Showing posts with label my voice. Show all posts
Showing posts with label my voice. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

peraturan yang menyusahkan

buat peraturan memang penting. tapi kalau peraturan yang dibuat tu menyusahkan orang, rasanya tak perlu ada peraturan macam tu. elok-elok boleh setelkan sesuatu yang penting untuk aku buat skang, tetiba tak boleh nak buat sebab wujudnya peraturan tu. lepas tu nanti ada la suara-suara sumbang yang menyakitkan hati dan mental kedengaran. sedangkan aku bukan hendak berlengah tetapi terpaksa sebab wujudnya peraturan yang macam sengal tu.

pagi-pagi dah tensen. bukan sebab keje tapi sebab peraturan tu.


Thursday, August 9, 2012

busuk punya orang

pelik dengan manusia skang ni. cakap suka berbelit-belit dan lepas tu menyakitkan hati orang. kisah ini telah pun berlaku. bila tu tak penting kot sebab bila-bila je boleh terjadi. ada satu urusan yang perlu disetelkan. semasa nak menyetelkan urusan tu, aku diberi dua pilihan samada pilihan A atau pilihan B. disebabkan ada pilihan, aku pilih B. bila dah pilih B, tetiba salah sorang dari pihak yang memberi pilihan tak puas hati pula.

mempertikaikan pilihan yang aku buat. dia nak suruh pilih A jugak. lepas tu nak ugut-ugut. so, tak ke macam wt? tu? kalau dah memang dari awal nak semua pilih A kenapa bagi pilihan B lagi? lebih baik dari mula tak payah membazir air liur cakap pasal pilihan B tu? memang menyakitkan hati. dah la aku memang tak suka diorang tu dari dulu sebab perangai memang berlagak bagus. ternyata aku tak pernah silap bila aku tak sukakan seseorang.

aku  bukan nak mengutuk orang dibulan puasa ni, cuma meluahkan perasaan tak puas hati je.

sekian.

Saturday, February 11, 2012

facebook situ sana sini

aku rasa ramai ada akaun fb. ada yang aktif ada yang tak aktif. macam aku...aku ada 2 akaun fb. satu personal satu lagi kedai online punye iaitu arissa's choice. yang akaun arissa's choice memang hampir setiap hari la cek sebab nak promote dan jawab pertanyaan dari customer. yang akaun personal jarang a bukak. kalau bukak pun, aku tak buat apa-apa. baca status atau mesej aje. jarang sekali update status, reply status orang atau like mengelike ni.

status orang memang aku suka baca. ye la, kadang-kadang ada yang letak status yang beri info bermanfaat kepada orang yang bace. tak kisah la berunsur agama atau nasihat menasihati. boleh tambah ilmu dari situ. ada juga yang kongsi status pasal jalan-jalan dan makanan. tu pun ok gak sebab kot-kot tempat dorang bercuti atau jenjalan tu best, maka esok lusa boleh ke sana pulak.

tapi ada tu yang letak status terlalu peribadi yang aku rasa tak yah kongsi kat fb pun takpe. bukan aje membodohkan diri sendiri malah membuka aib diri dan juga orang yang dimaksudkan. contohnye la kan, sebelum-sebelum ni aku ada terbaca status sorang friend dalam fb aku. tapi aku tak sure samada aku kenal dia atau tak. pernah kah aku dan dia berkawan? langsung tak ingat tapi ada dalam friend list aku. salah satu status dia yang aku rasa agak over bila dia bagitau yang dia pinjam boxer laki dia. pastu siap bagitau laki dia pakai boxer koyak rabak pegi keje.  di hari yang lain siap bagitau keluar rumah tak pakai pakaian dalam sebab tak sempat nak pakai. bra dgn spenda la tu. abis semua orang tahu kat rumah memang tak pakai bra n spenda. tak kisah la kan kat rumah sendiri taknak pakai. tu lantak memasing la. tapi perlu ke bagitau kat semua orang? tido peluk-peluk dengan laki pun nak bagitau orang. nape tak letak detail je lepas peluk-peluk tu apa yang berlaku? huhuhu.  di hari-hari yang lain pun banyak gak status  mengarut dia letak. tapi yang paling aku ingat tu la.

