Purge Anarchy ni sebenarnya adalah movie sambungan kepada movie yang 1st, The Purge. citer yang 1st ni aku dah layan, dan best. jadi mesti tengok movie yang kedua pula. Dari segi pelakon tak ada kena mengena dengan 1st. yang masih sama adalah konsep cerita tersebut dimana pada masa akan datang (jangan bayangkan kereta boleh terbang, manusia tinggal di planet lain atau bulan dan sebagainya seperti yang biasa movie zaman akan datang dibayangkan), kerajaan Amerika telah membenarkan dalam tempoh 12 jam dalam setahun, semua penduduk boleh keluar membunuh sesuka hati tanpa akan ditangkap atau didakwa. pada satu tarikh yang akan ditetapkan, selama 12 jam manusia bebas membunuh. tak kira nak bunuh keluarga sendiri atau sesiapa saja yang mereka nak bunuh. hospital juga akan ditutup dalam tempoh 12 jam tu. maknanya sesiapa yang tercedera kalau datang kat hospital tak akan dilayan atau dirawat.


The Purge yang 1st. bayangkan depan pintu rumah ada orang pakai topeng macam ni sambil pegang senjata tengah berusaha  nak pecah masuk rumah dan membunuh semua yang ada dalam rumah.


ramailah yang mengambil bahagian dengan keluar membunuh. ada juga yang tak mahu membunuh tapi mereka haruslah bersedia juga untuk berlindung dan mempertahankan diri sebab mungkin rumah mereka akan jadi target oleh pembunuh rambang yang sedang gila nak membunuh. jadi, konsep movie ni pasal bunuh membunuh dan bagaimana nak menyelamatkan diri dari jadi mangsa bunuh.

kalau sesiapa yang tak suka citer yang agak ganas bunuh membunuh dan penuh darah ni tak perlu layan kot cerita ni.sebab cerita ni memang kejam sangat. bagi aku movie ni best. aku memang suka layan citer macam ni selain daripada citer hantu. tapi aku hanya suka dalam movie je sebab dah tentu lah mereka tu berlakon. kalau kejadian yang sebenar-benar di alam realiti memang aku benci lah dan takut sangat.

ok tu je.



** ada je movie yang aku dah tengok 1st, tapi takkan sekali-kali tengok sequel yang seterusnya. contohnya movie Twilight. serius aku menyesal tengok citer hampeh tu. kat wayang pulak tu tengok. membazir masa dan duit.

menyesal layan citer ni.

Wednesday, September 17, 2014

tengok wayang



petang hari isnin yang lepas aku tengok wayang cerita As Above So Below berdua dengan lida. niat hati nak tengok kat jusco sebab pop corn dia best. tapi tayangan kat jusco malam pula. nak tak nak terpaksa tengok kat MBO Terminal 2. pop corn kat MBO tak best tapi walaupun tak best tetap beli sebab nak mengunyah jugak masa tengok movie nanti.

poster citer ni langsung tak menarik. tajuk pun tak berapa mengancam. tapi sebab aku ada tengok trailer dia macam best maka aku pun ajak lida pegi tengok. encik capo tak join sebab beliau ada hal. dalam hall sebesar-besar tu boleh pulak aku dengan lida je yang ada dalam tu. mana pergi orang lain? takkan takde sape nak tengok citer ni?

setelah menonton iklan hampir setengah jam, maka cerita pun bermula. bila citer dah start, pop corn pun dah habis sebab dah makan sepanjang siaran iklan tadi. berdua pun berdua lah, yang penting selamat dan tiada gangguan anasir-anasir jahat oleh manusia atau makhluk lain.

permulaan cerita agak slow sebab banyak cakap. cerita ni berdasarkan rakaman camera cam. jadi gambar agak goyang-goyang namun masih terkawal. bila dah tengah-tengah baru start saspen dan seterusnya seram. ada adegan terkejut juga yang menyebabkan lida menjerit. suka hati dia menjerit dalam wayang. mentang-mentang takde orang lain. disebabkan takde orang lain makan aku tak berapa malu sangat dengan perangai dia. seterusnya ada beberapa adegan yang terasa nak tutup mata tapi tak tutup sebab nanti rugi pulak tak tahu apa jadi. just kecikkan mata je konon-konon tak berapa nampak tapi nampak. hahahaha.

kesimpulannya citer ni best jugak. sebab saspen dan seram. cuma mungkin tajuk dan poster tak menarik. atau mungkin masa aku tengok tu je tak de orang. mungkin masa yang lain ramai orang lak.




2 hari sebelum tu (hari sabtu malam), aku dengan encik capo tengok citer The Maze Runner kat MBO juga. masa ni ramai orang. penuh hall. niat awal nak pegi tengok kat jusco tapi bila dah sampai jusco, tinggal seat depan je. maka terus masuk keta dan drive ke MBO.  nasib baik ada couple seat yang masih kosong. bila couple seat kompem lah lokasinya kat belakang sekali. selalunya kalau nak tengok wayang aku akan beli tiket online. tak suka main terjah je. tapi sebab masa tu dah pukul 6.30 petang, baru habis bertugas sebagai urusetia di Dewan MPS sempena Karnival ICT, tu yang main terjah je pegi jusco. hasilnya macam tu lah. seat penuh tinggal seat depan je. kalau kat MBO pun takde seat belakang-belakang memang masuk keta terus drive balik rumah je.

citer The Maze Runner ni pun best. tak sia-sia dari dewan MPS ke jusco kemudian ke MBO terminal 2 untuk tengok citer ni.

ok. tu je.


