Pagi ni aku tak masak breakfast. Terlampau mengantuk sangat. Bangun pun lewat seperti biasa. Jaga dah awal cuma takde kekuatan untuk bangun. Hantar arissa pun lewat hari ni. Dekat pukul 6.15 pagi baru hantar. Tu pun puas memaksa diri untuk bangun juga. Memandu pun dalam keadaan mengantuk sehingga memaksa aku sengkang 2 kelopak mata aku dengan jari tangan kiri sementara tangan kanan mengemudi stereng. Ibu jari sengkang kelopak mata kiri, jari telunjuk sengkang kelopak mata kanan. Sila jangan bayangkan bagaimana paras wajah aku ketika itu.
Lepas dah hantar arissa dan dah sampai rumah semula dengan selamat lebih kurang 6.30 pagi, aku pun landing atas tilam dengan harapan dapat sambung tido sekejap. Dapat lelap 15 ke 20 minit pun jadilah. Dapat landing 10 minit je sebab baju tak iron lagi. Malam tadi pun balik lewat. Dari petang lepas keje semalam tak balik rumah terus pegi senawang. Beli barang nak buat kek kat kedai Rakan. Kemudian ke Giant Senawang. Lepas tu makan kat Aminis taman matahari height. Ting tong ting tong, pukul 10.30 malam baru balik rumah. Tu pun dah berapa kali terlelap dalam keta. Akhirnya....sampai-sampai rumah terus landing atas tilam dengan gembiranya. Tapi tak boleh tido lagi sebab arissa banyak lemak pulak dia bila dah sampai rumah.
Dah belikan mainan stroller baby, sibuk pulak nak anak patung baby. Padahal anak patung dah banyak kat rumah, tak adalah aku beli babynya sekali. Sekali bila dah sampai rumah menangis nangis sebab tak ada baby dalam stroller baby tu. Aku suruh masukkan anak patung yang sedia ada, dia mengamuk pulak kata tak muat. Dengan menangis dia, dengan aku yang dah mengantuk tahap gaban. Aku cubalah bersabar selagi boleh. Cakap baik baik je. Tapi kalau ikut geram dihati memang rasa nak meninggikan suara sambil buntangkan mata tak pun jentik mulut yang asik nak melalak tu. Tapi.....bila aku kenangkan dia kecik lagi plus terbayang video budak budak kena dera kat pengasuh, aku kuatkan kesabaran untuk menggunakan pendekatan yang lebih baik daripada memukul. Aku cuba lah pujuk baik baik dan akhirnya arissa berhenti menangis dan berhenti mengada ngada. Dia minta susu dan lepas tu tido sama-sama. Itu pun dalam pukul 12 lebih baru setel sebelum betul-betul tido.
Tapi bila dah bangun pagi ni rasa mengantuk dan letih memang tak hilang lagi. Mulalah aku akan berangan indahnya kalau hari ni hari sabtu lalu teruskan tido dengan lena. Malangnya itu hanya anganan kosong. Hari ni Rabu dan bukan cuti umum. Jadi aku harus bangun hantar arissa dan iron baju encik capo dan baju aku.
Dan disini...aku diopis menahan ngantuk mengharapkan pukul 1.00 tgh hari cepat tiba.
No comments:
Post a Comment