status salah seorang kenalan sekolah dulu plak, asik nak mencarut aje statusnya. sehari tu 5,6 kali update status tapi penuh dengan mencarut dan maki memaki. awak tu dah la pempuan tapi status manjang mencarut aje. takde rasa malu langsung.

ada kenalan lain pulak asik nak maki hamun je kat status fb bila bergaduh dengan kawan dia. bila mood baik letak ayat jiwang je manjang pulak.

ada tu pulak rajin sangat update status sampai semua yang die buat nak update status. selang 2,3 minit update status. tapi pelik betul bila nak pegi jamban takde lak nak update status. huhhu.

nak beromantis dengan husband or wife dengan ayat-ayat jiwang karat, tapi update kat status. nak cakap good nite n good morning pun nak update kat status. cakap sendiri kat husband or wife tu tak bleh kah? ada tu lak husband or wife tu akaun fb langsung takde. so nak suruh sape bace sebenarnye?

ada tu lak kat lua pakai tudung. balik rumah amik gambar pakai singlet dengan free hair pastu tayang kat orang bajet comel. kalau gambar lame-lame tu ok a kot. ni memang gambar semasa.

ada yang lagi tak tau malu, gambar tengah breast feeding baby pun nak letak. nak tunjuk kat orang la kot cara bf yang betul. huhuhuhu.

bagi sedekah atau derma pun nak bagitau orang. bukan lagi elok ke kalau kite bersedekah atau menderma tu buat senyap2 takyah nak menunjuk2? sama la jugak dengan sembahyang. nak pegi sembahyang pun nak bagitau.

macam-macam lagi la. aku bukan nak dengki kat orang yang rajin update status ni. cuma macam aku taip kat atas tadi, status yang ditaip tu ada yang membodohkan diri dan membuka aib sendiri dan orang yang dimaksudkan kat status tanpa disedari. niat asal mungkin nak share dengan kawan-kawan. so kalau nak share luahan perasaan atau apa-apa je berpada-pada a. macam orang pendek akal pun ada. semua nak bagitau orang. tinggal kat rumah sorang-sorang pun nak bagitau semua orang. siap check in duduk kat taman mana n negeri mana lak tu. senang-senang orang jahat leh datang rumah sbb tau tinggal sensorang.

aku paling suka masuk forum cari thread status fb yang memualkan. kat sana macam-macam status yang memualkan yang ada. siap diprint screen lagi. tapi serius memang memualkan. tak sangka ramai yang sejiwa dengan aku kat sana. huhuhuhu.

mesti ada yang tak puas hati akan cakap, kalau tak suka sape suh baca?
kalau aku tak baca macam mana aku nak tau? ekekekekekeke.

tapi kan...lantak korang a nak update ape. aku luahkan perasaan je.


* entri yang dekat setahun aku terfikir nak buat, akhirnya aku buat juga ^_^.


sekian.

Monday, January 9, 2012

bukan insan terpilih

hari ni hari isnin. hari bekerja. dan seperti lazimnya hari bekerja, aku masih disini. dikerusi tak berapa empuk duduk sambil menghadap pc. ya...aku masih di opis. buat kerja? surfing? update blog? hanya aku yang tau. huhuhuhu. setiap hari bekerja, rutinnya pun begitu. sekali sekala ada mesyuarat. tapi...mesyuarat dibilik mesyuarat opis aja. kalau jauh sikit pun di bilik mesyuarat tingkat 1.

begitu la lazimnya rutin ku sejak mula bekerja di sini. sehingga rasa bosan nak pergi keje sebab hari-hari rutin yang sama. buat benda yang sama dan paling penting bertambah bosan sebab buat keje yang aku tak suka atau keje yang aku dah bosan mengadap. aku yang apply keje ni..so terima la dan bersyukur la kerana ada pekerjaan.