Thursday, December 19, 2013

terkena panahan jejaka kacak berambut putih keemasan

oh...legolas yang kacak

tahun lepas dah tengok filem hebat, hobbit. jadi tahun ni bila sambungannya dah keluar wayang, haruslah aku pergi menonton. jadi, petang semalam lepas keje kiteorang pun pergi ke jusco seremban 2. tiket memang aku dah beli online siap-siap. cerita hebat macam ni kompem wayang penuh dan aku takkan sekali kali mahu duduk 2,3 barisan di hadapan skrin. nasib baiklah tgv boleh beli tiket online, jadi semunya dihujung jari aje.

tiket online. ada 3 seat sebab ada aku, encik capo dan duan hadi (anak buah aku)


bila dah beli tiket online, tak perlu beratur dikaunter lagi. terus je masuk dalam tapi kena tunjuk tiket dululah kat penjaga kat tangga tu. tiket pun print sendiri je. kadang-kadang penjaga tu akan scan kat barcode kertas yang diprint sendiri tu. kadang-kadang dia hanya tengok je dan bagi masuk. sebelum masuk dalam hall, beli popcorn dulu. macam dah jadi perkara wajib pulak, setiap kali kalau nak tengok wayang, beli popcorn dulu. hihi.



disebabkan aku beli tiket online dan awal, maka aku dapat lah pilih seat yang belakang. nasib baik tau aku beli tiket awal sebab dalam hall tu penuh dengan orang, seperti yang aku jangkakan. sampai ke barisan hadapan sekali pun ada orang duduk. lepas dah silentkan handphone, maka masa untuk makan popcorn sambil layan iklan dulu.



bila cerita dah stat masing-masing kusyuk melayan. sekali sekala terdengar suara baby menangis. ada jugak yang bawak baby tengok wayang ye. kejap-kejap dengar suara baby nangis. disebabkan aku memahami aku biarkan je. tapi ada jugalah dengar suara-suara yang merungut sebab bising.


leeeegooolassss.....(cair)


cerita hobbit 2 ni sangat hebat. aku terus je berangan nak berada dalam situasi mereka. part yang paling aku tak tahan ialah bila legolas muncul dengan penuh gayanya. terus aku mencair di kerusi sambil mata tak berkelip-kelip tengok aksi legolas melompat sana sini sambil memanah orang jahat dengan penuh gaya. legolas ni watak dalam filem lord of the rings. tapi disebabkan citer hobbit ada kena mengena dengan lord of the rings maka beberapa watak dalam filem lord of the rings muncul dalam filem hobbit ni. terubat kerinduan pada legolas yang kacak. ngeee...^_^. setiap kali legolas muncul setiap kali tu lah aku mencair.

oh...sungguh bergaya sekali
aku berangan nak jadi watak ni sebab pempuan ni selalu bersama-sama legolas dan legolas suka kat dia. ngeee...


aku suka cerita ni. aku bagi 11 bintang dari 10 bintang. terlebih satu bintang sebab khas untuk legolas yang kacak. tak sabar rasanya menunggu sambungan yang ketiga. aduhai. kenapo lah mesti bersambung. setahun tu nak tunggu. tapi yang pasti dalam nombor 3 nanti legolas pasti ada lagi. sukenye sukenye....(ngeh ngeh ngeh. mulalah aku nak merenyam.)

makhluk jahat dalam citer ni




soalan: kenapa gambar legolas lagi banyak daripada pelakon utama?

jawapan: sebab legolas kacak. ngeeee ;-)


mak, legolas kacak macam arissa tak?

Tuesday, October 22, 2013

aku yang dah tak macho lagi

hari ahad lepas aku dan encik capo pegi jusco seremban 2. tujuan utamanya sebab nak tengok wayang movie insidious chapter 2. kebetulan arissa tak ada kat rumah. sibuk nak mengikut mak uda @ lida balik pagi tu sebab malam tu lida tido kat rumah aku dengan duan dan adif layan movie. dikesempatan itu, kami pun pergi lah menonton wayang.

insidious yang first

kiteorang dah layan insidious yang first. jadi satu kemestian untuk tengok sambungannya. adakah lebih seram atau biasa-biasa je. pengarah movie insidious ni ialah james wan. pengarah yang sama mengarahkan movie the conjuring. sape pernah tengok hasil kerja dia kat the conjuring mesti takkan ragu-ragu untuk tengok insidious chapter 2 ni. memang terbaik!!!



untuk yang tak pernah tengok insidious yang first aku nasihatkan tengok dulu. jangan terus terjah tengok insidious chapter 2 sebab kompem kamu tak akan faham jalan cerita. memang sangat berkait.

komen aku terhadap insidious chapter 2 ni memang movie ni best. tahap keseraman tu mungkin lebih seram dari the conjuring sebab masa tengok the conjuring tu walaupun memang seram tapi aku berjaya kontrol macho untuk tidak terperanjat dan tutup muka atau mengalihkan pandangan bila hantu keluar. tapi masa tonton insidious 2 ni ketiga-tiga perkara tersebut aku buat walaupun telah kontrol macho. dengan terperanjat tak hingat, dengan hantu yang keluar tetiba. fuhhh.... berpeluh aku layan insidious 2 ni. dengan itu aku terpaksa mengaku movie ni membuatkan aku hilang kemachoan aku T_T.

renai dan josh

sinopsis insidious first dari sudut aku yang telah menonton.

insidous chapter2  ni sambungan kepada insidious dimana dalam insidious yang first, roh ayah (josh) telah keluar dari badannya untuk mencari roh anak (dalton) yang juga telah keluar dari badan tetapi sesat dan tak pulang-pulang setelah lebih dari 3 bulan. bila roh dalton dah keluar dan tak balik-balik, jasad dia berada dalam keadaan koma. dua beranak ni memang ada kebolehan dimana roh akan merayap keluar bila diorang tido. di akhir cerita josh berjaya jumpa roh dalton yang telah diperangkap oleh hantu api yang jahat yang cuba untuk menakluk jasad dalton yang sedang koma supaya dia boleh hidup semula. semasa cuba kembali kepada jasad masing-masing, josh telah dikejar oleh hantu perempuan bergaun hitam dimana hantu perempuan berbaju hitam ni telah mengganggu josh semasa dia kanak-kanak dulu tetapi emak josh (lorraine) dengan bantuan pakar hantu (elise) telah berjaya menghentikan gangguan tersebut. tujuan hantu perempuan berbaju hitam ni mengganggu josh ialah sebab dia nakkan jasad josh yang sedang tiada roh sebab josh kan dah keluar dari badan dia untuk cari anak dia. jadi....semasa josh sedang kembali ke jasad dia, adakah benar-benar roh josh yang kembali atau hantu perempuan bergaun hitam yang berjaya masuk dahulu. sebab di akhir cerita elise dapat detect yang dalam badan josh adalah hantu bukannya roh josh yang sebenar. tapi belum sempat elise bagitau isteri josh (renai), dia dah mati kena cekik oleh josh.

part ni memang seram dan terkejut. tak pasal-pasal kaki aku terangkat masa part ni dan terus tengok tempat lain.

dalam insidious 2 pula, josh berlagak seperti biasa seolah-olah dia memang josh yang sebenar. isteri, emak dan anak-anak dia pun tak mengesyaki apa-apa kecuali renai dia macam syak josh yang bunuh elise. tapi laporan forensik membuktikan bukan josh yang cekik elise. jadi renai lega. mereka telah berpindah di rumah emak josh (lorraine) sebab polis sedang membuat siasatan di rumah mereka. rumah lorraine adalah rumah keluarga dimana masa kanak-kanak dulu josh tinggal disana lah masa dia kena ganggu dengan hantu perempuan bergaun hitam tu. josh memang tak ingat semua tu sebab elise dah berjaya buat dia lupa masa mengubatkan dia masa dia kanak-kanak dulu.

hantu pempuan bergaun hitam

semasa tinggal di rumah tersebut, mereka masih diganggu oleh hantu. piano bermain sendiri, hantu perempuan bergaun putih merayap-rayap dalam rumah dan sebagainya. lorraine mengesyaki josh iaitu anak dia adalah bukan josh yang sebenar. oleh sebab itu dia telah meminta tolong kepada 2 orang pembantu elise yang sama-sama terlibat semasa proses mencari dalton (insidious first) dulu. mereka telah meminta bantuan carl kawan lama kepada elise yang sama-sama bekerja dengan elise masa memulihkan josh masa kanak-kanak dulu. konpius tak apa aku cerita ni? hahaha. tujuan minta tolong carl adalah untuk panggil roh elise sebab hanya elise yang boleh tolong dorang setelkan masalah gangguan hantu yang tiada kesudahan ni. roh elise telah membantu mereka dengan memberikan petunjuk melalui huruf-huruf pada dadu. selepas berjaya menyiasat tentang hal sebenar dan siapa hantu-hantu yang mengganggu mereka sekeluarga maka lorraine menceritakan kepada renai. semasa ketiadaan lorraine, renai telah diganggu di rumah semasa tinggal berdua dengan anak dia yang kecik (keli).

hantu pempuan bergaun putih

ok, tak boleh cerita sampai habis nanti dah tak suspen. korang tengok a. serius best dan seram. memang tak rugi beli tiket couple seat denga kos RM 34 untuk tonton movie ni. tapi untuk rasa best dan seram kena pastikan tonton insidious yang first dulu. kalau tak kompem blur.

lorraine, josh, dalton dan renai.

ok sekian.


rasa-rasa macam ada insidous chapter 3 nanti. tak sabar nak tengok.

Thursday, August 15, 2013

the conjuring yang seram dan kami yang berlagak macho



petang semalam lepas kerja, tanpa menjemput arissa, aku dan encik capo ke jusco seremban 2. tujuan utamanya adalah untuk menonton movie seram the conjuring. apa yang aku baca dari paper, movie tersebut adalah movie seram nombor 1 di hollywood. sebagai peminat nombor satu movie seram tetapi penakut pada keseraman di dunia realiti, maka aku mengajak encik capo menonton movie tersebut.

disebabkan masih ramai umat yang bercuti raya lagi, maka jusco adalah sesak pada jam sebelum pukul 5 petang pada hari yang bukan weekend. biasanya tak sesak sangat dan parking masih kosong. tetapi semalam, bagaikan mencari parking di hari sabtu dan ahad. kat wayang pun ramai orang. semasa kami beli tiket movie the conjuring tu tak ramai orang yang menonton (berdasarkan skrin kerusi yang available semasa nak pilih kerusi di monitor).

movie start pukul 6.15 petang. semasa dah tiba masa masuk dalam hall, orang pun makin lama makin ramai. sekali penuh da panggung tu. dalam ramai-ramai tu, ramai juga budak-budak ala mat rempit menonton sekali. korang boleh bayangkan suasana menonton wayang dengan bebudak mat rempit macam mana suasananya. bising dan buat panggung macam dorang saja yang menonton. nasib baik la kedudukan kami strategik dan tidak dekat sangat dengan dorang. tapi dalam tu kecoh dengan suara mat rempit dan aweks-aweks mat rempit aje. sabar ajolah...

berbalik kepada movie The Conjuring, movie ni memang serius seram. i likeeeeeeeeee. ia berdasarkan kisah benar yang berlaku pada satu family pada tahun 1971. family ni terdiri daripada mak, ayah dan 5 orang anak perempuan mereka. baru berpindah rumah yang dibeli dijualan lelong tanpa tahu siapa pemilik sebenar rumah tersebut. baru beberapa hari mereka tinggal disitu mereka telah mengalami gangguan demi gangguan yang pelik. mak mereka menemui 2 orang pakar iaitu sepasang suami isteri yang bidang mereka adalah berkenaan dengan mistik-mistik ni. selain menghalau hantu, pasangan ini juga mengajar di university pasal aktiviti paranormal.

pasangan suami isteri tadi membantu keluarga tersebut untuk menghalau hantu yang mendiami rumah keluarga malang itu dimana bermacam-macam kejadian seram yang amat mereka alami. tak cukup dengan itu, hantu tersebut turut mengganggu anak kepada pasangan suami isteri yang menolong ini sebab marah mereka menyibuk nak menghalau hantu tersebut. tujuan hantu tersebut muncul adalah untuk membunuh keluarga yang mendiami rumah tersebut kerana kononnya telah merampas tanah dia. kisahnya macam dia ni dah mati tapi walaupun dah mati dia taknak orang lain tinggal kat tanah dia.tu yang habis dia nak bunuh semua orang yang tinggal di atas tanahnya.

banyak adegan seram dalam movie ni. setiap kali adegan seram dan terperanjat, dengarlah suara-suara penonton menjerit. tetapi disebabkan aku suka berlagak macho, maka tiada jeritan yang kedengaran dari suara aku sepanjang movie ni. (poyo padahal teperanjat juga. hihi). dan setiap kali adegan seram dan terperanjat muncul pasti encik capo cuba menenangkan aku kekononnya beliau berlagak seperti hero tapi yang sebenarnya aku tak de effect langsung walaupun terperanjat juga. yang sebenarnya beliau sedang menenangkan diri sendiri. aku ingat aku seorang yang berlagak macho tetapi encik capo juga cuba berlagak macho dengan menuduh aku sedang ketakutan padahal bila aku menjeling dengan ekor mata, kelihatan beliau sedang tutup mata sambil mengelintin keseraman. ;-p

pada awal permulaan movie ni ada diterangkan ini adalah pengalaman paling seram pasangan suami isteri (yang keje sebagai penghalau hantu ni la) dalam berhadapan dan menghalau hantu sepanjang karier mereka. oleh sebab itu kot kisah ini difilemkan berbanding pengalaman mereka yang lain. diakhir movie ada ditunjukkan gambar-gambar sebenar keluarga 7 beranak yang tinggal dirumah angker tu dan juga gambar pasangan suami isteri yang membantu ni. 

sesiapa peminat filem seram boleh lah ke panggung sebab tak rugi menonton. memang mendebarkan sangat dan memang seram. sesiapa yang penakut, sila bawa bantal untuk tutup muka atau jangan tengok langsung. ehehehe. nasib baik aku tak bawak lida (kakak aku). kalau tak, asal adegan terperanjat je mesti dengar dia terperanjat sambil sebut semua binatang haram kat dunia ni. dan setiap kali jadi begitu, aku terpaksa buat-buat tak kenal atau aku jadi halimunan sekejap. ekekekeke.

