Friday, August 23, 2013

bunyi orang mencangkul tanah, suara perempuan yang menangis dan kami yang naif

dalam seminggu ni, keje aku asik baca pengalaman seram orang kat forum dan blog aje. dahlah aku ni seorang penakut tapi bila dah baca pengalaman seram dan mistik orang ni, susah pulak aku nak berhenti. akhirnya aku sendiri yang takut. takut nak pegi toilet kat opis, takut nak pegi toilet kat rumah dan dapo. sampaikan terpaksa paksa encik capo teman aku pegi toilet baik kat opis, mahupun kat rumah. macammana aku tak takut, aku asik terbayang-bayang je apa yang aku baca. dah la otak aku ni kreatif bab membayangkan makhluk-makhluk hantu ni. disebabkan asik baca pengalaman orang, aku rasa aku nak kongsi beberapa pengalaman aku sendiri.

salah satu pengalaman seram yang aku alami adalah pada tahun 1991 kalau tak silap. pengalaman ni adalah pengalaman aku dan lida (kakak aku) sebab kami yang mengalaminya. masa ni aku darjah 3 manakala lida darjah 5. kejadian ni berlaku di rumah keluarga aku di kuala pilah. pada petang hari kejadian, ada seekor anjing berwarna coklat merayap sampai masuk ke halaman rumah. rumah kiteorang ni rumah kampung dan terletak di tepi jalan besar dan kedudukannya di atas bukit sket. tapi takde la tinggi sangat bukitnya. jarang ada anjing di kawasan rumah kiteorang tu. anjing tu walaupun dah dihalau, dia tetap datang balik cuma dia berdiri kat tepi pagar tepi jalan tu je.

kehidupan diteruskan seperti biasa sehinggalah tiba waktu tido. aku dan lida satu bilik dimana ada dua katil bujang. satu kat dinding sebelah kanan, satu lagi kat dinding sebelah kiri. aku dah tak ingat aku katil sebelah kiri atau kanan. bilik kami adalah bilik nombor 2 dari pintu masuk dan ruang tamu utama manakala bilik arwah abah (masa ni abah aku masih hidup lagi) dan mak aku di bahagian ruang tamu kedua. abang aku tak ingat pula aku mana dia tido. entah dah pukul berapa, kami pun masuk tido. tiba-tiba dimalam yang gelap dan sunyi sepi, terdengar bunyi lolongan anjing yang sangat mendayu-dayu ala-alam macam filem seram. bunyi lolongan anjing tu dekat je macam halaman rumah kiteorang. hampeh betul sebab aku terjaga bila dengar bunyi lolongan anjing  tu. disebabkan aku ni penakut, bila terjaga je aku terus kaku di atas katil. nak tarik selimut pun aku tak berani apatah lagi nak bukak mata. hati aku meronta-ronta supaya tangan aku menarik selimut untuk menyelubungi diri yang ketakutan ini. aku berharap lida juga turut terjaga tapi aku tak berani nak panggil sebab lida ni selalu tido mati. bunyi anjing melolong-lolong memang tak berhenti-henti. akhirnya aku memberanikan diri cepat-cepat tarik selimut dan berselubung.

tak lama selepas itu, bunyi lolongan anjing pun berhenti. aku rasa sangat lega. sejurus selepas itu tiba-tiba terdengar pula bunyi seperti orang mencangkul tanah di luar bilik aku dan lida. tak lama lepas tu terdengar suara lida memanggil aku dari katil dia. aku pun cepat-cepat jawab sebab rasa lega lida pun terjaga seperti aku. lida bertanya samada aku dengar tak bunyi orang mencangkul tanah di luar. aku mengiakan pertanyaan lida. kami membuat kesimpulan bahawa arwah abah aku yang mengcangkul diluar. kami berdua takde langsung terpikir hantu ke apa ke. automatik je pikir arwah aku mengcangkul kat luar. lida dengan selamba bukak tingkap bilik dan tinjau kat luar yang gelap tu. aku pun sekali lah meninjau. sebaik sahaja kami meninjau, bunyi orang mencangkul tanah tu pun berhenti. kami pun pelik lalu tutup tingkap semula.

aku dan lida pun nak sambung tido semula cuma bezanya kali ni aku berhimpit kat katil lida sebab aku takut tido sorang-sorang. sebaik sahaja kami tutup lampu dan baring, bunyi orang mencangkul tanah kedengaran kembali. aku dan lida berpandangan. kami berdua tetap mengatakan arwah abah yang mencangkul tanah kat luar sebab memang selalu arwah abah aku rajin menyapu daun-daun dan menebas kat luar waktu pagi selepas subuh. tapi yang muskilnya skang belum subuh pun lagi. lida mengajak aku bangun dan pergi tinjau kat luar rumah. cuma kali ni bukan kat tingkap tapi keluar dari rumah. aku pun mengikut sahaja sebab konfiden arwah abah aku yang mencangkul di luar. sebaik keluar dari bilik keadaan dalam rumah memang gelap gelita. arwah abah aku memang tak bagi bukak lampu kalau tido sebab membazir lektrik katanya. cahaya ruang tamu rumah cuma diterangi cahaya lampu dari  bilik kami. semasa keluar dari bilik, sempat aku menjeling jam. owh..baru pukul 3 lebih pagi. tapi disebabkan perasaan suci murni kami dua beradik yang menyangkakan arwah abah yang mencangkul kat luar, kami berani saja bukak pintu utama rumah dan keluar. bila dah keluar rumah, kami berjalan ke beranda sebelah kiri untuk mengintai siapa yang mencangkul diluar pada waktu-waktu begini. sebaik sahaja kami meninjau, bunyi orang mencangkul terus senyap sekali lagi.

disebabkan tak nampak sesiapa dan tiba-tiba bunyi orang mencangkul berhenti, kami pun masuk bilik semula. sekali lagi apabila kami nak masuk tido, bunyi orang mencangkul terdengar lagi. dan seperti sebelum tadi lida mengajak aku untuk keluar dan tinjau sekali lagi. bila kami dah keluar rumah dan tinjau bunyi orang mencangkul pun senyap. kami pun masuk balik dalam bilik. bila dah baring tu, aku tak ingat bunyi orang mencangkul tu ada lagi ke tak. tapi yang pasti lida ajak aku keluar rumah sekali lagi sebab nak amik selimut dia kat ampaian kat luar. aku pun ikut je lida keluar dan amik selimut dia. lepas tu kami pun masuk tido semula. bunyi orang mencangkul pun dah tak ada. baru saja kami nak lelapkan mata, tetiba terdengar suara perempuan seakan-akan menangis dari arah luar bilik kami. makin lama makin kuat. suara tangisannya pula mendayu-dayu dan bunyi seperti sedih sangat. aku dan lida dah takut sangat dan kami saling berpeluk-pelukan. kami langsung tak boleh tido sebab suara tangisan perempuan tu tak berhenti-henti. kali ni memang kami takkan keluar dari rumah atau meninjau kat tingkap lagi.

suara perempuan tu menangis sekejap kuat dan sekejap perlahan. tapi yang pasti sangat syahdu dan sayu sangat. memang sedih sangat kalau dengar tapi dalam masa yang sama seram juga bila dengar suara perempuan menangis ditengah-tengah malam pada pukul lebih kurang 3 lebih pagi. bunyi tangisan itu berhenti sebaik sahaja azan subuh berkumandang. masa ni aku dan lida memang dah  lega sangat sebab bunyi tangisan perempuan tu dah berhenti dan tau hari dah siang. lepas tu baru kami boleh tido.

bila bangun dari tido, aku dan lida terus tanya arwah abah aku ada tak dia mencangkul kat luar dalam pukul 3 pagi tu. arwah abah aku menafikan dia ada keluar mencangkul pukul 3 pagi.

'mabuk ko apo nak mencangkul tongah-tongah malam buto?' lebih kurang begitulah jawapan arwah abah aku. kietorang pun cerita apa yang kiteorang alami malam tu kat mak kiteorang. diorang semua tak dengar bunyi-bunyi yang kiteorang dengar. bunyi lolongan anjing, bunyi orang mencangkul dan bunyi suara perempuan menangis. mak aku siap marah lagi sebab kiteorang berani-berani keluar rumah tengah-tengah malam buta nak pegi meninjau. masa tu memang takde fikir apa. fikiran suci murni je.

pada hari itu juga tapi aku tak ingat pagi atau petang, ada orang meninggal dunia. perempuan kalau tak silap. aku tau sebab rumah aku selang sebuah rumah je dengan tanah perkuburan. boleh nampak dari rumah aku orang membawa jenazah untuk dikebumikan. hal tersebut membuatkan aku dan lida membuat kesimpulan bahawa bunyi orang mencangkul tu adalah bunyi orang sedang menggali kubur dan suara perempuan menangis itu adalah ...??? tapi yang sebenarnya orang yang menggali kubur ditanah perkuburan tu hanya menggali pada siangnya. macammana kiteorang boleh dengar dulu bunyi orang mencangkul tanah pada tengah malam sebelum tu? huhuhu

kietorang bersyukur sangat sebab masa kietorang mengintai arah bunyi orang mencangkul tanah kat luar bilik kiteorang tu, kiteorang tak nampak apa-apa. entah-entah masa aku dan lida sedang meninjau tu, 'benda' tu pun sedang memandang kiteorang sebab tu bunyi mencangkul tu berhenti dan hanya kedengaran semula sebaik kiteorang dah baring semula atas katil. kalau sekarang jangan harap aku akan meninjau keluar bila dengar bunyi orang mencangkul ditengah-tengah malam. atau apa-apa bunyi yang tak logik dilakukan oleh manusia ditengah malam.

waaaaaaaaaaaaaa.....seram sangat bila mengenangkan. semasa menaip entri ini, bulu roma aku memang dah meremang-remang keseraman. ni antara pengalaman seram yang aku alami sendiri. ada juga pengalaman lain. nanti kalau aku rajin, aku buat entri. untuk kenangan aku baca di masa hadapan juga.

sekian

1 comment:

mekchu said...

cemas lak aihhh.. lama jugak korang 'bergelut' sampai azan subuh.. yg pelik berani pulak tu nak meninjau.. umangggg aiii nasib dia tak baaaa-cak!!!!

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails