Showing posts with label my kursus. Show all posts
Showing posts with label my kursus. Show all posts

Friday, June 1, 2012

gambar dan kenangan

masih ingin cerita pasal kursus aku yang panjang hari tu ^_-.

sepanjang kursus, tak pernah sekalipun aku menggunakan kamera henset untuk begambar kecuali amik gambar soalan assigment *_*.  oleh itu, memang tiada gambar dari henset aku untuk dikongsikan di dalam entri ni. tapi nasib baik ada gambar dari peserta kursus yang suka mengamik gambar.kalau tak, memang takkan ado gambar aku. hahaha

aku dan ahli kumpulan.
gambar di atas ialah pada hari kemerdekaan, iaitu hari akhir kursus iaitu 24 Mei 2012 yang lalu.
owh..damm. aku sangat gemoks!!! bagaimana aku yang kurus keding dulu boleh bertukar jadi gemuk begini???Tidakkkk!!! Marie France hanya mampu membantu sekejap ajo. lepas tu naik balik. *_*. disebabkan inilah aku tak suka begambar skang. aku sangat tak suka tengok gambar sendiri sebab gemoks.

tapi disebabkan entri khas untuk kursus dan demi mengabadikan kenangan bersama kawan-kawan baru yang entah akan contact atau jumpa lagi ke tak, maka aku letak jua gambar yang ada aku yang gemoks ini. hahaha.

ok, tu saja. sekian ^_^

Wednesday, May 30, 2012

ku takkan merindui mu

pejam celik dah seminggu aku habis berkursus. perasaan sangat gembira bila dapat pulang dan peluk cium arissa. gembira sangat dapat tido sekelambu dengan arissa kembali. perasaan bertambah gembira bila tau yang arissa pun rindu kat emak dia nih. sejak balik kursus, arissa tak mahu berenggang ok. asal aku hilang pegi toilet atau dapo atau masuk dalam bilik, dia menangis-nangis carik. asal tak nampak kelibat aku je, dia pun mencarik sambil melalak. ala sian betul. mesti trauma sebab aku tinggalkan dia. skang kalau nak pegi keje pagi-pagi dan tinggalkan arissa, mesti dia melalak. hati sangat touching melihat arissa menangis. tapi apakan daya...emak mu ini bukan jutawan. jadi kena la pegi kerja. kalau jutawan, dah lama emak mu ini berhenti keje dan  jaga arissa 24 jam. dari pegi keje untuk sakit hati, dengar orang mempitnah dan memburuk-burukkan diri ini, baik mengadap arissa aje. terhibur juga hati. tapi apakan daya. cekalkan hati, keringkan hati...dan bertabahlah.

"zahir kau lihat, bukan segala-gala. bibir tersenyum menutup jiwa yang luka..."

ooopsss! sudah lari dari tajuk *_*.

berbalik kepada aku berkursus tadi... hmmm...aku berkursus sangat lama. 2 minggu lebih. sape keje gomen tau la kot kursus apa yang aku pegi. pegi kursus ni bagusnya selain daripada dapat ilmu pengetahuan ialah aku dapat kenal ramai orang yang luar daripada opis aku atau jabatan aku lah. dari negeri-negeri yang dekat sampai la negeri yang jauh. ada yang ok, ada yang kerek.

tempat penginapan sangat selesa dan kemudahan semua lengkap. aku suke ^_^. aku taknak kot bagitau kat mana aku kursus. malam malas plak nak mention dalam blog. masa tengah kursus, aku memang tak sabar-sabar nak abis cepat. sebabnya adalah beberapa perkara yang aku tak berapa suka sepanjang berada di sana. so, bila dah tamat kursus, aku pun kata kepada diri sendiri bahawa aku takkan merindui mu.... maksudnya aku takkan rindukan kenangan aku di sana. ekekeke.

tapi...dalam 3 hari lepas abis kursus...tetiba aku merindui suasana sepanjang berkursus. aku terbayang-bayang bejalan pegi ke dewan, makan kat cafe. terbayang-bayang aku tengah bersantai dalam bilik penginapan.  terbayang-bayang aku membasuh baju pakai tangan setelah 7-8 tahun tak pernah basuh baju pakai tangan. tak sangka...aku akan ada perasaan rindu ni. aku hanya rindukan suasana, bukan peserta-peserta kursus. aku sangat jarang rindu pada orang yang baru kenal dan tak rapat. maksudnya pempuan la ye. lelaki memang takkan tersenarai langsung kecuali fahrin ahmad. ekekeke.

tapi yang peliknya...sepanjang aku berkursus...aku tak pernah merindui opis aku. ekekeke.
 
serindu mana pun aku kat suasana kursus tu, takkan boleh lawan rindu aku pada arissa.

sekian...

 * aku tak mau pegi kursus lama-lama lagik. 2,3 hari cukup a. huhuhu

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails