aku nak sambung entri pasal mimpi seram dan aku yang di himpit hari tu. di akhir entri tersebut aku ada sebut pasal arissa yang bertanya soalan yang membuatkan aku jadi seram.
sampai saja rumah seremban pada hari ahad malam tu, terus masuk bilik. lepas bersalin pakaian, aku duduk di kepala tilam sambil layan facebook kat henpon. arissa main pemenan dia berhampiran aku. encik capo pula mengadap laptop. ketiga-tiga kami di dalam bilik yang sama cuma aktiviti yang berbeza.
walaupun aku melayan facebook, arissa tidak aku abaikan. sekali sekala tengok arissa main apa. kemudian borak-borak kejap. lepas tu sambung aktiviti masing-masing semula. tiba-tiba entah kenapa mata aku tertumpu di ruang di hadapan aku. macam mana ye nak citer keadaan bilik tu. masuk saja bilik, sebelah kiri adalah bilik air, kemudian macam ada lorong sket la lepas tu baru ada ruang besar yang menempatkan katil dan sebagainya. mata aku tertumpu di ruang yang bersambung dengan lorong sket tu. jaraknya beberapa langkah je dari tilam aku duduk tu. aku pandang je kat situ. tak ada apa yang ganjil pun. cuma ada meja mekap, meja seterika, dan almari pakaian. adalah dalam beberapa saat mata aku terpaku disitu tanpa sebab.
sebaik sahaja aku alihkan mata memandang ke henpon semula, tiba-tiba arissa yang berada berhampiran terus bangun dan datang ke arah aku dalam keadaan macam takut-takut.
arissa: mak...mak (sambil mata takut-takut pandang ke arah yang aku pandang sebentar tadi)
aku: arissa nape? (aku pun pandang arah yang sama).
arissa: sape yang jalan kat situ tadi?
aku: ha? mana ada sesape jalan kat situ.
arissa: nape orang tu jalan laju sangat? ( cakap dengan muka takut-takut).
aku: (dah mula rasa lain macam). tak ada apa-apalah arissa. angin je kot. (jawapan nak sedapkan hati).
encik capo tak perasan perbualan aku dan arissa sebab leka mengadap laptop. tak jauh pun. hanya dua langkah je dari kami.
disebabkan rasa lain macam dan bulu roma mula meremang, terus aku bagi arissa main game kat henpon biar dia tak takut. aku tak citer pun kat encik capo. baru semalam aku citer setelah seminggu kejadian berlaku.
kalau diikutkan, sebelum-sebelum ni pun arissa selalu bagitau dia nampak hantu. ada sekali tu masa dia nak pergi kat meja mekap, tiba-tiba berlari patah balik kat aku yang duduk kat tilam. kata arissa ada hantu kat pintu. bila aku tanya hantu tu buat apa, arissa cakap hantu tu nak mandi. aku tanya lagi apa warna hantu tu. arissa jawab, badan kaler pink, mulut kaler biru. mata kaler merah. terus aku terbayangkan aiskrim paddle pop. kaler ni aku tak berapa ingat sangat. mungkin badan kaler biru, mulut kaler pink. tapi tulah kaler yang disebut arissa. untuk pengetahuan arissa kenal semua warna sebab dah ajar dari umur setahun lebih lagi.
beberapa hari sebelum arisssa cakap nampak hantu nak mandi tu, arissa ada nampak hantu juga. aku bajet hantu yang sama sebab bila tanya warna apa, memang tiga kaler tu lah yang arissa sebut jugak. cuma masa ni arissa cakap hantu tu marah kat dia. adoi la hai. aku ni percaya je bila arissa cakap ada hantu. sebab dari cara dia berlari takut tu memang macam nampak hantu.
sebelum-sebelum ni memang pasang ayat ruqyah dengan surah al-baqarah kat pc dari malam sampai pagi. tapi kadang-kadang terlupa nak pasang. bila skang ni arissa asik cakap ada hantu je, kenalah pasang selalu semula.
semoga kami sekeluarga dilindungi dari gangguan jin dan syaitan. amin...
No comments:
Post a Comment