disebabkan baru pertama kali sambut besday anak, maka aku pun takde experience. tak tau nak buat apa. aku pun google la pasal besday budak umur setahun apa yang patut dibuat. hehehe. lepas dah google, baru aku perasan aku tak tempah kek lagi. masa tu tinggal 6 hari lagi nak 2 Jan 2012. aku pun stat la menggogle kek. selalunya aku suka beli kek indulgence kat secret recipe. tapi disebabkan ni besday kanak-kanak, maka aku nak kek berunsurkan kanak-kanak la. (mengada-mengada. huhuhu). lepas tu ternampak kek 3d kat secret recipe. malam esoknya lepas balik dari putrajaya aku pegi secret recipe seremban nak tempah kek 3d tapi orang tu kate kena tempah seminggu sebelum so dorang tak terima sebab tinggal 5 hari lagi. dammm!! aku nak jugak kek 3d tu untuk arissa.
disebabkan aku terlampau penat seharian berurusan di putrajaya maka aku taknak pegi secret recipe kat dataran senawanag sebab mesti polisi dorang sama kena tempah seminggu sebelum. sampai-sampai rumah terus rasa kecewa bertambah dengan penat. encik capo cadangkan call SR senawang tanya. aku pun terus menggoogle no telefon SR senawang dan tanye. Yesss!!!!! dorang masih terima tempahan maka terus aku tak jadi penat dan ajak encik capo ke SR senawang untuk tempah kek dan bayar deposit. kami dinasihatkan buat majlis selepas pukul 5 ptg sebab kek mungkin sampai dari KL pukul 5 petang. aku ok aje. janji aku dapat kek tu untuk Arissa.
urusan kek dah setel. so ingatkan setel la semua. tapi aku terus menggoogle dan baru terfikir
' Arissa nak pakai baju apa nanti?'
'nak buat tema apa?'
'kad jemputan nak buat ke?'
'apa menu nak buat?'
owh...macam fikir nak buat kenduri kawin gamaknya. huhuhu.
bercakap soal baju, baju Arissa memang melambak dalam almari tapi...nafsu sambut besday untuk anak ku ini begitu meluap-luap. terus teringat kedai kat seremban parade tu. tapi takut jugak kedai tu taknak terima tempahan tinggal 4 hari lagi. tapi sebab aku nak jugak maka aku pun sms dulu tokei kedai tersebut dan katanya boleh diterima tempahan aku tu tapi kena caj lebih a sebab nak cepat. disebabkan aku nakkkkkk sangatttttttt maka aku pun ok ajo. huhuhu.
dipendekkan cerita, selepas semua persiapan dibuat maka sampai la hari yang ditunggu iaitu isnin 2 Jan 2012.
majlis stat pukul 5 petang - 7 malam. masa pendek sebab selasa aku keje nanti takut keletihan terlampau dan tak mampu pegi keje pulak. jauhkn EL dan MC untuk pada permulaan 2012 ni.
ni kek idaman aku untuk besday Arissa. |
tapi...nama disalah eja pulak. patutnya Arissa. bukan Arisca. huhuhu |
baju idaman omak untuk dipakai oleh anak di hari lahir |
sambung next entri ye.
2 comments:
alahai, comelnya arissa pkai baju ladybird.. sorry tak dpt tunggu smpai arissa tiup lilin..
xpe, datang kejap pun dah ok sangat. nasib sempat makan meatball. ^_-
Post a Comment