sebenarnya bukan itu yang aku nak rungutkan. aku cemburu sebenarnya. walaupun cuba menafikan tapi...ada sedikit rasa cemburu jauh disudut hati. berbalik kepada perenggan pertama tadi, aku menyatakan rutin keje aku hanya di opis. aku cemburu melihat mereka yang dipilih/dihantar kursus ke sana ke mari. maksudnya bukan kursus di bangunan opis ni atau dinegeri ini atau negeri jiran yang boleh ulang alik. tapi dinegeri yang jauh yang tak mungkin boleh berulang alik tapi sudah pastinya menginap di hotel mewah.

kenapa nama aku tak pernah terpilih kalau ada kursus-kursus begini? aku bukan hadap sangat nak pegi kursus atau nak tido hotel. tapi............aku bosan hari-hari keje hanya di opis. sekali sekala aku nak keluar dari opis supaya tak perlu mengadap atau mendengar suara-suara insan-insan yang aku memang tak suka kat opis ni. huhuhuhu.

tapi aku tau...tau sangat kenapa aku tak pernah terpilih. satu sebabnya ialah sebab encik capo. yup. aku dan encik capo satu opis. so kalau dah kursus tu ada nama encik capo, memang takkan jumpa nama aku dikursus yang sama. (maksud aku kalau kursus terbuka. di mana semua orang boleh pegi tak spesifik kepada bidang tertentu aje.). salah satu anggapan bangang yang dibuat ialah kalau  kami berdua pegi kursus yang sama, maka kami akan ponteng kursus dan teperuk dalam bilik hotel buat projek. kalau 3 hari kursus, 3 hari la tak kuar bilik hotel. demmit! ingat kiteorang takde keje lain nak buat?

aku meroyan pasal kursus hari ni sebab encik capo dan insan-insan terpilih yang lain sedang menuju ke johor bahru untuk berkursus selama seminggu. baru je hari tu dia pegi kursus kat damansara, penang, melaka dan sebagainya. dan aku...masih di sini. tetiba rasa sedih. bukan sebab encik capo takde seminggu. tapi sebab aku bukan insan terpilih. tsk tsk tsk T_T.

 arissa...jom teman mak tengok wayang malam ni. *_*

* bila agaknye aku nak ditukarkan ke kementerian/jabatan lain?

Wednesday, December 21, 2011

meluat

tadi berblogwalking setelah lama tak berblogwalking ^_^. entri ni pasal rumusan apa aku blogwalking tadi dan apa yang aku tengok berlaku disekeliling aku. aku tak suka la blogger yang suka letak gambar jelir-jelir lidah ni. bukan blogger je la, sesape je la kalau amik gambar jelir-jelir lidah ni, kompem aku meluat. menyampah dan yang sewaktu dengannya.

yang aku perhatikan, memang budak-budak remaja dan budak-budak sekolah la yang gemar amik gambar macam tu. selalunya pempuan la. bajet comel la kot amik gambar cenggitu. padahal buruk ya ampun. dah la tu, jelir-jelir lidah, buat muka aksi lucah. macam harammm aje. kui kui kui.

ok itu aje. jangan ada yang sentap dengan entri aku ni ye.

sekian.

Wednesday, November 16, 2011

cuma luahan dari pengalaman

sebenarnya dah lama nak buat entri ni. tapi paham-paham je lah. aku malas nak update blog. seminggu sekali pun payah. huhuhu. apa aku nak taip kat sini mungkin mengganggu sensitiviti sesetengah orang, tapi aku cuma nak luahkan aje apa yang aku nampak dan fikir.

sekarang ni ramai pempuan suka pakai legging. tak kisah pun sape nak pakai legging. pakai la. cuma kadang-kadang aku rasa tak sesuai dengan imej yang dibawa. aku dah banyak kali terserempak dengan pempuan pakai tudung pakai legging. kebanyakannya pempuan yang badan besar. legging ni kan ketat. pastu baju yang dipakai pulak tak labuh atau dalam kata lainnye nampak la vontot. huhuhuh. so boleh tak bayangkan bentuk pemandangan pempuan badan berisi pakai legging pastu baju tak tutup vontot? cebayang cebayang.  sama tak dengan apa yang aku nampak? kalau tak pakai tudung pun ghupe tak semenggah, inikan pulak yang pakai tudung. la la la la la.

ni la ghupe legging. tapi yang pakai ni kurus. huhuhu

lagi satu awal bulan lepas, aku pegi Terminal 1 dengan encik capo. nampak sorang MAKCIK ni pakai baju hitam dan legging dengan 2 orang anak dia nak naik bas. macam biasa la, baju tak labuh dan nampak vontot. pakai legging hitam yang memang la ketat ya ampun. yang aku rasa malu bila tengok ialah sebab legging makcik tu jarang ya amat. nampak warna spenda dan kulit peha sampai la ke kaki. serupa macam separa vogel jugak. pastu pulak makcik ni menonggeng nak simpan beg dia kat bawah tepi bas tu. cebayang cebayang pemandangan tersebut. anak-anak makcik tersebut tak bagitau mak dia ke yang nampak spenda dan kulit pakai legging tu? huhuhu. makcik, makcik....

macam aku kate tadi, aku citer pengalaman aku terserempak dengan mereka yang pakai legging. aku bukan nak nasihatkan mereka di luar sana supaya jangan pakai legging. sebab kalau aku bagi nasihat nanti mesti kena lahar punye. ramainye pemakai-pemakai legging yang akan mengamuk kata macam aku alim sangat. cuma positifnya pada aku ialah...aku takkan pakai legging kalau nak pegi jenjalan atau keluar dari rumah. sebab dah tau dah macammana pemandangannya dari belakang dan tepi. azabbbb sangat ghupenye. huhuhuhu. malu Arissa nanti. cian dia *_*.

* kalau nak tengok ghupe orang pakai legging, google aje. macam-macam bentuk pemandangan ada. *_*

sekian.

Monday, August 8, 2011

meeting yang tak berkesudahan

petang jumaat lepas, aku ada meeting. ingat tak aku ada buat entri mengamuk lepas meeting bulan lepas? kalau tak ingat, takpe...sebab citer dengan yang meeting jumaat lepas sama je. aku tak paham la dengan diorang ni. setiap kali datang meeting, setiap kali tu la orangnya lain-lain. bila orang yang datang meeting tu lain-lain, macam-macam la masalah yang timbul. aku malas nak buat entri maki hamun carut carut bulan pose ni. so aku buat entri senada je la ye.

macam dalam entri lepas aku ada kate, dorang semua ni tak berbincang sesama sendiri dulu ke bila buat keputusan nak buat sistem ni? meeting ni orang ni cakap macam ni. meeting lepas tu orang lain yang datang cakap macam ni pulak. meeting lagi satu orang lain lagi yang datang, dah lain pulak ceritenye. bosan la aku macam ni. ubah-ubah sistem macam aku takde keje lain. aku ada banyak sistem nak handle dan memang tak terkejar dek aku. aku malas nak mengutuk orang tapi aku nak cakap jugak macam bengong je dorang ni. dalam meeting berbalah-balah sesama sendiri. langsung tak tau respek kat orang lain. nasib baik bos aku ada sekali masa meeting tu. so aku tak perlu nak bercakap dengan orang yang tak berakal lagi.

meeting yang patut habis awal langsung abis lewat. aku sepatutnya balik pukul 4.30 petang. dan pukul  5 petang aku ada appointment lain yang lagi penting dari layan dorang dalam meeting tu. pukul 4.50 meeting tak abis lagi. so aku minta izin bos kuar masa tu jugak sebab ada appointment. disebabkan aku keluar lambat, maka aku sampai lambat di tempat appointment. jadi..setat pun lambat. bila setat pun lambat, abis pun lambat la. pukul 7 malam baru abis. terkejar-kejar aku nak balik jemput encik capo dan arissa kat rumah untuk berbuka kat rumah kakngah. nasib baik sempat sampai beberapa minit sebelum berbuka. fuhhh...

hmmm...jumpa orang macam ni, membuatkan aku rasa malas nak keje IT lagi. tujuan aku belajar IT dulu sebab aku nak keje dengan komputer je tanpa perlu jumpa user. tetiba...rerupenye keje IT pun kena jumpa user dan jumpa dan jumpa dan jumpa. huh!

Wednesday, August 3, 2011

semua orang tak sama

pagi ni aku sakit perut sangat. tapi bukan sakit perut nak ke jamban ye. memang sakit rasa macam ditarik-tarik je isi perut aku ni. walapun sakit dan jalan lambat-lambat macam aiman (iklan yang selalu keluar kat radio beberapa tahun dulu), aku gigihkan juga pegi keje. padahal dah terseksa rasa nak membaringkan diri lalu menyapu minyak cap kapak je nih. rasa dah berpeluh-peluh kat dalam menahan sakit. bukan apo, kang aku amik mc kang jadi isu. skang ni sakit tak terdaya pun aku cuba jugak datang dan menyeksa diri sendiri. macam aku cakap tadi, jadi isu la sangat kat sini. sebab aku dah kena u all. susah jugak kalau ada orang yang tak reti nak faham yang badan semua orang tak sama.

kat A mungkin walaupun dia demam/pening/sakit perut dan sebagainya,  dia larat lagi nak bangun wat keje dan sebagainya. kat B mungkin tak boleh bangun langsung. kata kunci memang sama. demam. atau sakit perut. atau pening kepala. atau sakit-sakit lain yang mungkin kat sesetengah orang nampak macam sakit yang sempoi. tapi kat orang yang badan dia akan kena impact yang teruk kalau kena sakit-sakit sempoi tu macam mana? cuba la letak diri tu kat tempat orang yang macam B nih. tak pun, cuba la faham jugak. susah kalau asik rasa diri sendiri je yang betul. la la la la la. samalah macam berfikir. kalau tunjukkan 1 gambar yang takde dialog dan suruh rekakan dialog. mesti dapat macam-macan dialog bila ditanya kat 2,3 orang. sebab cara berfikir setiap orang tak sama. sama jugak macam cap jari. semua orang punya cap jari tak sama. bahasa dalam dunia ni pun tak sama jugak. jenis darah, gen, citarasa semua tak sama. ini kan pulak la kalau sakit. lalalalalala lagik.


okeh la. nak menyambung sakit perut...
maaaaaak....sakit perut.....T_T
arissaaaaaaaaaa....mak sakit perut T_T

Thursday, July 21, 2011

kemarahan yang terpendam

sekarang ni, sejak kejadian hampir sebulan lalu, emosi aku selalu tidak stabil. ingatkan boleh buat tak tau je atau buat bodo tapi peristiwa tu asik berulang-ulang dalam otak aku macam movie yang ditayangkan berulang-ulang kali. setiap kali teringat memang akan mengganggu fikiran aku walaupun diluar, mungkin nampak macam aku takde apa-apa. tapi dalam hati ni...Tuhan ajo yang tau.

bila teringat, mesti automatik aku akan rasa geram, marah dan tak puas hati sehingga saat ini. kadang-kadang bila sensorang dan aku teringat, secara tak sedar mulut aku akan terkumat kamit sendiri macam bercakap sensorang. sebabnya apa yang aku fikir dan cakap dalam hati secara tak sedar aku terungkapkan walaupun sekadar terkumat kamit. sebab aku betul-betul marah dan tak puas hati. arrrrggghhh betul-betul mengganggu fikiran. sila blah dari fikiran ini. aku benci sangat bila teringat apatah lagi teringat orang yang buat aku rasa macam nih.

disebabkan emosi aku yang tidak stabil bila teringat, maka dark side aku akan mula ambil alih diri ini. macam-macam benda aku fikir. tu yang sampai tak sedar mulut terkumat kamit meluahkan rasa marah yang terpendam. owh...aku patut amik cuti beberapa hari dan pegi melancong. tinggalkan benda-benda yang aku benci di opis skang. yup...apa yang buat emosi aku tidak stabil semuanya ada di opis termasuk la orangnya.

hati...sila tenangkan fikiran ini ok.
 *_*

Wednesday, July 20, 2011

entri panas hati tapi cool

hari ni aku panas hati lagi. kepada pakcik yang bawak keta perdana hitam no plat xxx xxxx, saya ada ucapan untuk pakcik. pakcik memang kurang ajar. dah kalau pakcik pun kurang ajar, entah macam mana anak-anak pakcik. mesti berganda-ganda kurang ajarnye. pakcik dah tua, insaf-insaf la. kesian pakcik. muda-muda dulu tak dapat nak kurang ajar, so tua-tua baru nak belajar biadab dan kurang ajar. tak sesuai dah pakcik oi. buruk na rupo eh. kalau saya kurang ajar balik, tu sebab pakcik kurang ajar dengan saya dulu. what u give, u get back la pakcik. bodo punya pakcik. haaaakkkkk tuihhh kat muka die. lalalalaalala.

Tuesday, July 19, 2011

aku yang panas hati

petang ni aku betul-betul sakit hati. geram memang geram sangat. semua ni buat aku rasa nak menyesal keje jawatan skang. tapi belum menyesal lagi. rasa jek.

aku ada meeting petang tadi dengan user. present sistem yang aku dah bangunkan. ni meeting kali kedua yang aku hadir sejak aku amik alih sistem ni. meeting yang lepas, ada la user mintak beberapa perkara. benda yang dorang mintak tu jadi isu masa tu dan penting untuk dimasukkan dalam sistem. so aku pun buat la apa yang dorang nak. dah keje macam aku nih, kutip keperluan user dan jadikan dalam bentuk sistem. buat programming ni memang seronok tapi kalau dapat user macam @%$!*, dah jadi beban plak rasanya.

masa aku present sistem tadi yang buat aku bengang ialah...dorang ni tak pernah berbincang sesama sendiri ke sebelum mintak unit aku buat sistem ni? masa present tu la sorang cakap a, sorang cakap b, sorang cakap c, sorang cakap d. kau nak betelagah sesama sendiri depan aku buat ape? lepas tu tanya aku pulak pasal keje dorang. buat macam ni ke buat macam tu ke? wei???? aku ni bangunkan sistem je. apa keje kau buat mana aku tau.

paling aku sakit hati ialah...bila aku tunjuk kat dorang report yang dorang mintak aku buat masa meeting lepas. report tu aku buat sebijik macam dorang nak masa dalam meeting dulu. setiap field, setiap susunan, setiap tajuk. tapi kan!!!!!!!!!!!!!!!HAMPEH sangat! dia bole tak ingat dia ada suruh aku buat. siap kata aku tersilap buat. woi bongok. aku salin apa kau cakap. apa kau mintak. tu la yang aku tunjuk tu yang kau nak. nasib baik ada sorang yang datang meeting tu cakap memang ada disuruh buat masa meeting sebelum ni. aku dah banyak kali cakap, ni kan yang dimintak masa meeting lepas!!! lepas tu ada lagi yang dia mintak, lepas tu macam pelik bila aku dah buat. masa tu la kata tak sesuai la form n report tu. tak jadi lah. tukar report lain la. kepala hotak agaknye. ingat aku buat sistem ni tak guna masa n otak agaknye.ingat aku ada 1 je ke sistem nak handle? 8 sistem tau tak yang aku kena handle serentak!!!

lepas tu sorang sorang cakap nak macam ni nak macam tu. masa meeting tak nak datang. bila dah present baru nak tunjuk muka. masa tu la kau nak itu nak ini. masa meeting hari tu orang tu cakap a. meeting hari ni cakap b pulak. ni yang maleh keje dengan orang buta it ni. dah aku pulak macam dipersalahkan. aku buat sistem macam yang kau nak. kau nak a, aku buat a. kau nak b aku buat b. salah aku ke kalau korang yang tak berbincang sesama sendiri? masa tu la nak betelagah itu salah patut macam ni. yang tu kata patut macam tu bukan macam ni. so...jangan nak kata aku kurang ajar bila aku dah panas hati dalam meeting tadi. memang nada tengah marah tadi. lantak kau la. memang aku menjawab dengan hati yang panas.

buta it satu hal. boleh plak suruh aku yang keyin data dalam sistem. kepala hotak lagik tu. aku buat sistem ajo. yang nak pakai kau. kau la keyin sendiri. ni semua golongan orang dah separuh abad pemalas nak buat keje. tau nak melepak kat kedai mamak je. apa lah malang aku dibagi sistem ni dan jumpa user2 yang macam mangkuk ni??? ni yang buat aku nak g amik exam ptd nih. nak tukar profession. maleh nak layan user macam hampeh.

Monday, July 11, 2011

mula berkata 'TIDAK'

entri ni bukan pasal TIDAK pada rokok ye. ni pasal diri aku sendiri. eh...bukan aku merokok tau.

bulan 8 ni opis aku jadi tuan rumah untuk satu event. so, kena la nak berpakaian seragam. bukan la baju seragam macam baju polis / tentera/ hospital. cuma kalau perempuan buat baju kurung dari kain yang sama. begitu juga lelaki. aku suka idea tu. memang nampak lawa je kalau 1 unit seragam baju. senang orang lain nak tau tu tuan rumah.

masalahnye bile 1 opis nak lawa...yang kena keluar duit...diri sendiri. nak ke tak nak ke...kena jugak berpakaian sama. kena jugak bayar duit kain. masalahnye bagi aku...kalau benda yang kite dipaksa untuk pakai dan bayar tetapi kena keluarkan duit sendiri, harganye kena la berpatutan. kalau bawah RM50, aku rela lagi. ni RM80-RM90. bagi aku tu mahal untuk sesuatu yang aku dipaksa untuk bayar. duit kelab kan ado. kenapa tak separuh bayar duit kelab, separuh lagi diri sendiri bayar? apa guna aku bayar duit kelab kalau kegunaannye hanya untuk jamuan. nak buat jamuan pun kadang-kadang kena bayar RM5 lagik. *_*

kalau disebabkan bayar separuh untuk harga kain tu guna duit kelab menyebabkan orang yang tak bayar duit kelab pun mendapat faedah, macam mana dengan jamuan? orang yang tak bayar pun makan jugak. so apa faedah atau kebaikan aku dan orang-orang lain yang bayar duit kelab??? setau aku, kat sini, orang-orang yang tak bayar duit kelab ni dapat sama macam yang orang bayar duit kelab. macam tak adil pun ado. tak telus. tahun depan aku malas nak bayar duit kelab bole? sebab kompem aku pun boleh makan jamuan dan dapat faedah sama macam orang yang bayar duit kelab.

so masa survey pendapat staff, aku salah seorang yang tanda pada column 'TIDAK SETUJU'. 3 orang ajo yang tak setuju daripda 37 orang. yang lain semua setuju. masa tu dah agak dah, dan aku pun dah cakap kat orang yang buat survey tu:

'ni ramai yang setuju ni, kalau saya tanda tak setuju pun tetap kena bayar jugak kan?'

masa ditanya kenapa tak setuju, aku jawab je mahal. mesti ada yang mengutuk kat belakang. gaji RM XXXX pun tak mampu? beli henset Xperia Arc mampu pulak (wahahaha. nak jugak mention henset baru). beli mainan arissa RM XXX mampu pulak. memang la...semua tu sebab aku suka. sebab aku nak. so aku sanggup keluarkan duit untuk benda-benda macam tu. ni untuk bayar sesuatu yang aku taknak tapi terpaksa, aku jawab je mahal. aku tak salahkan mekchu and the gang yang bersusah payah pegi kedai pilih kain tau. cuma aku tak puas hati kenapa tak guna duit kelab separuh untuk bayar duit kain tersebut. sekali lagi nak highlight...untuk apa bayar duit kelab???

mmmmm...saje je luahkan perasaan. kalau simpan dalam hati je lama-lama menanah pulak. so better luahkan walau hanya dengan buat entri.

lalalalalala. #TDDMKA (nak jugak. huhuhuhu)

Monday, May 9, 2011

ada apa dengan itu loceng?

time lunch aku dan encik capo hari-hari balik rumah. rumah dekat la katakan. kul 2 tadi masa dah sampai opis semula dan on the way nak pegi lif, jalan belakang 2 orang aweks. yang sorang tu pakai gelang kaki or gelang tangan berloceng. so bila dia jalan berbunyik la loceng tu. aku kan, memang tak suka tau orang pakai gelang kaki or gelang tangan berloceng nih. buat sakit kepala aku jek. bising dan mengganggu. memang dari dulu lagi aku tak suka.

gambar hiasan ehsan pakcik google

kalau budak-budak yang pakai, aku tak kisah la. tapi ni orang besar. biasanya pempuan la yang suka pakai. apa ek tujuan orang pakai gelang berloceng ni? nak tarik perhatian kah bila dia berjalan? cuba pikir...kalau ada orang jahat kejar n kite nak lari pastu nak menyorok. macam mana nak selamat kalau loceng gelang tu asik berbunyik jek? tengah nyorok tetiba loceng gelang berbunyik sebab bergerak sket. dah kantoi. huhuhu.

gambar hiasan ehsan pakcik google

ada sesetengah orang tu pakaikan loceng kat kucing. kalau pakaikan kat kucing parsi yang berbulu panjang tu takpe la sebab dorang bukan jenis memburu. tapi ni kat kucing biasa. kesian kat kucing tu la sebab buatnye die tengah mengintai-ngintai tikus, tetiba nak kejar terkantoi lak sebab loceng kat leher berbunyik masa kucing tu lari. dah tikus tau dia sedang dihendap dan dapat lari dulu. kan dah terlepas peluang kucing tu nak tangkap tikus.

ni aku la yang tak suka. kalau korang suka...sukati la. la la la la la

Tuesday, November 23, 2010

bermulanya kisah ku disini

aku hampir terlupa!!!
20 November yang lepas, genaplah setahun aku aktif berblogging menggunakan blogger@blogspot.
sebenarnya dah stat lama berblogging ni.
sebelum ni aku ada blog gak tapi bukan kat blogger ni.
dan blog tu pun takde sape tau itu blog aku. identiti adalah rahsia
sebab isi blog tu adalah luahan perasaan aku setiap kali aku bersedih dan
aku tak mahu orang tahu itu aku. sudah setahun lebih aku tak usik dan tak bukak blog yang lagi satu tu.
biarlah ia menjadi sejarah.

Thursday, November 4, 2010

asik nak naik je

hage minyak RON97 naik 5 sen lagi??? aku memang dah dengar sejak 2,3 hari lepas, tapi baca paper online takde pulak cakap pasal hage minyak naik ni. tu yang taknak percaya. pagi ni baru aku terbaca kat harian metro. maknanya sahlah hage dah naik. WTH!!! asik nak naik jek. turunnya tidak.

Thursday, April 15, 2010

aku dah bosan

serius la, aku dah fed up sangat dengan vendor yang buat salah satu sistem yang aku handle ni.

setiap kali datang meeting ada je yang tak siap. benda yang dah ditegur berkali-kali pun

langsung tak amik

tindakan. setiap kali meeting nak kena ulang balik apa yang penah ditegur dulu.

macam main-main je buat sistem.

pagi-pagi buat aku sakit hati

pagi lagi dah buat aku mencarut. bongok punye keta mpv toyota hitam no plat N** ****. tadi sampai kat trafic light kat senawang nak masuk simpang tu aku benti la sebab lampu merah. pastu lampu  hijau aku pun jalan lah. tiba-tiba datang keta bodoh ni dari belah kiri, memotong barisan belakang pastu nak masuk simpang kanan gak and himpit keta aku. dah la keta kau besar. tak pasal-pasal aku tersepit antara keta bodoh tu dengan keta honda sebelah kanan aku. sikit je lagi aku nak terlanggar keta honda tu tadi.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails