Showing posts with label my anniversary. Show all posts
Showing posts with label my anniversary. Show all posts

Monday, May 23, 2011

ada apa dengan ulangtahun kami?

sempena ulang tahun perkahwinan aku dan encik capo 15 Mei yang lepas, aku beli couple t shirt untuk kami berdua.

ni kotak couple tshirt.


tarraaaaa...ni la tshirt kami. pink kaler u. 
encik capo plak beli couples keychain



kami mahu pulang

sambungan entri shopping sakan

breakfast roti canai

hari ni (isnin 16 Mei 2011) hari last kami di kuala terengganu. pagi tu breakfast rori canai kat kedai depan hotel. lepas brakfast kami ke pasar payang lagi untuk last shopping. lepas dah shopping terus balik hotel. masa ni dah dekat pukul 11 pagi. sebelum chekout nak rehat-rehat baring dulu. barang-barang memang dah packing malam tadi. sepatutnya pukul 12 kena checkout tapi kami mintak checkout pukul 1.

tengah sibuk shopping
dah puas rehat, kami pun bersedia untuk checkout. arissa macam paham-paham je dah nak balik seremban. dia pun mula la merengek rengek buat suara sedih. tak mau balik syok duk hotel dan jenjalan agaknye. kami singgah di kedai 007 untuk beli keropok lekor mentah untuk bawak balik seremban. beli jugak keropok yang dah siap goreng sebab nak pegi bekelah kat pantai batu burok sebelum balik. berkelah dalam setengah jam pastu kami pun meneruskan perjalanan untuk balik ke seremban. kali ni lagi kuat arissa menyanyi-nyanyi dengan nada sedih. kelaka pun ada. memang tak nak balik budak kecik ni.

berkelah kat pantai batu burok

sampai kemaman, kami singgah di Mesra Mall. singgah sini untuk makan dan jenjalan. sampai sini lebih kurang pukul 4 petang. 2 jam lebih kami dalam ni. pukul 6 lebih kami teruskan perjalanan pulang. so sepanjang perjalanan aku dan arissa tido dalam keta. huhuhu. takdo apo nak buek. tido ajo la.



lebih kurang pukul 10 malam aku terjaga sebab tetiba rasa panas. rerupanye encik capo tutup ekon. lepas aku mengadu panas, encik capo pun pasang ekon balik. lepas tu baru aku perasan minyak tinggal 2 bar. aku pun mula la nak comeh. R & R jauh lagi. disebabkan aku comeh minyak tinggal 2 bar makanya aku tak boleh nak sambung tido. asik tengok signboard brape km lagi nak sampai R & R. tak lama pastu minyak pun berkelip-kelip. makno e minyak dah nak abis. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......R & R jauh lagik. aku risau kalau kami tersadai tepi jalan tengah2 malam ni. nasib baik tak lama pastu sampai R & R genting sepah. lega gile aku wei. bersyukor sesangat. sepanjang minyak tinggal 2 bar dan dah berkelip2 tu aku tak henti baca selawat dalam hati dan berdoa perjalanan kami dipermudahkan.

arissa yang tengah sedih bila nak meninggalkan kuala terengganu

lepas isi minyak, singgah kat mcd genting sepah sebab aku dah kebulur. pas dah makan, perjalanan diteruskan. disebabkan minyak dah diisi penuh, maka aku dan arissa pun tido dengan lena sekali. tau-tau encik capo dah kejut dah sampai. so, kiteorang sampai rumah pukul 12.10 malam. sampai2 rumah tak terus tido walaupun penat gile. layan 'how i met your mother' dulu kat astro. lepas tu aku tetido dengan sendirinya sebab kepenatan. maka, berakhirla entri cuti cuti kami di kuala terengganu.

ole-ole untuk kengkawan dan famili

Friday, May 20, 2011

shopping sakan

sambungan entri kepenatan yang melampau

hari ni (ahad 15.5.2011) ialah hari ulangtahun perkahwinan aku dan encik capo. turut meraikan anniversary kami ialah si budak tome, arissa. so seperti yang aku pernah citer kat entri sebelum sebelum ni, kami bercuti ke kuala terengganu sempena ulangtahun pertama ni. kenapa terengganu? ontah la.

jom shopping. (gemuknye aku!!!)

plan untuk hari ni ialah, aku nak bershopping kat pasar payang. lebih kurang pukul 9 pagi lepas semua bersiap-siap, kami breakfast dikedai makan berhampiran hotel. abis je breakfast, terus ke pasar payang. tak jauh pun pasar payangnye. tak sampai 3 minit perjalanan pun dari hotel. arissa memang aku sengaja pakaikan baju takde lengan hari ni. sebabnye, dalam pasar payang tu panas berbahang. arissa dah la kuat berpeluh. nanti cian dia berpeluh-peluh dalam pasar tu.


sejam je kot aku bershopping dalam pasar payang tu. beli kain batik, baju arissa, baju kelawar. (ape???KELAWAR????) trauma dengan kelawar tapi beli baju kelawar. hhuhuhuhu. lagi aku beli key chain, keropok dan ntah apa-apa lagi la. lepas shopping kat pasar payang, kami menuju ke Mydin pula.

masa ni dah balik hotel
masa ni dah tukarkan arissa baju romper dan legging sebab dalam mydin tu nanti mesti sejuk. jenjalan kat mydin, shopping lagik. makan tengah hari kat kfc. bukan takde kedai makan lain, tapi..takde yang berkenan diperut.

ada apa dalam ini kotak? jeng jeng jeng

lepas jenjalan kat mydin, singgah pula kat giant. sebabnya giant dan mydin sebelah menyebelah je. masuk giant, shopping lagik. nasib baik kat sebelah giant takde tesco, jusco dan sebagainya. kalau tak, ntah berapa kali nak shopping dan ntah berapa banyak duit abis da...

siap beli beg besar untuk isi hasil shopping. beg ni besar, boleh muat 6 orang budak besar arissa. huhuhu

lepas puas jenjalan dan bershopping kami pun balik hotel. sampai hotel dalam pukul 5 lebih. malam memang takde plan nak keluar. malas. nak rehat plak. kumpul tenaga untuk aktiviti esok pulak.

antara keychain yang aku beli untuk family dan kengkawan. yang negro tu aku dah cop.


oh ya, plan asal kami sebenarnya nak menginap kat terengganu sampai hari ahad je. pastu nak check in kat cherating lak sampai isnin. tapi plan sudah ditukar. stay je kat kuala terengganu sampai isnin. cancel pegi cherating. sebabnye, tak puas shopping lagik kat pasar payang. huhuhu.

baju untuk arissa
seluar pelikat untuk encik capo

sampai sini je kot entri kali ni. bersambung next entri pulak ye...^_^. banyak lagi hasil shopping kami, tapi tak larat nak amik gambar semua barang.

kepenatan yang melampau

sambungan taman yang indah.jom singgah sini.

lepas puas bejalan-jalan dan bergambar kat tamadun islam, kami singgah pula di masjid terapung. tapi tak masuk dalam pun. jalan-jalan dan bergambar kat luar je.


sekejap je kami kat sini. destinasi seterusnye ialah kedai 007. kalau kat KT ni glamer kot kedai 007 ni. kedai ni kedai makan dan ada jual keropok lekor skali. so kami singgah sini dan makan keropok lekor panas. petang-petang pekena keropok leko dan milo panas, memang mengancam. memang sedap la keropok lekor dia. memang terasa ikannye.


dah kenyang makan keropok lekor, kami pun pulang ke hotel. masa ni dah dekat pukul 6 petang kot. badan pun dah terasa letih sangat. cadangnye dalam pukul 8 malam nak keluar jenjalan malam dan makan sekali. tapi sebab terlampau-lampau letih, tak jadi keluar. encik capo pun dah pening kepala dan tido. arissa pun dah lelap jugak lepas mandi dan minum susu. aku je yang masih ke hulu hilir dalam bilik hotel kemas apa-apa yang patut dan tengok gambar kat taman tamadun islam tadi.



bila aku dah nak landing nak tido je tetiba arissa melalak tak tentu pasal. padahal dia tengah tido. puas pujuk dan bagi susu pun dia tak mau berenti melalak. kesian aku tengok. merah-merah muka menangis2. masa ni baru pukul 9 lebih. pastu terus je aku baca ayat kursi banyak2 kali. mana la tau kot2 ada yang mengusik-ngusik dia masa tengah tido tadi. lepas 3 kali baca ayat kursi baru arissa senyap dan kembali ceria macam selalu. lega hati aku. hati mak mana la yang tak risau kalau anak dia menangis tak tentu pasal. nak pulak kalau menangis sebab kena 'kacau'.

