Tuesday, January 3, 2012

Prolog Arissa di Hari Lahirnya

2 Jan 2012 (isnin), Arissa genap setahun. dah besar anak mak ni ^_^. entah kenapa pagi (selepas pukul 12 malam 1 hb) 2 hb tu aku asik terbayang-bayang detik-detik sakit, kemudian pegi hospital sukhilmi pukul 3 pagi lebih, masuk labour room pukul 4 pagi. kemudian di cek dah buka berapa cm (owh ngerinye bila teringat bab ni. tapi redha aje). kemudian sakit kontraksi yang datang bertalu-talu. owh sakitnye. amik gas apa tah namanya, untuk tahan sakit sampai aku rasa lalok nak tido tapi tak dibenarkan tido sebab kalau aku tido, macam mano nak beranak? hahahaha.


teringat jugak bila air ketuban dah pecah sendiri, dan terasa kepala arissa dah menyondol-nyondol nak keluar. macam rasa nak teberak. kih kih kih. nurse dah pesan, kalau rasa nak teberak bagitau dia. aku pun bagitau encik capo aku rasa nak teberak. cepat-cepat encik capo panggil nurse. dan sekali lagi nurse cek dah buka berapa cm ( owh ngeri lagi bila teringat lagi). nurse kata baby dah nak keluar. doktor pun sampai, dan proses beranak pun berlaku. encik capo pun jadi doktor disitu. yup...memang boleh patah kot tengkuk dia aku peluk masa nak meneran. hahahaha. dia pun siap tengok masa arissa nak keluar. bila baby dah keluar tengok lagi doktor menjahit. aku sendiri pun tak berani nak tengok berapa banyak darah aku keluar masa beranak tu. serius aku tak pandang langsung kertas lapik katil dan kain yang digunakan masa proses bersalin tu. aku tak berani nak tau pun berapa banyak darah aku keluar. aku ngeri...*_*.

Arissa di pagi hari lahirnya ( 2 jan 2012)

ok, akhirnya baby keluar dan terus bagi nama Arissa. Arissa skang pun dah setahun. rasa macam baru je mengandung dan beranakkan dia. hidup rasa sangat seronok dengan kehadiran Arissa walaupun makin hari makin lasak. huhuhuhu.pegi mana-mana mesti nak bawak Arissa. aku rasa tak biasa dan kosong kalau pegi mana-mana tak bawak Arissa (kecuali pegi keje dan tengok wayang / karoke. huhuhu)

dah pukul 11 lebih pagi masa gambar ni di amik. *_*

entri sambutan hari lahir Arissa next entri ye. ^_-

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails