hari sabtu yang lepas, aku pergi ke ikea. sampai rumah dah malam. dalam pukul 10 malam lebih sikit. sampai rumah terus sidai baju sebab dah basuh sebelum ke ikea cuma tak sempat nak sidai sebelum pergi tu.
lepas selesai sidai baju, aku bercadang nak ambil rak yang aku beli di ikea tadi. disebabkan beli barang banyak sangat, tak dapat bawak semua barang naik. encik capo kata, rak-rak tu esok aje amik sebab dia dah tak larat. penat berjalan seharian ditambah dengan mengantuk. tapi...aku jenis yang tak sabar. nak pula kalau barang yang dibeli tu dari ikea. kalau boleh malam tu juga aku nak rak-rak tu siap dipasang. lagipun, aku masih memakai tudung dan jubah sebab belum tukar baju lagi walaupun dah sampai rumah. kalau nak amik esoknya, aku malas nak turun bawah pakai tudung dan cardigan bagai.
rumah aku tingkat 3 dan tiada lif. bukanlah rumah sendiri pun (bila lah nak pindah rumah yang tak perlu naik turun tangga bertingkat-tingkat ni............)
disebabkan kedegilan aku, encik capo yang sedang penat, offer diri pegi turun bawah ambilkan rak. tapi sebenarnya aku tak suruh pun beliau ambil. aku sendiri nak pergi ambil. disebabkan encik capo dah offer, maka aku relakan beliau untuk turun ke tempat parking dan ambil rak. aku beli dua rak. satu tu berat sikit dan satu tu berat juga tapi ringan sikit daripada yang satu lagi. yang ringan sikit tu lah aku nak ambil.
encik capo turun dan beberapa minit kemudian naik atas semula. bawak rak yang memang sedia ada dalam kotak. sekali, encik capo ambil rak yang satu lagi. yang berat sikit tu. katanya dia ambil yang berat sebab kalau esok dia tak larat nak ambil, aku boleh ambil sendiri sebab ringan sedikit. aku tak puas hati. aku nak juga rak yang ringan sikit tu sebab memang itulah rak yang aku nak pergi ambil. lalu...aku pun pergi turun bawah ke parking sebab nak juga ambil rak yang satu lagi. dah tak sabar sangat hati ni nak pasang.
masa tu dah pukul 11 lebih malam. aku pun turun tangga. sampai sahaja di tingkat bawah, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. tiba-tiba terasa macam ditiup angin. maksud aku angin malam menerpa ke arah aku berkali-berkali. tak pasti lah keadaan memang berangin ke tak. tapi angin tu macam lain macam sikit. aku teruskan langkah ke kereta. parking kereta jauh sedikit sebab parking berbumbung dah penuh. semasa melepasi parking berbumbung, tiba-tiba hati aku berdebar-debar laju sangat. nak kata ada damon salvatore yang kacak didepan aku, tak ada pulak. tapi hati aku berdebar-debar disusuli tidak sedap hati ditambah dengan badan yang tiba-tiba menggigil. jubah yang aku pakai melayang-layang ditiup angin kuat. keadaan di bawah memang sunyi tiada orang. memang begitulah keadaannya. sedangkan pukul 7 malam pun dah sunyi, inikan pula dah pukul 11 lebih malam.
bukannya aku tak pernah turun ke kawasan parking malam-malam. pernah je beberapa kali. tapi tak pernah alami situasi dan perasaan seperti yang aku rasa malam itu. beberapa langkah nak sampai ke kereta, debaran makin kencang. aku terasa seperti diperhatikan oleh sesuatu entititi yang tidak dapat dikenal pasti. tapi perasaan memang lain sangat. rasa seram tiba-tiba. mata aku dah meliar melihat sekeliling sambil dalam hati berharap tiada penampakan makhluk ganjil yang menakutkan. hati aku dah terdetik untuk berlari patah balik naik ke rumah. tapi kaki aku taknak. nak juga teruskan langkah. nak jugak amik rak dalam kereta. aku mula baca ayat kursi sebab memang rasa diperhatikan oleh sesuatu yang aku tidak nampak.
lepas berjaya ambil rak, aku berjalan laju sambil membawa rak yang agak berat jugak. sampai di tangga tiba-tiba ada rama-rama hitam besar yang muncul entah dari mana terbang tak tentu arah dihadapan aku seolah-olah cuba menghalang aku daripada menaiki tangga. rama-rama ni hitam legam. tak ada corak putih dan sebagainya. berkali-kali aku cuba menepis tetapi rama-rama tetap terbang tak tentu arah di depan tangga dan sesekali cuba hinggap pada aku. dengan rak yang agak berat, aku cuba hayunkan untuk takutkan rama-rama tu. bila aku berjaya melepasi tingkat 1, tiba-tiba rama-rama tu menghalang pula aku untuk naik ke tingkat 2. aku punya menggigil memang tak payah cakap. menggigil masa nak pergi ambil rak masih tak hilang, sekarang menggigil sebab reaksi rama-rama ni sangat menakutkan aku. bila dapat peluang, aku terus berlari bawak rak yang berat naik ke tingkat 3 sambil termengah-mengah. sekali encik capo ada di depan rumah sambil sambung sidai baju lagi sebakul. dan rama-rama itu tak ikut aku sampai ke tingkat 3.
aku tak pasti adakah sang rama-rama besar warna hitam tersebut ada kaitan atau tak dengan perasaan aku yang tak sedap hati masa nak pergi ambil rak tu. tapi aku sangat pasti tentang perasaan aku diperhatikan semasa mengambil rak. bukan diperhatikan manusia maksud aku. sebab perasaan seram tu lain macam sangat.
apa pun kamu, sila jangan datang lagi. aku penakut ok!
aku tertanya-tanya adakah ia ada kaitan dengan mimpi-mimpi hantu yang alami sejak daripada peristiwa tu? hantu yang sama cuma pakaian berbeza. tapi modus operandi dalam mimpi-mimpi tersebut adalah sama. mungkin tiada kaitan. mungkin ia semata-mata mimpi.
oooo.. ok!
Showing posts with label my horror story. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014
Monday, December 30, 2013
hantu jalan laju dan hantu paddle pop
aku nak sambung entri pasal mimpi seram dan aku yang di himpit hari tu. di akhir entri tersebut aku ada sebut pasal arissa yang bertanya soalan yang membuatkan aku jadi seram.
sampai saja rumah seremban pada hari ahad malam tu, terus masuk bilik. lepas bersalin pakaian, aku duduk di kepala tilam sambil layan facebook kat henpon. arissa main pemenan dia berhampiran aku. encik capo pula mengadap laptop. ketiga-tiga kami di dalam bilik yang sama cuma aktiviti yang berbeza.
walaupun aku melayan facebook, arissa tidak aku abaikan. sekali sekala tengok arissa main apa. kemudian borak-borak kejap. lepas tu sambung aktiviti masing-masing semula. tiba-tiba entah kenapa mata aku tertumpu di ruang di hadapan aku. macam mana ye nak citer keadaan bilik tu. masuk saja bilik, sebelah kiri adalah bilik air, kemudian macam ada lorong sket la lepas tu baru ada ruang besar yang menempatkan katil dan sebagainya. mata aku tertumpu di ruang yang bersambung dengan lorong sket tu. jaraknya beberapa langkah je dari tilam aku duduk tu. aku pandang je kat situ. tak ada apa yang ganjil pun. cuma ada meja mekap, meja seterika, dan almari pakaian. adalah dalam beberapa saat mata aku terpaku disitu tanpa sebab.
sebaik sahaja aku alihkan mata memandang ke henpon semula, tiba-tiba arissa yang berada berhampiran terus bangun dan datang ke arah aku dalam keadaan macam takut-takut.
arissa: mak...mak (sambil mata takut-takut pandang ke arah yang aku pandang sebentar tadi)
aku: arissa nape? (aku pun pandang arah yang sama).
arissa: sape yang jalan kat situ tadi?
aku: ha? mana ada sesape jalan kat situ.
arissa: nape orang tu jalan laju sangat? ( cakap dengan muka takut-takut).
aku: (dah mula rasa lain macam). tak ada apa-apalah arissa. angin je kot. (jawapan nak sedapkan hati).
encik capo tak perasan perbualan aku dan arissa sebab leka mengadap laptop. tak jauh pun. hanya dua langkah je dari kami.
disebabkan rasa lain macam dan bulu roma mula meremang, terus aku bagi arissa main game kat henpon biar dia tak takut. aku tak citer pun kat encik capo. baru semalam aku citer setelah seminggu kejadian berlaku.
kalau diikutkan, sebelum-sebelum ni pun arissa selalu bagitau dia nampak hantu. ada sekali tu masa dia nak pergi kat meja mekap, tiba-tiba berlari patah balik kat aku yang duduk kat tilam. kata arissa ada hantu kat pintu. bila aku tanya hantu tu buat apa, arissa cakap hantu tu nak mandi. aku tanya lagi apa warna hantu tu. arissa jawab, badan kaler pink, mulut kaler biru. mata kaler merah. terus aku terbayangkan aiskrim paddle pop. kaler ni aku tak berapa ingat sangat. mungkin badan kaler biru, mulut kaler pink. tapi tulah kaler yang disebut arissa. untuk pengetahuan arissa kenal semua warna sebab dah ajar dari umur setahun lebih lagi.
beberapa hari sebelum arisssa cakap nampak hantu nak mandi tu, arissa ada nampak hantu juga. aku bajet hantu yang sama sebab bila tanya warna apa, memang tiga kaler tu lah yang arissa sebut jugak. cuma masa ni arissa cakap hantu tu marah kat dia. adoi la hai. aku ni percaya je bila arissa cakap ada hantu. sebab dari cara dia berlari takut tu memang macam nampak hantu.
sebelum-sebelum ni memang pasang ayat ruqyah dengan surah al-baqarah kat pc dari malam sampai pagi. tapi kadang-kadang terlupa nak pasang. bila skang ni arissa asik cakap ada hantu je, kenalah pasang selalu semula.
semoga kami sekeluarga dilindungi dari gangguan jin dan syaitan. amin...

Labels:
baby arissa,
my horror story
Thursday, October 17, 2013
angin
hari ni mood nak buat entri seram. kalau orang baca tak seram rasanya. tapi sebab aku yang mengalami, maka rasa seram dan meremang bulu roma tu pasti ada.
kejadian ni berlaku pada tahun 2010 masa aku tengah pregnant kan arissa. tahun 2010 tahun yang busy bagi aku sebab aku ditugaskan untuk handle satu sistem ni. kira high profile la punya sistem. disebabkan kekurangan programmer, maka aku sendiri willing untuk bangunkan sistem ni walaupun aku tak tahu guna php. (php ialah language open source yang biasa digunakan untuk bangunkan sistem. sape yang amik IT mesti tahu apa itu php -_^ ).sistem ni kira pentinglah dan user nak pakai urgent.
oleh sebab aku punya knowledge tentang php adalah zero maka aku selalu stayback di opis sampai malam hampir setiap hari. malah weekend juga aku selalu datang opis buat kerja. aku selalu guna internet untuk google coding seterusnya try and error pada sistem yang aku sedang bangunkan. aku stayback di opis ditemani encik capo yang juga satu opis dengan aku. kadang-kadang stayback sampai pukul 8. kadang-kadang terlajak juga sampai pukul 10 malam sebab kusyuk mengkoding. masa tu aku ada bilik. buat koding didalam bilik lebih fokus berbanding buat koding di partition macam skang. idea banyak je mencurah. huhuhu. kadang-kadang kat opis,malam-malam ada jugak staff lain yang datang. kadang-kadang aku dan encik capo berdua je.
panjang pulak intro aku nih. bila nak sampai part seram nih?
pada suatu malam (aku tak ingat pukul berapa mungkin dalam 8 lebih atau 9 malam) sedang aku buat koding seorang diri di dalam bilik, hati tetiba rasa tak sedap. rasa lain macam je. rasa macam diperhatikan. encik capo masa tu dalam bilik dia. bilik dia jauh sket dari bilik aku. so memang tak nampak la kalau nak meninjau dari bilik aku. walaupun kami berdua di opis tapi masing-masing buat hal sendiri dalam bilik masing-masing. aku pandang-pandang gak sekeliling kot-kot ada staff lain datang opis malam tu tanpa aku sedar tapi takde sesiapa pun sebab dari bilik aku memang nampak pintu utama. tak ada sesiapa yang masuk. disebabkan rasa tak sedap hati dan tiba-tiba rasa berdebar, aku pun angkat kaki nak pergi kat bilik encik capo. masa aku nak keluar dari bilik, aku tetiba terasa ada angin lalu betul-betul kat muka aku. terus aku terkaku di situ.
bila difikir secara logiknya, opis aku keliling memang berdinding dan bertingkap yang sentiasa tutup. mana pulak datangnya angin. sekali lalu pula tu dan betul-betul kat muka aku. lepas tu aku pun mengumpul keberanian jalan laju-laju kat bilik encik capo tanpa menoleh belakang dah. bila dah sampai bilik encik capo, macam biasalah tak cakap apa-apa. ajak balik bila dah balik baru bagitau.
nasib baiklah masa pegi kat lif, masuk dalam lif dan sepanjang perjalanan menuju ke kereta tak de dengar atau nampak apa-apa. memang sepanjang nak menuju ke kereta aku tak berhenti baca ayat kursi. kami pulang dengan selamat hari tu. tapi hari tu bukan hari terakhir aku stayback sampai malam kat opis. aku masih stayback lagi sebab kerja urgent kan. bila sistem dah siap dan stabil barulah aku tak kuasa nak stayback dan datang keje weekend lagi. bukan dapat claim OT pun. huhuhu.
sepanjang stayback itu je peristiwa seram yang tak berapa seram yang terjadi. eh eh kang cakap tak seram kang esok-esok jadi pulak yang seram. tak nak aku. baru angin lalu pun aku dah rasa seram. entah-entah angin tu masuk kat celah-celah tingkap kot-kot ada ruang (nak sedapkan hati je). jangan kau menjelma sudahlah. kalau pengsan oklah sebab tak sedar. dibuatnya tak pengsan-pengsan camne? huhuhu.
sekian.
**entri seram lepas ni nak citer pasal arissa yang diganggu.

capo grande,
my horror story,
my life
Wednesday, October 16, 2013
aku, spirit dan ular
hari ni nak buat entri tentang kisah pelik atau misteri yang aku alami semasa aku di tingkatan 3 dulu. kejadian ni bukan berlaku di sekolah tapi dirumah. namun begitu aku rasa hal ni terjadi rentetan daripada hal yang terjadi di kelas pada pagi hari yang sama dengan kejadian yang berlaku di rumah.
alkisahnya masa tu aku baru sahaja seminggu (rasanya) tamat peperiksaan pmr dan tak silap aku hari itu ialah hari terakhir sekolah sebelum cuti sekolah hujung tahun bermula. bila dah hujung-hujung,biasanya cikgu tak akan masuk mengajar lagi. maka satu kegembiraan buat semua sebab dapat buat aktiviti bebas macam beborak, main batu simbang dan sebagainya selagi tak bising.
dalam kelas yang sama biasanya terbahagi kepada beberapa group. masing-masing ada geng sendiri. ada geng yang kepochi, ada geng yang biasa-biasa, ada geng yang baca buku je dan macam-macam lagi. aku and the geng seramai 5 orang adalah golongan geng yang biasa-biasa je.
kiteorang berlima ada aktiviti sendiri. kiteorang sibuk main gunting-gunting tisu sebab nak tilik jodoh. hahahaha. kat tisu tu tulis nama sendiri kemudian tulis nama orang (lelaki lah ye) yang kite suka. lepas tu gunting tisu tu kepada 5 bahagian. lepas tu aku dah lupa apa patut buat dengan tisu-tisu yang dah digunting tu. hasil daripada tu nanti dapat lah tau berapa percent jodoh kite dengan orang yang kita tulis nama tu. masa tu kemain girang dan merenyam lagi bila percent tu tinggi walhal tak pernah becakap pun dengan orang yang aku admirer tu. dia kenal aku pun tidak. wa kah kah kah.
berbalik kepada cerita, ada geng kepochi di dalam kelas yang bermain spirit. masa dorang main sempat lagi request supaya spirit tu menjelma. mula mula spirit tu nak menjelma tapi tunggu punya tunggu tak menjelma pun. bila dorang tanye kenapa, spirit tu eja kat kertas tu nanti ada orang takut. budak-budak ni pun cakaplah takde sapa takut. tapi spirit tu kata ada. bila dorang tanya siapa yang takut, boleh pulak duit siling tu bergerak kat huruf demi huruf yang mengeja nama aku. aku pun tekejut la. apa kejadah nama aku pulak yang masuk sekali ni. sebab aku tak main pun. aku cuma lalu kat tempat dorang main sebab nak keluar pegi kantin dah time rehat. aku pun tak pasti dorang yang sengaja gerakkan duit tu atau memang ada benda yang gerakkan. kalau nak kata dorang berpakat, apa lak kaitan dengan aku. sebab aku tak geng sangat dengan dorang. ialah aku ni biasa-biasa aje. macam mana aku kat opis skang ni macam tu lah aku kat sekolah dulu. senyap je tak banyak cakap. bercakap dengan geng-geng aku yang sekepala sehati dan sejiwa aje. tapi tak ada lah bermusuh. kawan gitu-gitu aje. say hai dan senyum-senyum camtu je pun. jadi macam tak masuk akal pulak kalau dorang nak kenakan aku.
lepas tu aku pun keluar rehat dengan geng-geng aku. dan bila waktu persekolahan dah berakhir maka bergembiralah kami sebab nak cuti panjang. macam biasa aku pun balik rumah dengan lida lepas sekolah. petang tu pula mak aku nak pergi seremban dengan abang aku. masa ni aku tinggal di kuala pilah. aku tak ingat kenapa mak aku pergi seremban masa tu. tapi aku tak ikut. tapi tak ingatlah aku sendiri yang taknak ikut atau memang tak dipelawa. maka tinggallah aku dan lida dirumah berdua. dalam pukul 5 lebih tu lida keluar pergi rumah kawan dia yang berhampiran. jadi tinggallah aku seorang diri sambil meniarap baca suratkhabar di tengah ruang tamu. aku tak adalah takut ke apa. siang lagi. kiranya masa tu perasaan tu biasa-biasa je.
dekat pukul 6 petang aku pun tergerak nak semayang asar. tapi tiba-tiba aku rasa malas pulak nak semayang. lepas tu rasa macam kepala otak aku ni bertelagah sesama sendiri.
'semayang'
'tak payah semayang'
'semayang lah!'
'tak payah semayang!!!!'
camtulah lebih kurang. akhirnya aku buat keputusan nak semayang. pergilah amik air semayang kemudian masuk bilik mak aku nak semayang sebab aku tido kat bilik mak aku kan. anak manja katanya. huhuhu. masa masuk bilik, keadaan bilik suram-suram gelap tapi takde lah gelap macam malam. tangan aku terus je nak petik suis nak bukak lampu. tiba-tiba kepala otak aku bertelagah lagi.
'tak payah bukak lampu'
'bukak lampu!!!'
'tak payah bukak lampu!!!!'
'bukak lampu!!!'
lalu tangan aku petik suis lampu dan lampu pun menyala. aku pun bentang sejadah lalu memakai telekung. baru aje aku angkat takbir tiba-tiba dengar bunyik benda jatuh. aku malas lah nak toleh. ingat nak teruskan semayang aje. tapi hati aku tak tenang. kepala otak ni nak bertelagah aje.
'pandang belakang'
'tak payah pandang'
'pandang belakanglah!!!'
'tak payah pandang!!!'
camtula lebih kurang. disebabkan tak sedap hati aku pun pandang jugak. sekali nak tau apa aku nampak???
seekor ular tengah memanjat kat meja solek. dia langgar bedak, tu yang ada bunyi benda jatuh tu. ular tu warna hitam dan panjang ya amat. aku terkejut lalu terus bukak telekung dan berlari nak keluar. bila dah sampai kat pintu tetiba kunci rumah takde. aku letak kat dalam rupanya. terus berlari masuk dalam dan amik kunci yang aku letak atas almari. bila aku dah berlari keluar tetiba teringat kucing aku si kakak tido atas tv betul-betul sebelah bilik mak aku yang ada ular tu. disebabkan takut kucing aku kena patuk ular aku berlari masuk dalam rumah balik dan amik kucing aku yang tengah syok tido atas tv lalu letak kat luar. aku pun berlari lintas jalan dan pegi rumah kawan lida sebab lida ada kat situ. masa ni lida form 5. pinjam telefon kawan lida untuk call mak aku bagitau ada ular dalam bilik. masa tu mana ada handphone. call rumah sebab mak aku ada kat rumah kakngah kat seremban masa tu.
tak lama lepas tu abang kawan lida balik dari kerja. dia pun bawak buluh nak pergi halau ular tu. aku yang takut-takut dan trauma terpaksa masuk balik dalam rumah nak pergi tunjuk lokasi ular tu. mula-mula tengok dari luar bilik sebab manalah tahu dalam pada aku dah berlari keluar tu ular ni pergi merayap kat ruang tamu pulak ke. lepas rasa keadaan dah selamat, kami pun masuk dalam bilik. cari kat meja solek ular tu dah tak ada. carik bawah katil, bawah almari pun tak ada. dalam pada terpinga-pinga fikir mana ular tu dah pegi aku terpandang kat dinding berhampiran siling bilik. sekali ular tu melekap kat bahagian atas dinding bilik tu. macam dia boleh melekap aku tak tau. mungkin dia guna kaedah sama macam cicak. huhuhuhu.
elok je dah nampak lokasi ular tu tiba-tiba ular menjunamkan kepala ke arah kiteorang macam nak buat terjun tiruk gitu. nasib baik abang kawan lida dah standby bawak buluh dan memang dah ready. terus je halakan hujung buluh kat kepala ular tu masa dia nak buat terjun tiruk tu. tepat kena sasaran terus ke bunuh ular tu dan buang ke jalan. ular tu rupa-rupanya ular selar yang warna hitam. bila mak aku dah balik, mak aku kata tak elok bunuh ular dalam rumah. manalah tau kot kot jin menyamar jadi ular. abis tu dah ular tu buat terjun tiruk dulu takkan nak tengok je sambil tanya
' kau ni jin ke ular betul?' huhuhu.
lagipun kalau tanya dibuatnya dia menjawab macam mana?
lepas tu aku dah fobia dah tinggal sensorang dalam rumah masa tu. terbayang-bayang ular je. aku pun tak pasti tu ular betul-betul atau jelmaan jin.
boleh pulak aku terfikir masa tu kot-kot spirit yang dorang main kat sekolah ikut aku balik sebab ye lah, ada ke patut nama aku boleh terjebak dalam permainan spirit dorang.
harap-harap memang ular betul dan tak ada kena mengena dengan permainan spirit dorang. harap-harap juga mereka berpakat eja nama aku masa tu. tapi nasib baiklah masa tu aku mengikut kata-kata kepala otak aku yang satu lagi. dibuatnya aku ikut yang kate tak payah semayang tu sampai sudah tak tahu ada ular dalam bilik. ataupun dibuatnya aku nak juga pegi semayang tapi tak bukak lampu? sampai sudah tak tau berada satu bilik dengan ular. dibuatnya aku tak menoleh masa dengan bunyi benda jatuh, entah-entah ular tu pegi kat aku dah. yelah, sebab aku bergerak-gerak kan rukuk sujud dan sebaginya. syukur Allah lindungi aku ketika itu.
sekian je entri misteri yang tak berapa misteri ni
** beberapa watak terpaksa aku ubah atas sebab-sebab peribadi

Friday, September 27, 2013
kamu...jangan ganggu aku lagi!
tujuan entri aku semalam adalah sebab aku nak kongsi kisah pada entri hari ni. entri semalam tu kira macam prolog la... huhuhu
alkisahnya....
aku kerap mimpi hantu. kadang-kadang dalam seminggu ada 2,3 kali aku mimpi hantu. mimpi pulak memang tak boleh blah punye seram sampai terbawa-bawa bila dah terjaga. maksudnya ketakutan didalam mimpi tu sampai aku terjaga aku masih takut dan menggigil malah kadang-kadang rasa mencungap-cungap pula.
selain daripada itu, aku selalu mimpi ular. memang kerap. bukan setakat mimpi, masa zaman aku sekolah dulu aku selalu terserempak dengan ular betul-betul. tiap kali terserempak dengan ular mesti aku sensorang masa tu.
aku juga selalu mimpi jatuh ditempat yang tinggi dan bila terjatuh tu aku mesti tersedar sebab macam real je jatuh bangunan. lepas tu kadang-kadang mimpi berada kat jamban. bukannya pegi teberak tapi tah apa aku buat beborak-borak dengan sape aku tak ingat dalam jamban macam takde tempat lain pulak!
tak cukup dengan tu, aku selalu mimpi beranak. dari sebelum kawin sampai dah kawin dan dah beranak betul-betul ni, aku masih mimpi aku beranak, jaga baby yang dalam mimpi tu kononnya baby aku lah. kalau di alam realiti betul-betul beranak ni, dah 5,6 orang anak aku dah ni. hahaha.
bukan setakat mimpi yang pelik-pelik, di alam realiti ni kadang-kadang aku terasa di perhatikan. bukan diperhatikan oleh manusia lah maksudnya. aku pernah buat entry rasanya pasal bayangan hitam dibelakang aku. bayangan hitam ni bukan sekali tapi dah beberapa kali dan dalam entri tu bukan yang pertama kali terjadi sebenarnya. pernah aku sedang mencuci muka dalam bilik air (tak tutup pintu) tetiba terasa ada orang sedang berdiri betul-betul dibelakang aku. aku sangkakan encik capo tapi bila aku toleh belakang tak ada sesiapa. aku terus keluar dari bilik air saat tu juga, dan terdengar suara encik capo tengah begurau senda dengan arissa kat ruang tamu. nak kata encik capo nak begurau senda dengan aku, bilik air dan ruang tamu jauh. kalau dia belari anak, aku pasti dengar bunyi tapak kaki gak tapi takde dengar.
selain dalam bilik air, ia juga pernah terjadi di dapor semasa aku sedang basuh pinggan atau membuka peti ais. macam ada orang berdiri betul-betul kat belakang aku. tapi bila toleh tak da sesiapa. nak kata encik capo, dia ada kat ruang tamu tengah main dengan arissa. kalau tak kat ruang tamu, dia main game kat tempat dia yang memang aku boleh nampak dari dapo tu. yang kat dapo ni 2,3 kali kena aku rasa. sebab tu aku jadi pemalas masak kot padahal dulu-dulu rajin gile aku memasak. hahaha alasan. selain dari itu aku juga akan kerap mengantuk secara tiba-tiba apabila mendengar ayat-ayat ruqyah walaupun pada awalnya aku langsung tak mengantuk.
kes benda beralih pun dah 2 kali aku perasan. ni yang aku perasan lah, yang aku tak perasan aku tak tau. aku ada letak berus kat tingkap di sinki di dapo. sejak berhari atau berminggu atau berbulan, berus tu makin lama makin teranjak ke luar. mungkin aku ada terlanggar atau cicak melanggar lalu teralih hingga ke bahagian luar tingkap. tapi aku tak pernah betulkan atau tak pernah amik berus dan letak dalam semula. tiba-tiba satu hari (tak ingat pula siang ke malam), masa aku nak basuh pinggan aku tengok berus tu dah ada kat bahagian dalam tingkap. berderau darah aku masa tu. untuk sedapkan hati aku tanya encik capo ada tak alihkan berus kat luar tingkap tu bawak masuk ke dalam? encik capo kate dia takde buat. maka takkan aku nak tuduh arissa pulak sebab kompem arissa tak sampai. berhari-hari aku pikir sapa yang anjakkan berus tu sehinggalah aku lupa sendiri.
baru 2 hari lepas makanan ikan aku pulak dah teranjak. aku pasti aku orang terakhir yang bagi ikan makan sebelum keluar pegi kerja dan letak kat tepi rak tv. tapi malam tu bila dah balik dan aku nak bagi ikan makan melilau aku mencari makanan ikan tak jumpa. sampai bawah kerusi, dalam rak tv aku mencari tapi takde. aku yakin dan pasti aku letak di tepi rak tv sebab aku toleh 2 kali sebelum keluar masa tu. bila dah puas cari aku pun termenung pikir mana pegi makanan ikan? tetiba baru ternampak elok je terletak kat rak dapor pemenan arissa tak jauh dari rak tv tu. nak kata arissa yang letak kat situ tak mungkin pula sebab arissa aku dah hantar pegi rumah uwan dia masa azan subuh lagi. masa tu dia tido lagi. manakala aku keluar pegi keje dalam pukul 7.15 pagi camtu. balik dari kerja malam tu, letak beg, bukak tudung, terus nak bagi ikan makan. masa tu arissa, masuk-masuk rumah terus duduk kat sofa main game kat henpon aku. jadi aku muskil sape alihkan makanan ikan tu??? kompemlah encik capo kata bukan dia. tsk tsk tsk...T_T
ada beberapa lagi lah yang aku alami. dengar bunyi macam tapak kaki berjalan kat siling malam-malam salah satunya. tapi aku anggap ni kucing yang panjat atas siling tu lalu berjalan-jalan di atasnya. huhu. simptom yang lain aku simpan sendiri aje lah. kiranya yang aku cerita kat sini major simptom la.
dalam banyak-banyak kes di atas, disebabkan kerap terasa diperhatikan dan terasa ada bayangan hitam dibelakang ku, maka aku telah pergi berjumpa seseorang beberapa hari lepas untuk kompemkan. keputusannya.... malas lah aku nak kongsi. hahahahaha...
semoga aku tidak lemah semangat dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluargaku. Amin....
sekian...

my family,
my horror story,
my life
Wednesday, September 25, 2013
nightmare di the mall
aku baru je beli buku ni kat popular jusco seremban 2 hari isnin lepas. aku tengok tajuk, lepas tu tengok cover buku terus tertarik nak beli. baca pulak sinopsis sket kat belakang buku yang ada 4,5 ayat je pastu terus aku pegi bayar. hahaha.
aku memang minat baca buku macam ni. kisah-kisah nightmare dan pembunuhan. kalau aku jumpa buku macam ni dan menarik sinopsisnya memang aku tak fikir 3 kali, terus beli je. padahal duit betul-betul ada RM50 je nak tunggu sampai dapat gaji. huhuhu. harga buku ni RM35.90. sebab aku ada member kad jadi lah RM32.++. baca tak baca belakang kira yang penting aku beli. hahaha.
malam tadi baru stat baca.baru sampai bab 2. english dia ok lah. simple dan senang faham. aku tak suka buku english yang guna perkataan yang susah nak faham. maklumlah aku bukan reti sangat bahasa inggeris ni. yang simple-simple aku faham lah.dapat baca mlam tadi pun sebab arissa leka main game buat beger kat henpon aku yang dia baru je mintak donwlod malam tadi.
ni sinopsis sikit pasal buku ni. aku google je dan dapat page ni:
http://www.goodreads.com/book/show/9760701-the-mall
Dan is an angsty emo-kid who works in a deadly dull shopping mall. He hates his job.
Rhoda is a junkie whose babysitting charge ran off while she was scoring cocaine. She hates her life. Rhoda bullies Dan into helping her search, but as they explore the neon-lit corridors behind the mall, disturbing text messages lure them into the bowels of the building, where old mannequins are stored in grave-like piles and raw sewage drips off the ceiling. The only escape is down.
Plummeting into the earth in a disused service lift playing head-splitting Musak, Dan and Rhoda enter a sinister underworld that mirrors their worst fears. They finally escape, but something feels different. Why are the shoppers all pumped full of silicone? Why are the shop assistants chained to their counters? And why is a café called McColon’s selling lumps of bleeding meat?
Just when they think they’ve made it back to the mall, they realize the nightmare has only just begun.
sekian.
Labels:
my book,
my horror story
Monday, September 23, 2013
niat nak berseronok tapi jadi seram pula
lepas baca pengalaman seram orang, mesti aku pun nak kongsi pengalaman seram aku. entri seram kali ni pasal pengalaman aku dan encik capo di bangunan pejabat kami sendiri. bukan dalam pejabat unit kietorang tapi dalam bangunan ni sendiri.
kisah ini terjadi pada hari sabtu atau ahad atau cuti umum (tak ingat pula tapi yang pasti bukan hari bekerja) pada tahun 2010 tapi aku tak ingat bulan berapa. yang pasti aku tengah pregnat masa tu.
pada petang itu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, aku dan encik capo hendak pergi ke pejabat kami. tujuannya ialah nak mengambil bekas bekalan makanan yang tertinggal di opis. pada masa tu aku sangat rajin memasak breakfast dan membawa bekal ke opis pada setiap hari. disebabkan tak mahu hari kerja nanti ada bau kurang menyenangkan disebabkan bekas bekalan yang tertinggal (pastinya tak basuh lagi), maka kami pun ke opis untuk mengambil bekas tersebut.
apabila sudah parking kereta, tiba-tiba aku rasa malas nak naik ke atas dan mahu tunggu dalam kereta je. opis kami terletak ditingkat 3.maka encik capo pergilah seorang diri masuk ke dalam bangunan 5 tingkat tersebut. semasa encik capo menghilangkan diri disebalik dinding, idea jahat mula menerpa dalam fikiran aku semasa itu.
'kalau dapat terperanjatkan encik capo masa dia dah turun dan keluar lif nanti, seronok jugak' kata aku dalam hati.
didalam kereta, aku pun mula merangka perancangan. nak menyorok kat balik pintu laluan tangga di tingkat G tersebut. bila encik capo keluar lif dan berjalan keluar, aku akan menerpa perlahan-lahan lalu
'huargggggghhhhhhhhhhh'
lalu encik capo terperanjat.
hahahahaha. begitulah perancangan aku.
apabila sudah nekad, aku pun mematikan enjin kereta lalu hendak membuka pintu kereta untuk keluar. baru sahaja aku nak membuka pintu, tiba-tiba kelihatan encik capo muncul dari sebalik dinding dan menuju ke arah kereta. aku kehairanan sebab takkan lah sekejap je dah amik bekas makanan tu? mengikut perkiraan akal logik aku yang hari-hari datang dan balik keje dibangunan ini, encik capo memerlukan lebih dari 30 saat untuk masuk ke dalam bangunan, menuju ke lif. menunggu lif. masuk ke lif nak menuju ke tingkat 3, kemudian nak kena bukak mangga pintu, keyin id untuk masuk, masuk dalam opis, bukak lampu lalu menuju ke bilik untuk amik bekas makanan kemudian keluar dari opis, mangga balik pintu. turun lif dan akhirnya menuju ke kereta. semua tu memerlukan lebih 30 saat.
tapi yang peliknya belum pun 30 saat encik capo dah kembali ke kereta. aku pun tercengang-cengang enggakkk mengerti apa yang berlaku sehingga pantasnya encik capo kembali ke kereta. bila aku tanya dah amik ke bekas? encik capo jawab belum. kompem lah belum sebab memang tak nampak dia pegang apa-apapun.
tiba-tiba encik capo tanya
'ada panggil ke tadi?'
aku pun tercengang. bila masa pulak aku ada panggil dia. aku syok aje duduk dalam kereta menyusun strategi nak teperanjatkan dia. bila aku jawab takde, encik capo pun tak cakap apa-apa lagi lalu ajak aku teman naik opis sekali. maka, kami berdua pun masukklah dalam bangunan dan naik lif ke tingkat 3. lepas dah setel semua, kami pun masuk dalam kereta dan balik setelah memulangkan kunci kepada pak guard.
dekat rumah barulah bukak cerita. menurut encik capo sedang beliau melangkah menuju ke hadapan lif, beliau terdengar suara memanggil beliau. tapi aku lupa samada suara tu panggil nama dia atau abang. suara tu pulak macam suara aku. bila dia terdengar suara seakan suara aku memanggil beliau, encik capo pun menoleh tetapi tiada kelibat aku dimana-mana. dia siap pegi carik 'aku' kat balik pintu laluan tangga (port yang aku terpikir masa dalam keta nak menyorok nak teperanjatkan dia bila dia dah turun lif). encik capo ingat aku nak main-mainkan dia panggil panggil nama dan berlari menyorok. disebabkan 'aku' tiada dimana-mana tu yang dia pergi ke arah kereta sebab ingat aku dah lari masuk kereta. masa tu lah aku baru nak bukak pintu kereta sebab nak pergi laksanakan perancangan nak teperanjatkan dia. tapi aku pulak yang teperanjat sebab encik capo sedang melangkah kembali ke kereta macam tau-tau aku nak pergi teperanjatkan dia.
bila dah cerita tu, tiba-tiba rasa seram. sebab kejadian yang menimpa encik capo tu adalah saat yang sama aku terpikir nak menyorok kat laluan tangga lalu terperanjatkan dia. dalam pada aku merangka perancangan yang amik masa tak sampai 5 saat tu, masa tu lah ada sesuatu yang 'aku' sedang laksanakan tapi berbeza strategi dimana sesuatu 'aku' menggunakan taktik panggil dan nyorok. strategi aku yang real ialah nyorok dan terperanjatkan. huhuhuhu.
bila difikir-fikir balik, nasib baiklah aku tak sempat nak laksanakan rancangan aku nak teperanjatkan encik capo tu. kalau tak...cuba bayangkan, dah lah hari cuti, pukul 6.30 petang dekat nak senja. orang lain memang takkan ada lalu lalang kat bangunan tu macam hari bekerja. aku yang perut tengah memboyot pergi menyorok kat balik pintu laluan tangga yang gelap sambil menunggu encik capo turun dan keluar lif. ada 4 kemungkinan yang aku fikir lepas kejadian tu.
1. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. kemudian encik capo teperanjat lalu aku ketawa suka hati sebab dapat kenakan dia. lepas tu aku kena sekeh dengan encik capo tapi aku tak kisah sebab sukahati punya pasal.
2. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. tapi encik capo tu tak ada apa-apa effect lalu berpaling kat aku lalu...lalu....muka bertukar jadi muka hantu.....waaaaaa....scary betul!!!!
3. aku menyorok.........dan ada 'sesuatu' menyorok bersama aku. pengsan!!!!!!!!!!!
4. aku menyorok. tunggu encik capo keluar lif. tungu punya tunggu tapi encik capo tak muncul2. tau-tau encik capo dah balik dengan 'sesuatu yang aku' ada dalam keta. encik capo tak carik sebab memang 'aku' ada dalam keta padahal aku yang sebenar sedang menyorok balik pintu. waaaaaaaaaaaaaa siot betul imaginasi!!!!
kompem aku takkan main nyorok-nyorok kat mana-mana bangunan lagi dah. gila punya idea aku dapat nasib baik tak sempat nak laksanakan. dah 3 tahun kejadian ni berlaku. tiba-tiba sedang menaip entri ni bulu roma aku meremang-remang.
owh....- _-

![]() |
| kenangan masa pregnant. bayangkan dengan perut macam ni aku boleh terfikir nak pegi main nyorok-nyorok balik pintu laluan tangga yang gelap dan sunyi! wtfox i'm thinking????? |
bila difikir-fikir balik, nasib baiklah aku tak sempat nak laksanakan rancangan aku nak teperanjatkan encik capo tu. kalau tak...cuba bayangkan, dah lah hari cuti, pukul 6.30 petang dekat nak senja. orang lain memang takkan ada lalu lalang kat bangunan tu macam hari bekerja. aku yang perut tengah memboyot pergi menyorok kat balik pintu laluan tangga yang gelap sambil menunggu encik capo turun dan keluar lif. ada 4 kemungkinan yang aku fikir lepas kejadian tu.
1. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. kemudian encik capo teperanjat lalu aku ketawa suka hati sebab dapat kenakan dia. lepas tu aku kena sekeh dengan encik capo tapi aku tak kisah sebab sukahati punya pasal.
2. aku menyorok, nampak encik capo keluar lif lalu aku teperanjatkan dia. tapi encik capo tu tak ada apa-apa effect lalu berpaling kat aku lalu...lalu....muka bertukar jadi muka hantu.....waaaaaa....scary betul!!!!
3. aku menyorok.........dan ada 'sesuatu' menyorok bersama aku. pengsan!!!!!!!!!!!
4. aku menyorok. tunggu encik capo keluar lif. tungu punya tunggu tapi encik capo tak muncul2. tau-tau encik capo dah balik dengan 'sesuatu yang aku' ada dalam keta. encik capo tak carik sebab memang 'aku' ada dalam keta padahal aku yang sebenar sedang menyorok balik pintu. waaaaaaaaaaaaaa siot betul imaginasi!!!!
kompem aku takkan main nyorok-nyorok kat mana-mana bangunan lagi dah. gila punya idea aku dapat nasib baik tak sempat nak laksanakan. dah 3 tahun kejadian ni berlaku. tiba-tiba sedang menaip entri ni bulu roma aku meremang-remang.
owh....- _-
Labels:
capo grande,
my horror story,
my info
Friday, August 23, 2013
bunyi orang mencangkul tanah, suara perempuan yang menangis dan kami yang naif
dalam seminggu ni, keje aku asik baca pengalaman seram orang kat forum dan blog aje. dahlah aku ni seorang penakut tapi bila dah baca pengalaman seram dan mistik orang ni, susah pulak aku nak berhenti. akhirnya aku sendiri yang takut. takut nak pegi toilet kat opis, takut nak pegi toilet kat rumah dan dapo. sampaikan terpaksa paksa encik capo teman aku pegi toilet baik kat opis, mahupun kat rumah. macammana aku tak takut, aku asik terbayang-bayang je apa yang aku baca. dah la otak aku ni kreatif bab membayangkan makhluk-makhluk hantu ni. disebabkan asik baca pengalaman orang, aku rasa aku nak kongsi beberapa pengalaman aku sendiri.
salah satu pengalaman seram yang aku alami adalah pada tahun 1991 kalau tak silap. pengalaman ni adalah pengalaman aku dan lida (kakak aku) sebab kami yang mengalaminya. masa ni aku darjah 3 manakala lida darjah 5. kejadian ni berlaku di rumah keluarga aku di kuala pilah. pada petang hari kejadian, ada seekor anjing berwarna coklat merayap sampai masuk ke halaman rumah. rumah kiteorang ni rumah kampung dan terletak di tepi jalan besar dan kedudukannya di atas bukit sket. tapi takde la tinggi sangat bukitnya. jarang ada anjing di kawasan rumah kiteorang tu. anjing tu walaupun dah dihalau, dia tetap datang balik cuma dia berdiri kat tepi pagar tepi jalan tu je.
kehidupan diteruskan seperti biasa sehinggalah tiba waktu tido. aku dan lida satu bilik dimana ada dua katil bujang. satu kat dinding sebelah kanan, satu lagi kat dinding sebelah kiri. aku dah tak ingat aku katil sebelah kiri atau kanan. bilik kami adalah bilik nombor 2 dari pintu masuk dan ruang tamu utama manakala bilik arwah abah (masa ni abah aku masih hidup lagi) dan mak aku di bahagian ruang tamu kedua. abang aku tak ingat pula aku mana dia tido. entah dah pukul berapa, kami pun masuk tido. tiba-tiba dimalam yang gelap dan sunyi sepi, terdengar bunyi lolongan anjing yang sangat mendayu-dayu ala-alam macam filem seram. bunyi lolongan anjing tu dekat je macam halaman rumah kiteorang. hampeh betul sebab aku terjaga bila dengar bunyi lolongan anjing tu. disebabkan aku ni penakut, bila terjaga je aku terus kaku di atas katil. nak tarik selimut pun aku tak berani apatah lagi nak bukak mata. hati aku meronta-ronta supaya tangan aku menarik selimut untuk menyelubungi diri yang ketakutan ini. aku berharap lida juga turut terjaga tapi aku tak berani nak panggil sebab lida ni selalu tido mati. bunyi anjing melolong-lolong memang tak berhenti-henti. akhirnya aku memberanikan diri cepat-cepat tarik selimut dan berselubung.
tak lama selepas itu, bunyi lolongan anjing pun berhenti. aku rasa sangat lega. sejurus selepas itu tiba-tiba terdengar pula bunyi seperti orang mencangkul tanah di luar bilik aku dan lida. tak lama lepas tu terdengar suara lida memanggil aku dari katil dia. aku pun cepat-cepat jawab sebab rasa lega lida pun terjaga seperti aku. lida bertanya samada aku dengar tak bunyi orang mencangkul tanah di luar. aku mengiakan pertanyaan lida. kami membuat kesimpulan bahawa arwah abah aku yang mengcangkul diluar. kami berdua takde langsung terpikir hantu ke apa ke. automatik je pikir arwah aku mengcangkul kat luar. lida dengan selamba bukak tingkap bilik dan tinjau kat luar yang gelap tu. aku pun sekali lah meninjau. sebaik sahaja kami meninjau, bunyi orang mencangkul tanah tu pun berhenti. kami pun pelik lalu tutup tingkap semula.
aku dan lida pun nak sambung tido semula cuma bezanya kali ni aku berhimpit kat katil lida sebab aku takut tido sorang-sorang. sebaik sahaja kami tutup lampu dan baring, bunyi orang mencangkul tanah kedengaran kembali. aku dan lida berpandangan. kami berdua tetap mengatakan arwah abah yang mencangkul tanah kat luar sebab memang selalu arwah abah aku rajin menyapu daun-daun dan menebas kat luar waktu pagi selepas subuh. tapi yang muskilnya skang belum subuh pun lagi. lida mengajak aku bangun dan pergi tinjau kat luar rumah. cuma kali ni bukan kat tingkap tapi keluar dari rumah. aku pun mengikut sahaja sebab konfiden arwah abah aku yang mencangkul di luar. sebaik keluar dari bilik keadaan dalam rumah memang gelap gelita. arwah abah aku memang tak bagi bukak lampu kalau tido sebab membazir lektrik katanya. cahaya ruang tamu rumah cuma diterangi cahaya lampu dari bilik kami. semasa keluar dari bilik, sempat aku menjeling jam. owh..baru pukul 3 lebih pagi. tapi disebabkan perasaan suci murni kami dua beradik yang menyangkakan arwah abah yang mencangkul kat luar, kami berani saja bukak pintu utama rumah dan keluar. bila dah keluar rumah, kami berjalan ke beranda sebelah kiri untuk mengintai siapa yang mencangkul diluar pada waktu-waktu begini. sebaik sahaja kami meninjau, bunyi orang mencangkul terus senyap sekali lagi.
disebabkan tak nampak sesiapa dan tiba-tiba bunyi orang mencangkul berhenti, kami pun masuk bilik semula. sekali lagi apabila kami nak masuk tido, bunyi orang mencangkul terdengar lagi. dan seperti sebelum tadi lida mengajak aku untuk keluar dan tinjau sekali lagi. bila kami dah keluar rumah dan tinjau bunyi orang mencangkul pun senyap. kami pun masuk balik dalam bilik. bila dah baring tu, aku tak ingat bunyi orang mencangkul tu ada lagi ke tak. tapi yang pasti lida ajak aku keluar rumah sekali lagi sebab nak amik selimut dia kat ampaian kat luar. aku pun ikut je lida keluar dan amik selimut dia. lepas tu kami pun masuk tido semula. bunyi orang mencangkul pun dah tak ada. baru saja kami nak lelapkan mata, tetiba terdengar suara perempuan seakan-akan menangis dari arah luar bilik kami. makin lama makin kuat. suara tangisannya pula mendayu-dayu dan bunyi seperti sedih sangat. aku dan lida dah takut sangat dan kami saling berpeluk-pelukan. kami langsung tak boleh tido sebab suara tangisan perempuan tu tak berhenti-henti. kali ni memang kami takkan keluar dari rumah atau meninjau kat tingkap lagi.
suara perempuan tu menangis sekejap kuat dan sekejap perlahan. tapi yang pasti sangat syahdu dan sayu sangat. memang sedih sangat kalau dengar tapi dalam masa yang sama seram juga bila dengar suara perempuan menangis ditengah-tengah malam pada pukul lebih kurang 3 lebih pagi. bunyi tangisan itu berhenti sebaik sahaja azan subuh berkumandang. masa ni aku dan lida memang dah lega sangat sebab bunyi tangisan perempuan tu dah berhenti dan tau hari dah siang. lepas tu baru kami boleh tido.
bila bangun dari tido, aku dan lida terus tanya arwah abah aku ada tak dia mencangkul kat luar dalam pukul 3 pagi tu. arwah abah aku menafikan dia ada keluar mencangkul pukul 3 pagi.
'mabuk ko apo nak mencangkul tongah-tongah malam buto?' lebih kurang begitulah jawapan arwah abah aku. kietorang pun cerita apa yang kiteorang alami malam tu kat mak kiteorang. diorang semua tak dengar bunyi-bunyi yang kiteorang dengar. bunyi lolongan anjing, bunyi orang mencangkul dan bunyi suara perempuan menangis. mak aku siap marah lagi sebab kiteorang berani-berani keluar rumah tengah-tengah malam buta nak pegi meninjau. masa tu memang takde fikir apa. fikiran suci murni je.
pada hari itu juga tapi aku tak ingat pagi atau petang, ada orang meninggal dunia. perempuan kalau tak silap. aku tau sebab rumah aku selang sebuah rumah je dengan tanah perkuburan. boleh nampak dari rumah aku orang membawa jenazah untuk dikebumikan. hal tersebut membuatkan aku dan lida membuat kesimpulan bahawa bunyi orang mencangkul tu adalah bunyi orang sedang menggali kubur dan suara perempuan menangis itu adalah ...??? tapi yang sebenarnya orang yang menggali kubur ditanah perkuburan tu hanya menggali pada siangnya. macammana kiteorang boleh dengar dulu bunyi orang mencangkul tanah pada tengah malam sebelum tu? huhuhu
kietorang bersyukur sangat sebab masa kietorang mengintai arah bunyi orang mencangkul tanah kat luar bilik kiteorang tu, kiteorang tak nampak apa-apa. entah-entah masa aku dan lida sedang meninjau tu, 'benda' tu pun sedang memandang kiteorang sebab tu bunyi mencangkul tu berhenti dan hanya kedengaran semula sebaik kiteorang dah baring semula atas katil. kalau sekarang jangan harap aku akan meninjau keluar bila dengar bunyi orang mencangkul ditengah-tengah malam. atau apa-apa bunyi yang tak logik dilakukan oleh manusia ditengah malam.
waaaaaaaaaaaaaa.....seram sangat bila mengenangkan. semasa menaip entri ini, bulu roma aku memang dah meremang-remang keseraman. ni antara pengalaman seram yang aku alami sendiri. ada juga pengalaman lain. nanti kalau aku rajin, aku buat entri. untuk kenangan aku baca di masa hadapan juga.
sekian

Thursday, August 22, 2013
muka dia sama macam annabelle
aku pernah buat entri pasal aku menonton movie the conjuring baru-baru ini. diawal permulaan movie tersebut ada diselitkan pasal pasangan warren membantu dua orang remaja perempuan yang diganggu dengan patung annabelle. patung annabelle didalam movie ini adalah sangat menakutkan ala-ala patung chucky gitu. tapi patung yang sebenarnya tak adalah ngeri pun wajahnya. biasa-biasa aje. kalau nak tahu lebih lanjut pasal patung annabelle boleh ke website pasangan warren tu di http://www.warrens.net/Annabelle.html. kalau nak tengok rupa patung annabelle tu juga boleh tengok kat website tu. aku tak berani nak upload gambar anak patung berhantu kat blog aku. huhuhuhu.
aku sebenarnya bukan nak cerita pasal patung annabelle tu. tu cuma pengenalan sahaja. sebenarnya aku nak cerita tentang mimpi yang aku alami semasa aku masih kanak-kanak lagi. masa tu umur dalam lingkunag 5-7 tahun, aku pun dah tak pasti. apabila melihat patung annabelle yang sebenar, aku tetiba rasa seolah-olah pernah melihat anak patung tu lama dahulu. aku tak pernah ada pun anak patung tu tapi memang rasa pernah lihat. tiba-tiba ingatan aku pun dapat mengakses dimana aku pernah jumpa anak patung tersebut.
rupa-rupanya itulah anak patung yang aku mimpi semasa aku masih kanak-kanak yang comot. mimipi tu aku masih ingat sehingga sekarang kerana bagi aku pada masa tu mimpi tersebut sangat seram. dalam mimpi tersebut, aku yang masih kanak-kanak tiba-tiba berada di satu kawasan yang gelap gelita. apabila aku melangkah ke hadapan tiba-tiba aku sedar yang aku berada di suatu tempat yang bentuknya bulat. disekeliling bulatan ada dinding tanpa pintu dan dihiasi pokok dedaun disepanjang bulatan tersebut dan juga terdapat sebuah bangku panjang.
apabila aku terus melangkah dalam keadaan yang terpinga-pinga, aku ternampak ditengah-tengah bulatan ada satu lagi bulatan yang lebih kecil. terdapat satu jurang yang dalam memisahkan antara bulatan besar dan bulatan kecil. ditengah-tengah bulatan kecil terdapat satu tiang lampu yang tinggi. bila aku melihat tiang lampu tu dari bawah dan membawak ke atas, tiba-tiba aku ternampak ada 2 anak patung satu lelaki dan satu perempuan yang sedang tidor sambil belakang masing-masing tersangkut pada puncak tiang lampu. yang lelaki berambut biru dan yang perempuan berambut merah/pink.
sekonyong-konyong (hahaha...betulkah perkataan tu) mata aku tepat memandang anak patung tu, tiba-tiba kedua-dua anak patung tu terus terjaga dan memandang aku dengan pandangan yang seram. kedua-dua anak patung tu terus mengelongsor turun dari tiang lampu lalu melompat ke bulatan yang besar dimana aku berdiri dan terus mengejar aku. aku pun tanpa berlengah lagi terus berlari cuba menyelamatkan diri dari anak-anak patung tersebut. aku cuma boleh berlari dalam bentuk bulatan sebab seperti yang aku bagitau awal-awal tadi, tempat tu berbentuk bulat. entah berapa round aku berlari aku pun tak pasti. kedua-dua anak patung tersebut masih gigih mengejar aku. dan aku tak akan sekali-kali menyerahkan diri kepada anak-anak patung tersebut sebab takut.
dalam pada aku tengah mengah berlari, tiba-tiba aku terjaga dari tidor dan terus terduduk. mimpi tu seolah-olah macam real dan aku sangat takut masa tu walaupun aku dah sedar dari tido. kaki pun masih menggigil dan jantung pun laju seolah-olah aku betul-betul baru lepas berlari. mimpi tersebut tak pernah aku lupakan cuma takdelah ingat hari-hari.
bila terlihat patung annabelle yang sebenar yang berada di muzium pasangan warren ni, baru aku teringat patung annabelle tu sama macam patung yang dalam mimpi aku. yang patung perempuan la. yang patung lelaki tu bezanya hanya baju dan rambut dimana rambut patung lelaki warna biru tapi rupa masih sama. owh sungguh scary bila teringat dan lebih scary bila anak patung annabelle yang sebenar sama seperti anak patung didalam mimpi aku. semoga anak patung dalam mimpi aku tu bukan annabelle. semoga aku takkan mimpi pasal anak patung ni lagi lepas tahu rupa dia sama macam annabelle. huhuhu
sekian...cerita mimpi seram zaman kanak-kanak aku.

Friday, July 5, 2013
bayangan gurauan
malam tadi encik capo tido awal. belum pukul 8 malam dia dah tido. katanya nak baring-baring aje. alih-alih dengar alunan dengkuran. tu maknanya 'baring' sangatlah. tinggallah aku dan arissa yang masih berjaga. disebabkan takde apa nak buat, aku kemas 'port' arissa. 'port' arissa tu memang khas untuk arissa lah. segala mainan, khemah, gelongsor + rumah, meja studi, buku-buku, kerusi malas arissa, dan sebagainya memang aku susun kat situ. kalau dah namanya 'port' budak-budak, maka bersepah-sepah tu memang tak dapat nak dielakkan. kemas macammanapun akhirnya bersepah jugak.
lepas dah siap kemas, aku on laptop. nak layan candy crush kat facebook laptop sebab nyawa candy crush kat henset dah abis. sambil aku main, arissa main-main kat sebelah aku. lepas tu arissa pulak nak main farm heroes kat laptop. so, aku main candy crush kat henset pulak sebab dah ada nyawa. dalam pada sibuk main game, arissa pun dah mengantuk lalu tido. tinggallah aku dalam pukul 10 malam tu masih berjaga. dalam pada main candy crush sorang-sorang di malam yang sunyi (sebab aku tak on tv), maka macam-macam bunyianlah yang aku dengar. bila dah tinggal sorang yang masih berjaga ni mulalah perasaan tu tetiba rasa tak sedap. asal dengar bunyi je aku terus toleh cari apa punca bunyi tersebut. tak aman pulak main candy crush kalau hati rasa seram aje.
kemudian terdengar satu bunyi yang aku cuba sangkalkan.
'mungkin bunyi cicak mengawan agaknye' huhuhuu. aku toleh ke arah datangnya bunyi walaupun hati dah mula rasa dup dap dan tak sedap. takde apa-apa yang kelihatan (itu lebih baik) lalu aku alihkan pandangan ke monitor laptop sambung main candy crush. dalam pada kepala aku berada tepat mengadap laptop tetiba dari hujung mata kiri aku nampak bayangan hitam lalu dengan cepat dan berhenti dan berdiri dibelakang aku. serentak terus meremang bulu roma seluruh badan. terus aku toleh belakang tetapi tak nampak apa-apa (sekali lagi, itu lebih baik).
waaaaaaaaaaa..........satu badan dah menggigil, terus hilang candy crush dalam kepala aku lalu aku kejut encik capo. aku tak peduli, aku mesti kejut jugak sebab aku dah takut sangat. masa tu lebih kurang pukul 11.15 malam. bila encik capo bangun, aku tak cerita pun kat dia. buat-buat cakap cam biasa lepas tu terus amik tempat antara arissa dengan encik capo. biasanya, mana ada orang yang baru lepas kena ganggu nak cerita terus kan pasal gangguan or hantu tu on the spot kat orang lain. itu boleh menambahkan rasa takut dan mendatangkan panik. maka aku berdiam diri dan simpan rasa takut dan seram untuk diceritakan esoknya (pagi ni). disebabkan aku tak mengantuk lagi, memang susah lah sangat aku nak tido. mata terkebil-kebil aje pandang kiri kanan, atas bawah dengan harapan tak nampak apa-apa lembaga or bayangan hitam lagi. oh ya, sejurus lepas nampak banyangan hitam tu terus mulut aku tak henti-henti baca ayat kursi. nasib baik tak tunggang langgang bacaan, sebab tengah menggigil seram.
entah pukul berapa baru aku terlelap tetiba terkejut dengar suara arissa yang menjerit-jerit menangis sambil duduk dan terus tangan dia peluk aku bila akuk terjaga. on the spot aku terus terduduk dan bukak lampu. serentak dengan tu jugak perasaan seram dan menggigil datang balik. tengok jam baru pukul 1.25 pagi.
aku: arissa, nape ni?
arissa dengan mata masih terpejam, tapi tangan duk menepis-nepis sambil nangis-nangis. aku tepuk-tepuk dan panggil nama arissa supaya dia bukak mata.
arissa: aisa takut binatang duduk kat kusi hitam.
owh.
.................
kusi hitam tu ialah sofa kaler hitam di ruang tamu betul-betul sebelah arissa. sofa tu sebagai penghadang arissa supaya tak over limit tegolek masa tido sebab arissa tido lasak. kalau keadaan yang normal, mungkin kelaka kot dengar arissa cakap camtu, tapi disebabkan keadaan tengah seram, rasa seram lah pulak.
aku punya seram dan menggigil tak hilang lagi, ditambah pulak dengan apa arissa cakap tadi. entah betul atau dia mengigau aku pun tak pasti. aku agak mesti bayangan hitam yang aku nampak tu rupa cam binatang. sebab arissa cakap binatang. kalau muka hantu mesti arissa cakap takut hantu. huhuhu. terimaginasi pulak.
bila arissa dah tido balik, aku pun baring. encik capo yang terjaga juga masa arissa menjerit-jerit tadi terus dah tak boleh tido dan main candy crush pulak. aku yang sedang menggigil kuasa dua, pun main candy crush di pukul 1.30 pagi. lepas dah ngantuk balik baru sambung tido dengan harapan tiada gangguan lagi selepas ini.
alhamdulillah, aku terjaga semula pukul 5.55 pagi sebab alarm dah berbunyi dan terus bangun untuk memulakan hari jumaat ini. maknanya lepas arissa menangis + menjerit pukul 1.25 tu takde lagi dia berbuat begitu lagi.
semoga malam ini dan malam-malam seterusnya aman aman sahaja...

my life,
my love
Subscribe to:
Posts (Atom)