bila arissa dah ok, dia pun main-main sensorang. tapi aku perhatikan la. tetiba kepala aku pening. mungkin terlampau letih berjalan-jalan siang tadi.  terus aku tidokan arissa. ye la, takkan aku nak tido dan bia arissa main sensorang lak kan. ayah dia pun dah tido. so, aku pun terus je bedung arissa dan arissa pun memang dah ngantuk, terus je tido. pastu aku pun tido sebab kepala dah berpusing-pusing sangat.

so?

ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

hahaha.

masa untuk tido. bersambung next entri ok. ^_^

Thursday, May 19, 2011

taman yang indah. jom singgah sini

sambungan entri jalan-jalan warm up.



destinasi seterusnya yang kami pegi kat kuala terengganu ialah taman tamadun islam. sebenarnye kan, aku tak pernah tau pun tempat ni wujud. ntah sejak bile ada aku pun tak tau. huhuhu. sebelum kami masuk dalam, kami jenjalan kat luar dulu. ada kapal kalau nak naik. tapi masa tu cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. so, kami tak naik. jenjalan dan begambar kat jeti tu je. kalau nak naik kapal ni kena bayar tiket. tak silap aku RM10 kot hage tiket.


 
 
nak masuk ke kawasan tempat pameran monumen2 masjid, kena beli tiket. dewasa RM15 seorang. kanak-kanak aku tak sure la plak sebab tak beli tiket kanak2. arissa masih free lagi kalau nak masuk mana2 ^_^. tiket dia dalam bentuk pasport tau. bila nak masuk dalam kena cop pasport tu. macam nak naik flight g oversea lak rasanye. pastu nanti dapat 2 baucer diskaun untuk makan bernilai RM3 dan 2 baucer diskaun untuk beli cenderahati bernilai RM2. tujuan dorang bagi baucer diskaun ni mesti sebab nak galakkan pengunjung makan kat cafe kat situ dan beli cenderahati kat kedai dorang. pandai kan strategi dorang nih.



kawasan kat dalam sangat besar. ada taman tema mini untuk kanak-kanak. pastu ada lebih kurang 22 kot monumen2 masjid yang dibina dalam kawasan taman tamadun islam ni. monumen2 masjid yang dibina kat taman ni ialah masjid2 yang terkenal dan bersejarah di seluruh dunia. ada masjid negara, masjidil haram, masjid aqsa dan jugak masjid2 dari negara2 lain yang bermacam2 design dan cantik-cantik. awal-awal masuk, kami jalan kaki je dari satu monumen ke satu monumen. jarak setiap monumen takde la jauh tapi bila dah bejalan je dan naik turun tangga, penat la jadinye. baru je bejalan dan berpossing kat dua monumen, terus encik capo cadangkan kiteorang naik buggy je.






kat sini ada tram. kalau nak naik tram RM3 sorang. tapi masalah kalau naik tram, kalau dah turun, nanti kena tunggu tram tu datang balik kalau taknak jalan kaki balik ke main gate. kalau sewa buggy kena bayar RM35 untuk 1 jam.  ada driver la skali. so kami bertiga naik buggy mengeilingi taman tamadun islam. sepanjang perjalanan driver buggy tu explain sejarah setiap monumen. pastu nanti dia berhenti untuk bagi kami tengok pameran kat dalam monumen tu. menarik tau bila kita tahu tentang sejarah masjid2 tu.




mula-mula excited tau tapi lama-lama aku dah tak larat nak berjalan dah. sebabnya aku lapar. dah takde tenaga. lagipun masa tu dah pukul 4 petang dan kami belum lunch lagi. sepatutnya kami pegi la makan dulu sebelum masuk taman tamadun islam ni. baru ada tenaga nak jenjalan dan naik tangga. dah naik buggy pun still penat dan takde tenaga dah. ntah macam mana keadaan kalau kami jalan kaki je dari satu monumen ke monumen lain.berpeluh-peluh tau. boleh kurus kalau hari2 camnih. la la la la la




lepas je abis semua monumen kami melawat dan bergambar, kami pun makan kat cafe dalam taman tu. sebab tengah kebulur yang amat, nasik ayam adalah pilihan yang tepat. nasib baik nasi ayam dia sedap. tak sia-sia dapat baucer diskaun. huhuhuhu.



lepas makan, kami pun beli cenderahati. lepas dah makan, dan tenaga dah ada kami pun jenjalan lagi ke destinasi seterusnya. bersambung next entri ok ^_^. kat bawah ni adalah gambar monumen2 yang ada kat taman tamadun islam tu. mungkin tak semua gambar monumen ada. sila enjoy ya...^_-. so sesape yang plan nak bercuti ke terengganu aku suggestkan datang la ke taman tamadun islam. memang menarik tempat ni. selain boleh jalan-jalan, kite boleh jugak tau sejarah-sejarah pembinaan masjid-masjid tertentu.




Wednesday, May 18, 2011

perjalanan yang jauh

hari jumaat (13 Mei 2011) yang lepas, aku dan encik capo amik cuti rehat. kami apply cuti sampai hari isnin (16 Mei 2011). tujuannye sebab kami nak pergi bercuti cuti malaysia kat terengganu besama-sama arissa. kalau nak tau, 15 Mei 2011 adalah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. so, we all berjenjalan ala ala honeymoon bertiga. ikut plan asal hari jumaat tu nak bertolak pukul 10 pagi. pastu nak bawak bekal sandwich, nasi, lauk rendang ayam dan sebagainya. penyudahnye tak sempat. sempat buat sandwich je. bertolaknye pun pukul 2 petang dari seremban.

keta wildcutecat ku sedang ditukar bateri

mana tak sempat. hari nak pegi tu la baru nak pegi servis keta kat perodua. pastu time tu la bateri keta lemau nak kena tuka. time tu jugak la tersedar kamera takde nak kena pinjam kat kakngah. dengan baju tak packing lagi. wahahahahaha. pagi tu encik capo pegi hantar servis keta kat perodua, aku kat rumah kelam kabut packing barang dan buat sandwich. penyudahnye tak sempat nak masak nasi dan lauk untuk bekalan. lepas encik capo balik, terus bawak beg-beg turun. ke hulu hilir area seremban setelkan apa yang tak setel. pegi pinjam kamera, pegi tukar bateri keta. tukar kat kedai luar. kat perodua mahal nak mampus bateri keta. huhuhu. pukul 2 petang bertolak la kami bertiga ke terengganu.

perjalanan ke kuala terengganu
seronoknye jadi arissa, kat ruang sempit pun boleh tido. huhuhu

perjalanan jauh sangat tak sabar-sabar nak sampai. seat dah panas duduk berjam-jam. huhuhu. nasib baik la arissa budak baik takde meragam dalam keta. selang beberapa jam singgah kat  R & R takpun kat hentian sebelah. sempat la nak berehat, makan and tukar pampers arissa. ingatkan sebelum pukul 8 malam dah boleh sampai kuala terengganu tapi pukul 9 malam baru sampai.

encik capo @ driver
me @ tilam begerak arissa @ driver simpanan
modulator. penghibur disepanjang perjalanan

kami menginap di KT Travellers In. hotel budget je tapi keadaan bilik dan kemudahan taraf hotel 4 bintang. kalah hotel yang kiteorang menginap masa pegi bengkel ISP bulan lepas. huhuhu. hage semalam RM108 sebab kami amik bilik superior plus. 1 katil queen dan 1 katil single. dah bertiga ni katil pun 3 la. katil tu kami rapatkan so, arissa amik katil single. budak tecik ni tido lasak. bagi ruang besar, boleh la dia tegolek golek atas katil tu. ^_-.

dah terbaring atas katil ni maknanye dah sampai hotel
keadaan dalam bilik hotel

sampai hotel, lepas check in rehat kejap pastu terus pegi makan. sebab tak biasa jalan kat KT, receptionist hotel la rujukan kami. lepas makan malam terus balik hotel, rehat dan terus tido. nak simpan tenaga untuk aktiviti esoknye pulak.

dinner

bersambung entri yang akan datang.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails