Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

isnin dan selasa

malam tadi pergi tengok wayang dengan encik capo dan arissa citer Dracula Untold. Sambil tengok wayang sambil makan popcorn dan percaya tak semuanya free termasuk tiket wayang. tak keluarkan duit pun kecuali beli air mineral untuk arissa.

ni rupa member kad tgv

baru-baru ni TGV dah buat member kad. jadi, sebagai seorang kaki wayang yang hampir setiap minggu pergi tengok wayang kadang-kadang seminggu 2 ke 3 kali, maka aku terus register jadi member kelab. aku register online je. selepas seminggu baru aku pergi ambil kad di tgv berhampiran dimana kalau diseremban ni tgv ada di jusco seremban 2. sebenarnya tak perlu tunggu seminggu untuk ambil kad. ambil serta merta lepas register pun boleh. tapi sebab tak dapat pegi jusco  minggu lepas, baru malam tadi lah ada masa nak pergi ambil kad member tu. bayaran untuk kad member ni RM28 untuk setahun kot.


 
tapi kan, sangat berbaloi kot harga RM28 tu. sebab masa ambil kad tu boleh dapat 2 tiket free dan satu set popcorn regular set. kalau beli 2 tiket dan popcorn regular set pun dah RM30++ lebih kurang. selain daripada tu, lain kali kalau nak beli tiket wayang dapat diskaun rasanya. tapi tak sure berapa RM sebab belum cuba lagi. jadi malam tadi, kami pun tonton citer dracula untold dan makan popcorn dengan senang hati sebab free.

arissa possing gedik. ni depan popular sambil menunggu pukul 8.00 malam. budak sorang ni nak belon lah, nak menan lah nak jagung lah nak buku kanak-kanak lah. sebab dia sorang je cinta hati maka ku turutkan aje.

malam sebelum malam tadi, iaitu hari isnin malam, pun kami pergi tengok wayang. tapi di MBO citer The Equalizer. masa ni tak plan pun nak tengok wayang. tapi sebab ada pokok tumbang depan pagar rumah dan kami tak boleh nak masuk dalam kawasan apartmen, maka kami pun mencari tempat port lepak di kedai mamak sementara tunggu pihak bertanggungjawab setelkan masalah pokok tumbang tersebut.. masa ni aku, encik capo dan lida. lepas setel makan minum, dah bosan menunggu aku pun terus capai henset dan bukak website MBO sebab MBO dekat sket dengan tempat kami lepak tu. tengok time citer The Equalizer tu ok pulak pukul 8.00 malam. terus aku ajak encik capo dan lida tengok wayang.



masa dah habis tengok wayang memang pokok yang tumbang tu dah setel dialihkan . jadi kami pun bolehlah balik rumah dan berehat. masa ni dah pukul 10.45 malam camtu. balik rumah terus cek banjir ke tak dalam rumah. ye lah, atap rumah ni kalau hujan terlalu lebat ditambah angin kencang, memang bocor. menitik-nitik air tak pun meleleh-leleh kat dinding. kalau aku ada kat rumah bolehlah tadahkan ke apa. ni, kami memang tak dapat balik rumah sejak abis keje sebab masalah pokok tumbang tadi tu.

ni ha pokok tumbang depan pagar. memang tak boleh nak masuk keta sebab satu je jalan masuk dan keluar yang boleh lalu. ada satu lagi pagar tapi  menuju ke belukar. boleh je paking keta luar pagar ni dan jalan kaki masuk rumah tapi risau pula pokok lain tumbang himpap kereta.

lepas cek semua, bersyukur aku rumah tak banjir, karpet tak basah dan tiada air membasahi peralatan lektrik dan sebagainya. kalau banjir rumah, aku nekad akan EL. kami pun masuk tido sebab dah penat sangat. pagi esoknya aku bangun terus pegi dapo. terbukak je lampu dapor terus aku terkejut. rupa-rupanya malam tadi aku tak cek dapor. satu siling kat dapo dah 90 peratus teralih. belubang je atas tu terus nampak kayu kayan dan bumbung. dengan serpihan batu dan siling berterabur kat sinki dan lantai serta di tempat pinggan mangkuk. risau pulak aku kalau-kalau ada binatang yang tak diingini masuk dalam rumah sebab keadaan siling berlubang tu. malam-malam kadang-kadang terdengar je bunyi tapak kaki berlari-lari atas siling. aku anggap binatang je. harap-harap memang binatang lah dan bukan makhluk yang lagi satu tu. alah, makhluk apa lagi kalau bukan yang halus tu lah.

ok. tu je.  harap-harap hari ni tak hujan lebat macam hari isnin hari tu sebab siling kami masih belum dibetulkan. kalau hujan lebat, alamat banjir lah dapor. boleh buat alasan malas nak masak nanti ni. ^_^. tapi kalau tak banjir dapor pun memang selalu bagi alasan. hahahah


Tuesday, September 23, 2014

musim

minggu lepas arissa dan encik capo demam. encik capo sampai kena masuk wad 5 hari. alhamdulillah arissa stabil. cuma demam yang baru sehari sembuh datang balik bersama batuk, tapi masih terkawal lagi. semalam demam arissa dah surut balik. harap-harap terus surut dan sihat hendaknya.


gambar ehsan google

hari ni aku pula yang demam selsema. seksa rasanya bila demam selsema tapi pergi kerja. dengan aircond yang sejuk gila, dengan terbersin-bersinnya. indahnya kalau dapat terbaring kat rumah. harap-harap esok sihat semula. seksa pegi keje kalau masih tak sihat. kalau boleh taknak lah mc atau el. minggu lepas dah el masa arissa demam tu. sebenarnya dah nak siap pegi keje tapi arissa meragam pula menangis tak bagi aku pegi keje. disebabkan kesian sebab arissa demam panas sangat, maka aku el lah.

musim demam agaknya sekarang....


tangan

hari khamis lepas, aku terjaga seawal pukul 5 pagi. sejak daripada masuk tido pukul 12 lebih dah beberapa kali terjaga. setiap kali terjaga terus raba dahi, leher, badan dan tapak kaki arissa. panas sangat. arissa dah 3 hari demam dan hari itu suhu paling panas aku rasa.

kebetulan, arissa terjaga bila aku raba-raba dahi dia tu. aku senyum, arissa pun senyum. lepas tu nampak macam arissa lelap balik, aku pun nak sambung tido dalam sejam lagi sebab ngantuk lagi. tak sampai 10 saat aku lelap, arissa kejut.

arissa: mak, tangan sape tu?

aku: ha? tangan apa?

arissa: tu kat almari tu ada tangan buat camni camni. (sambil buat gaya tangan melambai).

aku pun tiba-tiba tercuak juga. tangan ape pulak ni? dah lah belum azan subuh lagi. kepala hotak memang terus imagin tangan hantu je. arissa pulak dari dia kecik setiap kali dia demam, mesti dia akan nampak penampakan makhluk-makhluk halus ni. setiap kali demam ok.

dahlah encik capo tak ada sebab masuk wad. dalam bilik tu ada aku, arissa dan si alaric yang setia temankan kiteorang sepanjang malam dalam bilik tu. alaric tido sebelah aku kiri aku, arissa sebelah kanan.

aku: tak nampak pun tangan. tangan ape ni?

arissa: tangan tu dah hilang. dia dah menyorok kat celah almari.

bertambah saspen lah aku. mula lah aku terbayang tangan hitam berbulu. ohhh..imaginasi hantu aku sangat tinggi.


aku: dah lah arissa. takde apa-apa tu. tido lah. (sebenarnya aku dah takut. kekekeke)

arissa: mak, jom kite pegi tengok tangan tu pergi mana.

aku: ok. (sebenarnya dah takut dan nak keluar dari bilik).


aku pun berpimpin tangan dangan arissa keluar bilik pergi ke ruang tamu. mak, kakak dan anak buah aku ada  tido kat rumah aku. temankan aku dan arissa sebab encik capo kan kena tinggal kat wad. mak dan anak buah aku tido kat ruang tamu. mak aku memang dah bangun masa tu. aku tinggalkan arissa dengan mak aku lalu aku ke bilik air dalam bilik nak mandi. alang-alang dah bangun, terus lah mandi nak pegi keje walaupun belum pukul 6 pagi. saspen jugak nak masuk dalam bilik sebab teringatkan tangan yang arissa cakap tadi. aku taknak citer kat mak aku pasal tangan yang arissa nampak sebab takut semua orang panik (padahal aku je yang panik).

lepas mandi pergi ke depan semula tengok arissa dah baring dengan mak aku. lepas tu mak aku bagitau aku arissa cakap nampak tangan melambai-lambai dalam bilik. arissa cakap kat tangan tu pegang towel. mak aku pun cakap kat arissa tu mak uda dia. mak uda tu kakak aku si lida.

aku: ha??? cisss!

penat aku saspen. masa arissa cakap kat aku nampak tangan tu dia takde sebut pun pasal tangan tu pegang towel. kalau arissa cakap ada pegang towel, kompem lah aku tak terbayang tangan hantu.

rupa-rupanya memang kakak aku ada masuk dalam bilik aku sebab cari alaric. bila dia nampak alaric tido sebelah aku, tu yang kakak aku lambai-lambai panggil alaric sebab alaric pun pandang dia. aku tak nampak sebab aku dah lelap mata. arissa pulak nampak tangan je sebab posisi arissa kat tepi dinding menyebabkan dia hanya nampak tangan tak nampak muka. kalau kat posisi aku kompem aku nampak muka kakak aku tu.

aku pulak tido tak tutup pintu sebab nak bagi alaric tido dengan aku. kalau aku tutup pintu tak dapat pulak alaric keluar teberak / tekencing. tak pasal-pasal semerbak dalam bilik aku bau taik dia.  kalau encik capo ada, alaric memang takde can tido dengan aku dalam bilik. encik capo mesti halau punya dan tutup pintu. kekekeke.

hai lah arissa. buat saspen mak ngko je. bukan dia tak tau mak dia asik baca citer hantu dengan asik tengok citer hantu je kejenye. 


Thursday, July 17, 2014

cerita bulan puasa

dah nak masuk 3 minggu berpuasa. aku rasa tahun ni lah puasa yang aku tak rasa letih dan lapa sangat. macam biasa-biasa je. minggu pertama puasa aku sangat rajin memasak. hari-hari masak sendiri, buat kuih. rajin google resepi dan buat. bukan google je. hari puasa pertama je aku aku tak masak sebab berbuka kat rumah abang aku. setakat hari ini, belum jejak lagi bazar ramadhan. aku rasa dah 3 tahun aku tak pergi beli makanan kat bazar ramadhan.

berbuka pun ala kadar. taknak membazir. lagipun kami berdua je yang makan. semuanya masak yang simple-simple. tak pe, yang penting aku masak sendiri, tak beli. aku ni boleh je memasak cuma malas. penyakit malas tu kalau datang, nak goreng telur pun aku malas. tapi bila rajin datang, semua benda aku nak masak.

puasa kedua aku masak nasi putih, lauk gulai ikan tenggiri campur cendawan, rojak tauhu taugeh timun telur rebus plus kuah lada dan airnya aiskrim soda. puasa ketiga masak lauk sambal sotong, goreng kangkung. lepas tu buat kuih bebola roti udang (ni aku google resepi), dan air sirap bandung. puasa keempat, masak kuew tiaw sup dengan puding roti. puasa ke lima dan seterusnya aku dah lupa aku masak apa.tapi aku ingat aku masa puding roti 2 kali dalam minggu pertama tu.

minggu kedua aku dah jarang memasak. sebabnya, aku demam beberapa hari. bila dah sihat, minyak masak dah habis asik lupa nak pergi beli. bila dah sampai rumah baru teringat, memang takkan adanya nak keluar balik. aku pun tak berapa ingat berbuka apa sepanjang minggu kedua. tapi yang pasti tak ada beli kat bazar ramadhan.

minggu ketiga ni baru stat memasak balik. tapi masak yang simple je sebab request dari encik capo. semalam aku ingat nak masak sambal ayam. tapi boleh pulak encik capo request nak berbuka makan kuih jemput cicah sos cili je. aku pun sukalah sebab senang sangat. sambil masak boleh berwasap-wasap lagi dengan adik beradik. round pertama hangus sikit kuih jemput sebab leka berwasap punya pasal.

setiap hari masa bulan puasa ni, aku makan betul-betul masa berbuka tu. lepas tu memang tak makan apa-apa. sahur, aku cuma masak untuk encik capo sahaja. tapi ada juga beberapa kali aku tak sedar nak kejut encik capo sahur. aku memang tak boleh makan sahur. perut aku sensitif sangat. aku cuma minum air suam 2 gelas je. kalau aku makan nasi atau makanan lain, aku pasti akan sakit perut tahap guling-guling punya. sebab makan awal pagi sangat. perut aku tak boleh terima. hari tu aku tak tahan godaan lauk ikan bilis goreng + bawang yang aku masak untuk encik capo masa sahur. aku pun nak makan juga pukul 5 pagi tu. tak lama lepas tu terus aku sakit perut beguling-guling sampai petang esoknya. aku sangkakan tahun ni perut aku dah boleh makan masa sahur. rupa-rupanya tak..... oh ya, arissa pun kadang-kadang bangun masa sahur. dia nak sahur jugak katanya. tapi sahur susu je lah lepas tu lelap balik dengan botol masih dimulut.

ok hari ni nak masak apa? esok nak masak apa? aku belum fikir lagi. tapi kena fikir nak masak apa yang spesel sikit sebab nak membalas pemberian jiran-jiran.


Thursday, June 26, 2014

teman baru

hari ketiga bela alaric

dah lama nak menulis  tapi mood menaip asik ke laut je. rasa malas nak menaip. rasa nak berhenti menulis blog pun ye jugak. tapi sayang pula kat blog ni. jadi aku amik keputusan untuk menaip bila aku terasa nak menaip. lagipun bukan ada orang pun baca blog aku. sendu aje. keh keh keh.

aku rasa mood aku nak menaip cerita tentang alaric. sekali je aku pernah cerita tentang alaric dalam blog ni iaitu masa aku beli dia dulu. boleh refer disini.

disebabkan baru berkenalan dengan alaric, maka aku tak berapa tahu perangai dia. yang paling aku risau, pandai ke dia terberak kat litter box yang disediakan? bab ni sangat penting. kalau dia terberak bersepah-sepah, boleh jadi stress dengan baunya dan juga nak membersihkannya. ini juga boleh mendatangkan kemarahan encik capo. maklumlah diakan tak berapa mesra kucing. jadi kalau kucing buat hal teberak sepah-sepah, menambahkan ketidakmesraannya nanti.

ni hari pertama alaric dirumah. mengiau tak henti henti akhirnya tido juga.


hari pertama bawak alaric balik rumah, aku terus masukkan dalam sangkar. sebabnya aku takut dia lari. arissa bukan main suka bila dapat bela kucing. tujuann lain aku masukkan dalam sangkar sebab nak suruh dia tahu yang litter box ada dalam sangkar. entah dia faham ke tidak aku pun tak pasti. tak sampai 30 saat aku masukkan alaric dalam sangkar, dia terus masuk dalam litter box dan mula menggali. aku pun terkagum sekejap. pandai rupanya alaric berak dalam litter box. disitu alaric dah dapat 10 markah untuk perangai dia yang pandai gunakan litter box.

aku dan arissa asik duduk mengadap sangkar. excited sebab dah ada kucing. oh ya masa beli alaric ni umur dia 2 bulan. alaric pula jenis tak suka duduk dalam sangkar sebab asik mengiau tak henti-henti. iyalah, mana ada haiwan yang suka dikurung. sebenarnya aku pun tak suka kurung kucing ni. tapi sebab baru beberapa jam alaric tinggal dalam rumah ni, maka aku harus kurung dulu nak bagi dia biasa dengan rumah ni. tak sampai sejam kurung terus keluarkan alaric. kemain suka dia dapat keluar. terus menggesel-gesel manja. disitu dia dapat 10 point lagi sebab manja.


alaric di hari ke empat. dia sangat manja. aku sukeeee ;-)

bila dah bebas alaric asik ke hulur hilir membau sana sini. mungkin pelik sebab rumah baru katakan. aku dan arissa main-main dengan alaric. cuma alaric tak berapa 'suka' dengan arissa. bila arissa nak amik je alaric lari menyorok. bila aku nak amik tak ada pula alaric lari. lepas dah 3,4 kali arissa ajak alaric main tapi alaric asik lari dan menyorok, maka arissa pun merajuk dengan alaric. muka sedih je arissa pegi tengok tv.

manalah alaric tak mesra dengan arissa. arissa asik kejar alaric je. kucing tu dahlah baru lagi tak kenal lagi orang dalam rumah tu tapi arissa kasar dan asik kejar. tu pasal bila arissa nak amik alaric alaric lari dan menyorok. tapi serius, arissa memang sedih gila. aku pun ajarlah arissa cara-cara nak berkawan dengan kucing. aku dah pernah bela berpuluh ekor kucing masa duduk kat kampung dulu. tak pernah  ada kucing yang tak mesra dengan aku. dah kahwin je tak dapat bela kucing sebab encik capo tak bagi. bila dah ajar arissa, arissa cuba praktikkan tapi tak berjaya. mungkin alaric trauma sekejap sebab tak kenal tetiba kena kejar kehulu hilir sebelum tu.

malam masa nak tido, kurung semula alaric dalam sangkar. takut dia lari pula masa kiteorang tido. lagipun dia belum biasa lagi dengan rumah dan tuan barunya. sangkar alaric aku letak dalam rumah. duduk apartmen, mana ada laman depan atau belakang. jadi, bela dalam rumah lah.


lain kali bila ada mood aku cerita lagi tentang alaric.

