Thursday, November 28, 2013

Cukup cukup sudah

Alkisahnya aku telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti arissa dengan gadget gadget ni. Ipad dan smartphone. Sebabnya...makin lama makin melampau pulak dia punya ketagih dengan gadget terutamanya ipad.

Mata dah mengantuk tapi dia taknak tido sebab nak main game kat ipad. Asal celik mata je tanya mana ipad. Pukul 12.30 tgh malam terjaga dari tido terus mintak ipad. Bila tak bagi dibantainya melalak tengah-tengah malam. Baru-baru ni arissa terjaga pukul 5 pagi lepas tu merengek rengek kejut aku. Ingatkan nak susu rupa-rupanya tanya ipad mana. Lagi la aku hangin. Kalau kejut sebab nak susu ok la lagi. Ni kejut sebab nak ipad.

Henpon aku pun dia je konker sorang. Kalau sekali sekala aku tak kisah pun bagi arissa main game kat henpon atau ipad ni. Tapi macam aku taip kat atas tadi ketagihan dia dah sampai tahap yang harus di ambil tindakan segera. Tak ada keje lain duk mengadap ipad dengan henpon aku. Bila bercakap dengan arissa masa tengah main ipad/henpon memang dia buat dek je. 3,4 kali panggil pun dia buat tak tau.

Oleh itu, aktiviti ipad dan henpon kepada arissa dihentikan.

Arissa: mak, ipad mana?

Aku: ipad dah pecah. Masa arissa tido arissa mengigau pastu arissa sepak sepak ipad. Ipad jatuh katil pastu pecah.

Arissa: ha? Ipad dah pecah? Aisa sepak? Aisa nak cuba tengok.

Aku: ala ipad tu mak dah anta kedai repair.

Arissa: hanta kedai sape?

Aku: kedai cina.

Arissa: ha. Mak anta kat kedai cina. Aisa nak cuba tengok.

Aku: kedai tu jauh la arissa.

Arissa diam dan paham. Phewwww....tepaksa menipu untuk kebaikan bersama.

Tiap kali lepas jemput arissa dia mesti mintak henpon aku sebab nak main game.

Arissa: mak, aisa nak pinjam tipon mak nak main game.

Aku: ala...tipon mak tetingga kat opis la.

Arissa: nape mak tetinggakan. Jom kite pegi opis mak amik tipon mak yang tetinggal tu?

Aku: ala mak takut lah. Opis mak takde orang. Semua dah balik keje.

Arissa: bia aisa teman mak. Aisa berani.

Aku: boleh tak mak peluk arissa kalau mak takut.

Arissa: buleh. Mak peluklah aisa. Aisa bagi.

Aku: tapi tak boleh la. Opis mak dah kena kunci. Lenkali lah aisa main game kat tipon mak.

Arissa diam. Maknanya dia paham lah tu. Phewwww....

Dah 3 hari aku mengasingkan arissa dengan ipad dan henpon. Sampai aku nak baca sms atau call atau nak ber fb kat henpon pun terpaksa duduk atas katil dan sorok hp bawah bantal. Sekali arissa terperasan aku asik tengok bawah je.

Arissa: kenapa mak asik tengok bawah je. mak tengok ape tu?

Aku terperanjat cepat cepat sorokkan henpon bawah bantal.

Aku: tak ada apa apalah. Kaki mak nia gatal. (Sambil buat2 garu kaki)

Arissa tengok je dengan muka tak percaya.

Arissa: sambung la tengok bawah balik. Pokok dek kau lah.

Ucap arissa dengan muka selamba sambil sambung main balik. Pastu aku pun tekekek kekek gelak terus tangkap dan geletek dia.

Aku: apa arissa cakap??? Pokok dek kau ye. Amik nih. (Sambil geletek budak loyar buruk ni)

Sekian.

4 comments:

mekchu said...

kahkahkah... ayat dia kali ni mmg super bijak... hahahahaha aisa ni kannnnn... gigit kang..

pokok dek kau lah daro...

Unknown said...

Slm sis,, sy bc 1st time bc blog sis. yelah mmg betul sgt.. budak2 skrg ni mmg terdedah dgn ipad & hp ni.. sy tgk budak yg 1-2tahun pun dah excited dgn ipad.. bole sy jdikan panduan utk anak sy nati.. skrg ni anak sy baru 8bln.. tpi dah start pantang nampak hp.. mybe dia tahu sbb hp ada bunyi. tu yg dia suka nak pegang. tq for sharing

wildcutecat said...

t.kasih effanina singgah blog saya ;-). anak baru 8 bulan eloklah jangan didedahkan dengan gadget2 ni lagi. anak saya dulu umur 6 bulan saya dah bagi main ipad. tu yang skang ni melampau ketagihan dia. sama-sama kite amik iktibar ye.

Unknown said...

skrg ni mmg sy slu jgk sogok kan bb sy dgn tab.. sbb dah install video karton. bole la bagi dia leka kejap time kita nak mkn. klu dpt tgk mmg fokus mrk kan. tu lah sbb dah jadikan sbg alat pancing.. mmg kena slu lah gn. hehe.. cuma sy x bagi dia pegang lgi.. xtahu lah esk lusa dah pandai meronta2..
tq for sharing good info :-)

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails