Petang semalam (jumaat) lepas keje kami tiga beranak nak ke giant senawang beli barang-barang dapur yang dah kehabisan stok. Sebelum tu cadangnya nak makan nasi ayam penyet dulu kat dataran senawang. Dah parking kereta dan dah turun kereta aku perasan seat aku duduk tu basah. Raba-raba baju aku tak basah. Aku syak mesti arissa punya pampers bocor. Cepat2 pegi kejar arissa dengan encik capo yang dah jalan dulu. Sekali raba seluar arissa, basah kuyup. Padahal baru je budak ni ditukarkan pampers.
Patah balik ke kereta. Jumpa pampers arissa je tapi seluar takde sebab beg baju backup arissa dah bawah masuk rumah hari tu. Nasib baik lah kedai manjaku memang berhampiran kat situ. Terus masuk dan beli baju gaun selai. Masuk kat kedai ayam penyet tu, terus cebokkan dan siapkan arissa pakai baju yang fresh dari kedai.
Lepas makan, masuk kedai cermin mata menara sebelah manjaku. Sejak kebelakangan ni aku selalu sakit kepala bila pakai spek. Bila tak pakai lama sikit pun aku sakit kepala. Lagi satu aku perasan, walaupun dah pakai spek, pandangan mata kabur jugak. Bila dah cek mata semalam, aku diberitahu power kedua dua mata aku dah turun. Banyak jugak turun. 75. Alhamdulillah. Harap harap nanti akan turun lagi sehingga aku tak perlu pakai spek lagi ;-). Staf kedai tu tanya aku ada makan supplement ke? Aku kata ada. Aku makan habbatus sauda, vitamin b, c dan e shaklee. Tapi aku tak tahu lah yang mana satu membuatkan power mata aku turun. Alhamdulillah....
Jam dah pukul 6 lebih petang. Singgah rumah lida yang berhampiran kat dataran senawang kejap. Lepas maghrib baru pegi giant bawak anak2 buah aku sekali. Lepas beli barang, hantar diorang kat rumah lida balik dan kiteorang terus balik rumah. Aku pun kepenatan sangat terus tido tak sedar apa lagi.
P/s: arissa posing dengan baju fresh dari kedai.
No comments:
Post a Comment