Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

tunaikan impian arissa

arissa: mak, jom pegi rumah hanisah.

arissa: mak, aisa nak main dengan hanisah. 

arissa: mak, kite nak pegi rumah hanisah ke?

arissa: mak jangan abiskan kopok ni tau. aisa nak makan dengan hanisah kat rumah hanisah.


sejak pegi rumah kawan aku hani, bulan 9 yang lepas, arissa asyiklah ajak aku pergi sana lagi. tujuannya sebab nak main dengan hanisah. hari-hari itulah yang dimintanya. asal naik kereta nak pergi mana-mana mesti tanya nak pergi rumah hanisah ke? bila aku jawab tak, melalak-lalak. bila aku kata hanisah takde kat rumah balik kampung, arissa ajak aku pergi kampung hanisah sekali. adoi la hai. bila dia teringat, memang hari-hari tanya pasal hanisah. bila terlupa, memang dia tak tanya lah. oh ya, hanisah tu anak hani yang sebaya arissa.


aku: kenapa arissa asik nak pergi rumah hanisah je?

arissa: sebab aisa suka main dengan hanisah.

aku: kenapa arissa suka main dengan hanisah?

arissa: sebab ia baik. ia kasi arissa main ipad ia.

aku: arissa ni tak malu ke main ipad hanisah. kat rumah kan arissa dah selalu main ipad.

arissa: ayah hanisah pun kasi aisa main ipad. pehtu hanisah kasi aisa main game singa yang gosok gigi.


baru sampai. dah tak muat arissa dalam stroller ni sebab dah besar panjang. tapi sumbat aje lah...dio pun goma duduk dalam stroller.
bila sebut nama kawan-kawan sebaya yang arissa pernah jumpa dan main, nama hanisah jugak yang disebutnya. satu hari aku sms hani cerita kat dia pasal arissa yang selalu bertanyakan hanisah. jadi hani ajaklah jumpa sebab kesian kat arissa. bincang punya bincang, kami pun setuju nak jumpa dan jenjalan di aquaria klcc sebab memang kiteorang tak pernah pergi sana. tarikh yang dicadangkan 30 November 2013 pukul 10.30 pagi.


kami yang sedang breakfast di restoran yang aku lupa namanya. huhu. nama pelik memang susahlah aku nak ingat.

hari berganti hari, minggu berganti minggu maka sampailah 30hb. kami bertiga (aku, encik capo dan arissa) bertolak dari seremban pukul 9 pagi dengan harapan tiada jem dan senang dapat parking. dengan bantuan sygic, maka kami pun sampai di aquaria klcc dalam pukul 10.05 pagi camtu. masuk-masuk je kat ruang aquaria tu punya lah ramai umat manusia beratur beli tiket. sepanjang-panjang barisan. kami beli tiket dulu sebab hani dan family tak sampai lagi. lepas beli tiket masuk restoran yang berhampiran aquaria tu. apatah nama restoran tu. hari tu aku ingat, bila nak buat entri aku lupa. kami tak breakfast pun lagi sebenarnya. perut aku memang dah lapar sangat. aku kalau nak keluar pergi mana-mana pagi weekend, memang aku tak kuasa nak masak breakfast kat rumah. breakfast kat kedai aje.

bila arissa dah bertemu hanisah

sedang breakfast, hani dan family pun sampai. arissa pulak buat lawak. bila hanisah tegur boleh dia buat tak tau je. padahal dia lah asik menyebut nama orang tu hari-hari. yang kelakarnya boleh pulak arissa berpaling tempat lain lepas tu mulut dia senyum-senyum simpul. malu lah kononnya tu. tapi bila dah lama sikit barulah ok berkawan-kawan siap berpegangan tangan. comel je tengok diorang. lepas semua dah setel, kami pun masuk dalam aquaria tu.



tiket kat aquaria tu RM 38 untuk dewasa. kalau takde IC RM50. kanak-kanak RM 28 ( 3-12 thn) dan warga emas RM28. nasib baik lah pergi sekarang sebab kalau tunggu pergi tahun depan, arissa dah kena dibayar tiket.

kemain arissa peluk hanisah



bila dah masuk dalam, masing-masing (arissa dan hanisah) dah excited nak tengok ikan. disebabkan orang terlampau ramai kenalah dukung arissa sebab nak bagi tengok tapak sulaiman dan macam-macam ikan. bila dah tepisah 2 orang kanak-kanak tu, mulalah bertanya hanisah mana. yang hanisah tanya kat mak dia mana arissa. hahaha.


hani, hanisah, arissa dan aku. dah besar sok, arissa dan hanisah  boleh lah jadi kawan baik macam mak-mak korang nih.


bila nak jalan balik, budak 2 orang ni pun jalan berpegangan tangan balik. camtu lah sampai keluar daripada aquaria tu. lepas dah keluar dari aquaria memang perut kompem lapar lah sebab jalan je kan. dalam tu panas gila sampai basah lencun baju aku dek peluh. masa exit aquaria  tu biasalah mesti ada kedai jual cenderahati. kiteorang pun adalah beli cenderahati sket buat kenang kenangan. arissa biasalah pantang nampak mainan. aku beli la yang harganya mampu untuk dibeli. bila dah ada mainan, mulalah kawan baik jadi tak baik. hanisah nak pinjam mainan arissa lepas tu arissa tak bagi. mula-mula dia bagi lepas tu amik balik terus taknak bagi-bagi dah. sampai menangis hanisah. sian hanisah. puaslah aku mengkaunselingkan arissa mengingatkan dia macammana hanisah layan dia masa datang kat rumah hanisah dulu. barulah arissa bagi main sekejap. lepas tu amik balik. camtulah perangainya.

sama tapi tak serupa. pemenan kat tangan arissa tu menjadi punca keregangan persahabatan dorang.

masa tengah makan tu arissa pun dah mengantuk lalu tetido kat pangkuan aku sambil aku makan. dia dah lena sket baru masukkan dalam stroller. sementara tu aku dan hani pun beborak-boraklah macam-macam. lepas makan kami pun berpisah. hani dan family nak balik manakala aku dan family nak jenjalan kat suria klcc.  nasib baik arissa dah tido masa nak berpisah tu. kalau tak, maun dia melalak tak bagi hanisah balik.


kami yang di aquaria klcc. posing sebelum pegi makan.


arissa yang telah tewas, hanisah yang masih steady

pendapat personal aku, aquaria ni takde lah best sangat. sebab tak ada penguin dengan anjing laut. aku sangat suka 2 haiwan ni. lagi satu mungkin jugak aku baru pergi underwaterworld kat langkawi bulan 9 lepas. underwaterworld langkawi 2 kali best kot dari aquaria ni. tiket pun tak mahal sangat. tapi kos nak ke langkawi tu lah yang mahal. tetiba aku rindukan langkawi. bila nak pergi sana lagi nih? huhuhu.

p/s: kalau aku rajin aku buat entri kami yang jenjalan kat suria klcc. kalau aku rajin lah....;-D


******************************************


citer ni dah berlaku seminggu yang lalu. tapi aku tak rajin nak update sebab malas nak bukak pc. bila balik kerja dah penat. kadang-kadang balik lewat dalam pukul 10 - 11 malam sebab ada hal, terus tido. entri banyak gambar memang amik masa sket nak update sebab nak kena copy gambar, nak combine (kalau banyak sangat gambar) dan nak letak watermark. memang kena update pakai pc. kalau entri 1 gambar atau takde gambar langsung biasanya aku update pakai henpon je kat gmail. kalau update pakai henpon, sambil tebaring atau sambil duduk melangok pun dah boleh update satu entri.


tempat aku mengupdate blog atau surfing di rumah. ini port aku yang punya. muahahaha

Tuesday, September 24, 2013

2 jam dan kenangan lalu pun menerjah


hari ahad yang lepas, aku, encik capo dan arissa pergi ke rumah kawan aku, hani di shah alam. kawan baik aku semasa bekerja swasta dulu. dah lama tak jumpa sejak aku pindah ke seremban sebab dapat keje gomen di seremban pada tahun 2009. tapi tahun lepas masa kenduri akikah arissa ada je jumpa cuma sekejap tak dapat beborak sangat sebab tengah kenduri dan ramai tetamu datang.

arissa yang mekap sebelum keluar

dalam pukul 11.30 pagi bertolak. singgah kat petronas beli roti dan air kotak chocolate dutch lady. aku kalau memang dah ada plan nak keluar memang aku tak kuasa nak masak breakfast. dengan bantuan sygic, kami pun sampai ke destinasi lebih kurang pukul 1.05 petang.

hani memang dah standby sebab dah tau aku nak datang. takkan aku nak terjah pergi rumah orang macam tu je kan. buatnya orang takde kat rumah tak ke haru? huhhuu. tarikh ni pun hani yang pilih, sebab dua-dua pun free dan aku memang tak de plan lain nak pegi mana-mana ahad tu. bila dah sampai, suka lah sangat sebab rindu tu lama tak jumpa.

on the way

kenal dengan hani sebab satu kelas semasa mengikuti kursus ACCP di cosmopoint jalan raja laut pada 2006 - 2007. tapi masa tu kawan gitu-gitu aje. mula rapat sebab dapat keje satu opis. masa tu opis di uptown damansara sebelum berpindah ke sunway damansara. kami pulak ditempatkan di site di shah alam. dulu masa kerja kat shah alam, hani lah kawan aku ke hulu hilir. pegi makan tengah hari, kadang-kadang pergi breakfast juga. oh ya, paling tak boleh lupa dialah banyak berjasa kat aku selama aku keje kat damansara n shah alam tu sebelum aku mampu beli kereta. aku duduk kota damansara, masak kalau nak pergi shah alam naik bas. 3 bas kot aku kena tukar kalau nak pegi shah alam. bas pulak kadang-kadang macam hampeh sket. dah sejam lebih tunggu kadang-kadang tak nampak bayang jugak! so hanilah penyelamat rela hati offer diri untuk tumpangkan aku dari uptown damansara sampai ke shah alam padahal dia duduk di PJ. macam tu lah jugak kalau balik. kalau terpaksa stayback sampai malam, maka beliau akan hantar aku sampai ke rumah sewa di kota damansara. begitulah rutinnya sehinggalah aku dah berduit dan beli kereta sendiri. tsk tsk tsk. jasamu akan sentiasa ku kenang.

encik capo isi minyak, kiteorang berpossing

aku juga tak boleh lupa saat tayar kereta aku yang sengaja dipancitkan oleh jiran yang busuk hati. aku yang tak perasan tayar kereta pancit macam biasalah drive nak pergi keja sehingga aku terdengar bunyi yang tak sedap aje kat tayar lalu aku turun dan periksa. damm! tayar kereta aku pancit. aku yang tak ada tempat mengadu sebab tak ada boyfriend masa tu call hani ni sebab dialah wajah pertama yang muncul dalam fikiran. huhuhu. sanggup masuk opis lewat sebab datang membantu aku yang kepancitan tayar kereta dan tak tahu apa-apa pasal menukar tayar. aku tahu orang dengki pancitkan tayar aku sebab ada batu yang sengaja diletak kat dalam penutup angin tayar tu. so bila ada batu dalam tu, pastu tutup dan pusing secara automatik batu tu akan menolak punat angin lalu membebaskan angin tayar keluar. so, hanilah penyelamat yang menukarkan tayar spare pada kereta aku.

aku, hani dan anak masing-masing. 

tak lupa juga kami dulu sama-sama pegi berenang kat kolam renang di uitm shah alam. setiap minggu tak pun bila free kami pergi. selain dari tu kami berdua juga sama-sama pergi gym di shah alam setiap petang lepas kerja. sebab tu masa aku kerja kat shah alam, aku slim melim. dah keje seremban takde geng nak pegi berenang dan gym, kadar metabolisma jadi rendah dan badan pun mengembang. ;-p. macam-macam aktiviti lagi lah kami buat sama-sama. berbasikal ke bukit cerakah, bercamping kat sungkai perak pastu naik flying fox, panjat tali dan macam-macam lagi lah. tapi sekarang ni kalau suruh aku naik flying fox, tobat aku tak mau. maun putus tali flying fox tu kalau aku naik skang. hahaha. selain tu kami juga sama-sama pegi main ice skating di sunway piramid. seronok betul! oh indahnya kenangan.

kelasss layanan hanisah kat arissa. memandangkan rekod layanan arissa terhadap tetamu-tetamu kecil kalau datang rumah agak buruk,  harap-harap kalau hanisah datang rumah arissa, arissa akan bagi layanan terbaik jugak kat hanisah.


sekarang dua dua dah kawin dan dah beranak pinak. so memang tak dapatlah berjimba-jimba macam masa bujang dulu. skang anak masing-masing pula berkawan. kelakar je tengok si arissa dan hanisah berkawan dan beborak masa jumpa hari tu. entah bila boleh bebudak 2 orang tu jumpa lagi. bila dah balik arissa asik tanya pasal hanisah, hanisah asik tanya pasal arissa kat emak dia pulak. hahaha.


terima kasih juga kat hani sudi layan aku sekeluarga yang datang menjengah. siap masak spagetti aglio olio lagi tu. first time aku dengar nama spagetti tu dan first time juga makan. semoga di lain kali boleh berjumpa lagi.  harap-harap lepas ni boleh lah jumpa kawan-kawan baik di utm dulu pulak. sayangkan kalau persahabatan yang dibina putus macam tu je. kalau dapat buat reunion memang best sangat.

dah balik rumah. telampau letih main agak e ni

sejak keje kat opis seremban ni aku dah tak punya kawan baik yang baru. aku definasikan kawan baik sebagai kawan yang aku akan selalu berkepit. bukanlah berkepit 24 jam tapi alah..faham-faham lah. kawan yang selalu pegi makan sama-sama, pegi mana-mana sama-sama, yang boleh sharing problem, yang boleh sama-sama masa suka dan duka yang seiring sehati dan sejiwa.  sekarang ni kawan baik aku kat seremban yang selalu berkepit 24 jam ialah encik capo. mana tak 24 jam, keje satu opis. pegi keje sesama, makan sesama, balik sesama, kang kat rumah sesama lagi. weekend pun sesama jugak. tak 24 jam namanya tu? huhuhu.

ok, sekian.

* tajuk ada 2 jam sebab aku lepak rumah hani dari pukul 1.05 petang sampai pukul 3.15 petang. lebih kurang lah tu.

Sunday, April 8, 2012

nokia 3310 je sebagai hadiah besday???

hari ni 8 April adalah besday aku yang ke 30 tahun. serius aku kalau nak tulis umur kat mana-mana borang masih tak biasa nak tulis umur 30 tahun. entah la... bukan taknak terima hakikat umur dah 30 tahun tapi aku tak rasa yang aku dah 30. hahahaha. aku terasa aku masih 20 an lagi.

mula-mula nak ucapkan syukur sebab Allah masih panjangkan usia aku. bersyukur sebab aku lahir ke dunia ni dan bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik.

keduanya nak ucapkan terima kasih kepada abah dan emak aku sebab merekalah aku lahir didunia ni dengan izin Allah. terima kasih kat emak aku sebab bersusah payah mengandungkan aku, melahirkan aku dan membesarkan aku walaupun ketika aku berusia 14 tahun, emak aku terpaksa membesarkan aku seorang diri sebab arwah abah dah meninggal. terima kasih kat arwah abah aku sebab membesarkan aku sehingga akhir hayat beliau. tsk tsk tsk. arwah abah tak sempat tengok aku abis sekolah, masuk u, kawin seterusnya tak sempat jumpa Arissa.

seterusnya terima kasih kepada suami aku sebab buat surprise kat aku tepat pukul 12 malam tadi. aku tak pernah di surprise masa besday. jadi, bila disurprisekan, aku nak tegelak pulak sebab kelakar. hahahahaha. terima kasih lagi kepada suami aku sebab bagi 2 hadiah. satu hadiah telefon 3310. nak tegelak la sangat sebab dapat hadiah telefon nokia 3310. orang sekarang dah pakai henset canggih manggih. touch screen. tegamak dia bagi henset nokia 3310 kat aku sebagai hadiah besday. henset aku skang 10 kali canggih dari henset 3310 tu yang oi. tapi nak buat macam mano, suami dah bagi ikhlas dari hati, maka aku terima je la *_*.


ni la rupe henset nokia 3310 tu. ahaks. 

hahaha. sebenarnya henset nokia 3310 tu ialah kek besday. jangan tak percaya, gambar kat atas tu ialah kek 3d nokia 3310. tegelak aku bukak kotak kek, isinya kek nokia 3310. nak potong pun tak sampai hati. siap ada ucapan ' Welcome tu 3 Series' lagik. maknanya dah masuk 30 an la tu. huhuhu.


taraaa...masa untuk potong kek. pukul 12 malam lebih, makan kek. sangat tak sampai hati nak potong nokia 3310 ni. terima kasih sayangku. sangat kreatif tempah kek henset 3310 ni sempena umur 30 tahun.

hadiah kedua pula ialah


lukisan yang dilukis oleh encik capo sendiri. entah masa bila dia melukis aku pun tak tau.


ni gambar original:




hahahaha. sama tak????  terima kasih buat suami ku atas hadiah-hadiah yang diberikan. usaha mu sangat la dihargai. ^_^. terima kasih juga kat arissa sebab ucapkan besday dengan bahasa dia sendiri. hahaha.


akhir sekali nak ucapkan terima kasih kepada adik beradik dan kawan-kawan atas ucapan-ucapan hari lahir yang diucapkan melalui sms dan facebook. ucapan dan doa kalian amatlah aku hargai.


sekian.


Thursday, July 21, 2011

tak mengantuk di opis lagi

aku selalu letih-letih dan mengantuk kat opis. kalau malam tu tido lewat, maka akan lebih mengantuk dan kurang bertenaga la aku di opis. nak tido tapi tak boleh tido la sebab kat opis kan. kalau arissa tido awal, awal la aku tido. kalau tak lewat la tunggu sampai arissa tido kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru arissa nak tido.  selain tu pulak aku selalu bizi. kadang-kadang keje opis aku bawak balik rumah. menguruskan kedai online lagik, buat keje-keje lain lagi. memang penat.

aku tertarik nak cuba halagel minyak habbatus sauda yang kawan aku hani jual kat kedai online die. ni kawan baik aku masa keje kat damansara dulu. rindu kenangan pegi lunch sesama masa bujang-bujang dulu ^_^. sama-sama dapat baby selang sebulan ajo. hehehe.

banyak khasiat habbatus sauda ni, sebab tu aku tertarik nak cuba. boleh refer kat blog die ye. so, apa kesan lepas aku makan habbatus sauda ni? mula-mula takde effect. tapi lepas 2 minggu baru terasa perbezaannye. aku tak mengantuk kat opis lagi dan tak sepenat macam dulu.kiranya hari-hari pegi keje tu bertenaga la walaupun malam tu tido lewat. selain tu juga, habbatus sauda ni jugak sesuai untuk penjagaan kesihatan. harap-harap lepas ni jarang la aku demam dan pening kepala ^_-. hani, sila bagi diskaun kalau stok aku dah habis. hik hik hik.


so korang, kalau nak beli habbatus sauda ni, boleh klik sini.

hari ni terlupa nak makan habbatus sauda. agak-agak aku mengantuk tak kat opis hari ni? huhuhu.

Sunday, July 3, 2011

patut ke tak patut?

lama tak update entri untuk entri personal. ada je citer nak dikongsikan tapi sibuk sejak akhir-akhir ni. kih kih kih. sibuk main game kat hp. beli lagi hp os android. banyak sangat game best2 sampai setiap hari balik keje memang main game je kejenye. hp pun kena cas hari-hari. huhuhu.

ada story mory sket nak kongsi kat entri ni. beberapa hari lepas kawan aku call. sejak masing-masing dah berkeluarga ni memang dah jarang jumpa. selalu sms dan kadang2 call. so hari tu member aku ni call nak luahkan perasaan marah dan geram dia. aku yang pendengar setia ni pun dengar la. member aku ni baru elok sakit. so disebabkan dia sakit terpaksa la dia amik mc. sebab memang tak larat nak ke opis. 2 hari dia mc. bila dah baik, dia pun pegi la keje. datang-datang keje terus kena panggil kat bos dia.

bos dia tak puas hati dia mc 2 hari. dia kata kawan aku ni menipu je sakit. bodoh betul kan bos kawan aku tu. dah tentu la ada surat mc dari klinik dia pegi tu. lepas tu bos dia kata kalau orang pregnant dia paham la selalu amik mc ni. ni kawan aku tak pregnant. so kesimpulannya skang kalau tak pregnant tak boleh mc la ek. maknanye sape tak pregnant amik mc, maknanye die menipu sakit. so kesian la sape yang dah monopos dan yang belum kawin lagi. yang dah kawin tapi tak pregnant2 pun kesian jugak. sebabnya kalau sakit amik mc, maknanya dorang menipu. kalau yang lelaki pulak macam mano? hapa la punya bos. macam ni punya orang pun ada ka?

pastu bos dia siap bandingkan diri dia dengan kawan aku tu. bos dia kata kalau dia sakit, dia datang gak keje, takde pun amik mc. aik... dah engkau sakit nak datang keje jugak tu kau punya pasal lah. orang lain sakit nak rehat kat rumah, so lantak la. lagi pun memang ada kemudahan untuk cuti sakit. guna la. agaknya kalau dia nak teberak kat tengah jalan, orang lain pun kena terberak tengah jalan. sebabnya, dia buat macam tu. orang lain kena la ikut cara dia. bodoh betul (kata kawan aku tu). pastu bos dia asik membangga diri dengan diri sendiri je. konon la dia pekerja terbaik jarang amik mc. sakit-sakit pun datang keje. dia la suami terbaik kat dunia ni. dia a bapak terbaik kat dunia nih. pandai mengurus masa, keluarga dan lain-lain. pukul 7 pagi dah tepacak kat opis walaupun belum time opis. anak baru sorang boleh la berlagak macam tu.

kawan aku pun kate la, bos dia tu memang pilih kasih punya orang. awal-awal dia masuk keje dulu dah nampak. jenis kaki bodek pun ada jugak. kawan aku kate dia hari-hari balik keje lewat kadang-kadang pukul 9 malam kadang-kadang pukul 10 malam. tapi bos dia tak pernah nak puji. tapi kalau staff kesayangan dia yang pandai bodek dia balik keje lewat pukul 7 malam, bukan main bangga dia. satu opis dicanang-canangnye. kawan aku memang tengah marah betul masa dia call aku tu. so aku buat entri pun ikut cara dia citer kat aku la jugak. huuhuhu.

pastu bos dia bising-bising lak sebab ada beberapa hari dia datang lambat. padahal bukan tiap2 bulan dia lewat dan bukan hari-hari. ada la sebabnya dia lambat. tu pun dah jadi isu besar. padahal kalau staff-staff kesayangan dia datang lambat takde pulak dia nak bising-bising. kawan aku cakap lagi, dulu-dulu bila dia awal datang keje, 6.30 pagi dah terpacak kat opis, tak pernah pulak dapat pujian dari bos dia. datang lewat 2,3 hari dah bising. kawan aku nih bukan jenis kaki bodek. tu pasal dia asik kena jek.

aku nasihatkan dia cuba la bodek-bodek sket bos kau tu. marah betul dia bila aku cakap macam tu. last-last aku cakap, sabar je la. doakan la bos dia naik pangkat. takpun doa kan diri sendiri naik pangkat. kalau dia naik pangkat, bole la dia blah dari situ. kalau bos dia yang naik pangkat, bos dia yang blah dari situ. ok ke nasihat aku nih? aku bukan reti bagi nasihat-nasihat nih. lagipun teruk gak bos dia kan. kalau aku dapat bos macam tu ntah macam mana la agaknye. *_*.

tapi tak kot....bos aku kan baik-baik semuanya. #TDDMKA.

Friday, April 29, 2011

terkurung di luar

hari ni hari vege 3/4 hari je. sebabnya kami dapat jemputan daripada jiran di tingkat 2 yang buat makan2 and bbq. orang dah jemput, kena la datang kan. lagipun makan-makan tu. takkan taknak datang lak. hahaha. makan-makannye stat pukul 9 malam. so, 9.05 malam kami pun nak betolak ke rumah tingkat bawah. masa nak keluar rumah tu aku cakap kat encik capo mangga pintu grill je pintu dalam takyah kunci. encik capo lak kata nak kunci pintu dalam, pintu grill tak yah mangga.

Sunday, November 22, 2009

selamat pengantin baru

hari ni 22/11/2009, kawan aku, hazreen kawin kat shah alam. selamat pengantin baru reen. sorry la, tak dapat nak datang. banyak komitmen kat sini. tak dapat nak escape. walaupun saya tak datang, majlis tetap akan berlangsung dengan meriahnya kan. semoga berbahagia dengan pasangan hingga ke akhir hayat.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails