itu yang berlaku kepada kami (aku dan encik capo) pada ahad lepas di Giant Senawang. tapi cuai yang tak teruk sangat sebab dapat dikesan awal. seandainya tidak dapat dikesan atau terlambat dikesan, maka satu kerugian yang sangat besar pada aku.
aku membeli ubi kentang russet di gian senawang. disebabkan ubi kentang ini besar, 5-6 biji pun dah penuh satu plastik jernih yang disediakan disana. aku selalu beli ubi kentang jenis ini kerana ia besar dan juga tahan lama. dalam tempoh 2 minggu pun, ia masih segar dan elok. kemudian, encik capo pergi bawa ke bahagian timbang dan harga hasil timbangan ditampal pada plastik.
sementara encik capo beratur membayar, aku bersama-sama arissa, emak dan anak buah aku menunggu dibangku yang disediakan berhampiran pintu keluar. selesai membayar encik capo serahkan resit dan kad kredit aku semula. semasa mengambil kad kredit dan resit, sekali imbas aku terpandang pada resit.
?????
kenapa ada barang berharga RM 115?
kami hanya membeli 3 barang. satu ice box besar berharga RM 269. 1 pek berkembar vitagen berharga
RM 8.99. dan satu plastik kentang berharga RM??.
aku terus keluarkan ubi kentang dari plastik giant dan tengok harga yang pada sticker yang ditampal pada plastik tersebut. RM115.++?????
terkejut aku tengok harga tu yang tertera. takkan lah 5 ke 6 biji kentang russet berharga RM 115??? dah selalu beli tak pernah cecah RM10 pun!!!
ini ubi kentang russet. ia besar dan tahan lama. |
encik capo pergi semula ke kaunter dan cashier minta kami berususan dikaunter khidmat pelanggan. sampai dikaunter khidmat pelanggan kami dilayan oleh staff disitu. dalam pada itu, aku agak cemas juga. manalah tau memang harga kentang tu macam tu. tapi aku yakin aku nampak harga kentang tu RM2.99 sekilo. (rasanya).
staff tu minta kami isi borang. disebabkan kad kredit adalah kepunyaan aku maka maklumat akulah yang perlu diisi. kami terpaksa isi 2 kali borang kerana pada borang pertama encik capo mengisi maklumat beliau.
selepas ditimbang semula, harga sebenar hasil timbangan hanyalah RM 5.++. lebih kurang RM110 beza dengan harga yang awal. disebabkan bayar pakai kad kredit maka aku terpaksa masuk semula ke dalam giant mengekori staff giant tersebut ke kaunter yang encik capo bayar mula-mula tadi. ini kerana transaksi mesti dibatalkan menggunakan mesin kad yang sama semasa membuat pembayaran.
selepas semuanya selesai, maka aku sangat lega. kalaulah benar aku terbeli 5 ke 6 biji ubi kentang dengan harga RM115, maka aku perlu fikir masakan istimewa untuk hidangkan ubi kentang berharga RM115 ini.
kesimpulan daripada peristiwa ini ada 3 orang yang cuai. staff yang menimbang ubi kentang tersebut. kerana dia tersalah masuk kod. kod yang tertampal pada sticker harga adalah buah pala dengan harga RM59.90 sekilo. (biar benar harga buah pala semahal itu???). jadi hasil timbangan berat ubi kentang tersebut jadilah harganya RM115.++.
yang kedua cuai adalah encik capo. kerana selepas timbang beliau terus masukkan dalam troli tanpa melihat berapa RM harga timbangan. (kalau aku ditempat beliau, aku pun lakukan perkara yang sama).
yang ketiga cuai adalah aku. kerana selepas encik capo meletakkan ubi kentang yang dah ditimbang dalam troli, aku tidak bertanya atau tengok sendiri harga hasil timbangan ubi kentang tersebut. kes ni bukan berlaku pada ubi kentang sahaja. malah setiap kali beli barang yang ditimbang, jarang sekali memeriksa harga yang ditampal pada plastik.
syukur kerana Allah gerakkan mata aku untuk memandang pada resit yang dah terlipat selepas mengambil resit tersebut dari tangan encik capo. kerana biasanya resit-resit bayaran aku akan terus masuk dalam handbag dan entah siapa tahu bila aku akan buka semula. syukur diterangkan penglihatan untuk melihat keganjilan harga pada resit tersebut. kerana jika Dia tidak izinkan, maka aku akan menanggung kerugian RM 110. syukur juga aku tidak membebel atau melaser kepada staff yang tersilap menimbang kentang tersebut kerana secara rasionalnya kami juga bersalah kerana tidak semak.
pengajaran yang aku dapat ialah betapa aku cuai selama ini. setiap kali selepas timbang barang, aku tak pernah atau jarang sekali semak harga hasil timbangan. aku tak pernah semak resit serta merta selepas tinggalkan kaunter bayaran. kadang-kadang aku akan semak didalam kereta semasa on the way balik. kadang-kadang berminggu-minggu selepas itu. kadang-kadang memang resit akan jadi pekasam dalam handbag seterusnya bila tiba masanya akan dibuang begitu sahaja.
bila berlaku sesuatu perkara itu samada ia baik atau tidak, pasti ada hikmah atau pengajaran yang tersembunyi. salah satunya adalah jangan percayakan staff yang menimbang ;-p. pastikan semak harga selepas timbang. dan juga pastikan harga barang pada label sama dengan harga yang discan pada cahsier.
;-)
No comments:
Post a Comment