terpaksa guna penyepit baju untuk sepit lengan baju. kalo tak abis kat dalam semua makanan dia cecah. |
alkisahnya pada petang hari ahad yang lepas, aku dan encik capo telah menganjurkan closed house atau kata lawannya ialah open house. aku lebih memilih closed house sebab kalau open house mesti ajak ramai jemputan. tapi majlis kami ni tak ajak ramai pun. hanya family, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat sahaja. sebab tak ramai jemputan ialah budget pun ciput jadi buat ikut kemampuan. nanti jemput ramai-ramai tetiba makanan tak cukup kelam kabut pula. tak pun ajak ramai-ramai, sediakan makanan banyak-banyak tetapi tak ramai yang datang haru juga sebab makanan banyak sangat tapi tak habis. oleh itu kami memilih untuk anjurkan closed house. huhuhu.
arissa's wonderland. tempat semua kanak-kanak berkumpul sementara mak ayah makan dan beborak |
disebabkan aku tidak memohon cuti pada hari isnin, maka aku tidak mahu terlalu penat pada hari ahad tu. jadinya..aku hanya buat untuk menu utama sahaja iaitu meatball ala ikea. disamping itu aku buat menu sampingan iaitu coslow. selebihnya goreng fries dan kentang wedges. menu-menu besar yang lain aku subkan.
rendang daging - mak aku masak
mi sizling - kaktih masak
koktel - kaktih buat
nasi himpit dan kuah kacang - mak encik capo masak
bubur pulut hitam - kakngah
antara tetamu yang hadir yang sempat disnap |
seminggu sebelum majlis kami dah pergi memborong berkotak-kotak meatball marina di tesco seremban 2. kemudian 2 hari sebelum, sekali lagi kami memborong berkotak-kotak meatball marina sampai kosong untuk bahagian meatball brand marina ni. nasiblah sape yang nak beli meatball marina hari tu datang-datang tengok dah kosong.
antara tetamu yang hadir yang sempat disnap |
pagi ahad tu aku memaksa diri bangun awal untuk mengemas dan siapkan bahan. nampak sangat hari ahad selalu bangun lewat. ekekekeke. aku juga mengharap agar arissa bangun lewat sedikit sebab kalau arissa bangun awal seperti aku maka perancangan yang telah aku susun akan lari dari jadual. ini kerana kalau arissa bangun, mesti dia tak bagi aku masak.
'mak....tak payah masak. jom duduk depan'
'mak. jom teman aisa main'
'mak, nak dukung nak tengok mak masak'.
'mak tak boleh masak. jom teman aisa main gongsor (gelongsor)'
'mak jom teman masuk dalam rumah aisa'
...
ok itu ayat-ayat yang arissa selalu guna setiap kali aku nak masak kat dapo.
arissa dan antara tetamu kecil yang sempat disnap |
seperti yang dirancang oleh aku, maka aku pun memulakan aktiviti mengemas dan menyediakan bahan. disebabkan nak jimatkan masa sarapan hari tu aku buat kuih jemput aje. encik capo pula bangun-bangun tidao aktiviti dia ialah main game bola dengan duan (anak buah aku) yang tido kat rumah aku malam tu. alangkah indahnya kalau beliau bangun-bangun tido terus menolong aku mengemas. tsk tsk tsk. ok..beliau memang menolong mengemas hari tu tapi setelah mendapat arahan atau setelah di pot pet pot pet oleh aku.
begambar bersama jiran tetangga |
mereka semua antara family besar aku |
disebabkan arissa taknak ikut dan dirumah tinggal kami berdua sahaja, maka aku risau jika arissa tak bagi aku masak. tapi disebabkan leka main game maka arissa tidak menghalang aku untuk memasak pada hari tersebut. malah bila aku datang duduk sebelah dia nak tengok dia main game bila kerja-kerja menyediakan bahan selesai boleh pulak dia halau aku.
'mak....pegi dapo masak'
'mak...jangan tengok aisa main. duduk jauh jauh'
apa-apa aje la arissa oi.
mereka semua antara family besar aku |
majlis bermula pada pukul 5 petang. ni memang masa yang selamat bagi aku. cukup masa untuk mengemas, memasak dan menghidang. family ada yang dah datang seawal pukul 2 petang. tapi pukul 2 petang ni aku baru siap-siapkan bahan aje. tak stat masak pun lagi. pukul 2.30 petang aku, encik capo dan duan pegi open house sebab jiran tingkat bawah pun buat open house juga. ajak mak dan kakak aku masing -masing tak mahu. segan katanya nak pegi rumah orang sebab tak dijemput secara direct. dah tuan rumah kata jemput satu family datang, maka kira bolehlah kan bawak mak dan adik beradik anak buah semua. hahaha
sesi main game bola |
lepas balik dari open house aku pun mulakan aktiviti membakar meatball dan memasak sos meatball. kalau dulu aku goreng meatball menggunakan kuali (tanpa minyak) sekarang aku cuma bakar dalam oven. maka takde lah lenguh tangan aku nak menggoreng berkotak-kotak meatball. masa buat besday arissa yang ke setahun dulu lebih kurang 25 trip aku menggoreng meatball ni. satu kali trip adalah dekat 15 minit sebab nak pastikan masak dalam nya. disebabkan dah beli oven tahun lepas, maka kali ni aku bakar dalam oven sahaja di suhu 200 darjah celsius selama 20 minit.
macam-macam perangai |
dipendekkan cerita selepas semua menu yang dirancang siap, maka semuanya dihidangkan di ruang tamu. jadi...masa untuk menunggu dan melayan tetamu pula. majlis selesai dekat nak pukul 12 malam sebab tetamu terakhir iaitu abang aku sampai lambat. lepas semua tetamu balik dekat pukul 12 malam tu, aku pun terus memengsankan diri sebentar. arissa dah tido dalam pukul 9.30 malam tu. dia pun penat melayan tetamu-tetamu kecil kat arissa's wonderland.
entah apo kojo e masing-masing kek dapo den nia |
disebabkan terlampau penat, aku memang dah tak larat nak kemas apa-apa lagi. jadi encik capo la kena simpan makanan-makanan yang tak habis dalam peti sejuk. dalam pukul 1 lebih pagi baru aku dapat tido. sepatutnya kalau terlampau letih lagilah senang tido. tapi aku ni terbalik sket. bila terlampau letih lagi susah aku nak tido. terbaring je menanti bila akan lelap.
semuo e sporting. tak ajak aku pun posing sekali. huhuhu |
seperti yang dijangka....pagi esoknya kami terlajak tido. dua-dua tak sedar diri. aku hanya terjaga lagi 5 minit nak ke pukul 8 pagi. demmit! kami masuk keje pukul 7.30 pagi. dengan terkocoh-kocohnya bangun mandi, nak iron baju lagi. nak mekap, lilit shawl. penyudahnya pukul 8.35 pagi baru keluar rumah. tapi tak terus ke opis sebab nak anta arissa dulu. akhirnya dekat pukul 9 pagi baru sampai. tak pasal-pasal kena balik pukul 6 petang sebab nak cover 1 jam setengah yang hilang. kat opis pun duk menahan ngantuk rasa nak tido je sebab letih semalamnya tak hilang lagi. lepas ni kalau nak buat apa-apa majlis makan lagi memang kena plan dan amik cuti. sebab walaupun tak memasak banyak, tapi penat sangat. sakit belakang, sakit kaki. tapi tak apalah yang penting majlis berjalan lancar dan semua tetamu gembira dan kenyang makan.
sekian.
No comments:
Post a Comment