bila dia nak meneran tu kadang-kadang dia nak aku peluk dia.
arissa: 'mak...aisa nak teberak. nak polok (peluk)'... (sambil meneran tapi tak keluar-keluar berak dia)
kadang-kadang dia tak nak dipeluk.
aku: arissa nak mak polok tak?
arissa: taknak polok. aisa nak teberak sorang-sorang.
kesian sangat tengok keadaan arissa yang susah betul nak teberak. memang dasar berak keras macam batu.
satu malam, abang aku adai, isteri (syikin) dan anak-anak dia datang rumah aku.
syikin bagitau aku yang anak kawan dia pun alami masalah yang sama macam arissa iaitu berak keras. kawan dia bagi anak dia makan happy yogis dan masalah berak keras anak dia pun selesai.
wah! harus dicuba.
aku terkagum lalu terus menggoogle apa itu happy yogis? bagaimanakah bentuknya?
setelah jumpa di internet tanpa berlengah aku terus beli online.
bila dah sampai, aku pun bagi arissa makan. arissa baru makan sikit dia dah buang.
arissa: eee ape ni? ape mak bagi aisa ni? tak sidap.
aku: mak bagi gula-gula lah. tak sidap ke? tak sidap takyah makan lagi ye.
aku memang tak bagi arissa makan lagi happy yogis tu tapi aku campurkan dalam susu dia tanpa pengetahuan arissa. kalau arissa nampak aku masukkan sesuatu dalam susu dia, sampai ke sudah dia takkan minum.
selepas bagi happy yogis tu, aku tak sabar-sabar tunggu arissa teberak.
aku: arissa takde rasa nak teberak ke?
arissa: takde. aisa belum nak berak lagi.
selepas 2 hari barulah arissa nak teberak. aku berdebar-debar je tunggu result. apakah berkesan happy yogis itu atau tidak.
alhamdulillah, tak sampai beberapa minit arissa mengadu nak teberak, tetiba aku cek dalam pampers dah ada berak. berak cair. aku rasa dah lamaaaaaaaaaaa sangatttttt arissa tak berak cair atau separa cecair. disebabkan aku rasa gembira maka aku order lagi 3 paket happy yogis sebab masa mula-mula cuba tu aku cuma beli satu paket sahaja.
sekarang dah paket ke 4 arissa makan happy yogis tanpa dia sedari. dan sejak mula makan awal bulan 10 hari tu, arissa memang dah senang nak terberak. takde lah macam dulu. meneran petang, berak nya keluar tengah malam takpun esok paginya. sekarang dalam 5 minit dah selesai teberak dalam pampers.
happy yogis ni makanan organic. rasanya macam yougurt dan dalam bentuk tablet. ada 3 perisa iaitu strawberry, mixed berry dan banana mango. aku campurkan dalam susu arissa 5 tablet selang selang. maksudnya pagi aku letak dalam susu, tengah hari tak letak. petang aku letak balik. malam tak letak. tengah malam kalau dia minta susu aku letak a lagi happy yogis. macam tu la kaedah yang aku praktikkan. satu paket ni tahan 7 hari. sebab tu kena bagi selalu supaya tak membazir bila dah sampai 7 hari. harga sepaket dalam RM 22.50 kot. tapi masa aku beli ada offer so harga jadi RM 19.50. baru semalam order lagi 3 paket dan dah sampai petang tadi.
suka tengok arissa dah senang nak teberak ;-).
alhamdulillah ^_^.
1 comment:
bagus la da tak berak keras, lega sket hati emak arissa.
Post a Comment