Wednesday, April 2, 2014

dengki




dengki.


dengki biasanya dikaitkan dengan perasaan seseorang yang tidak puas hati atau cemburu dengan kelebihan orang lain yang tiada padanya. secara asas dengki lebih kurang macam cemburu. tapi dengki ni lebih ekstrem sedikit.

ada orang yang bila wujud perasaan dengki dalam hatinya, boleh kawal lagi dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mendatangkan keburukan kepada orang yang didengkinya. ada orang pula yang memang mesti melakukan sesuatu terhadap orang yang didengkinya supaya dia puas hati. lebih tragis apabila dia adalah seseorang yang berpengaruh atau berkuasa. bukan berkuasa macam thor atau kapten amerika atau xmen. yang berkuasa hanyalah Allah s.w.t. bila mempunyai pengaruh yang kuat atau mempunyai kuasa maka habislah orang yang didengkinya itu. tetapi yang lebih tragis apabila ada yang sanggup menggunakan kuasa sihir atau santau untuk mengenakan orang yang didengkinya itu.



hal ini memang terjadi kepada keluarga aku. keluarga aku kebanyakan perangai adalah sama seperti aku. maksudnya ialah pendiam atau tak banyak cakap. bukan jenis mulut laser yang melaser orang tak kira masa atau tempat. bila bercakap sentiasa berhati-hati. cuba bayangkan jika orang macam ni pun ada yang dengki dan hantar santau, bagaimana pula dengan orang yang jenis mulut jahat dan perangai jahat?

bagaimana perasaan orang yang dengki kepada orang lain bila berjaya mengenakan orang yang didengkinya? (tidak kira menggunakan kaedah apa pun). puas hatikah mereka? gembirakah mereka? adakah mereka akan mati atau gila jika tidak dapat mengenakan orang yang didengkinya?

jika dengki kerana orang itu kaya, jadi berusahalah untuk menjadi kaya dengan jalan halal dan diredhai.
jika dengki kerana orang itu rajin bekerja dan selalu mendapat pujian maka berusahalah untuk tingkatkan prestasi.
jika dengki kerana orang itu cantik, kacak atau bergaya maka belilah mekap, pegi buat facial supaya kulit cantik berseri juga dan pergilah shopping baju-baju yang boleh membuatkan diri nampak bergaya.




jika tidak mampu buat semua itu tetapi perasaan dengki sentiasa meluap-luap...maka beristighfarlah banyak-banyak supaya perasaan dengki itu hilang.


kategori dengki ada banyak. kadang-kadang benda tak masuk akal pun boleh nak didengki. hati dan fikiran manusia manalah kita dapat meniliknya.

dulu masa zaman student aku selalu akan dengki dengan markah exam kawan-kawan aku. aku akan dengki jika markah mereka lebih dari aku. tapi aku tak pernah nak bergaduh sebab markah mereka labih tinggi. apa yang aku buat ialah jika mereka study 2 jam, maka aku akan study 4 jam. jika mereka study 4 jam aku akan pastikan aku akan study lebih dari itu. terima kasih dengan perasaan dengki yang wujud pada aku ketika itu. kerana dengan perasaan dengki itu maka aku berjaya meningkatkan markah-markah exam aku tanpa perlu bergaduh atau tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan aku.


perasaan dengki tak semestinya mendatangkan perkara negatif. ia boleh juga ditukarkan menjadi sesuatu yang positif. pokok pangkalnya adalah hati. kalau hati dah busuk, maka....busuklah tindakan yang akan diambil.





No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails