Showing posts with label my mum. Show all posts
Showing posts with label my mum. Show all posts

Friday, February 7, 2014

birthday party Arissa - 3 tahun



kenapolah ekau lolap mato duhai arissa? disebabkan ni je gambar terbaik kami berdua maka ku tepekkan jua walaupun arissa lolap.

arissa yang tengah mengeraskan diri sebab takut kat chicky

4 januari 2014 yang lepas, birthday party arissa diadakan di KFC Seremban. yang depan wisma punca emas tu. lebih kurang 3 minggu sebelum tarikh tu, aku dah plan semuanya. senarai tetamu semua aku buat. pengiraan kos pun aku buat. kemudian laporkan kepada encik capo. biasalah kan. emak mesti yang lebih excited nak handle benda-benda macam ni. bila dah setuju, tengah hari waktu lunch, kami berdua-duaan berjalan kaki ke KFC dari opis.

warna tema baju: hitam atau merah
semua serbu chicky

dah book tarikh, masa dan chicky maka tiba-tiba staff kfc mengeluarkan kenyataan yang membuatkan kami berpandangan sesama sendiri.




staff kfc: maksimum tetamu 40 orang ye puan.

aku: 40 orang tu termasuk kanak-kanak ke?

staff kfc: haah termasuk kanak-kanak.

aku: APPPAAAA???? alah, macam mana nak 40 orang je tetamu. dalam list tetamu saya buat ni ada 100 lebih termasuk kanak-kanak.

staff kfc: sebab kat atas tu baru renovate. so sempit sket. kalau 100 orang tak muat, puan. memang kiteorang hadkan 40 orang je dalam majlis tu nanti.

aku dan encik capo: berpandangan sesama sendiri.


maka, bila balik rumah terpaksa edit senarai tetamu yang telah aku buat. akhirnya hanya kaum keluarga sahaja yang dijemput. tu pun dalam 50 lebih. dah tak boleh potong lagi. agak kuciwa sebenarnya. sebab lebih ramai jemputan maka lebih meriah.



bila dah sampai harinya, maka kaum keluarga yang dijemput pun berkumpul kat KFC. bila buat majlis kat KFC ni diaorang tak benarkan bawak makanan luar. tapi aku bawak juga. sebelum pegi KFC aku singgah pizza hut beli pizza yang seafood. sebabnya ialah mak dan kakak aku tak makan ayam. kalau aku tak beli makanan lain, takkan nak biarkan mereka tak makan kan. masa dah sampai KFC, aku bagitau lah yang aku ada bawak makanan luar. staff tu pun ok.



majlis dimulakan dengan makan-makan dulu. kemudian main games. lepas tu chicky keluar. masa chicky ni dah keluar, terus keras badan arissa sebab takut. taknak betul dia tengok chicky tu apatah lagi bersalaman. kemdian main games dengan chicky dan tetamu. kemain seronok semua orang main games. chicky pun ok pandai begurau senda. arissa je asik melalak dan keraskan badan tiap kali bawak dekat chicky. tapi tak boleh lawan 2 orang sepupu dia punya melalak sebab takutkan chicky. kira arissa ok lagilah berbanding sepupu dia yang 2 orang tu.



boleh duduk dalam kfc tu selama 2 jam je. aku minta tambah masa sket sebab ada tetamu yang lambat sampai. diorang bagilah tambah dalam 15 minit gitu.


kek besday arissa disponsor oleh wan arissa (mak aku). dan diuruskan oleh kakngah. kakngah yang pegi menempah dan amik kat PD. aku tak tahu menahu kek apa yang ditempah sebab mak dan kakngah berpakat nak sponsor kek untuk arissa. aku terima je. syukur alhamdulillah.


selain tu, bersama-sama menyambut besday hari tu ialah nurin, anak buah aku (anak bancik) yang juga sepupu arissa. besday nurin memang 4 januari. besday arissa 2 januari. kek nurin pun ditempah oleh kakngah. sebab tu sama cuma warna dan rasa tak sama.



kesimpulannya arissa sangat seronok di majlis hari lahirnya sehinggalah kemunculan chicky. hihi. apalah arissa ni. plan nak buat kat kfc tu sebab nak arissa main dengan chicky. alih-alih dia penakut pulak. terima kasih kepada semua tetamu yang datang memeriahkan majlis. seronok sebab mak, semua adik beradik dan anak-anak buah aku datang. terima kasih juga kepada semua yang bagi arissa hadiah dan duit. moga kalian semua dimurahkan rezeki.








Wednesday, October 30, 2013

ayat sentap untuk mak


kadang-kadang bila keluar beli barang dengan mak aku, aku akan bayarkan untuk mak aku (kecuali abang aku dah bagi mak aku duit). ni perbualan selepas beli barang. samada kat kedai makan atau dalam keta atau dah kat rumah.

mak aku: wildcutecat, berapo inggit barang den semuo e tadi?

aku: tak po lah. tak payah bayar balik.

mak aku: eh. banyak den boli tadi tu. kang takdo lak duit kau.

aku:  ala, kalau orang takdo duit orang takdo la bayarkan. orang duduk dendiam jo.

mak aku: kang banyak lak duit kau abih.

aku: alah, mak beranakkan orang dulu lagi sakit. tak po do. (lalu aku tersengih)


pastu mak aku terdiam. sentap kah? terharu kah? huhuhuhu.


ayat last tu memang ayat yang aku selalu guna kat mak aku kalau mak aku nak bayar balik apa aku bayarkan ataupun bila aku belikan apa-apa hadiah surprise. ngeeee ;-p




Tuesday, May 7, 2013

tenis

aktiviti family aku sejak bulan mac 2013 ialah main tenis kat kompleks sukan paroi. setiap minggu kiteorang akan main tenis kecuali hari hujan. biasanya main hari jumaat malam. sebab esoknya sabtu, jadi takde la nanti ada yang EL sebab kepenatan atau telajak tido sebab kepenatan. kiteorang yang aku maksudkan disini ialah aku, encik capo, kakngah, mimi, akim, kaktih, laki dia, helmi, arip, shira, duan hadi, adif, nurin, lida dan emak aku. mereka semua adalah adik beradik aku dan juga anak-anak buah. tapi malam yang latest hari tu bancik pun turut serta.

ni hari jumaat malam yang lepas. arissa makan nuget yang dibeli kat gerai kompleks sukan yang mengakibatkan dia dan aku menderita sakit perut selepas balik dari main tenis. aku turut menderita sebab aku ada makan separuh sebab arissa dah taknak lagi.

 biasanya kiteorang main 2 jam dan amik dua court sebelah menyebelah. senang nanti nak amik kalau bola tenis melantun situ sana sini. lagipun family aku ramai yang main, kalau amik satu court tak sempat berpeluh dah turn orang lain pulak. untuk yang nak tahu, satu court tenis RM 12 sejam. kadang-kadang ramai yang main tenis sampai court penuh, kadang-kadang takde orang pulak.



sebenarnya kiteorang semua tak tau pun main tenis. encik capo je la yang tau sebab dia dah biasa main dengan kawan dia sejak belum kawin lagi. tapi kiteorang semua belasah je, janji seronok dan berpeluh. tapi bila dah tiap-tiap minggu main tenis, lama-lama dah tau main sikit-sikit dan dah faham macammana nak hantar dan amik bola, cuma cara kawal bola belum begitu bagus lagi.

dari kiri: kakngah, arissa, aku dan kaktih. arissa pun dah tukar baju sebab air tumpah kat baju dia.

kiteorang semua beli raket tenis kat kedai be strong kat tengah town seremban. encik capo yang bawak la sebab aku memang tak tau mana nak beli raket tenis. disebabkan baru je berjinak-jinak nak main tenis, beli yang murah je. harga raket aku RM 121. manakala kakngah, kaktih dan lida RM 107 kot. aku punya mahal sikit sebab aku nak jugak raket kaler merah. hahahaha. ada lagi raket yang mahal dalam RM 200 ke RM 900, tapi tu dah profesional main barulah beli kot. 

jangan tak percaya, mak aku pun main tenis skali tau. agaknya dah tiap-tiap minggu asik tengok anak, menantu, cucu main tenis, akhirnya mak aku pun nak test power jugak.