** sepanjang aku menonton movie ni aku tak tahu apa benda maksud conjuring tu. lepas taip entri ni aku cek kat citcat.com:

conjuring = menjelma / menjelmakan

Thursday, July 4, 2013

misi ke-3 yang gagal

malam hari selasa hari tu aku dan encik capo bawak arissa tengok monster university kat terminal 1. last bawak arissa tengok wayang tahun lepas, citer alvin & chipmunk 3 (entry misi kedua yang gagal). sebenarnya tak berapa confident nak bawak arissa tengok wayang sebab takut mulut dia bising dalam wayang tu. bukan bising menangis ke apa, tapi arissa banyak tanya. mulut pot pet pot pet aje sejak pandai bercakap dari umur setahun lebih. cuma lagi besar, lagi pot pet la mulut dia. macam mak nenek. takut orang dalam panggung tak selesa pulak kalau ada budak kecik yang asik bertanya or bercakap dalam wayang tu.



oleh sebab itu, bila movie ni dah hujung-hujung kat wayang, baru berani bawak arissa. biasa kalau dah beberapa minggu, orang dah tak ramai. masa selasa malam hari tu memang tak ramai. dalam 10 orang je kot dalam wayang tu. so, ok la kalau arissa nak becakap. kiteorang pilih seat yang tak de orang langsung pastu duduk belakang sekali dan bahagian tepi. senang nak bawak arissa keluar kalau dia meragam.

seperti yang dijangka, arissa mula la bertanya macam-macam. tanya tu ok lagi, tapi volume suara kuat sangat. so, aku suruh cakap pelahan sket. kejap je cakap pelahan-lahan pastu dah kuat balik suara dia. tak lama lepas tu nak turun dari kerusi pulak. pastu nak jenjalan kat kerusi sebelah yang kosong. lepas tu nak duduk kat tangga. bosan duduk kat tangga, nak main lampu kat kerusi yang ada nombor tu. dah bosan sket, dia pegi jalan kat kerusi bahagian tengah. kat situ ada orang duduk. arissa pulak berlari-lari sesuka hati dia je kat belakang tu. kejap datang kat aku balik. pastu duduk pastu berlari ke sana sini balik. pastu berlari-lari sampai kat bucu tangga terus kena penyubit sulung aku kat lengan dia.



dah kena cubit baru nak duduk diam. mana aku aku tak cubit, dah la gelap, berlari sipi-sipi kat tangga nak menurun tu. sket lagi nak tegolek. daripada biar dia berlari-lari kat tepi tangga tak pasal-pasal jatuh tegolek dan mendatangkan kecederaan, so aku cegah dengan bagi penyubit. berkesan a taktik tu, terus duduk diam dan layan movie sambil mata dia menjeling-jeling aku. sebab dia kecik lagi maka comel la dia buat muka tak puas hati jeling-jeling tu. dah besar sket nanti buat camtu, memang nak makan penampar jawab dia. huhuhu.

so kesimpulannya gagal la misi bawak arissa tengok wayang pada umur 2 tahun setengah ni walaupun movie kartun. tunggu tahun depan lah untuk try lagi.

apepun, cite monster university memang best. lebih best dari monster inc. cuma arissa belum pandai layan kartun ni lagi. dia suka layan oggy and cocroaches je.

Friday, September 14, 2012

penuh aksi dan ganaz...sesuai dengan jiwa aku.



petang semalam lepas keje, pegi tengok wayang citer resident evil: retribution dengan encik capo dan lida kat terminal one. citer ni baru keluar semalam. memang aku tak sabar-sabar nak tengok citer resident evil retribution ni. semakin lama semakin best. sudah pastinya movie yang no 1,2 dan 3 aku dah tengok. sebab tu kena tengok yang no 4 ni. tapi masalahnya aku langsung tak ingat dah jalan cerita yang no 3. nampaknya weekend ni kena tengok balik yang no 3.



aku bagi movie ni 5 bintang dari 5 bintang. memang best sangat. banyak aksi. scene tepanjat boboi pun banyak bikin kaki aku terangkat-angkat sebab tekejut. kalau tengok yang 3d mesti lagi best. tapi kat seremban nih takde yang 3d. huhuhu.

tak sabar tunggu movie sambungan yang seterusnya. mesti lagi gempak sebab ada zombie macam dragon pulak. pasti lebih ganas dan penuh aksi.

Wednesday, June 6, 2012

kompem gelak sakan



bila tengah stress atau tensen, sila tengok rancangan variety korea 'running man'. pasti hilang stress dan tension. kalau tak stress atau tension pun boleh layan jugak. kompem berbaloi-baloi. boleh gelak sakan disamping senaman mulut sekali sebab tak boleh henti tegelak. memang kelakar gile-gile ah. kalau kat astro aku tak tau channel berapa sebab aku tengok yang dah didownload.

tau wujudnya rancangan ni masa kursus yang panjang hari tu. roomate aku duk gelak-gelak tengok kat notebook dia. aku pun tanya a cite apa die tengok sampai gelak macam tu sekali? terus dia copykan kat netbook aku beberapa episod dan dia kata kelakar sangat. aku pun layan a episod 1. memang kompem, sakit perut aku tegelak-gelak. itu baru episod 1 dah tegelak-gelak sampai sakit perut. tengok episod yang seterusnya dan seterusnya lagi kelakar. hahahaha. memang tak  boleh blah kelakar tengok perangai dorang dalam running man tersebut. terus mintak copy episod lain-lain pulak. kenapa industri hiburan kat malaysia tak pernah terfikir buat rancangan macam tu ye?


* malam tadi pun layan running man kat netbook. gile kelakar. episod paling kelakar aku rasa setakat yang aku dah tengok ni.


sekian.

Tuesday, April 17, 2012

aku mau jadi Navy

malam tadi aku pegi tengok wayang movie Battleship dengan kakak aku lida dan ecik capo. tq a kepada lida sebab belanja tengok wayang dan pop corn malam tadi. sebenarnya aku tak tau pun citer Battleship ni wujud. dah lama tak tengok wayang so tak update dengan movie-movie baru.




pada pendapat aku, citer sangat awesome! hebat! aku rasa aku terkesima dan sangat teruja bila peperangan antara kapal Navy dan kapal makhluk asing bermula. rasa macam taknak kelip mata je tengok. selain tu, citer ni pun ada unsur-unsur jenaka. sambil layan action, boleh tergelak sekali. rasa macam nak tengok sekali lagi. sound effect citer ni pun sangat hebat.




tetiba sambil tengok movie ni aku mula la berangan ' kalau lah aku seorang lelaki, aku pasti akan jadi Navy....di US'. tapi belakon filem je la. kalau jadi tentera betul-betul mestilah  berjuang ditanah air sendiri. disebabkan aku perempuan, maka tak jadi la aku nak jadi Navy. hihihi. nanti bila dilautan aku mesti rindu sangat kat Arissa.  ;-p

aku rasa macam sangat best je jadi Navy ni dalam movie ni. sangat berani dan begitu bergaya di kapal di lautan sana. ^_^



kesimpulannya...citer ni memang best sangattttttttt!



Thursday, March 8, 2012

bila kita bertemu

aku adalah peminat filem hindustan. rasanya dah beberapa kali dalam blog ni aku citer aku peminat citer hindustan. dulu aku selalu layan filem hindustan kat tv 3 dan tv 2. skang aku lebih suka layan filem hindustan kat channel B4U astro. tapi malangnya sejak hari isnin hari tu channel B4U dah tak wujud lagi! astro ganti dengan channel bella yang penuh dengan citer mexico/sepanyol yang tah hape2 tu. arrggghhhh!!!! aku sangat rasa kehilangan sejak channel B4U dah takde. dah tak berseri malam-malam ku. kalau tak pukul 9 malam mesti ada movie hindustan. kalau aku suka pelakon dia, kompem aku tengok. kalau tak, aku bagi arissa layan channel Baby TV. kat Channel Zee, movie dia tak berapa best. huhuhu. oh astro, tolong kembalikan channel B4U.


sebenarnya aku nak buat entri pasal filem Jab We Met atau maksudnya When me met atau bila kita berjumpa. pelakon movie ni ialah Kareena Kapoor dan Shahid Kapoor. kedua-duanya adalah antara pelakon kesukaan aku. dah lebih 5 kali aku tengok citer ni tapi aku tak pernah muak. kat astro je dah 2,3 kali aku tengok. kat tv3 lagi. tak cukup dengan tu aku tengok online pulak. waaaa...bagi aku citer ni sangat best dan menyentuh perasaan. setiap kali tengok mesti aku akan tersenyum sendiri bila part yang buat aku tersenyum, dan tanpa disedari airmata aku pun aku mengalir bila sampai part yang sedih. owhh...tengok citer katun pun aku boleh menangis kalau mengusik perasaan T_T. lepas tengok movie ni aku mesti rasa nak jadi macam watak kareena kapoor. happy go lucky. peramah, gila-gila dan mulut becok.  kontra dengan perangai sebenar aku. diam...diam...dan diam. tapi aku tetap aku. suka atau tidak ini la aku. ekekekeke.


ni adegan dorang menyanyi lepas kena tinggal keretapi
citer ni mengisahkan shahid kapoor (aditya) iaitu seorang CEO syarikat telekomunikasi telah berpatah hati bila awek dia tinggalkan dia dan nak kawin dengan orang lain. disebabkan terlalu sedih, shahid pun tinggalkan opis tanpa bagitau sesape. dia tinggalkan kereta dan henset kat tepi jalan dan terus naik keretapi tanpa amik tau keretapi tu nak pegi mana. dalam keretapi muncul la Kareena, seorang gadis punjabi yang mulut becok. asik nak becakap je tak tau nak benti. shahid yang memang tgh sedih tak kuasa nak layan kareena. kareena yang 2 kali ditinggalkan keretapi akhirnya paksa shahid kapoor hantar dia balik kampung sebab dia salahkan shahid punca dia 2 kali ditinggalkan ketapi. nak tak nak shahid pun layan je la kerenah kareena sebab kareena tu sengal dan becok. kareena yang dah tau masalah shahid, bagi kata-kata semangat supaya shahid lupakan bekas awek dia tu. kareena ni pulak dah ada boifrend dan merancang nak lari dari rumah untuk kawin dengan boyfriend dia sebab tau keluarga dia mesti tak restu sebab lelaki tu bukan keturunan punjabi.

ni adegan nak pegi stesen keretapi lepas kena tinggal keretapi kali kedua
masa dah sampai kat kampung kareena, keluarga kareena terhutang budi dengan shahid sebab hantar kareena balik dan paksa shahid tinggal di rumah mereka selama seminggu. dalam pada tu keluarga kareena nak jodohkan dia dengan lelaki punjabi iaitu anak kawan atuk dia. so, kareena pun ajak shahid lari dari rumah. lepas dah lari dari rumah, shahid kapoor hantar kareena kat rumah boyfriend die. shahid tak jumpa pun boyfriend kareena sebab dia rasa sedih. sebenarnya shahid dah jatuh hati dengan kareena. kareena pun cakap dengan shahid yang lepas dia kawin dengan boyfriend dia nih, dia akan balik kampung dan minta maaf dengan keluarga dia.

lepas tu shahid pun balik ke opis. dia dah mendapat semangat semula lepas jumpa kareena kapoor. selepas 9 bulan sejak kareena dan shahid lari dari rumah, pakcik dan ayah kareena dapat cari shahid sebab shahid muncul kat tv melancarkan kad prabayar yang dinamakan sempena nama kareena. dorang marah-marah shahid sebab larikan anak dorang. pakcik kareena bagitau yang kareena dah 9 bulan tak balik rumah. shahid pun berjanji akan cari kareena dan bawak dia balik. shahid pun sebenarnya dah tak berhubung dengan kareena sejak dia hantar kareena kat rumah boyfriend dia dulu. shahid pun pegi a rumah boyfriend kareena. shahid ingatkan kareena dah kawin dengan boyfriend dia tu. rupa-rupanya boyfriend kareena tu dah halau kareena dari rumah dia pada hari shahid hantar kareena tu. sebab dia taknak kawin dengan kareena dan terkejut kareena lari dari rumah dan nak kawin dengan dia.


ni adegan masa shahid hantar kareena g rumah boyfirend die. ceria je kareena masa ni
kareena pun bawak diri kat satu daerah yang lain dan bekerja jadi cikgu kat gereja. sejak tu kareena berubah jadi pendiam dan selalu menangis. shahid kapoor dapat jejak kareena dan ajak kareena balik. tapi kareena taknak. shahid sedih la tengok keadaan kareena yang dulu becok kini dah jadi pendiam dan muka pun dari tersenyum dan gelak memanjang dah jadi muram. shahid pun paksa kareena call bekas boyfriend dia dan maki bekas boyfriend dia dalam telefon. kareena yang mula-mula taknak buat, terus buat dah terus rasa lega dan tak sedih lagi. dia pun jadi happy go lucky macam dulu dan selalu habiskan masa dengan shahid. sejak kareena maki dalam telefon, ex bf kareena tetiba rasa meneysal dan nak sambung balik dengan kareena. kareena yang memng masih sayangkan ex dia, terima semula ex dia atas nasihat shahid. sebenarnya shahid sedih sebab dia memang dah suka dengan kareena tapi dia tak pernah bagitau pun dia suka kareena.

kareena kena halau dengan boyfriend dia. owh sedihnya
shahid pun bawak kareena balik kampung dan bf kareena pun ikut skali sebab dorang plan nak minta restu untuk kawin. sampai je kat kampung, family kareena dah buat persiapan untuk perkawinan kareena dengan shahid sebab keluarga dia ingat kareena dan shahid ni couple. kareena dan shahid cuba explain tapi ada je halangan. bf kareena ni pulak marah la sebab dia tak kena layan dan paksa kareena terus terang dengan keluarga siapa bf sebenar kareena. pada hari pertunangan kareena, shahid bagitau yang dia nak balik ke mumbai. shahid suruh kareena terus terang dengan keluarga kereena, bukan shahid boyfriend die. bila shahid bagitau nak balik, tetiba kareena terasa macam kehilangan. kareena pun kejar shahid dan biar boyfriend dia nampak dia cium shahid sebab kareena dah sedar yang dia sebenarnya tak cintakan boyfriend dia tu lagi tapi dia cintakan shahid. shahid pun suka la sebab dia memang dah sukakan kareena sejak dorang lari dari rumah dulu. akhirnya kareena pun kawin dengan shahid dan keluarga kareena memag langsung tak tahu yang pasal boyfriend kareena dulu tu.

masa ni shahid bagitau kareena dia nak balik mumbai dan suruh kareena pekenalkan boyfriend sebenar kat family die

ekekeke. ni adegan dorang becium lepas kareena kejar shahid dan bagitau dia cintakan shahid.

happy ending kan. kalau tengok citer dia memang banyak adegan menarik. lawak, saspen dan sedih. owh...lepas ni nak tengok lagi citer ni. seriuss...best sangat.

Tuesday, December 20, 2011

Ra.One vs G.One

malam tadi aku layan filem hindustan terbaru lakonan shah rukh khan dan kareena kapoor. Ra.One tajuknya. aku  minat gile dengan shah rukh khan dan kareena kapoor. tengok iklan dan preview filem Ra.One ni macam best. so, aku pun langgan la Astro First. tahniah kat astro berjaya goda aku untuk langgan selama 48 jam filem Ra.One. filem melayu kat astro first pun tak mampu goda aku untuk langgan. huhuhuu.


aku sangat excited nak tengok filem ni sebab nampak hebat. lain dari filem-filem shah rukh khan sebelum ni. kisah pasal apa ek movie ni? ok, aku citer sket ye.


shekar (SRK) ialah seorang programmer yang mencipta permainan video. shekar dan team dia kat company yang jual permainan video sedang cipta satu game lawan-lawan ala-ala macam street fighter. watak jahat dalam game tu nama die Ra.One. dan watak baik namanya G.One (Good One). ada 3 level dalam game ni dan setiap level ada kesukaran tersendiri. untuk main game ni, kena pakai sut hero G.One dan cermin mata ala-ala 3d. macam kite main game lawan-lawan tapi kite pun lawan sekali. macam tu la lebey kurang.

kareena kapoor dan shah rukh khan (shekar)

sebelum pelancaran game ni, tanpa disedari sesiapa, Ra.One (watak jahat dalam game) seolah-olah hidup dan boleh kawal diri sendiri walaupun takde orang kontrol game. masa malam pelancaran, sementara orang lain sibuk berparti meraikan kejayaan syarikat melancarkan game hebat ni, anak shekar, Prateak main game ni. anak dia ni terer main game dan dah nak masuk level 3 (level last). orang lain pun tak dapat lepas level 1 lagi tapi Prateak ni dah sampai level 3. dia guna nickname Lucifer untuk main game ni. masa nak masuk level 3 tu, kawan shekar panggil si Prateak ni bagitau shekar suh balik. so, Prateak ni tak habiskan main game ni. Ra.One dalam game tu marah tak bagi Lucifer ni tinggalkan game dan kata akan carik Lucifer ni kat dunia dia dan bunuh dia. dorang ingatkan game tu memang macam tu. tapi sebenarnya Ra.One tu sendiri yang cakap, bukan program game.

Ra.One

shekar plak balik lewat sebab kawan dia Akashi cakap game tu ada problem sebab tak boleh di 'Quit'. shekar pun pegi la tengok. rerupanya Ra.One dah gunakan energy dia untuk keluar dari game dan masuk ke dunia nyata untuk memburu Lucifer (Prateak). dalam masa memburu Lucifer, Ra.One dah bunuh Akashi dan jugak SRK (ayah Prateak ni) sebab shekar mengaku dia Lucifer sebab nak selamatkan anak dia. so Ra.One ni bunuh shekar dan humban keta dan shekar dalam tasik. semua orang ingat shekar mati sebab eksiden tapi anak dia si Prateak tu tau ayah dia  kena bunuh kat Ra.One berdasarkan kesan senjata. mak dia (kareena kapoor) tak percaya. disebabkan tau Ra.One sedang buru dia, Prateak pun cuba hidupkan G.One yang juga dari alam game, untuk lawan dengan Ra.One.

G.One dan Prateak (Lucifer)

muka G.One ni sebijik shekar sebab  shekar yang cipta game ni. so, dari situ bermula la aksi-aksi G.One dan R.One bertembung dan berlawan dalam dunia nyata. satu hari, Ra.One ni culik Kareena Kapoor dan Prateak. dia kata kat G.One kalau nak dorang selamat, dia nak lawan dengan Lucifer (si Prateak tu la) sebab tak puas hati tak abis lawan masa malam hari pelancaran tu. so, si Prateak a.k.a Lucifer pun pakai sut G.One (sebelum mati shekar ada hadiahkan sut G.One ni kat Prateak. so, Prateak boleh kontrol G.One). so Lucifer pun lawan la dengan Ra.One. yang buat aksi lawan-lawan tu ialah Lucifer (Prateak), tapi yang berlawan ialah G.One yang betul-betul. kiranya G.One dikontrol oleh Lucifer. so masa ni berlawan-lawan la dorang. apa endingnya, kena la tengok sendiri.


hihi. paham tak apa aku citer? shekar tu ialah Shah rukh khan dan G.One pulak muka sama macam shekar. maknanya, dua-dua shah rukh khan. bagi aku citer ni best. shah rukh khan pun nampak lain dalam citer ni. nampak muda dan ganteng bangat. yang penting dia sangat bergaya membawakan watak G.One. kareena kapoor pun cantik gile dalam movie ni. dan jugak seksi.

so sesapa yang minat hindustan tapi tak tengok lagi, sila la melanggan astro first, tak pun beli dvd/vcd nye.

sekian ^_^.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails