hari ni hari isnin. hari bekerja. dan seperti lazimnya hari bekerja, aku masih disini. dikerusi tak berapa empuk duduk sambil menghadap pc. ya...aku masih di opis. buat kerja? surfing? update blog? hanya aku yang tau. huhuhuhu. setiap hari bekerja, rutinnya pun begitu. sekali sekala ada mesyuarat. tapi...mesyuarat dibilik mesyuarat opis aja. kalau jauh sikit pun di bilik mesyuarat tingkat 1.
begitu la lazimnya rutin ku sejak mula bekerja di sini. sehingga rasa bosan nak pergi keje sebab hari-hari rutin yang sama. buat benda yang sama dan paling penting bertambah bosan sebab buat keje yang aku tak suka atau keje yang aku dah bosan mengadap. aku yang apply keje ni..so terima la dan bersyukur la kerana ada pekerjaan.
sebenarnya bukan itu yang aku nak rungutkan. aku cemburu sebenarnya. walaupun cuba menafikan tapi...ada sedikit rasa cemburu jauh disudut hati. berbalik kepada perenggan pertama tadi, aku menyatakan rutin keje aku hanya di opis. aku cemburu melihat mereka yang dipilih/dihantar kursus ke sana ke mari. maksudnya bukan kursus di bangunan opis ni atau dinegeri ini atau negeri jiran yang boleh ulang alik. tapi dinegeri yang jauh yang tak mungkin boleh berulang alik tapi sudah pastinya menginap di hotel mewah.
kenapa nama aku tak pernah terpilih kalau ada kursus-kursus begini? aku bukan hadap sangat nak pegi kursus atau nak tido hotel. tapi............aku bosan hari-hari keje hanya di opis. sekali sekala aku nak keluar dari opis supaya tak perlu mengadap atau mendengar suara-suara insan-insan yang aku memang tak suka kat opis ni. huhuhuhu.
tapi aku tau...tau sangat kenapa aku tak pernah terpilih. satu sebabnya ialah sebab encik capo. yup. aku dan encik capo satu opis. so kalau dah kursus tu ada nama encik capo, memang takkan jumpa nama aku dikursus yang sama. (maksud aku kalau kursus terbuka. di mana semua orang boleh pegi tak spesifik kepada bidang tertentu aje.). salah satu anggapan bangang yang dibuat ialah kalau kami berdua pegi kursus yang sama, maka kami akan ponteng kursus dan teperuk dalam bilik hotel buat projek. kalau 3 hari kursus, 3 hari la tak kuar bilik hotel. demmit! ingat kiteorang takde keje lain nak buat?
aku meroyan pasal kursus hari ni sebab encik capo dan insan-insan terpilih yang lain sedang menuju ke johor bahru untuk berkursus selama seminggu. baru je hari tu dia pegi kursus kat damansara, penang, melaka dan sebagainya. dan aku...masih di sini. tetiba rasa sedih. bukan sebab encik capo takde seminggu. tapi sebab aku bukan insan terpilih. tsk tsk tsk T_T.
arissa...jom teman mak tengok wayang malam ni. *_*
* bila agaknye aku nak ditukarkan ke kementerian/jabatan lain?
2 comments:
ala sian dia. arissa gudgirl, teman mama tgk wayang ye...mama tgh kesedihan tu
waa.. pos sentap. sabarlah yer.. kami pun bukan dari kalangan yang terpilih. huhu..
Post a Comment