Showing posts with label my stuff. Show all posts
Showing posts with label my stuff. Show all posts

Friday, October 4, 2013

aku dan revlon


balik keje hari ni terus pegi jusco seremban 2. tujuannya nak tengok movie Graviti lakonan Sandra Bullock. sebelum masuk wayang, aku singgah watson dulu sebab nak beli bedak compact. bedak dah tinggal sipi-sipi je.

dalam pada nak membeli bedak, belek-belek benda lain terus beli lipstick dua dan maskara sekali. aku pakai bedak revlon photo ready. rasa best pakai bedak ni. tu yang setia dan beli lagi bila dah habis. beli lipstik sebab arissa dah terpatahkan lipstik aku hari tu. so, terus aku beli dua sebab tak tahu nak pilih kaler mana. dua-dua aku berkenan. ngeeee ;-).

lagipun beli mekap bukan hari-hari macam beli rokok.  bedak boleh tahan 6-8 bulan. lipstik pun sama tahan berbulan-bulan. kadang sampai bertahun juga. jadi sekali sekala keluar duit beli mekap apa salahnya.

ok sekian, nak test lipstik. ^_^                                  

Tuesday, February 5, 2013

punca keyboard rosak

aku ada netbook. netbook aku warna purple. aku beli pada bulan jun 2011. aku beli netbook sebab dia kecik dan boleh sumbat dalam handbag. jadi tak perlu bawa dua beg bila nak pergi mana-mana. jika dikira-kira secara kasar, dah setahun lebih aku memiliki netbook itu.

sebijik macam netbook aku. (gambar ehsan adik google)

tapi aku rasa dah dua bulan lebih aku tak bukak netbook aku. aku sakit hati sangat dengan netbook itu. sebenarnya bukan sakit hati dengan netbook, tetapi dengan keyboard netbook itu. bukan semua button keyboard rosak. mungkin 5 ke 6 button buat masa ni. esok lusa siapa yang tahu?

mula-mula dulu rosak sebab kebengongan aku sendiri. masa tu belum sampai setahun pun beli netbook. aku pelik bila ada suatu hari tu, aku sedang menaip, bila tekan huruf i dia keluar nombor 5. test huruf lain ok pula.  tapi huruf u, i, o, p, j, k, l, bila ditekan dia akan paparkan simbol dan huruf. aku dah rujuk tutorial kalau keyboard rosak ni. tapi tak dapat setelkan. geram betul aku masa tu. dah siap maki-maki netbook tu bodoh. sejak tu aku tak on netbook tu dalam 2-3 minggu sebab sakit hati. kalau diikutkan, boleh saja guna on screen keyboard. tapi aku tak suka sebab lambat nak menaip.

pada suatu malam yang dingin, encik capo tiba-tiba bertanya tentang permasalahan keyboard yang aku alami. aku pun dengan tak bersemangatnya bagitau yang keyboard netbook dah jahanam, dah tak boleh nak buat apa lagi. dengan gaya laksana ahli nujum pak belalang, encik capo pun tekan button num lock pada keyboard netbook aku dan suruh aku test. tiba-tiba bagaikan sakti, button-button huruf yang bila ditekan keluar nombor dan simbol kembali pulih seperti sedia kala.

aku tertekan button num lock je selama ni.  demmit! sia-sia aku maki keyboard netbook aku. nasib baik aku belum hantar repair kat kedai lagi.

selepas beberapa bulan berlalu, satu demi satu keyboard aku rosak semula. kali ni bila ditekan memang tak keluar apa-apa. sakit hati bukan kepalang bila aku dapat detect punca button-button keyboard aku rosak.
puncanya ialah semut-semut bersarang dalam dalam netbook. geram sungguh aku. ada ke patut bersarang, bertelur, mengawan bagai dalam keyboard netbook aku? bila aku terbalikkan netbook dan hentak-hentak manja kat meja, berduyun la semut-semut halus merah jatuh. puas lah aku hentak-hentak netbook sampai rasa semua semut dah lari atau mati kena hempuk dengan aku. entah ada guna bahan berunsurkan gula kah dalam netbook tu sehingga semut-semut bersarang dalam netbook tu?

walaupun semut-semut dah kurang dalam keyboard tu, beberapa button keyboard masih tidak berfungsi dan aku consider takkan berfungsi langsung dah lepas ni. hari-hari berlalu, aku perasan semut-semut dah merayap semula kat netbook aku. seperti yang dijangka, mereka dah bersarang semula dalam netbook. koddemmot!!! aku siap sembur dengan sheltox kat keyboard netbook tu (sembur jarak jauh), tapi semut-semut masih bermaharajalela dalam netbook aku. button-button keyoard pun semakin hari semakin banyak yang rosak.

disebabkan aku sangat hati, aku tak on netbook dah dekat 2 bulan lebih. kali ni memang button keyboard aku tak dapat diselamatkan lagi.

kali ni memang betul-betul rosak disebabkan semut. aku teringin nak cabut keyboard tu sebab nak tengok dah berapa juta semut halus merah dalam tu dan spray dengan sheltox. tapi nanti tak reti nak pasang balik.

sekian, entri keyboard rosak dari aku.

Friday, February 1, 2013

pembunuhan? seram? misteri? ya, aku suka.

** entri ditaip pada pukul 10.33 malam. ketika ini arissa sedang minum susu dan encik capo seperti malam-malam yang sebelumnya. duduk didepan pc entah buat apa.**


aku, encik capo dan arissa baru sahaja balik dari seremban parade. sebenarnya tiada rancangan nak ke seremban parade pun sebab semalam dah pergi sana. tapi disebabkan encik capo nak keluar sebab ada urusan, jadi aku juga mahu ikut kerana aku masih belum berani tinggal berdua dengan arissa sejak kisah seram yang aku ceritakan dalam entri lepas. memandangkan aku sangat malas nak memasak untuk makan malam (hari-hari pun memang malas ;-p), maka aku mencadangkan makan di chicken rice shop dalam seremban parade, sebelum encik capo melakukan urusan beliau.

selepas makan, kami singgah di kedai menjual buku terpakai di sebelah chicken rice shop tersebut. ada banyak buku terpakai berbahasa inggeris yang dijual. ada novel, buku ilmiah dan buku kanak-kanak. aku sememangnya minat membaca novel english dan selalu juga beli di mph atau popular. harga di kedai buku terpakai ni paling mahal hanya RM 5.00. keadaan buku ada yang masih seperti baru dan ada juga sudah nampak lusuh.

aku suka baca novel berkaitan pembunuhan dan novel seram atau misteri. selain daripada tu aku tak minat. oleh itu, setiap kali masuk mph atau popular aku memang akan mencari rak yang menempatkan novel-novel tersebut. begitu juga dalam kedai buku terpakai ni tadi. mata aku meliar mencari novel tentang pembunuhan dan novel seram atau misteri sahaja.

novel-novel yang aku beli
aku paling suka novel seram hasil penulisan R.L Stine. tapi memang susah aku nak jumpa buku beliau kecuali yang Goosebumps. jika aku jumpa aku memang terus beli tanpa berfikir 2 kali kerana jika aku tunggu dan beli  kemudian, aku takkan jumpa buku tersebut lagi walaupun dah sorokkan di celah-celah buku lain. aku berkata begini kerana aku pernah buat 2,3 kali sekitar tahun 2007 ke 2008. masa tu duit memang tengah sengkek jadi tak mampu beli. bila gaji masuk, terus ke mph untuk beli novel R.L Stine yang aku sembunyikan tapi buku tersebut sudah tiada lagi. dammm! sampai sekarang aku tak jumpa lagi novel tersebut. entah apa tajuknya aku lupa.

aku cuma suka membaca novel-novel berunsur pembunuhan tetapi aku tidak suka ia berlaku di alam realiti. sangat menakutkan. aku juga tidak akan membaca novel seram atau buku cerita seram dari penulis malaysia, singapore atau indonesia. ini kerana aku akan jadi takut dan susah tido malam kerana selalu terbayang-bayang hantu dalam novel atau buku cerita tersebut. otak aku sangat kreatif berimaginasi tentang hantu. jika penulisnya adalah mat salleh, suasana dan karakter hantu dalam novel mereka berlainan dengan budaya di sini. jadi aku kurang takut. ;-p.


encik capo minat buku-buku macam ni. aku memang tak boleh blah buku begini. 
hasil di kedai buku terpakai tadi, aku beli 6 novel dimana dua novel pembunuhan, tiga novel seram dan satu novel misteri. encik capo juga membeli buku kegemaran beliau. tidak lupa juga arissa turut dapat buku. disebabkan arissa memang suka tengok buku, maka aku memang selalu beli buku untuk dia. aku kata tengok buku sebab arissa belum pandai membaca. jadi dia hanya tengok gambar-gambar dan tanya:

"ape tu? ape tu mak?"

selagi tak jawab, selagi tu dia akan tanya soalan yang sama berulang-ulang.

selalunya aku beli buku bergambar pasal animal, words dan counting. kali ni aku beli buku cerita tentang naga pula.

sila abaikan pemandangan di belakang arissa ;-p

ok, itu saja. sekian.

Monday, June 11, 2012

tak kawan dengan orang macam ni pun takpe

apa perasaan ek kalau kawan kite bukak folder-folder atau fail yang kite simpan dalam pen drive atau external drive kite tanpa kebenaran? sebenarnya kejadian ni berlaku kepada aku. aku minta seorang kawan untuk copykan sesuatu dalam pen drive aku. tapi aku tak sangka pula lepas dia copy, dia pegi bukak setiap folder dalam pen drive aku dan tengok apa isi dalam dia.

walaupun takde benda yang rahsia sangat, tapi bagi aku dia sangat biadab. mencerobohi hak peribadi aku. aku tak perasan pun sebenarnya dia bukak semua isi kandungan folder dalam pen drive aku tu. disebabkan dia bertanya soalan yang aku rasa apa yang disoalkannya terkandung dalam pen drive aku, maka secara automatik aku tau dia telah bukak folder-folder tersebut. aku tak pasti semua orang sedar atau tak yang sebenarnya walaupun kita berkawan dengan seseorang, tak kira la rapat atau tak, bukan semua hal kite boleh nak menyibuk. sedangkan kalau keluarga atau adik beradik pun ada hal kita perlukan privacy, inikan pula hanya sekadar kawan. nasib baik lah dalam pen drive aku tu takde benda yang personal sangat. sekadar fail-fail keje sahaja dan gambar-gambar arissa.

tapi walaupun takde yang personal, aku tetap tak suka orang bukak pen drive aku.

sekian.



Thursday, October 20, 2011

kotak ajaib

sejak hari isnin hari tu, aku agak resah. asal sampai kat paking opis, aku mesti pandang kiri kanan dan dalam longkang. pendek kata, mata aku melilau aje tanpa disedari sesiapa pun. sebabnya aku berperangai begitu ialah aku kehilangan cermin mata aku. aku bukan pemakai cermin mata 24 jam. aku pakai bila aku perlu sahaja. bila terlalu lama depan pc, drive malam-malam / ketika hujan lebat, bila duduk dalam dewan dan juga tempat-tempat yang memerlukan aku memandang jauh dengan lebih jelas.

pagi isnin hari tu, aku sangkut cermin mata di leher baju kurung aku. aku memang tak suka pakai cermin mata u all. rasa tak cun sebab die menyebabkan kiri kanan tudung aku kembang. memang dasar tak sedar diri mata dah rabun. huhuuhu. puncanya aku sangkut kat leher baju sebab aku nak dukung arissa bawak masuk keta seterusnya hantar rumah wan die.

ku sayang kamu...^_^. kini pandangan ku kembali jelas

sesampai di opis, raba-raba cermin mata tiba-tiba dah takdo kat tempat yang aku sangkut. punya la cemas. terus menjejak balik jalan aku datang opis tadi. maksud aku, pegi kat paking keta dan ikut laluan yang aku ikut untuk naik ke tingkat 3. melilau la mata aku mencari cermin mata kesayangan. dalam kereta dah cari tapi takde. terus ada bubble awan atas kepala membayangkan aku di fokus point tengah bayar RM 400 untuk buat cermin mata baru. ada juga bayangan duit kertas tumbuh kepak lalu terbang pergi.

oh tidak!!! buat cermin mata sangat mahal ok. tengah kumpul duit nak terbang ke sarawak ni. *_*. nak tak nak aku kena buat cermin mata jugak sebab agak sukar aku nak drive malam-malam. boleh je drive jugak tanpa cermin mata tapi kurang jelas dan tak baik diamalkan di jalanraya. ingat...Arissa masih kecik lagi. belum pandai sebut 'mak' pun lagi. huhuhu. bercadang selasa nak pegi buat cermin mata. tapi tangguh, tangguh dan tangguh sehingga la hari ini.

tengah hari tadi balik rumah sebab nak amik barang customer untuk di pos. disebabkan perlu mencari plastik didalam kotak, tetiba ternampak keajaiban. cermin mata yang aku cari selama ini berada dalam kotak tu. owh peliknya! macammana cermin tu boleh ada dalam kotak tersebut? selama beberapa hari ni, aku langsung tak cari dalam rumah sebab aku yakin lepas aku sangkut cermin mata tu kat leher baju, aku terus dukung arissa dan keluar. apakah ada scene yang aku tak dapat imbas di ingatan? mungkin juga sebelum dukung arissa tu aku ada pegi ke arah kotak tersebut dan tanpa sedar cermin mata tu terjatuh dalam kotak tu?

tak kisahlah. janji aku dah jumpa balik cermin mata aku. selamat duit aku untuk tempah cermin mata baru. fuhhhh.... syukur Ya Allah.

hargai la barang-barang kite sebelum die menghargai kite pulak? huhuhu. hargai la barang-barang kite sebelum dia hilang atau rosak ^_^.

Thursday, June 2, 2011

tak abis lagi

ingat tak entri aku pegi shopping sakan kat ikea?

meja yang tesilap amik. meja yang sebenar tak jumpa lak gambarnye. huhuhu
kerusi idaman yang tertinggal

sebenarnye cite tak abis lagi. so aku sambung kat entri ni pulak. malam tu lepas balik dari ikea, encik capo pun pasang-pasang la barang-barang yang perlu dipasang. konsep ikea kan beli dan pasang sendiri. huhuhu. masa keluarkan meja nak pasang, baru perasan yang meja tu bukan meja yang kami nak. tesilap amik u all.yo la, dalam kotak diamnye. tak perasan gambar kat kotak tu lain sebab hampir sama. memang dah betul lorong dan rak yang kami pegi masa kat ikea cuma tesilap amik barang. dah la barang yang tesilap amik ni lagi mahal dari barang yang sepatutnya kami amik. tak perasan betul masa bayar kat cashier tu.


ni buat side table

selain daripada tu kerusi idaman yang dah siap-siap masuk troli boleh tetinggal. kerusi pink kaler tu. cantik sangat. tetinggal tapi belum bayar lagi la. so, disebabkan 2 sebab di atas, makanya petang esoknya terus pegi ikea balik. boleh je pegi tukar meja tu bila-bila dalam tempoh yang dibagi tapi tak menyempat2 u all. nak jugak meja dan kerusi idaman dah ada dalam rumah. niat hati pegi ikea kali kedua ni nak pulangkan meja yang tesilap amik tu dan tukar meja yang betul dan jugak amik kerusi yang tetinggal tu. tapi.....................kalau dah masuk ikea dari mula sampai la ke kaunter cashier balik, tau-tau troli dah penuh dengan barang. la la la la la. tau-tau, dah kena bayar ratus-ratus untuk semua barang dalam troli. la la la la la.

untuk simpan apa saja barang arissa

simpan pemenan arissa
arissa pulak, asal dalam ikea je dia nak mengamuk taknak duduk dalam stroller. nak bedukung je kekdahnya. mungkin arissa pun nak cuci mata dengan barang-barang kat ikea agaknye. gambar kat bawah ni masa dia tengah mengamuk.





tak kisah la arissa, selagi mak ko nih masih ada dan terdaya, mak ko akan dukung dan layan je kerenah ko. cayang sangat2 kat budak kecik ni tau. kalau boleh, semua nak bagi. semua nak buat untuk dia. ^_-.

utuk storage


lepas puas beshopping untuk kali kedua dalam masa 2 hari berturut-turut, kami pun balik ke seremban. sampai rumah lebih kurang pukul 12.15 pagi. huhuhuh. balik rumah tak terus tido. terus pasang barang-barang yang perlu dipasang. seronok sangat semua barang idaman dah ada dalam rumah. bole la tido dengan lena. duit yang dah terbang ke ikea, jangan dikenang-kenang. nak kan sesuatu kena la bayar. janji puas hati. la la la lala.

hasil shopping kali kedua


Tuesday, May 24, 2011

tetinggal la pulak

macam mana la cermin mata aku leh tetinggal ni??? sakit mata aku nak tengok
skrin monitor lelama tanpa cermin mata. pagi2 tadi laju je wat keje. 
dah petang2 ni dah sakit mata ngadap monitor lelama. maka keje pun slow. huhuhuh.
dah stat nak pening dah ni.
huhuhuhu. bila la nak pukul 5.30 ni. nak balik pakai spek.


Friday, May 20, 2011

benda baru aku






cuba teka ape ni???





taraaaaa............


ni pen drive aku yang terkini. baru je beli semalam (khamis 19.5.2011) kat kedai komputer dalam econsave. 


comelkan? ^_^

Wednesday, April 27, 2011

di mana dia kain lampin arissa

entri ini ditaip pada:
tarikh: 26 april 2011
masa:  11.45 malam
tempat: kat ruang tamu depan tv.

-----------------------------------------------

macam yang aku bagitau kat entri sebelum ni, aku akan singgah kat kedai tudung d haja lagi. kali ni aku beli 2 helai tudung jugak sama macam semalam. ikutkan nak beli lagi tapi warna yang aku carik tak ada. so 2 tu je la beli. lepas beli tudung, sempat beli baju arissa 2 helai. tiap-tiap bulan arissa ada baju baru. kalah mak ayah die. huhuhu. lepas beli tudung pegi ekonsave beli barang-barang dapo.


Tuesday, November 23, 2010

dia sudah buat hal

sejak 2 menjak ni, aku agak sakit hati dan geram betul dengan henset aku nih. genap je setahun (maknanya warranty dah habis), mulalah buat hal. daripada hari tu asik nak hang je keje dia. nak off pun tak boleh. terpaksa bukak bateri dan pasang balik. kadang-kadang buat 2,3 kali pun hang jugak. kadang-kadang screen tak berfungsi. maksudnya, henset aku ni touch screen. so bila nak tekan screen kat button tertentu, takde effect apa-apa. dia buat bodoh je. kadang-kadang pulak, henset ni suka padam sendiri walaupun bateri penuh lagi. peliknya masa warranty masih ada, taknak pulak henset ni buat hal. saje je nak suruh duit aku keluar g hantar repair. ni yang buat nafsu beli henset baru menyala-nyala ni. ahak ahak ahak. ^_^

aku punya yang warna putih ni.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails