arissa yang tak suka ikat rambut. mengerbang aje rambutnye. |
semakin arissa membesar ni arissa dah taknak ikat rambut. dulu dia ok saja kalau rambutnya diikat. sekarang arissa langsung taknak ikat rambut. rambut dah la panjang (melepasi bahu) tapi taknak ikat. kalau makan aiskrim, dengan rambut-rambut sekali melekit. kalau makan apa-apa mesti rambut dia pun makan jugak! asal aku ikat rambut dia, dia suruh bukak balik. arissa kata sakit. padahal takde lah ketat pun aku ikat. tapi bila arissa dah suruh bukak tu aku bukak la jugak sebab kesian kot-kot memang dia sakit bila rambut dia diikat.
jadi dengan berat, keputusan harus dibuat iaitu rambut arissa perlu digunting demi keselesaan arissa sendiri. kalau ikut nafsu mak dia, memang rambut tu akan dibiarkan panjang hingga paras pinggang.
arissa bagi kerjasama yang sangat baik ketika rambut digunting. |
weekend hari tu balik kampung di kuala pilah. sebelum balik kampung, singgah di kenduri cukur jambul najwa di melang. malam tu pula pegi jalan-jalan di bahau dengan niat mencari saloon untuk gunting rambut arissa. jadi pada tanggal 2 mac 2013 lebih kurang 10.15 malam di pekan bahau, maka terguntinglah rambut arissa bersaksikan aku, encik capo, uwan arissa, mak uda arissa, 4 orang sepupu arissa dan mak kepada sepupu arissa. semua duk mengerumun arissa sepanjang proses pengguntingan.
taraaa...dah siap |
aku risau juga kalau arissa lasak masa tukang gunting tu gunting rambut dia. tapi yang kelakarnya arissa duduk diam aje. cina tu suruh tunduk dia tunduk. disuruh pejam mata, dia pejam. memang kelakar sangat. kiteorang yang tengok memang menahan gelak aje. proses pengguntingan tak amik masa lama sebab arissa sangat baik masa tu. aku pun puas hati dengan hasil guntingan tersebut.
skang, arissa mungkin selesa dah sebab tak perlu ikat rambut lagi dan rambut pun tak masuk dalam mulut dia setiap kali nak makan lagi. tunggu arissa besar sket la baru simpan rambut panjang.
3 comments:
lorrrrr... arissa dah potong rambut ke.. baru usik2 rambut dia hari tu.. suka rambut dia cantik..
thanks ehh korang sudi datang majlis wawa hari tu..
Salam, akak gunting rambut arissa katmana ea?
nak tahu jgk kdai gunting rambut kat bahau ni (:
alyn, kedai tu kat plaza kiara. kat bahagian tepi sebaris dengan marybrown, bertentangan dengan tuti fruity. kedai ni kecik je tp sebelum kedai tu ada satu lagi kedai gunting macam salon.
Post a Comment