Tuesday, December 17, 2013

untuk kebaikan kamu juga


Arissa: mak, nak main tipon mak.

Aku: tak payah lah main tipon mak. Arissa asik main game je.

Arissa: ala. Aisa nak main game je.

Aku: tak elok tau asik main game ni. Nanti mengganggu perkembangan otak arissa. Kalau asik main game je, mata arissa sakit sebab asik pandang satu arah je lama sangat. (Sambil buat gaya pandang henpon ala2 kusyuk main game)

Arissa: tak lah. Nanti aisa pandang tipon sikit sikit je camni. (Sambil buat gaya pandang tipon sipi sipi). Ha, tengok ni mak. Mata aisa tak sakit pun.

Aku: tapi nanti otak arissa tak bekembang. Nanti arissa belajar tak pandai. Bila cikgu ajar, arissa tak boleh nak fokus.

Masa ni arissa dengar dengan penuh berminat dan kusyuk.

Aku: lepas tu bila orang panggil arissa, arissa buat tak tau je sebab asik mengadap game je. Tak elok la macam tu. Jadi, arissa kena lah main pemenan arissa yang banyak banyak tu supaya otak arissa bekembang. Arissa main lah puzzle. Arissa kan suka puzzle. Takpun arissa lukis gambar bear. Kan mak dah belikan arissa pen dengan buku. Bila arissa buat macam tu sel sel otak arissa pun berkembang. Arissa pun jadi pandai. Budak budak pun suka kawan dengan arissa.

Arissa dengar je dengan penuh minat.

Arissa: ooooo. Mak, nak main game kat tipon mak.

Aku: ................

Aku: tak boleh. Dah pegi main pemenan arissa.  Arissa boleh main tipon mak seminggu sekali je. Itupun kalau mak nak bagi.

Arissa: (melalak).

Mula mula hari tu aku silent dan sorokkan telefon aku untuk tak bagi arissa main game. Tapi susah kat akulah sebab orang call atau sms aku tak sedar. Skang ni tak sorok dah. Guna pendekatan tegas pulak. Semua ni untuk kebaikan masa depan arissa jugak.

1 comment:

Unknown said...

Sy setuju cara mcm ni.. kena lebih tegas,, lama2 nati dia bole terima.. try sis dedah kan dgn xtvt lain pula. mcm drawing, belikan buku2 carton yg menarik.. mmg kena slow2 sbb budak2 skrg ni lebih bijak.. hehe

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails