dah nak masuk 3 minggu berpuasa. aku rasa tahun ni lah puasa yang aku tak rasa letih dan lapa sangat. macam biasa-biasa je. minggu pertama puasa aku sangat rajin memasak. hari-hari masak sendiri, buat kuih. rajin google resepi dan buat. bukan google je. hari puasa pertama je aku aku tak masak sebab berbuka kat rumah abang aku. setakat hari ini, belum jejak lagi bazar ramadhan. aku rasa dah 3 tahun aku tak pergi beli makanan kat bazar ramadhan.
berbuka pun ala kadar. taknak membazir. lagipun kami berdua je yang makan. semuanya masak yang simple-simple. tak pe, yang penting aku masak sendiri, tak beli. aku ni boleh je memasak cuma malas. penyakit malas tu kalau datang, nak goreng telur pun aku malas. tapi bila rajin datang, semua benda aku nak masak.
puasa kedua aku masak nasi putih, lauk gulai ikan tenggiri campur cendawan, rojak tauhu taugeh timun telur rebus plus kuah lada dan airnya aiskrim soda. puasa ketiga masak lauk sambal sotong, goreng kangkung. lepas tu buat kuih bebola roti udang (ni aku google resepi), dan air sirap bandung. puasa keempat, masak kuew tiaw sup dengan puding roti. puasa ke lima dan seterusnya aku dah lupa aku masak apa.tapi aku ingat aku masa puding roti 2 kali dalam minggu pertama tu.
minggu kedua aku dah jarang memasak. sebabnya, aku demam beberapa hari. bila dah sihat, minyak masak dah habis asik lupa nak pergi beli. bila dah sampai rumah baru teringat, memang takkan adanya nak keluar balik. aku pun tak berapa ingat berbuka apa sepanjang minggu kedua. tapi yang pasti tak ada beli kat bazar ramadhan.
minggu ketiga ni baru stat memasak balik. tapi masak yang simple je sebab request dari encik capo. semalam aku ingat nak masak sambal ayam. tapi boleh pulak encik capo request nak berbuka makan kuih jemput cicah sos cili je. aku pun sukalah sebab senang sangat. sambil masak boleh berwasap-wasap lagi dengan adik beradik. round pertama hangus sikit kuih jemput sebab leka berwasap punya pasal.
setiap hari masa bulan puasa ni, aku makan betul-betul masa berbuka tu. lepas tu memang tak makan apa-apa. sahur, aku cuma masak untuk encik capo sahaja. tapi ada juga beberapa kali aku tak sedar nak kejut encik capo sahur. aku memang tak boleh makan sahur. perut aku sensitif sangat. aku cuma minum air suam 2 gelas je. kalau aku makan nasi atau makanan lain, aku pasti akan sakit perut tahap guling-guling punya. sebab makan awal pagi sangat. perut aku tak boleh terima. hari tu aku tak tahan godaan lauk ikan bilis goreng + bawang yang aku masak untuk encik capo masa sahur. aku pun nak makan juga pukul 5 pagi tu. tak lama lepas tu terus aku sakit perut beguling-guling sampai petang esoknya. aku sangkakan tahun ni perut aku dah boleh makan masa sahur. rupa-rupanya tak..... oh ya, arissa pun kadang-kadang bangun masa sahur. dia nak sahur jugak katanya. tapi sahur susu je lah lepas tu lelap balik dengan botol masih dimulut.
ok hari ni nak masak apa? esok nak masak apa? aku belum fikir lagi. tapi kena fikir nak masak apa yang spesel sikit sebab nak membalas pemberian jiran-jiran.
Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts
Thursday, July 17, 2014
Monday, May 26, 2014
walaupun tak kaya tapi...
ulasan:
1. aah memang kelakar lah jugak. suka bejoget tak tentu arah. selalunya kat shopping complex. bila dengar lagu yang dia suka dibantai bejoget padahal ada je orang lain kat sekeliling.
2. yang ni tak berapa pasti. biar aku fikir jap.
3. nak kata selalu tu takdalah. tapi adalah jugak. tapi kalau selalu lagi ok.
4. yang ni selalu lah jugak. pegi tengok wayang. karoke. jenjalan shopping. kekadang window shopping je. yang window shopping ni tak berapa best.
5. yang ni ada kesilapan sikit. sebab selalunya aku yang ajak makan kat luar sebab malas nak masak. serius! aku memang malas nak masak! nggeee ;-).
6. mmm... ye la kot.
7. kalau paksa aku menutup aurat dengan sempurna, boleh terima ke?
8. mmmm...jap pikir jap
9. yang ni ada. kalau selalu lagi best. ;-D
Thursday, April 3, 2014
cuai
cuai.
itu yang berlaku kepada kami (aku dan encik capo) pada ahad lepas di Giant Senawang. tapi cuai yang tak teruk sangat sebab dapat dikesan awal. seandainya tidak dapat dikesan atau terlambat dikesan, maka satu kerugian yang sangat besar pada aku.
aku membeli ubi kentang russet di gian senawang. disebabkan ubi kentang ini besar, 5-6 biji pun dah penuh satu plastik jernih yang disediakan disana. aku selalu beli ubi kentang jenis ini kerana ia besar dan juga tahan lama. dalam tempoh 2 minggu pun, ia masih segar dan elok. kemudian, encik capo pergi bawa ke bahagian timbang dan harga hasil timbangan ditampal pada plastik.
sementara encik capo beratur membayar, aku bersama-sama arissa, emak dan anak buah aku menunggu dibangku yang disediakan berhampiran pintu keluar. selesai membayar encik capo serahkan resit dan kad kredit aku semula. semasa mengambil kad kredit dan resit, sekali imbas aku terpandang pada resit.
?????
kenapa ada barang berharga RM 115?
kami hanya membeli 3 barang. satu ice box besar berharga RM 269. 1 pek berkembar vitagen berharga
RM 8.99. dan satu plastik kentang berharga RM??.
aku terus keluarkan ubi kentang dari plastik giant dan tengok harga yang pada sticker yang ditampal pada plastik tersebut. RM115.++?????
terkejut aku tengok harga tu yang tertera. takkan lah 5 ke 6 biji kentang russet berharga RM 115??? dah selalu beli tak pernah cecah RM10 pun!!!
encik capo pergi semula ke kaunter dan cashier minta kami berususan dikaunter khidmat pelanggan. sampai dikaunter khidmat pelanggan kami dilayan oleh staff disitu. dalam pada itu, aku agak cemas juga. manalah tau memang harga kentang tu macam tu. tapi aku yakin aku nampak harga kentang tu RM2.99 sekilo. (rasanya).
staff tu minta kami isi borang. disebabkan kad kredit adalah kepunyaan aku maka maklumat akulah yang perlu diisi. kami terpaksa isi 2 kali borang kerana pada borang pertama encik capo mengisi maklumat beliau.
selepas ditimbang semula, harga sebenar hasil timbangan hanyalah RM 5.++. lebih kurang RM110 beza dengan harga yang awal. disebabkan bayar pakai kad kredit maka aku terpaksa masuk semula ke dalam giant mengekori staff giant tersebut ke kaunter yang encik capo bayar mula-mula tadi. ini kerana transaksi mesti dibatalkan menggunakan mesin kad yang sama semasa membuat pembayaran.
selepas semuanya selesai, maka aku sangat lega. kalaulah benar aku terbeli 5 ke 6 biji ubi kentang dengan harga RM115, maka aku perlu fikir masakan istimewa untuk hidangkan ubi kentang berharga RM115 ini.
kesimpulan daripada peristiwa ini ada 3 orang yang cuai. staff yang menimbang ubi kentang tersebut. kerana dia tersalah masuk kod. kod yang tertampal pada sticker harga adalah buah pala dengan harga RM59.90 sekilo. (biar benar harga buah pala semahal itu???). jadi hasil timbangan berat ubi kentang tersebut jadilah harganya RM115.++.
yang kedua cuai adalah encik capo. kerana selepas timbang beliau terus masukkan dalam troli tanpa melihat berapa RM harga timbangan. (kalau aku ditempat beliau, aku pun lakukan perkara yang sama).
yang ketiga cuai adalah aku. kerana selepas encik capo meletakkan ubi kentang yang dah ditimbang dalam troli, aku tidak bertanya atau tengok sendiri harga hasil timbangan ubi kentang tersebut. kes ni bukan berlaku pada ubi kentang sahaja. malah setiap kali beli barang yang ditimbang, jarang sekali memeriksa harga yang ditampal pada plastik.
syukur kerana Allah gerakkan mata aku untuk memandang pada resit yang dah terlipat selepas mengambil resit tersebut dari tangan encik capo. kerana biasanya resit-resit bayaran aku akan terus masuk dalam handbag dan entah siapa tahu bila aku akan buka semula. syukur diterangkan penglihatan untuk melihat keganjilan harga pada resit tersebut. kerana jika Dia tidak izinkan, maka aku akan menanggung kerugian RM 110. syukur juga aku tidak membebel atau melaser kepada staff yang tersilap menimbang kentang tersebut kerana secara rasionalnya kami juga bersalah kerana tidak semak.
pengajaran yang aku dapat ialah betapa aku cuai selama ini. setiap kali selepas timbang barang, aku tak pernah atau jarang sekali semak harga hasil timbangan. aku tak pernah semak resit serta merta selepas tinggalkan kaunter bayaran. kadang-kadang aku akan semak didalam kereta semasa on the way balik. kadang-kadang berminggu-minggu selepas itu. kadang-kadang memang resit akan jadi pekasam dalam handbag seterusnya bila tiba masanya akan dibuang begitu sahaja.
bila berlaku sesuatu perkara itu samada ia baik atau tidak, pasti ada hikmah atau pengajaran yang tersembunyi. salah satunya adalah jangan percayakan staff yang menimbang ;-p. pastikan semak harga selepas timbang. dan juga pastikan harga barang pada label sama dengan harga yang discan pada cahsier.
;-)

![]() |
ini ubi kentang russet. ia besar dan tahan lama. |

Friday, February 7, 2014
birthday party Arissa - 3 tahun
kenapolah ekau lolap mato duhai arissa? disebabkan ni je gambar terbaik kami berdua maka ku tepekkan jua walaupun arissa lolap. |
arissa yang tengah mengeraskan diri sebab takut kat chicky |
4 januari 2014 yang lepas, birthday party arissa diadakan di KFC Seremban. yang depan wisma punca emas tu. lebih kurang 3 minggu sebelum tarikh tu, aku dah plan semuanya. senarai tetamu semua aku buat. pengiraan kos pun aku buat. kemudian laporkan kepada encik capo. biasalah kan. emak mesti yang lebih excited nak handle benda-benda macam ni. bila dah setuju, tengah hari waktu lunch, kami berdua-duaan berjalan kaki ke KFC dari opis.
warna tema baju: hitam atau merah |
semua serbu chicky |
dah book tarikh, masa dan chicky maka tiba-tiba staff kfc mengeluarkan kenyataan yang membuatkan kami berpandangan sesama sendiri.
staff kfc: maksimum tetamu 40 orang ye puan.
aku: 40 orang tu termasuk kanak-kanak ke?
staff kfc: haah termasuk kanak-kanak.
aku: APPPAAAA???? alah, macam mana nak 40 orang je tetamu. dalam list tetamu saya buat ni ada 100 lebih termasuk kanak-kanak.
staff kfc: sebab kat atas tu baru renovate. so sempit sket. kalau 100 orang tak muat, puan. memang kiteorang hadkan 40 orang je dalam majlis tu nanti.
aku dan encik capo: berpandangan sesama sendiri.
maka, bila balik rumah terpaksa edit senarai tetamu yang telah aku buat. akhirnya hanya kaum keluarga sahaja yang dijemput. tu pun dalam 50 lebih. dah tak boleh potong lagi. agak kuciwa sebenarnya. sebab lebih ramai jemputan maka lebih meriah.
bila dah sampai harinya, maka kaum keluarga yang dijemput pun berkumpul kat KFC. bila buat majlis kat KFC ni diaorang tak benarkan bawak makanan luar. tapi aku bawak juga. sebelum pegi KFC aku singgah pizza hut beli pizza yang seafood. sebabnya ialah mak dan kakak aku tak makan ayam. kalau aku tak beli makanan lain, takkan nak biarkan mereka tak makan kan. masa dah sampai KFC, aku bagitau lah yang aku ada bawak makanan luar. staff tu pun ok.
majlis dimulakan dengan makan-makan dulu. kemudian main games. lepas tu chicky keluar. masa chicky ni dah keluar, terus keras badan arissa sebab takut. taknak betul dia tengok chicky tu apatah lagi bersalaman. kemdian main games dengan chicky dan tetamu. kemain seronok semua orang main games. chicky pun ok pandai begurau senda. arissa je asik melalak dan keraskan badan tiap kali bawak dekat chicky. tapi tak boleh lawan 2 orang sepupu dia punya melalak sebab takutkan chicky. kira arissa ok lagilah berbanding sepupu dia yang 2 orang tu.
boleh duduk dalam kfc tu selama 2 jam je. aku minta tambah masa sket sebab ada tetamu yang lambat sampai. diorang bagilah tambah dalam 15 minit gitu.
kek besday arissa disponsor oleh wan arissa (mak aku). dan diuruskan oleh kakngah. kakngah yang pegi menempah dan amik kat PD. aku tak tahu menahu kek apa yang ditempah sebab mak dan kakngah berpakat nak sponsor kek untuk arissa. aku terima je. syukur alhamdulillah.
selain tu, bersama-sama menyambut besday hari tu ialah nurin, anak buah aku (anak bancik) yang juga sepupu arissa. besday nurin memang 4 januari. besday arissa 2 januari. kek nurin pun ditempah oleh kakngah. sebab tu sama cuma warna dan rasa tak sama.
kesimpulannya arissa sangat seronok di majlis hari lahirnya sehinggalah kemunculan chicky. hihi. apalah arissa ni. plan nak buat kat kfc tu sebab nak arissa main dengan chicky. alih-alih dia penakut pulak. terima kasih kepada semua tetamu yang datang memeriahkan majlis. seronok sebab mak, semua adik beradik dan anak-anak buah aku datang. terima kasih juga kepada semua yang bagi arissa hadiah dan duit. moga kalian semua dimurahkan rezeki.
Labels:
baby arissa,
my family,
my love,
my mum,
my peristiwa
Sunday, December 8, 2013
tunaikan impian arissa
arissa: mak, aisa nak main dengan hanisah.
arissa: mak, kite nak pegi rumah hanisah ke?
arissa: mak jangan abiskan kopok ni tau. aisa nak makan dengan hanisah kat rumah hanisah.
sejak pegi rumah kawan aku hani, bulan 9 yang lepas, arissa asyiklah ajak aku pergi sana lagi. tujuannya sebab nak main dengan hanisah. hari-hari itulah yang dimintanya. asal naik kereta nak pergi mana-mana mesti tanya nak pergi rumah hanisah ke? bila aku jawab tak, melalak-lalak. bila aku kata hanisah takde kat rumah balik kampung, arissa ajak aku pergi kampung hanisah sekali. adoi la hai. bila dia teringat, memang hari-hari tanya pasal hanisah. bila terlupa, memang dia tak tanya lah. oh ya, hanisah tu anak hani yang sebaya arissa.
aku: kenapa arissa asik nak pergi rumah hanisah je?
arissa: sebab aisa suka main dengan hanisah.
aku: kenapa arissa suka main dengan hanisah?
arissa: sebab ia baik. ia kasi arissa main ipad ia.
aku: arissa ni tak malu ke main ipad hanisah. kat rumah kan arissa dah selalu main ipad.
arissa: ayah hanisah pun kasi aisa main ipad. pehtu hanisah kasi aisa main game singa yang gosok gigi.
![]() |
baru sampai. dah tak muat arissa dalam stroller ni sebab dah besar panjang. tapi sumbat aje lah...dio pun goma duduk dalam stroller. |
![]() |
kami yang sedang breakfast di restoran yang aku lupa namanya. huhu. nama pelik memang susahlah aku nak ingat. |
hari berganti hari, minggu berganti minggu maka sampailah 30hb. kami bertiga (aku, encik capo dan arissa) bertolak dari seremban pukul 9 pagi dengan harapan tiada jem dan senang dapat parking. dengan bantuan sygic, maka kami pun sampai di aquaria klcc dalam pukul 10.05 pagi camtu. masuk-masuk je kat ruang aquaria tu punya lah ramai umat manusia beratur beli tiket. sepanjang-panjang barisan. kami beli tiket dulu sebab hani dan family tak sampai lagi. lepas beli tiket masuk restoran yang berhampiran aquaria tu. apatah nama restoran tu. hari tu aku ingat, bila nak buat entri aku lupa. kami tak breakfast pun lagi sebenarnya. perut aku memang dah lapar sangat. aku kalau nak keluar pergi mana-mana pagi weekend, memang aku tak kuasa nak masak breakfast kat rumah. breakfast kat kedai aje.
![]() |
bila arissa dah bertemu hanisah |
sedang breakfast, hani dan family pun sampai. arissa pulak buat lawak. bila hanisah tegur boleh dia buat tak tau je. padahal dia lah asik menyebut nama orang tu hari-hari. yang kelakarnya boleh pulak arissa berpaling tempat lain lepas tu mulut dia senyum-senyum simpul. malu lah kononnya tu. tapi bila dah lama sikit barulah ok berkawan-kawan siap berpegangan tangan. comel je tengok diorang. lepas semua dah setel, kami pun masuk dalam aquaria tu.
tiket kat aquaria tu RM 38 untuk dewasa. kalau takde IC RM50. kanak-kanak RM 28 ( 3-12 thn) dan warga emas RM28. nasib baik lah pergi sekarang sebab kalau tunggu pergi tahun depan, arissa dah kena dibayar tiket.
![]() |
kemain arissa peluk hanisah |
bila dah masuk dalam, masing-masing (arissa dan hanisah) dah excited nak tengok ikan. disebabkan orang terlampau ramai kenalah dukung arissa sebab nak bagi tengok tapak sulaiman dan macam-macam ikan. bila dah tepisah 2 orang kanak-kanak tu, mulalah bertanya hanisah mana. yang hanisah tanya kat mak dia mana arissa. hahaha.
![]() |
hani, hanisah, arissa dan aku. dah besar sok, arissa dan hanisah boleh lah jadi kawan baik macam mak-mak korang nih. |
bila nak jalan balik, budak 2 orang ni pun jalan berpegangan tangan balik. camtu lah sampai keluar daripada aquaria tu. lepas dah keluar dari aquaria memang perut kompem lapar lah sebab jalan je kan. dalam tu panas gila sampai basah lencun baju aku dek peluh. masa exit aquaria tu biasalah mesti ada kedai jual cenderahati. kiteorang pun adalah beli cenderahati sket buat kenang kenangan. arissa biasalah pantang nampak mainan. aku beli la yang harganya mampu untuk dibeli. bila dah ada mainan, mulalah kawan baik jadi tak baik. hanisah nak pinjam mainan arissa lepas tu arissa tak bagi. mula-mula dia bagi lepas tu amik balik terus taknak bagi-bagi dah. sampai menangis hanisah. sian hanisah. puaslah aku mengkaunselingkan arissa mengingatkan dia macammana hanisah layan dia masa datang kat rumah hanisah dulu. barulah arissa bagi main sekejap. lepas tu amik balik. camtulah perangainya.
![]() |
sama tapi tak serupa. pemenan kat tangan arissa tu menjadi punca keregangan persahabatan dorang. |
masa tengah makan tu arissa pun dah mengantuk lalu tetido kat pangkuan aku sambil aku makan. dia dah lena sket baru masukkan dalam stroller. sementara tu aku dan hani pun beborak-boraklah macam-macam. lepas makan kami pun berpisah. hani dan family nak balik manakala aku dan family nak jenjalan kat suria klcc. nasib baik arissa dah tido masa nak berpisah tu. kalau tak, maun dia melalak tak bagi hanisah balik.
![]() |
kami yang di aquaria klcc. posing sebelum pegi makan. |
![]() |
arissa yang telah tewas, hanisah yang masih steady |
pendapat personal aku, aquaria ni takde lah best sangat. sebab tak ada penguin dengan anjing laut. aku sangat suka 2 haiwan ni. lagi satu mungkin jugak aku baru pergi underwaterworld kat langkawi bulan 9 lepas. underwaterworld langkawi 2 kali best kot dari aquaria ni. tiket pun tak mahal sangat. tapi kos nak ke langkawi tu lah yang mahal. tetiba aku rindukan langkawi. bila nak pergi sana lagi nih? huhuhu.
p/s: kalau aku rajin aku buat entri kami yang jenjalan kat suria klcc. kalau aku rajin lah....;-D
******************************************
citer ni dah berlaku seminggu yang lalu. tapi aku tak rajin nak update sebab malas nak bukak pc. bila balik kerja dah penat. kadang-kadang balik lewat dalam pukul 10 - 11 malam sebab ada hal, terus tido. entri banyak gambar memang amik masa sket nak update sebab nak kena copy gambar, nak combine (kalau banyak sangat gambar) dan nak letak watermark. memang kena update pakai pc. kalau entri 1 gambar atau takde gambar langsung biasanya aku update pakai henpon je kat gmail. kalau update pakai henpon, sambil tebaring atau sambil duduk melangok pun dah boleh update satu entri.
![]() |
tempat aku mengupdate blog atau surfing di rumah. ini port aku yang punya. muahahaha |
Labels:
baby arissa,
friends,
my cuti-cuti,
my life,
my love
Thursday, September 5, 2013
arissa, game dan youtube
arissa, game dan henpon aku.
arissa: mak, nak donlod game.
aku: ok. nak game ape?
(sambil bukak playstore dan suruh dia pilih sendiri.)
arissa: nak game baby. nak game bear. nak game dora.
(sambil tunjuk mana-mana game yang dia berkenan)
bila dah siap downlod game, automatik icon game tu akan terpapar kat skrin hp.
arissa: yeay game dah siap.
sambil senyum suka hati lepas tu blah dan main game sorang-sorang smabil baring kat toto. tak lama lepas tu dengar dia merungut.
arissa: ala, cane ni? cane nak main ni?
arissa: game ni susah lah. aisa tak geti main. mak donlod game lain....
datang bawak henpon aku balik dan tunggu aku bukak playstore.
atau pun:
arissa: mak, aisa tak geti main lah. mak duduk sini ajar aisa main game.
ni lah rutin arissa tiap-tiap hari. asik nak mendonlod game aje kejenya. penuh henpon aku dengan game dia.
kalau dia suka game tu dan reti main, dengar lah dia terkekek-kekek gelak.
![]() |
koleksi game arissa kat henpon aku. candy crush tu aku punya. huhuhu |
arrisa, youtube dan internet slow.
arissa: mak nak tengok katun oggy./ mak nak tengok lagu mother us kab (mother goose club)
aku: ok
kalau dah tekan play kat youtube tapi lagu tak keluar-keluar.
arissa: lambat sangat la kua. intenet slow...
atau
arissa: tak kua lagu pun. intenet slow ke?
arissa, game dan youtube
kalau game/youtube yang didonlod/play lambat siap:
arissa: alaaa...asik loading je game/lagu ni.
kalau game/youtube tu hang / sangkut:
arissa: mak, hang lah. die dah sangkut.
arissa dan lagu kanak-kanak
lagu kanak-kanak ni bukanlah lagu kanak-kanak. tapi sebenarnya funny ringtone/ sms yang didonlod kat andriod. yang ni kat henpon encik capo lah pulak.
arissa: ayah, aisa nak dengar lagu kanak-kanak.
lalu ayah e bagi lah henset kat arissa.
kang arissa tekan lah satu-stu lagu funny ringtones tu. mana yang rancak kang berjoget-joget lah dia. kalau tekan-tekan tak keluar bunyi, dengar lah arissa merungut.
arissa: tak de bunyik pun.
atau
arissa: knape die tak bunyik? dah rosak ke?
atau: dah rosak kot.
arissa, henpon aku dan henpon encik capo
arissa: mak, nak tipon mak nak main game boye.
aku: ala, mak nak main lah. arissa pegi pinjam tipon ayah.
arissa: tipon ayah takde game. tipon ayah ada lagu kanak-kanak je. nak pinjam tipon mak, buleh tak?
------------
aku pun tak tahu nak bangga ke nak menyesal sebab ajar arissa main gadget-gadget semua nih. sebab sekarang asik berebut henset / ipad je dengan arissa. dah tentulah mak e yang kena mengalah. kalau tak dengarlah suara dia melalak. tapi masalahnya bila dia dah main tapi tak reti atau asik tertekan iklan je kat game bantailah mengamuk-amuk lepas tu dicampak henpon aku. kalau camni, tak panjanglah umur henpon aku. huhuhu. lagi satu keje arissa duk mengadap henset tak pun ipad. kadang kadang main sambil baring. kadang-kadang meniarap. kejap kang duduk pulak.
sekian...
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Wednesday, September 4, 2013
selamat bertunang
![]() |
me n encik capo |
seperti yang aku khabarkan di entri sebelum ni, 31 Ogos 2013 yang lepas adalah hari pertunangan anak buah aku iaitu Amrul di Putrajaya. selepas breakfast di Temiang Corner, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Alhamdulillah jalan menuju ke Putrajaya / KL tidak jem, tetapi jem melanda arah KL ke Seremban. 15 minit nak ke pukul 12 tengah hari kami pun sampai di Putrajaya.
![]() |
semua dalam gambar ni adalah anak buah aku kecuali arissa. ;-p. ada arip, helmi, adif dan duan |
![]() |
arissa di mana mana |
mak aku, kakngah anak beranak dan lida memang dah tido di Putrajaya sejak hari jumaat malam. bila aku sampai, terus serbu rumah penginapan yang telah disewa oleh abang aku iaitu bersebelahan dengan rumah dia je. selepas rehat dan bersantai, tepat pukul 1 tengah hari kami pun bertolak ke rumah perempuan yang terletak lebih kurang 15 minit je dari rumah. 3 buah kereta adalah dari keluarga aku manakala lagi 5,6 buah kereta dari belah keluarga kakak ipar. kami tiga beranak menumpang kereta wish kaktih sebab encik capo pening kepala dan aku malas nak drive. lagipun apa guna wish yang boleh muat 8 orang tapi cuma ada 4 orang di dalamnya?
![]() |
masa untuk bertolak ke rumah pempuan. sempat masing-masing posing. yang pakai spek hitam ialah abang aku, bancik. gambar kiri anak-anak buah aku lagi. arip, duan dan akim |
bila dah sampai rumah perempuan, macam biasalah diorang berbincang pasal hantaran dan sebagainya. aku tak dengar sangat sebab lepas tu aku duduk diluar rumah perempuan sebab semua anak-anak buah aku melepak di luar je termasuk lah arissa. lagipun dalam rumah dah penuh dengan rombongan dari pihak lelaki. selepas semua dah setel, agenda seterusnya ialah makan. masa makan ni lah hujan lebat melanda ditambah dengan angin kuat. aku sedaya upaya menghadang arissa dari terkena tempias-tempias hujan yang masuk ke dalam khemas sebab risau arissa demam balik. baru je nak elok. lepas hujan dah terduh, barulah bertolak balik ke rumah abang aku.
tak tahu nak cerita apa, layan gambar aje lah.....
![]() |
begambar depan masjid lepas masing-masing solat zohor. |
![]() | |
gambar atas: kiri amrul, kanan duan. gambar bawah: jejaka-jejaka perasan dan tak perasan. yang kepala botak ialah abang aku yang sulung merangkap abah kepada bakal pengantin lelaki. |
![]() |
kiri: me n duan. macam kakak dan adik kan?. kanan: me n amy. macam abang dan adik kan. ngeeee |
![]() |
para wanita dengan barang2 hantaran. kenapa asal bawak barang hantaran mesti pempuan semua??? |
![]() |
tuan punya majlis pertunangan. bersama bakal mak mertua. |
![]() |
agenda terakhir. makan............ |
tahniah dan selamat bertunang diucapkan kepada amrul dan tunangannya.
sekian.
Labels:
baby arissa,
my family,
my life,
my love
pendek lebih baik
hari rabu 27/8/2013 yang lepas, kami sekeluarga berjalan-jalan di AEON BIG di Rahang. puncanya ialah sebab aku sakit belakang dan aku nak di urut-urut oleh kerusi urut yang ada kat tingkat 1 di sana. kat pacific, jusco, ekonsave pun ada juga kerusi urut tapi aku memilih AEN BIG sebab dah tau tak ramai orang kat sana.
bila nak balik dan menuju ke parking kereta, arissa mintak sesuatu kat aku.
'mak, nak gunting rambut' pinta arissa.
aku macam malas pulak nak layan sebab nak balik rumah terus. tapi arissa terus mmeminta dan meminta.
'mak nak gunting rambut kat situ' sambil tunjuk satu satunya saloon dalam tu. arissa memang dah tahu sebab dah 3 kali ikut mak ayah e gunting rambut kat situ.
aku suka gunting rambut kat situ sebab dia ada bilik khas untuk perempuan yang bertudung. kalau pakai tudung tapi taknak rambut digunting dalam bilik khas tu pun boleh. boleh aje gunting kat luar tu. pilihan sendiri.
disebabkan arissa dah 5,6 kali ulang ayat yang sama je nak gunting rambut, maka kiteorang pun turutkan kemahuan dia. eloklah nak gunting rambut tu. rambut dah panjang tapi bila nak diikat langsung tak bagi.kang bila makan, sampai ke rambut kena. tak pun rambut dia yang masuk sekali dalam mulut.
kebetulan tak ada pelanggan dalam saloon tu. maka tak perlulah tunggu lama.
hasil guntingan rambut di saloon tersebut untuk arissa tak berapa cantik. aku suruh buat layer, 3 kali aku sebut...layer! layer! layer!
penyudahnya dia gunting bulat aje. rambut standard budak-budak pempuan. cantik lagi tukang gunting kat saloon bahau dulu gunting.
next time, cari saloon lain untuk gunting rambut arissa.
arissa pulak elok je duduk diam-diam masa orang tu tengah gunting rambut dia. dah lama sket tu baru dia begerak-gerak. kejap kanan kejap kiri.
'arissa, duduk diam-diam'
'aisa sakit belakang' jawab arissa.
kesian, sebab die kena duduk atas bangku yang diletakkan atas kerusi. standard lah kalau budak-budak gunting rambut kena duduk atas bangku tu sebab nak bagi tinggi sikit. so arissa tak boleh sandar. kecik-kecik dah pandai sakit belakang.
bila dah setel gunting rambut. arissa pun cakap.
'mak, aisa dah gunting rambut' sambil senyum-senyum simpul.
sekian.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Tuesday, September 3, 2013
roti canai ada kudis
31 Ogos yang lepas, kami 3 beranak nak pergi ke Putrajaya. Tujuannya bukan sebab nak sambut merdeka di Putrajaya tapi sebab nak memeriahkan majlis pertunangan anak buah aku iaitu anak kedua kepada abang aku yang sulung. nasib baik pagi tu demam arissa dah surut. kalau demam arissa masih tinggi, aku memang tak akan pergi lah ke majlis tersebut. nanti kesian pulak demam-demam dibawa ke hulu hilir dengan tempat ramai orang lepas tu dengan meragamnya lagi. huhuhu. walaubagaimanapun aku dah standby bawak choki-choki dan m&m minies dalam handbag.
sebelum bertolak ke Purtajaya lebih kurang pukul 10 pagi, kami singgah mengisi perut yang lapar dulu di Temiang Corner sebab berdekatan dengan rumah dan juga satu arah untuk ke highway PLUS. macam biasa, aku akan order roti kosong dua beserta milo ais. ni menu standard aku kalau ke kedai mamak.
arissa memang aku tak order apa-apa sebab budak ni kalau nak makan ikut mood dia. kalau dia nak makan, dia mintak. kalau aku tanya nak makan ke tak, jawapannya manjang tak nakkkkkkk jeeee. bila arissa nampak roti canai aku yang baru sampai, arissa pun terkinyam.
'mak, nak roti canai...' (aku eja ni memang ikut sebutan arissa tau)
lalu aku pun koyakkan sket roti canai aku dan bagi arissa.
'taknak, nak makan dalam pinggan' lalu encik capo pegi amik piring kosong satu.
bila dah letak roti canai yang dipotong kecik dalam piring lalu diberi kepada arissa, arissa pun ambil lalu telek-telek.
'eeee...mak ape ni?' tanya arissa sambil tunjuk kat roti canai tu. arissa tunjuk bahagian kat roti canai yang warna coklat-coklat tu.
'tu kerak dia' jawab aku.
'eee bukan lah. ni kudish' jawab arissa sambil buat muka jijik lalu pulangkan balik roti canai kat aku.
aku pun bantai lah tegelak kat situ. mana kau belajar cakap kat roti canai ada kudis arissa oi.
'ni keraklah bukan kudis' lalu aku bagi balik roti canai suruh arissa makan.
'taknak. roti canai ada kudish'
aku pun letak balik roti canai lalu aku koyakkan dan amik bahagian dalam yang warna putih dan licin.
'nah, mak dah buang kudis die' bila arissa tengok dah tak ada kerak yang warna coklat coklat tu, baru dia makan.
jadi kerja aku lah memilih bahagian yang tak ada kerak dan asingkan untuk arissa. dia siap belek dulu kalau-kalau ada terlepas pandang kerak kat roti canai tu.
'eee mak. ada kudish lagi'
secoit kerak pun dia boleh perasan. tak pe lah, janji dia nak makan walaupun kena bagi bahagian yang licin dan cantik je.
sekian, entri roti canai berkudish.
![]() |
arissa dah sihat. yeay! |

nak tengok cermin tapi tak bawak. guna camera aje. ngeee... |
'mak, nak roti canai...' (aku eja ni memang ikut sebutan arissa tau)
lalu aku pun koyakkan sket roti canai aku dan bagi arissa.
'taknak, nak makan dalam pinggan' lalu encik capo pegi amik piring kosong satu.
bila dah letak roti canai yang dipotong kecik dalam piring lalu diberi kepada arissa, arissa pun ambil lalu telek-telek.
'eeee...mak ape ni?' tanya arissa sambil tunjuk kat roti canai tu. arissa tunjuk bahagian kat roti canai yang warna coklat-coklat tu.
'tu kerak dia' jawab aku.
'eee bukan lah. ni kudish' jawab arissa sambil buat muka jijik lalu pulangkan balik roti canai kat aku.
aku pun bantai lah tegelak kat situ. mana kau belajar cakap kat roti canai ada kudis arissa oi.
'ni keraklah bukan kudis' lalu aku bagi balik roti canai suruh arissa makan.
'taknak. roti canai ada kudish'
![]() |
bahagian yang besar ialah roti canai yang ada kudis, bahagian yang kecik, roti canai yang telah dinyahkudiskan |
aku pun letak balik roti canai lalu aku koyakkan dan amik bahagian dalam yang warna putih dan licin.
'nah, mak dah buang kudis die' bila arissa tengok dah tak ada kerak yang warna coklat coklat tu, baru dia makan.
jadi kerja aku lah memilih bahagian yang tak ada kerak dan asingkan untuk arissa. dia siap belek dulu kalau-kalau ada terlepas pandang kerak kat roti canai tu.
'eee mak. ada kudish lagi'
secoit kerak pun dia boleh perasan. tak pe lah, janji dia nak makan walaupun kena bagi bahagian yang licin dan cantik je.
sekian, entri roti canai berkudish.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Subscribe to:
Posts (Atom)