Monday, May 26, 2014

walaupun tak kaya tapi...




ulasan:

1. aah memang kelakar lah jugak. suka bejoget tak tentu arah. selalunya kat shopping complex. bila dengar lagu yang dia suka dibantai bejoget padahal ada je orang lain kat sekeliling. 

2. yang ni tak berapa pasti. biar aku fikir jap.

3. nak kata selalu tu takdalah. tapi adalah jugak. tapi kalau selalu lagi ok.

4. yang ni selalu lah jugak. pegi tengok wayang. karoke. jenjalan shopping. kekadang window shopping je. yang window shopping ni tak berapa best.

5. yang ni ada kesilapan sikit. sebab selalunya aku yang ajak makan kat luar sebab malas nak masak. serius! aku memang malas nak masak! nggeee ;-).

6. mmm... ye la kot.

7. kalau paksa aku menutup aurat dengan sempurna, boleh terima ke?

8. mmmm...jap pikir jap

9. yang ni ada. kalau selalu lagi best. ;-D

Wednesday, May 7, 2014

pengajaran

aku senyum sekacak damon salvatore sebab tak tersangkut kat jem

pagi ini aku perlu menghantar duan hadi ke kolejnya di taman oakland, seremban 2 lagi. pengajaran daripada semalam (tersangkut di kesesakan jalanraya dari arah seremban 2 pada pukul 7.00 pagi), maka pagi ini aku keluar lebih awal. jika semalam keluar dari rumah pukul 6.40 pagi (masa ni memang dah jemput duan hadi dari rumahnya), hari ini aku keluar pukul 5.50 pagi. 5.50 pagi itu aku sudah sampai di rumah bancik. maka waktu aku bertolak dari rumah pastinya lebih awal daripada 5.50 pagi.

dari Taman X, aku memandu ke seremban 2 ikut jalan bukit chedang. aku malas nak ikut highway walaupun Taman X memang sudah berhampiran dengan tol. jalan lengang dan perjalanan pun lancar. sampai di kolej duan hampir 6.15 pagi. selepas turunkan duan hadi di hadapan kolejnya aku pun meneruskan perjalanan ke seremban ikut jalan semalam.

dikala 6.15 pagi jalan ke arah seremban dari seremban 2 lengang dan traffic lancar. aku pun memandu senang hati sambil menyanyi-nyanyi ikut lagu di mp3. niat awal (sebelum hantar duan ) aku nak terus ke opis. lagipun aku sudah siap berpakaian opis pun. tetapi memandangkan jam baru pukul 6.20 pagi semasa aku melalui bangunan opis maka aku batalkan niat. terus aku memandu balik ke rumah. (rumah dan opis lebih kurang 5 minit sahaja).

sampai di rumah, memandangkan banyak masa lagi maka terus buat breakfast nak bawak bekal. dan 7.10 pagi aku bergerak semula ke opis.

hari yang indah sebab tak perlu tempuh jem. langkah yang paling senang untuk tak tersangkut dalam jem (kecuali ada eksiden) di pagi hari adalah keluar awal. tapi untuk elak jem pada waktu selepas kerja agak susah sedikit sebab semua keluar serentak. jadi samada kena keluar awal sedikit atau balik lambat banyak sikit ;-p.


i hate stupid driver

biasanya aku memang keluar rumah awal pagi untuk hantar arissa (bukan untuk pegi kerja ;-p), antara 5.30 pagi ke 6.15 pagi. sebabnya aku suka keluar awal ialah kemungkinan untuk terjumpa stupid driver adalah kurang berbanding keluar selepas pukul 6.30 pagi. stupid driver tu adalah pemandu yang bawak slow macam siput dijalan yang sukar untuk aku memotong (contohnya jalan menuju ke penghulu cantik). pemandu yang tak sedar diri bawak slow tapi suka berada di lorong kanan. pemandu yang tak menyempat nak keluar simpang walaupun kereta aku dah dekat tetapi bila dah keluar dari simpang bawak slow macam siput vavi. pemandu yang masuk simpang tak tahu nak bagi signal. dan macam-macam peel stupid driver lagi. aku boleh stress sangat bila terjumpa stupid driver ni dan seterusnya menyebabkan mulut aku mengeluarkan kata-kata yang tak sedap untuk didengar oleh orang lain dan juga aku sendiri. jadi bila keluar rumah awal pagi, peratus aku untuk stress dan memaki orang di pagi hari adalah kurang. ngeee :-D


Sunday, January 5, 2014

tiga tahun dan sambut bertiga



kalau mood posing arissa datang....macam tu lah rupenye...


2.1.2014 (khamis) yang lepas, genaplah umur arissa 3 tahun. alhamdulillah, arissa membesar dengan sihat walaupun selalu taknak makan. harap-harap dah masuk 3 tahun ni selera makan arissa datang. daripada makan seminggu sekali, insyaallah nak makan hari-hari.






disebabkan tarikh hari lahir arissa jatuh pada hari khamis dan ia adalah hari bekerja, maka tiada sambutan besar-besaran dilakukan. hanya mini party je dimana hanya ada aku, encik capo dan arissa. balik keje petang khamis tu, terus jemput arissa kemudian singgah kedai kek king's kat seremban dan beli cup cake yang corak kartun sebab biasalah budak-budak mesti nak yang kartun.


bila arissa tengok gambar ni mesti dia tanya 'mak, siapa orang yang amik gambar ni?'. ni auto la arissa. dia amik sendiri.


balik rumah terus hidang, pasang lilin dan raikan bertiga. simple tapi sangat bermakna. arissa kemain gembira asik menyanyi lagu happy besday to you je. cup cakenya jilat yang krim je. dah abis krim terus taknak makan dah.



itu saje sambutan hari lahir arissa untuk hari tu. semoga arissa akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang solehah, dikurniakan kesihatan fizikal dan mental yang sihat dan jadi anak yang bijak. insyaallah.



sekian.

Sunday, December 8, 2013

tunaikan impian arissa

arissa: mak, jom pegi rumah hanisah.

arissa: mak, aisa nak main dengan hanisah. 

arissa: mak, kite nak pegi rumah hanisah ke?

arissa: mak jangan abiskan kopok ni tau. aisa nak makan dengan hanisah kat rumah hanisah.


sejak pegi rumah kawan aku hani, bulan 9 yang lepas, arissa asyiklah ajak aku pergi sana lagi. tujuannya sebab nak main dengan hanisah. hari-hari itulah yang dimintanya. asal naik kereta nak pergi mana-mana mesti tanya nak pergi rumah hanisah ke? bila aku jawab tak, melalak-lalak. bila aku kata hanisah takde kat rumah balik kampung, arissa ajak aku pergi kampung hanisah sekali. adoi la hai. bila dia teringat, memang hari-hari tanya pasal hanisah. bila terlupa, memang dia tak tanya lah. oh ya, hanisah tu anak hani yang sebaya arissa.


aku: kenapa arissa asik nak pergi rumah hanisah je?

arissa: sebab aisa suka main dengan hanisah.

aku: kenapa arissa suka main dengan hanisah?

arissa: sebab ia baik. ia kasi arissa main ipad ia.

aku: arissa ni tak malu ke main ipad hanisah. kat rumah kan arissa dah selalu main ipad.

arissa: ayah hanisah pun kasi aisa main ipad. pehtu hanisah kasi aisa main game singa yang gosok gigi.


baru sampai. dah tak muat arissa dalam stroller ni sebab dah besar panjang. tapi sumbat aje lah...dio pun goma duduk dalam stroller.
bila sebut nama kawan-kawan sebaya yang arissa pernah jumpa dan main, nama hanisah jugak yang disebutnya. satu hari aku sms hani cerita kat dia pasal arissa yang selalu bertanyakan hanisah. jadi hani ajaklah jumpa sebab kesian kat arissa. bincang punya bincang, kami pun setuju nak jumpa dan jenjalan di aquaria klcc sebab memang kiteorang tak pernah pergi sana. tarikh yang dicadangkan 30 November 2013 pukul 10.30 pagi.


kami yang sedang breakfast di restoran yang aku lupa namanya. huhu. nama pelik memang susahlah aku nak ingat.

hari berganti hari, minggu berganti minggu maka sampailah 30hb. kami bertiga (aku, encik capo dan arissa) bertolak dari seremban pukul 9 pagi dengan harapan tiada jem dan senang dapat parking. dengan bantuan sygic, maka kami pun sampai di aquaria klcc dalam pukul 10.05 pagi camtu. masuk-masuk je kat ruang aquaria tu punya lah ramai umat manusia beratur beli tiket. sepanjang-panjang barisan. kami beli tiket dulu sebab hani dan family tak sampai lagi. lepas beli tiket masuk restoran yang berhampiran aquaria tu. apatah nama restoran tu. hari tu aku ingat, bila nak buat entri aku lupa. kami tak breakfast pun lagi sebenarnya. perut aku memang dah lapar sangat. aku kalau nak keluar pergi mana-mana pagi weekend, memang aku tak kuasa nak masak breakfast kat rumah. breakfast kat kedai aje.

bila arissa dah bertemu hanisah

sedang breakfast, hani dan family pun sampai. arissa pulak buat lawak. bila hanisah tegur boleh dia buat tak tau je. padahal dia lah asik menyebut nama orang tu hari-hari. yang kelakarnya boleh pulak arissa berpaling tempat lain lepas tu mulut dia senyum-senyum simpul. malu lah kononnya tu. tapi bila dah lama sikit barulah ok berkawan-kawan siap berpegangan tangan. comel je tengok diorang. lepas semua dah setel, kami pun masuk dalam aquaria tu.



tiket kat aquaria tu RM 38 untuk dewasa. kalau takde IC RM50. kanak-kanak RM 28 ( 3-12 thn) dan warga emas RM28. nasib baik lah pergi sekarang sebab kalau tunggu pergi tahun depan, arissa dah kena dibayar tiket.

kemain arissa peluk hanisah



bila dah masuk dalam, masing-masing (arissa dan hanisah) dah excited nak tengok ikan. disebabkan orang terlampau ramai kenalah dukung arissa sebab nak bagi tengok tapak sulaiman dan macam-macam ikan. bila dah tepisah 2 orang kanak-kanak tu, mulalah bertanya hanisah mana. yang hanisah tanya kat mak dia mana arissa. hahaha.


hani, hanisah, arissa dan aku. dah besar sok, arissa dan hanisah  boleh lah jadi kawan baik macam mak-mak korang nih.


bila nak jalan balik, budak 2 orang ni pun jalan berpegangan tangan balik. camtu lah sampai keluar daripada aquaria tu. lepas dah keluar dari aquaria memang perut kompem lapar lah sebab jalan je kan. dalam tu panas gila sampai basah lencun baju aku dek peluh. masa exit aquaria  tu biasalah mesti ada kedai jual cenderahati. kiteorang pun adalah beli cenderahati sket buat kenang kenangan. arissa biasalah pantang nampak mainan. aku beli la yang harganya mampu untuk dibeli. bila dah ada mainan, mulalah kawan baik jadi tak baik. hanisah nak pinjam mainan arissa lepas tu arissa tak bagi. mula-mula dia bagi lepas tu amik balik terus taknak bagi-bagi dah. sampai menangis hanisah. sian hanisah. puaslah aku mengkaunselingkan arissa mengingatkan dia macammana hanisah layan dia masa datang kat rumah hanisah dulu. barulah arissa bagi main sekejap. lepas tu amik balik. camtulah perangainya.

sama tapi tak serupa. pemenan kat tangan arissa tu menjadi punca keregangan persahabatan dorang.

masa tengah makan tu arissa pun dah mengantuk lalu tetido kat pangkuan aku sambil aku makan. dia dah lena sket baru masukkan dalam stroller. sementara tu aku dan hani pun beborak-boraklah macam-macam. lepas makan kami pun berpisah. hani dan family nak balik manakala aku dan family nak jenjalan kat suria klcc.  nasib baik arissa dah tido masa nak berpisah tu. kalau tak, maun dia melalak tak bagi hanisah balik.


kami yang di aquaria klcc. posing sebelum pegi makan.


arissa yang telah tewas, hanisah yang masih steady

pendapat personal aku, aquaria ni takde lah best sangat. sebab tak ada penguin dengan anjing laut. aku sangat suka 2 haiwan ni. lagi satu mungkin jugak aku baru pergi underwaterworld kat langkawi bulan 9 lepas. underwaterworld langkawi 2 kali best kot dari aquaria ni. tiket pun tak mahal sangat. tapi kos nak ke langkawi tu lah yang mahal. tetiba aku rindukan langkawi. bila nak pergi sana lagi nih? huhuhu.

p/s: kalau aku rajin aku buat entri kami yang jenjalan kat suria klcc. kalau aku rajin lah....;-D


******************************************


citer ni dah berlaku seminggu yang lalu. tapi aku tak rajin nak update sebab malas nak bukak pc. bila balik kerja dah penat. kadang-kadang balik lewat dalam pukul 10 - 11 malam sebab ada hal, terus tido. entri banyak gambar memang amik masa sket nak update sebab nak kena copy gambar, nak combine (kalau banyak sangat gambar) dan nak letak watermark. memang kena update pakai pc. kalau entri 1 gambar atau takde gambar langsung biasanya aku update pakai henpon je kat gmail. kalau update pakai henpon, sambil tebaring atau sambil duduk melangok pun dah boleh update satu entri.


tempat aku mengupdate blog atau surfing di rumah. ini port aku yang punya. muahahaha

Tuesday, November 19, 2013

dikejutkan pukul 3 pagi

Pukul 3 pagi tadi arissa kejut aku. Merengek-rengek bagitau hidung dia sakit. Aku syak dia selsema lalu hidung tersumbat. Risau aku kalau dia demam. Rasa dahi, leher dan badan tak panas. Pastu menangis nangis cakap sakit hidung. Aku tengok tak ada lah hingus. Aku amik tisu suruh arissa hembus. Tapi dia pegi sedut pulak. Tapi tak ada lak bunyi apa apa selain bunyi nafas arissa sendiri.

curi-curi amik gambar arissa tengah layan gyomi.

Mata aku punya lah mengantuk tapi takkan nak tido kalau dah arissa kejap merengek kejap menangis. Nak letak cool fever dia melalak taknak. Ni satu aku hangin. Bila tak demam atau tengah sihat arissa sibuk nak pakai cool fever. Bila tiba masa tak sihat melalak lalak tak nak pakai. Saba aje lah.

Arissa: mak, aisa sakit hidung.

Aku: arissa tebesin la. Kalau tebesin nanti selemo kelua banyak.

Arissa: macam mana nak tebesin ni? Lambat nya nak tebesin.

Aku: arissa tengok je lampu tu lama-lama. Nanti arissa tebesin la.

Arissa pun tengok lampu. Tapi tak tebersin jugak.

Arissa: alaaaaa mak. Lambat sangat nak tebesin ni.

Dekat pukul 4 pagi encik capo bangun pegi cari vicks dan panadol soluble. Tapi bukan bagi arissa minum air panadol soluble tu. Nak mampus bagi budak besar tu minum air panadol soluble??? Just masukkan dalam air panas dan bagi arisaa hidu wap yang keluar. Kompem.la nak buat tu guna taktik. Tak boleh cakap kat arissa direct.


ooops. arissa dapat detect aku amik gambar dia. budak ni ada mood dia kalau nak begambar. skang bukan mood nak begambar. marah betul dia bila nampak aku amik gambar dia.


'Arissa, meh hidu wap panadol soluble ni biar hidung yang tesumbat tu lega'

Kalau cakap camni kompem tak hingin arissa. Melalak takut lagi adalah.

So pendekatan yang digunakan oleh encik capo.

Encik capo:  arissa nak tengok magic tak?

Arissa: magic? Magic ape?

Encik capo: suruh mak buat magic.

Aku pulak blur. (Magic apobondo pulak disuruh e den buek ni?)

Pastu encik capo cakap pelahan lahan pasal suruh masukkan panadol soluble tu dalam air. Barulah aku paham. Dah amik air lepas tu panggil arissa suruh tengok. Dia tengok sikit lepas tu dia lari menyorok bawah bantal sebab takut. Magic tu maksudnya panadol soluble yang sedang berbuih-buih dalam mug bila dimasukkan dalam air panas. Tepaksa la kiteorang belakon di pukul 4 pagi tadi tentang hebatnya magic yang aku buat dalam mug tu. Pastu arissa pun bangun pelahan lahan.

Arissa: nak tengok magic lagi.

Kenalah bukak panadol soluble satu dan masuk dalam air panas. Kalia ni arissa baru berani tengok dekat2 dan excited. Bila muka dia dekat dengan mug, wap tu masuk dalam hidung dia. Pastu arissa usik-usik hidung. Legakah?  Lepas dah habis magic arissa pun dah tak mengadu sakit hidung lagi dan tak menangis lagi. Berkesankah? Lepas tu sapu vicks kat belakang dan dada arissa.

Arissa: mak, nak tengok gyomi kat tipon mak.

Aah sudah. Nak layan gyomi pulak dah pukul 4 lebih ni. Aku layankan aje janji arissa tak menangis hidung tersumbat lagi. Ingatkan lepas tu dia ngantuk lalu tertido. Tapi tak ada maknanya. Sampai ke subuh melayan gyomi. Nak tengok kucing nyanyi gyomi la, doremon nyanyi gyomi lah.

arissa tengah layan gyomi di tengah pagi buta

Bila arissa tak tido secara automatik aku pun tak tido. Encik capo memang dah menyambung tido. Tiba tiba encik capo berdengkur kuat. Aku buat-buat terperanjat.

Aku: arissa, bunyik ape tu?

Arissa: ala, ayah bedengkur je. Kejap lagi pelahan lah tu.

(Jawab arissa sambil mata sibuk tengok gyomi kat henpon aku)

Aku pun tegelak dengar jawapan arissa.


Tapi lepas tu arissa memang tak ada mengadu sakit hidung lagi. Alhamdulillah. Harap-harap tak selsema dan tak tersumbat lah hidung arissa. Budak-budak kalau selsema dan tersumbat tau lah macammana seksanya. Nak buang sendiri tak reti. Harapkan mak ayah dan wan kuasa dua (sbb ada 2 wan yang jaga arissa) la untuk jaga dan bagi ubat. Ditambah perlukan kesabaran yang berlipat ganda sebab memang kompem akan meragam siang malam pagi petang.


Ni pukul 3 pagi aku dah bangun dan tak tido terus pegi keje, peratus untuk mengantuk di opis adalah besar. Ngeeee ;-)

Thursday, November 14, 2013

i remember you


sekarang ni aku tengah baca novel kat gambar atas ni. Sebelum ni aku baca novel the mall.  baru abis bace malam balik dari kuala terengganu hari tu. novel bahasa inggeris paling sekejap aku baca iaitu ambil masa sebulan lebih je. sebelum ni berbulan-bulan malah amik masa setahun pun ada. sebab bukan baca hari-hari. bila ada masa betul-betul terluang je baru dapat baca. tapi disebabkan novel the mall ni best maka aku gigih mencuri masa nak habiskan sebab tak sabar nak tahu ending. sebab aku bukan jenis akan selak ending dulu baru start baca atau bukan jenis yang baca separuh lepas tu baca ending kemudian sambung baca tengah-tengah balik. aku mesti baca dari awal hingga mukasurat terakhir novel tu. barulah nikmat membaca tu ada. ^_^.

aku beli novel i remember you ni mestilah sebab novel ni seram. ni berdasarkan sinopsis kat belakang buku dan komen kat depan buku ni lah. seperti biasa aku tak suka baca novel romantik baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. nasib baik aku tak layan novel love you mr arrogant. kalau tak mesti aku jatuh cinta dengan watak irham. masa tu mesti aku imagine sendiri muka irham tu camne. aku cuma layan kat tv3 tu je. tapi.....tengok kat tv3, terus jatuh cinta jugak dengan watak irham dan si empunya diri. ngeeee...;-p.

berbalik kepada novel i remember you, disebabkan cerita ni katanya seram sangat maka aku membaca dengan sangat laju. maksudnya bukan aku skip mukasurat. tapi aku mencuri masa untuk membaca sehingga aku rasa perlu berhenti. arissa pun leka main game kan. aku pun leka a baca novel. harap-harap boleh abiskan baca novel ni dalam masa 2 minggu atau lagi cepat lagi bagus. novel seram dan pembunuhan bahasa inggeris bersusun dah aku beli cuma menunggu giliran untuk dibaca je.


sekian. ;-)

Friday, November 1, 2013

happy yogis, happy arissa, happy aku

dalam entri yang sebelum-sebelum ni aku pernah cerita tentang arissa yang susah nak buang air besar sebab berak dia keras. penyelesaian yang aku guna masa tu ialah bagi minum vitagen. tapi arissa dah selalu minum vitagen jadi dia dah muak tak nak minum lagi lalu berak dia kembali keras.

bila dia nak meneran tu kadang-kadang dia nak aku peluk dia.

arissa: 'mak...aisa nak teberak. nak polok (peluk)'... (sambil meneran tapi tak keluar-keluar berak dia)

kadang-kadang dia tak nak dipeluk.

aku: arissa nak mak polok tak?

arissa: taknak polok. aisa nak teberak sorang-sorang.

kesian sangat tengok keadaan arissa yang susah betul nak teberak. memang dasar berak keras macam batu.

satu malam, abang aku adai, isteri (syikin) dan anak-anak dia datang rumah aku.


syikin bagitau aku yang anak kawan dia pun alami masalah yang sama macam arissa iaitu berak keras. kawan dia bagi anak dia makan happy yogis dan masalah berak keras anak dia pun selesai.

wah! harus dicuba.

aku terkagum lalu terus menggoogle apa itu happy yogis? bagaimanakah bentuknya?




setelah jumpa di internet tanpa berlengah aku terus beli online.

bila dah sampai, aku pun bagi arissa makan. arissa baru makan sikit dia dah buang.


arissa: eee ape ni? ape mak bagi aisa ni? tak sidap.

aku: mak bagi gula-gula lah. tak sidap ke? tak sidap takyah makan lagi ye.


aku memang tak bagi arissa makan lagi happy yogis tu tapi aku campurkan dalam susu dia tanpa pengetahuan arissa. kalau arissa nampak aku masukkan sesuatu dalam susu dia, sampai ke sudah dia takkan minum.

selepas bagi happy yogis tu, aku tak sabar-sabar tunggu arissa teberak.

aku: arissa takde rasa nak teberak ke?

arissa: takde. aisa belum nak berak lagi.




selepas 2 hari barulah arissa nak teberak. aku berdebar-debar je tunggu result. apakah berkesan happy yogis itu atau tidak.

alhamdulillah, tak sampai beberapa minit arissa mengadu nak teberak, tetiba aku cek dalam pampers dah ada berak. berak cair. aku rasa dah lamaaaaaaaaaaa sangatttttt arissa tak berak cair atau separa cecair. disebabkan aku rasa gembira maka aku order lagi 3 paket happy yogis sebab masa mula-mula cuba tu aku cuma beli satu paket sahaja.




sekarang dah paket ke 4 arissa makan happy yogis tanpa dia sedari. dan sejak mula makan awal bulan 10 hari tu, arissa memang dah senang nak terberak. takde lah macam dulu. meneran petang, berak nya keluar tengah malam takpun esok paginya. sekarang dalam 5 minit dah selesai teberak dalam pampers.

happy yogis ni makanan organic. rasanya macam yougurt dan dalam bentuk tablet. ada 3 perisa iaitu strawberry, mixed berry dan banana mango. aku campurkan dalam susu arissa 5 tablet selang selang. maksudnya pagi aku letak dalam susu, tengah hari tak letak. petang aku letak balik. malam tak letak. tengah malam kalau dia minta susu aku letak a lagi happy yogis. macam tu la kaedah yang aku praktikkan. satu paket ni tahan 7 hari. sebab tu kena bagi selalu supaya tak membazir  bila dah sampai 7 hari. harga sepaket dalam RM 22.50 kot. tapi masa aku beli ada offer so harga jadi RM 19.50. baru semalam order lagi 3 paket dan dah sampai petang tadi.

suka tengok arissa dah senang nak teberak ;-).


alhamdulillah ^_^.





Wednesday, October 30, 2013

ayat sentap untuk mak


kadang-kadang bila keluar beli barang dengan mak aku, aku akan bayarkan untuk mak aku (kecuali abang aku dah bagi mak aku duit). ni perbualan selepas beli barang. samada kat kedai makan atau dalam keta atau dah kat rumah.

mak aku: wildcutecat, berapo inggit barang den semuo e tadi?

aku: tak po lah. tak payah bayar balik.

mak aku: eh. banyak den boli tadi tu. kang takdo lak duit kau.

aku:  ala, kalau orang takdo duit orang takdo la bayarkan. orang duduk dendiam jo.

mak aku: kang banyak lak duit kau abih.

aku: alah, mak beranakkan orang dulu lagi sakit. tak po do. (lalu aku tersengih)


pastu mak aku terdiam. sentap kah? terharu kah? huhuhuhu.


ayat last tu memang ayat yang aku selalu guna kat mak aku kalau mak aku nak bayar balik apa aku bayarkan ataupun bila aku belikan apa-apa hadiah surprise. ngeeee ;-p




Sunday, October 27, 2013

sedap sangat



dalam tempoh tak sampai 2 jam, habis sekotak aiskrim magnum almond aku kejekan sorang. satu kotak ada 3 batang aiskrim. dan aku ada satu kotak lagi magnum almond dalam peti ais.   untung la aku sebab encik capo tak suka sangat makan aiskrim. jadi semua aiskrim dalam peti ais aku yang punya. tak payah berebut-rebut.  muahahahahah.

aiskrim magnum almond ni sedap sangat lah.

Tuesday, October 22, 2013

aku yang dah tak macho lagi

hari ahad lepas aku dan encik capo pegi jusco seremban 2. tujuan utamanya sebab nak tengok wayang movie insidious chapter 2. kebetulan arissa tak ada kat rumah. sibuk nak mengikut mak uda @ lida balik pagi tu sebab malam tu lida tido kat rumah aku dengan duan dan adif layan movie. dikesempatan itu, kami pun pergi lah menonton wayang.

insidious yang first

kiteorang dah layan insidious yang first. jadi satu kemestian untuk tengok sambungannya. adakah lebih seram atau biasa-biasa je. pengarah movie insidious ni ialah james wan. pengarah yang sama mengarahkan movie the conjuring. sape pernah tengok hasil kerja dia kat the conjuring mesti takkan ragu-ragu untuk tengok insidious chapter 2 ni. memang terbaik!!!



untuk yang tak pernah tengok insidious yang first aku nasihatkan tengok dulu. jangan terus terjah tengok insidious chapter 2 sebab kompem kamu tak akan faham jalan cerita. memang sangat berkait.

komen aku terhadap insidious chapter 2 ni memang movie ni best. tahap keseraman tu mungkin lebih seram dari the conjuring sebab masa tengok the conjuring tu walaupun memang seram tapi aku berjaya kontrol macho untuk tidak terperanjat dan tutup muka atau mengalihkan pandangan bila hantu keluar. tapi masa tonton insidious 2 ni ketiga-tiga perkara tersebut aku buat walaupun telah kontrol macho. dengan terperanjat tak hingat, dengan hantu yang keluar tetiba. fuhhh.... berpeluh aku layan insidious 2 ni. dengan itu aku terpaksa mengaku movie ni membuatkan aku hilang kemachoan aku T_T.

renai dan josh

sinopsis insidious first dari sudut aku yang telah menonton.

insidous chapter2  ni sambungan kepada insidious dimana dalam insidious yang first, roh ayah (josh) telah keluar dari badannya untuk mencari roh anak (dalton) yang juga telah keluar dari badan tetapi sesat dan tak pulang-pulang setelah lebih dari 3 bulan. bila roh dalton dah keluar dan tak balik-balik, jasad dia berada dalam keadaan koma. dua beranak ni memang ada kebolehan dimana roh akan merayap keluar bila diorang tido. di akhir cerita josh berjaya jumpa roh dalton yang telah diperangkap oleh hantu api yang jahat yang cuba untuk menakluk jasad dalton yang sedang koma supaya dia boleh hidup semula. semasa cuba kembali kepada jasad masing-masing, josh telah dikejar oleh hantu perempuan bergaun hitam dimana hantu perempuan berbaju hitam ni telah mengganggu josh semasa dia kanak-kanak dulu tetapi emak josh (lorraine) dengan bantuan pakar hantu (elise) telah berjaya menghentikan gangguan tersebut. tujuan hantu perempuan berbaju hitam ni mengganggu josh ialah sebab dia nakkan jasad josh yang sedang tiada roh sebab josh kan dah keluar dari badan dia untuk cari anak dia. jadi....semasa josh sedang kembali ke jasad dia, adakah benar-benar roh josh yang kembali atau hantu perempuan bergaun hitam yang berjaya masuk dahulu. sebab di akhir cerita elise dapat detect yang dalam badan josh adalah hantu bukannya roh josh yang sebenar. tapi belum sempat elise bagitau isteri josh (renai), dia dah mati kena cekik oleh josh.

part ni memang seram dan terkejut. tak pasal-pasal kaki aku terangkat masa part ni dan terus tengok tempat lain.

dalam insidious 2 pula, josh berlagak seperti biasa seolah-olah dia memang josh yang sebenar. isteri, emak dan anak-anak dia pun tak mengesyaki apa-apa kecuali renai dia macam syak josh yang bunuh elise. tapi laporan forensik membuktikan bukan josh yang cekik elise. jadi renai lega. mereka telah berpindah di rumah emak josh (lorraine) sebab polis sedang membuat siasatan di rumah mereka. rumah lorraine adalah rumah keluarga dimana masa kanak-kanak dulu josh tinggal disana lah masa dia kena ganggu dengan hantu perempuan bergaun hitam tu. josh memang tak ingat semua tu sebab elise dah berjaya buat dia lupa masa mengubatkan dia masa dia kanak-kanak dulu.

hantu pempuan bergaun hitam

semasa tinggal di rumah tersebut, mereka masih diganggu oleh hantu. piano bermain sendiri, hantu perempuan bergaun putih merayap-rayap dalam rumah dan sebagainya. lorraine mengesyaki josh iaitu anak dia adalah bukan josh yang sebenar. oleh sebab itu dia telah meminta tolong kepada 2 orang pembantu elise yang sama-sama terlibat semasa proses mencari dalton (insidious first) dulu. mereka telah meminta bantuan carl kawan lama kepada elise yang sama-sama bekerja dengan elise masa memulihkan josh masa kanak-kanak dulu. konpius tak apa aku cerita ni? hahaha. tujuan minta tolong carl adalah untuk panggil roh elise sebab hanya elise yang boleh tolong dorang setelkan masalah gangguan hantu yang tiada kesudahan ni. roh elise telah membantu mereka dengan memberikan petunjuk melalui huruf-huruf pada dadu. selepas berjaya menyiasat tentang hal sebenar dan siapa hantu-hantu yang mengganggu mereka sekeluarga maka lorraine menceritakan kepada renai. semasa ketiadaan lorraine, renai telah diganggu di rumah semasa tinggal berdua dengan anak dia yang kecik (keli).

hantu pempuan bergaun putih

ok, tak boleh cerita sampai habis nanti dah tak suspen. korang tengok a. serius best dan seram. memang tak rugi beli tiket couple seat denga kos RM 34 untuk tonton movie ni. tapi untuk rasa best dan seram kena pastikan tonton insidious yang first dulu. kalau tak kompem blur.

lorraine, josh, dalton dan renai.

ok sekian.


rasa-rasa macam ada insidous chapter 3 nanti. tak sabar nak tengok.

Thursday, October 17, 2013

angin

hari ni mood nak buat entri seram.  kalau orang baca tak seram rasanya. tapi sebab aku yang mengalami, maka rasa seram dan meremang bulu roma tu pasti ada.

kejadian ni berlaku pada tahun 2010 masa aku tengah pregnant kan arissa. tahun 2010 tahun yang busy bagi aku sebab aku ditugaskan untuk handle satu sistem ni. kira high profile la punya sistem. disebabkan kekurangan programmer, maka aku sendiri willing untuk bangunkan sistem ni walaupun aku tak tahu guna php. (php ialah language open source yang biasa digunakan untuk bangunkan sistem. sape yang amik IT mesti tahu apa itu php -_^  ).sistem ni kira pentinglah dan user nak pakai urgent.

oleh sebab aku punya knowledge tentang php adalah zero maka aku selalu stayback di opis sampai malam hampir setiap hari. malah weekend juga aku selalu datang opis buat kerja. aku selalu guna internet untuk google coding seterusnya try and error pada sistem yang aku sedang bangunkan. aku stayback di opis ditemani encik capo yang juga satu opis dengan aku. kadang-kadang stayback sampai pukul 8. kadang-kadang terlajak juga sampai pukul 10 malam sebab kusyuk mengkoding. masa tu aku ada bilik. buat koding didalam bilik lebih fokus berbanding buat koding di partition macam skang. idea banyak je mencurah. huhuhu. kadang-kadang kat opis,malam-malam ada jugak staff lain yang datang. kadang-kadang aku dan encik capo berdua je.

panjang pulak intro aku nih. bila nak sampai part seram nih?

pada suatu malam (aku tak ingat pukul berapa mungkin dalam 8 lebih atau 9 malam) sedang aku buat koding seorang diri di dalam bilik, hati tetiba rasa tak sedap. rasa lain macam je. rasa macam diperhatikan. encik capo masa tu dalam bilik dia. bilik dia jauh sket dari bilik aku. so memang tak nampak la kalau nak meninjau dari bilik aku. walaupun kami berdua di opis tapi masing-masing buat hal sendiri dalam bilik masing-masing. aku pandang-pandang gak sekeliling kot-kot ada staff lain datang opis malam tu tanpa aku sedar tapi takde sesiapa pun sebab dari bilik aku memang nampak pintu utama. tak ada sesiapa yang masuk. disebabkan rasa tak sedap hati dan tiba-tiba rasa berdebar, aku pun angkat kaki nak pergi kat bilik encik capo. masa aku nak keluar dari bilik,  aku tetiba terasa ada angin lalu betul-betul kat muka aku. terus aku terkaku di situ.

bila difikir secara logiknya, opis aku keliling memang berdinding dan bertingkap yang sentiasa tutup. mana pulak datangnya angin. sekali lalu pula tu dan betul-betul kat muka aku.  lepas tu  aku pun mengumpul keberanian jalan laju-laju kat bilik encik capo tanpa menoleh belakang dah. bila dah sampai bilik encik capo, macam biasalah tak cakap apa-apa. ajak balik bila dah balik baru bagitau.

nasib baiklah masa pegi kat lif, masuk dalam lif dan sepanjang perjalanan menuju ke kereta tak de dengar atau nampak apa-apa. memang sepanjang nak menuju ke kereta aku tak berhenti baca ayat kursi. kami pulang dengan selamat hari tu. tapi hari tu bukan hari terakhir aku stayback sampai malam kat opis. aku masih stayback lagi sebab kerja urgent kan. bila sistem dah siap dan stabil barulah aku tak kuasa nak stayback dan datang keje weekend lagi. bukan dapat claim OT pun. huhuhu.

sepanjang stayback itu je peristiwa seram yang tak berapa seram yang terjadi. eh eh kang cakap tak seram kang esok-esok jadi pulak yang seram. tak nak aku. baru angin lalu pun aku dah rasa seram. entah-entah angin tu masuk kat celah-celah tingkap kot-kot ada ruang (nak sedapkan hati je). jangan kau menjelma sudahlah. kalau pengsan oklah sebab tak sedar. dibuatnya tak pengsan-pengsan camne? huhuhu.

sekian.


**entri seram lepas ni nak citer pasal arissa yang diganggu.

Wednesday, October 16, 2013

aku, spirit dan ular

hari ni nak buat entri tentang kisah pelik atau misteri yang aku alami semasa aku di tingkatan 3 dulu.  kejadian ni bukan berlaku di sekolah tapi dirumah. namun begitu aku rasa hal ni terjadi rentetan daripada hal yang terjadi di kelas pada pagi hari yang sama dengan kejadian yang berlaku di rumah.

alkisahnya masa tu aku baru sahaja seminggu (rasanya) tamat peperiksaan pmr dan tak silap aku hari itu ialah hari terakhir sekolah sebelum cuti sekolah hujung tahun bermula. bila dah hujung-hujung,biasanya cikgu tak akan masuk mengajar lagi. maka satu kegembiraan buat semua sebab dapat buat aktiviti bebas macam  beborak, main batu simbang dan sebagainya selagi tak bising.

dalam kelas yang sama biasanya terbahagi kepada beberapa group. masing-masing ada geng sendiri. ada geng yang kepochi, ada geng yang biasa-biasa, ada geng yang baca buku je dan macam-macam lagi. aku and the geng seramai 5 orang adalah golongan geng yang biasa-biasa je.

kiteorang berlima ada aktiviti sendiri. kiteorang sibuk main gunting-gunting tisu sebab nak tilik jodoh. hahahaha. kat tisu tu tulis nama sendiri kemudian tulis nama orang (lelaki lah ye) yang kite suka. lepas tu gunting tisu tu kepada 5 bahagian. lepas tu aku dah lupa apa patut buat dengan tisu-tisu yang dah digunting tu. hasil daripada tu nanti dapat lah tau berapa percent jodoh kite dengan orang yang kita tulis nama tu. masa tu kemain girang dan merenyam lagi bila percent tu tinggi walhal tak pernah becakap pun dengan orang yang aku admirer tu. dia kenal aku pun tidak. wa kah kah kah.

berbalik kepada cerita,  ada geng kepochi di dalam kelas yang bermain spirit. masa dorang main sempat lagi request supaya spirit tu menjelma. mula mula spirit tu nak menjelma tapi tunggu punya tunggu tak menjelma pun. bila dorang tanye kenapa, spirit tu eja kat kertas tu nanti ada orang takut. budak-budak ni pun cakaplah takde sapa takut. tapi spirit tu kata ada. bila dorang tanya siapa yang takut, boleh pulak duit siling tu bergerak kat huruf demi huruf yang mengeja nama aku. aku pun tekejut la. apa kejadah nama aku pulak yang masuk sekali ni. sebab aku tak main pun. aku cuma lalu kat tempat dorang main sebab nak keluar pegi kantin dah time rehat. aku pun tak pasti dorang yang sengaja gerakkan duit tu atau memang ada benda yang gerakkan. kalau nak kata dorang berpakat, apa lak kaitan dengan aku. sebab aku tak geng sangat dengan dorang. ialah aku ni biasa-biasa aje. macam mana aku kat opis skang ni macam tu lah aku kat sekolah dulu. senyap je tak banyak cakap. bercakap dengan geng-geng aku yang sekepala sehati dan sejiwa aje. tapi tak ada lah bermusuh. kawan gitu-gitu aje. say hai dan senyum-senyum camtu je pun. jadi macam tak masuk akal pulak kalau dorang nak kenakan aku.

lepas tu aku pun keluar rehat dengan geng-geng aku. dan bila waktu persekolahan dah berakhir maka bergembiralah kami sebab nak cuti panjang. macam biasa aku pun balik rumah dengan lida lepas sekolah. petang tu pula mak aku nak pergi seremban dengan abang aku. masa ni aku tinggal di kuala pilah. aku tak ingat kenapa mak aku pergi seremban masa tu. tapi aku tak ikut. tapi tak ingatlah aku sendiri yang taknak ikut atau memang tak dipelawa. maka tinggallah aku dan lida dirumah berdua. dalam pukul 5 lebih tu lida keluar pergi rumah kawan dia yang berhampiran. jadi tinggallah aku seorang diri sambil meniarap baca suratkhabar di tengah ruang tamu. aku tak adalah takut ke apa. siang lagi. kiranya masa tu perasaan tu biasa-biasa je. 

dekat pukul 6 petang aku pun tergerak nak semayang asar. tapi tiba-tiba aku rasa malas pulak nak semayang. lepas tu rasa macam kepala otak aku ni bertelagah sesama sendiri.

'semayang'

'tak payah semayang'

'semayang lah!'

'tak payah semayang!!!!'

camtulah lebih kurang. akhirnya aku buat keputusan nak semayang. pergilah amik air semayang kemudian masuk bilik mak aku nak semayang sebab aku tido kat bilik mak aku kan. anak manja katanya. huhuhu. masa masuk bilik, keadaan bilik suram-suram gelap tapi takde lah gelap macam malam. tangan aku terus je nak petik suis nak bukak lampu. tiba-tiba kepala otak aku bertelagah lagi.



'tak payah bukak lampu'

'bukak lampu!!!'

'tak payah bukak lampu!!!!'

'bukak lampu!!!'

lalu tangan aku petik suis lampu dan lampu pun menyala. aku pun bentang sejadah lalu memakai telekung. baru aje aku angkat takbir tiba-tiba dengar bunyik benda jatuh. aku malas lah nak toleh. ingat nak teruskan semayang aje. tapi hati aku tak tenang. kepala otak ni nak bertelagah aje.

'pandang belakang'

'tak payah pandang'

'pandang belakanglah!!!'

'tak payah pandang!!!'

camtula lebih kurang. disebabkan tak sedap hati aku pun pandang jugak. sekali nak tau apa aku nampak???

seekor ular tengah memanjat kat meja solek. dia langgar bedak, tu yang ada bunyi benda jatuh tu. ular tu warna hitam dan panjang ya amat. aku terkejut lalu terus bukak telekung dan berlari nak keluar. bila dah sampai kat pintu tetiba kunci rumah takde. aku letak kat dalam rupanya. terus berlari masuk dalam dan amik kunci yang aku letak atas almari.  bila aku dah berlari keluar tetiba teringat kucing aku si kakak tido atas tv betul-betul sebelah bilik mak aku yang ada ular tu. disebabkan takut kucing aku kena patuk ular aku berlari masuk dalam rumah balik dan amik kucing aku yang tengah syok tido atas tv lalu letak kat luar. aku pun  berlari lintas jalan dan pegi rumah kawan lida sebab lida ada kat situ. masa ni lida form 5. pinjam telefon kawan lida untuk call mak aku bagitau ada ular dalam bilik. masa tu mana ada handphone. call rumah sebab mak aku ada kat rumah kakngah kat seremban masa tu.

tak lama lepas tu abang kawan lida balik dari kerja. dia pun bawak buluh nak pergi halau ular tu. aku yang takut-takut dan trauma terpaksa masuk balik dalam rumah nak pergi tunjuk lokasi ular tu. mula-mula tengok dari luar bilik sebab manalah tahu dalam pada aku dah berlari keluar tu ular ni pergi merayap kat ruang tamu pulak ke. lepas rasa keadaan dah selamat, kami pun masuk dalam bilik. cari kat meja solek ular tu dah tak ada. carik bawah katil, bawah almari pun tak ada. dalam pada terpinga-pinga fikir mana ular tu dah pegi aku terpandang kat dinding berhampiran siling bilik. sekali ular tu melekap kat bahagian atas dinding bilik tu. macam dia boleh melekap aku tak tau. mungkin dia guna kaedah sama macam cicak. huhuhuhu.

elok je dah nampak lokasi ular tu tiba-tiba ular menjunamkan kepala ke arah kiteorang macam nak buat terjun tiruk gitu. nasib baik abang kawan lida dah standby bawak buluh dan memang dah ready. terus je halakan hujung buluh kat kepala ular tu masa dia nak buat terjun tiruk tu. tepat kena sasaran terus ke bunuh ular tu dan buang ke jalan. ular tu rupa-rupanya ular selar yang warna hitam. bila mak aku dah balik, mak aku kata tak elok bunuh ular dalam rumah. manalah tau kot kot jin menyamar jadi ular. abis tu dah ular tu buat terjun tiruk dulu takkan nak tengok je sambil tanya

 ' kau ni jin ke ular betul?' huhuhu.

lagipun kalau tanya dibuatnya dia menjawab macam mana?


lepas tu aku dah fobia dah tinggal sensorang dalam rumah masa tu. terbayang-bayang ular je. aku pun tak pasti tu ular betul-betul atau jelmaan jin.

boleh pulak aku terfikir masa tu kot-kot spirit yang dorang main kat sekolah ikut aku balik sebab ye lah, ada ke patut nama aku boleh terjebak dalam permainan spirit dorang.

harap-harap memang ular betul dan tak ada kena mengena dengan permainan spirit dorang. harap-harap juga mereka berpakat eja nama aku masa tu. tapi nasib baiklah masa tu aku mengikut kata-kata kepala otak aku yang satu lagi. dibuatnya aku ikut yang kate tak payah semayang tu sampai sudah tak tahu ada ular dalam bilik. ataupun dibuatnya aku nak juga pegi semayang tapi tak bukak lampu? sampai sudah tak tau berada satu bilik dengan ular. dibuatnya aku tak menoleh masa dengan bunyi benda jatuh, entah-entah ular tu pegi kat aku dah. yelah, sebab aku bergerak-gerak kan rukuk sujud dan sebaginya. syukur Allah lindungi aku ketika itu.

sekian je entri misteri yang tak berapa misteri ni


** beberapa watak terpaksa aku ubah atas sebab-sebab peribadi

Monday, October 14, 2013

hindustan, zumba dan kenangan aku yang rajin memasak


petang ahad, aku tak ke mana-mana. malas nak keluar, duduk rumah lagi best. arissa bangun awal pulak. pukul 9 pagi dah kejut aku nak susu. ehem ehem. ulang balik. arissa kejut aku? hahaha. biasalah. weekend kan, bangun lewat. ;-p. ingatkan lepas bangun nak terus berzumba tapi kang kalau dah berzumba tak masak pula aku. jadi aku masak kuih jemput aje pagi ahad itu. menu untuk orang pemalas masak memang sesuai la tu. hahahaha.

dah siap masak kejut encik capo pula untuk makan. nasib baik encik capo jenis tak berkira tiap-tiap weekend asik hidang kuih jemput aje. kah kah kah. lepas dah bersarapan encik capo keluar sebab ada urusan. tinggal aku dan arissa sebab aku tak mahu ikut. sibuk nak melipat baju yang dah menggunung. arissa pulak sibuk layan youtube gummy bear kat pc aku.


lepas dah setel lipat baju, aku pun layan movie hindustan. dah lama tak tengok hindustan. yang best bila tengok hindustan ni ialah boleh buat aku rasa melayang-layang je masa adegan cinta or romantik. movie tak lain dan tak bukan aku tengok ialah jab we met lakonan shahid kapoor dan kareena kapoor. cite ni memang best sangat sangat tak muak aku tengok walaupun dah berkali-kali tengok.



lepas abis hindustan terus berzumba dengan arissa. arissa berzumba dalam 5 minit je lepas tu dia pun bosan terus main pulak. kali ni aku buat zumba activate dan mix. aktivate ni senang sket nak ikut sebab dia step yang asas dan simple. yang mix ni memang susah gile. nak kena belajar step dulu baru boleh ikut sebab dia gabung zumba dengan tarian bollywood, dan macam-macam jenis dance yang ada kat dunia ni. aku dapat ikut sket je lepas tu surrender sebab susah. buat aktivate tu pun dah termengah mengah dan basah lencun dengan peluh. jadi ok la kot. cukup la cover sebab seminggu tak sempat berzumba hari tu.

activate

zumba mix. aku mau perut kempis macam perempuan itu

disebabkan aku sibuk layan hindustan dan berzumba bila masa pulak aku masak tengah hari? jeng jeng jeng.... kompem aku tak masak pun. hahahaha. lagipun encik capo takde kan kat rumah. tak kuasa lah aku nak masak. tapi bila dia ada kat rumah pun, belum tentu aku masak jugak. hahaha. mood memasak takde. kalau mood memasak tu datang memang macam-macam aku masak. arissa pun kalau nak makan, makan nasi putih semata-mata je. taknak lauk. kalau dia minta nak sup carrot, aku buat. kalau tak, tak buat sebab kalau dia kata taknak makan, maka memang sampai ke sudah dia taknak makan. kalau boleh dipaksa-paksa memang aku dah sumbat dah nasik dalam mulut dia. susah sangat nak makan.

tapi kan dah lama mood memasak ni hilang. macam mana boleh hilang ek. pelik lah. dulu aku rajin sangat memasak. ingat lagi masa arissa baby dulu, aku selalu buat rendang ayam, telur bungkus, paprik seafood lah, ayam masak kunyit lah, telur bistik. pegi keje siap masak pagi-pagi bawak bekal. mihun, nasi dan lauk, nasi goreng, kuew tiau, mee goreng, beger. petang-petang buat kek. kek marie, kek pisang kek marble, kek coklat. apam polkadot lah, buat popia goreng lah , buat tauhu sumbat, macam-macam lagi lah. tapi....macam mana semua tu boleh hilang ek? bila nak masak je jadi malas. rasa berat je bila nak memasak. kenapakah? apakah yang berlaku? sihir apakah ini? hahaha. dan dan je sihir padahal memang dah jadi malas.
insyaallah lepas raya haji ni cuba untuk jadi seperti dulu yang rajin masak. cuba je lah. buat nya tak pasti.untuk permulaan aku nak buat kek red velvet sebab suka sangat makan kek ni. harap-harap aku buat ye. moga-moga akan adalah entri tentang aku buat red velvet dalam masa terdekat ni. hahaha

la la la la la.............
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails