Tuesday, January 10, 2012

meatball ala-ala ikea

masa besday arissa hari tu, menu utama kami ialah meatball ala ikea. sape yang tak tau, meatball kat food court ikea sangat sedap okey. rasa sekali pasti terkinyam nak makan lagi. dan itu la yang terjadi pada aku. sanggup meredah jem 2 jam untuk sampai ke ikea semata-mata nak makan meatball dia. masa tu memang tak bole tahan teringin nak makan sangat. terbau-bau je meatball ikea sepanjang on the way tu. lepas redah jem hampir 4 jam perjalanan dari seremban ke ikea (disebabkan tersangkut kat jem 2 jam), maka kami bertiga sampai ke ikea. dan dan terus pegi food court dulu. bila meatball tu dah masuk dalam mulut...memang nikmat doniaaa...^_^.


disebabkan itu, masa besday arissa, encik capo cadangkan buat meatball ala-ala kat ikea tu. so, encik capo google resipi. beberapa hari sebelum besday arissa kiteorang pun beli bahan sebab nak testing masak dulu. kalau sedap bole la realisasikan impian buat menu meatball ala-ala ikea masa besday nanti. 3 jenama meatball dicuba, hanya satu jenama yang memikat rasa. rasa meatball yang hampir2 macam kat ikea. masak sos dia pun simple dan memang hampir sama dengan yang kat ikea. oleh itu, aku akan kongsi resepi meatball ala-ala ikea ni ye. resepi tu aku tak pasti dari sumber mana sebab encik capo yang google. tq kepada tuan punya resepi sebab memang simple dan sedap.

aku guna yang ni.memang terbaikkkk.
Bahan-bahan

1. 2 sudu butter
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. sebiji bawang besar hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu (aku guna bawang besar biase ajo)
4. sebiji tomato yang dipotong dadu
5. 1 1/2 cawan air sejuk *
6. 100ml susu segar/susu cair *
7. 3 sudu sos tomato *
8. 3 sudu sos tiram *
9. 2 sudu kicap manis *
10. 2 sudu lada hitam *
11. 1 cube ayam *
12. sesudu gula *

sedang masak sos
goreng meatball tanpa minyak. kena selalu kacau supaya tak hangus.
Cara Membuatnya

1. Cairkan butter, masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat2 manja.
2. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi, tomato dan jugak cendawan
3. Bila dah layu2 manja, masukkan semua bahan yang bertanda (*) sampai mendidih
4. Last sekali, untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung. 
5. Siap!
makan dengan jem mix fruit memang sedap berbaloi baloi ^_^
Cara menghidang

1. Goreng meatball segera (goreng tanpa minyak ok!).
2. Goreng fries
3. Letak meatball dalam pinggan, lepas tu curah kuah
4. Letak fries dekat sebelah
5. Sedap dimakan bersama blueberry/strawberry/ mix fruit jem

owh..rasa nak makan meatball lagi. tetiba mengidam balik. huhuhu
sejak dah pandai buat sos meatball ala-ala ikea ni, tak payah susah payah nak g ikea mutiara damansara semata-mata nak makan meatball lagik. pegi dapo aje. ^_^

5 comments:

frodo said...

salam...berapakah kos yang diperlukan untuk menghasilkan resipi ini? Kerana kami ingin buat bbq. so...kene aggarkan bajet brape :)

wildcutecat said...

wsalam. sorri ye lambat reply. kesibukan sket. anggaran untuk 1st time buat lebih kurang RM 50. untuk kedua dan seterusnya kosnya kurang sket sebab ada bahan-bahan yang bole diguna berulang-ulang. contohnya macam sos cili, sos tiram, bawang, kicap, mentega dan yang seangkatan dengannya boleh guna banyak kali dan tak payah beli lagi.

saya guna meatball brand marina sebab rasa die memang terbaik. sekotak ada 20 meatball. boleh 3-4 orang makan.

faa.rosli said...

salam..thanks for the recipe..

minta izin share ye..hehe

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Dah try... Sedap... Thnks ;)

Papa-NtiQ said...

hi...wow bolih compete masakan original IKEA nih hehe...nampak pun mengancam je

cakap pasal meatballs IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com

Senang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung,gerai,foodcourt, hotel buffets dan lain2....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.

Jangan lupa ye follow blog saya kalu sudi...TQ TQ

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails