dulu-dulu aku suka pakai baju yang ketat-ketat. badan slim melim, jadi pakai baju size s sahaja. pada masa itu bagi aku sangat selesa. aku sangat rimas pakai baju tshirt yang memberi ruang pada badan aku. lagi melekap lagi selesa. pakai tudung pun on off sahaja. bila aku rasa nak pakai, aku pakai. kalau aku rasa tak nak pakai maka mengurailah rambut aku ke hulur ke hilir.
lepas kahwin, aku terkena kejutan sikit. kena pakai tudung dalam rumah bila ada orang datang (bila ada lelaki bukan muhrim). tak boleh pakai baju ketat lagi. bila pakai tudung pun kena tutup dada. kalau tudung aku terpendek sket, dipaksa tukar oleh encik capo. nak pergi sidai baju kat luar rumah pun kena pakai tudung. nak pergi ambil barang dalam kereta diluar rumah pun kena pakai tudung. bukan tudung sahaja malah pakaian pun kena menutup aurat. tak pakai baju lengan 3 suku apatah lagi lengan pendek.
oh my!!! apakah??? lelaki jenis apakah yang aku kahwin ni??? semua arahan adalah serta merta selepas kahwin. tak ada tempoh seminggu, sebulan, setahun atau pun menunggu besday. mengapakah beliau tidak tunjukkan perangai ini semasa sedang bercinta atau bertunang??? pernah aku pun tertanya kepada diri sendiri, jika beliau tunjukkan perangai begitu sebelum kahwin, adakah aku akan teruskan perkahwinan??? yelah, seperti aku beritahu di atas, aku kan suka pakai baju yang ikut badan dan pakai tudung pun on off. tiba-tiba sahaja aku dipaksa menutup aurat sepenuhnya selepas kahwin. sesuatu yang sangat sukar aku lakukan ketika itu tetapi terpaksa. beliau sangat tegas. bila beli baju juga beliau akan cek baju tersebut. adakah nipis? adakah lengan panjang? adakah longgar atau nampak bentuk badan?
jika tidur di rumah saudara mara (jika ada lelaki bukan muhrim), aku akan tidur pakai tudung. 24jam. panas, rimas memang tak payah cakaplah. tapi encik capo pedulik apa. yang dia tau aku kena tutup aurat. lainlah kalau diberi bilik, pasti bebas sedikit untuk membuka tudung dan baju cardigan. tapi sangat jarang tidur dirumah saudara mara dan diberi bilik.
siapa sangka disebalik lelaki yang gila-gila, suka melawak dan suka mengacau orang di opis rupa-rupanya beliau sangat tegas mengenai aurat isterinya. dammm!!!! (ok, ini perasaan aku ketika itu). walaupun pada mulanya aku tidak ikhlas sebab terpaksa dan rasa terbeban, tetapi lama-lama aku jadi biasa. selepas jadi biasa, aku menjadi selesa dan suka. dengan rela hati aku memakai sarung lengan walaupun aku telah sedia memakai baju lengan panjang. dengan rela hati juga aku memakai stokin bila keluar dan juga dirumah bila ada orang datang (jika ada lelaki bukan muhrim). sebelum ni encik capo ada juga beberapa kali suruh pakai stokin. tapi aku tak endahkan sebab beliau macam tak berapa tegas masa tu. bila pakai dengan rela hati, aku akan jadi lebih gembira. kekekekeke.
sekarang setelah hampir 4 tahun ni aku pun menjadi suka dan selesa. tak perlu lagi encik capo tegur tudung aku tak tutup dada kerana secara automatik aku akan alert. sebab tu sekarang aku akan buat shawl sendiri kerana aku akan potong size besar supaya bila pakai ia labuh dan selesa untuk aku pakai. tak perlu lagi encik capo tegur baju aku ketat sket sebab secara automatik aku sendiri tidak akan selesa memakai baju yang tak longgar. tak perlu lagi encik capo mengingatkan aku untuk tutup aurat bila nak keluar sidai baju kerana aku sendiri tidak selesa keluar dari pintu rumah walaupun untuk sidai baju tanpa menutup aurat.
sekarang, badan pun dah tak slim macam dulu. agak-agak jika aku berjaya slim, adakah aku akan kembali memakai baju ketat seperti dulu? insyaallah tidak. aku akan kekalkan imej sekarang sebab ia sangat selesa. baju-baju ketat aku yang dulu pun dah habis aku bagi kat anak-anak buah aku kecik-kecik lagi tu. baju-baju yang aku pakai sejak tahun 2000 - 2010 (18 - 28 tahun) muat dipakai oleh anak-anak buah ku yang masih sekolah rendah. apakah???apakah aku sangat selim ketika itu? jujurnya aku sudah lupa. ngeee ;-p.
aku tak perlu berkahwin dengan seorang ustat untuk membuatkan aku berubah. tak perlu juga berkahwin dengan lelaki yang berkopiah atau bersongkok 24 jam untuk membuka hati aku untuk menutup aurat. hanya perlu encik capo, seorang yang gila-gila dan suka melawak, dengan hanya menggunakan ketegasan beliau memaksa aku untuk menutup aurat dengan sempurna, bukan tutup rambut sahaja, tetapi seluruh badan. meeemaaaakkkkksaaaaaa ok! tanpa kompromi tanpa tempoh masa.
ya, itulah encik capo. ini adalah sebahagian dirinya yang orang lain tidak tahu tetapi aku telah dedahkan di sini. dulu aku tidak faham tetapi kini aku sudah faham. kerana setiap kali aurat aku dilihat oleh lelaki bukan muhrim maka encik capo akan menanggung dosanya. beliau tidak mahu menanggung dosa tersebut. selalunya suami yang sayangkan isterinya pasti akan sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya. tetapi encik capo tidak sanggup untuk menanggung dosa aku yang tidak menutup aurat. arrrgghhhh! suami jenis apakah ini? cissss!!!!
untunglah isteri-isteri diluar sana yang tidak menutup aurat dengan sempurna kerana suami-suami mereka sanggup untuk menanggung dosa itu. aku jeles dan dengki. semasa belum berkahwin, arwah abah aku lah yang telah menanggung dosa itu. aku sangat jahil lalu arwah abah ku yang menanggungnya. maafkan aku.
aku sharekan sedikit info yang aku ambil dari sini:
http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/05/suami-tanggung-dosa-isteri-tak-tutup.html
Siapa Golongan Dayus..?
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada:
- seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka;
- Penjaga (tuan) yang membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat.
- seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka;
- Penjaga (tuan) yang membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat.
- seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna;
Ini bermakna suami atau ketua keluarga tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri atau anak perempuannya atau pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah al-Tahrim:6, ayat di atas sekali .
No comments:
Post a Comment