** ini je gambar yang ada. tu pun dari kamera kaktih. untuk sesiapa yang tiada dalam gambar, maybe next time main, amik gambar semua orang main pulak.

Monday, March 4, 2013

arissa dengan imej baru


sejak arissa lahir pada 2.1.2011 yang lepas, rambut arissa memang tak pernah digunting kecuali rambut depan. rambut depan haruslah digunting supaya tak mencucuk mata. aku berhasrat nak biarkan arissa berambut panjang. lagipun rambut arissa cantik, lembut dan berwarna perang. sangat cantik kalau dibiarkan panjang.

arissa yang tak suka ikat rambut. mengerbang aje rambutnye.

semakin arissa membesar ni arissa dah taknak ikat rambut. dulu dia ok saja kalau rambutnya diikat. sekarang arissa langsung taknak ikat rambut. rambut dah la panjang (melepasi bahu) tapi taknak ikat. kalau makan aiskrim, dengan rambut-rambut sekali melekit. kalau makan apa-apa mesti rambut dia pun makan jugak! asal aku ikat rambut dia, dia suruh bukak balik. arissa kata sakit. padahal takde lah ketat pun aku ikat. tapi bila arissa dah suruh bukak tu aku bukak la jugak sebab kesian kot-kot memang dia sakit bila rambut dia diikat.
jadi dengan berat, keputusan harus dibuat iaitu rambut arissa perlu digunting demi keselesaan arissa sendiri. kalau ikut nafsu mak dia, memang rambut tu akan dibiarkan panjang hingga paras pinggang.

arissa bagi kerjasama yang sangat baik ketika rambut digunting.

weekend hari tu balik kampung di kuala pilah. sebelum balik kampung, singgah di kenduri cukur jambul najwa di melang. malam tu pula pegi jalan-jalan di bahau dengan niat mencari saloon untuk gunting rambut arissa. jadi pada tanggal 2 mac 2013 lebih kurang 10.15 malam di pekan bahau, maka terguntinglah rambut arissa bersaksikan aku, encik capo, uwan arissa, mak uda arissa, 4 orang sepupu arissa dan mak kepada sepupu arissa. semua duk mengerumun arissa sepanjang proses pengguntingan.

taraaa...dah siap

aku risau juga kalau arissa lasak masa tukang gunting tu gunting rambut dia. tapi yang kelakarnya arissa duduk diam aje. cina tu suruh tunduk dia tunduk. disuruh pejam mata, dia pejam. memang kelakar sangat. kiteorang yang tengok memang menahan gelak aje. proses pengguntingan tak amik masa lama sebab arissa sangat baik masa tu. aku pun puas hati dengan hasil guntingan tersebut.

skang, arissa mungkin selesa dah sebab tak perlu ikat rambut lagi dan rambut pun tak masuk dalam mulut dia setiap kali nak makan lagi. tunggu arissa besar sket la baru simpan rambut panjang.


Thursday, June 7, 2012

entri untuk emakku



Hari ni, 7 Jun 2012, hari lahir mak aku yang ke 69 tahun. Selamat hari lahir diucapkan kepada emak aku yang sssangggattt tersayang. semoga panjang umur. semoga dirimu sihat dikalangan orang-orang yang sihat. Anakmu ini sangat menyayangi dirimu ini. Meskipun dah jadi mak orang, aku masih perlukan emak di sisi walaupun tak semestinya tinggal serumah ^_^.

* agak-agak ada tak lagi makan-makan sempena besday mak aku ni??? ^_-


Quotes untuk emak:


A mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care for pie.

The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.

When it comes to love, Mom's the word.



Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails