Tuesday, May 31, 2011

jenjalan sakan bila dah bertiga

sambungan entri hanya kami berdua

kami sudah sampai hotel
sesampai je kat hotel, kami dah tak berdua lagi. dah jadi bertiga sebab encik capo memang dah ado kat hotel.aku dan arissa terus berbaringan di atas tilam empuk untuk hilangkan penat. oh ya, kami stay kat eastin hotel, damansara. tak sampai 15 minit pun rehat, terus keluar makan. lepas berdolak dalik dengan encik capo sebab tak tahu nak buat pilihan nak makan katne, kami pun menuju ke the curve, mutiara damansara.


sebabnya, nak makan kat warong ayam penyek. 1st pegi makan kat warong ayam penyek dulu masa tengah sibuk mengantar kad jemputan kawin kat kawasan damansara dan shah alam. so kali ni kami datang bertiga.


sampai2 je kat warong ayam penyek tu dah 9 .30 malam. nasib baik boleh masuk lagi sebab pelanggan selepas kami tak bole masuk dah sebab dorang kata dah nak tutup. so selesai makan dalam pukul 10.10 malam. masa ni memang tinggal kami je kat dalam kedai. orang lain semua dah keluar. kedai pun dah tutup semua. tak sempat nak jenjalan kat ikea. tsk tsk tsk T_T. disebabkan kedai dah tutup, maka kami pun pulang ke hotel dan berehat-rehat lalu tido.


esoknya, tinggal aku dan arissa di bilik hotel sebab encik capo pegi kursus di menara hp. disebabkan berada kat hotel, maka aku mandikan arissa dalam bath tub. kami berendam berdua. kemain suka budak kecik ni mandi bath tub. tegelak-gelak tejerit-jerit kegirangan je dia. bila aku keluarkan dari bath tub mengamuk-ngamuk dia marah. nak mandi lagi. huhuhu. lepas mandi, arissa tetido sebab aku tak layan dia nak mandi bath tub lagi. kalau check in 3,4 hari bole la aku layan. ni pukul 12 tgh hari jap lagi nak check out dah. masa arissa tido, aku pun packing barang-barang.


arissa tido tak lama. bangun2 je mengamuk. nak bedukung aje. aku dah la nak kemas dan iron baju. penyudahnya sambil dukung arissa sambil iron baju dan mengemas. asal letak atas katil je dia mengamuk-ngamuk. baru besar cinonit dah pandai nak mengamuk. huhuhu. mula-mula aku layan la jugak dukung sambil mengemas. tapi sebab dah kesuntukan masa, aku tepaksa la letak dia atas katil gak. mengamuk, mengamuk la. mak ko nih nak cepat arissa. kang dah pukul 12 tak abis packing lagi camno nak check out. so sambil mengemas2 aku dihiburkan dengan suara lantang arissa yang melalak tak puas hati. kesian memang kesian tapi macam aku cakap, aku nak cepat mengemas. so, setel je mengemas, aku pun dukung la budak kecik ni. baru la dia benti melalak. tak lama pastu encik capo pun balik. terus saje angkut beg dan barang-barang lain untuk check out.

arissa tetido menunggu mak dia makan

seterusnya, kami menuju ke tropicana city mall untuk jenjalan. tapi biasa la, kalau dah pegi mall, takkan sah kalau tak shopping kan. huhuhu. disebabkan perut dah lapa, maka aku yang teringin nak makan kenny rogers pun terus je masuk. bila dah lama tak makan, memang sedap sampai terkinyam2 kenny rogers ni. jenjalan dekat 4 jam kat dalam ni. sempat encik capo belikan kasut crocs kat dalam tropicana city mall ni. ada offer u all. 50%. tapi sayang seribu kali sayang. kasut mahal pun tetap membuatkan kaki ku melecet sebab bejalan dekat 4 jam tak duduk-duduk. penyudahnya, selipar jugak yang terbaek. dekat pukul 5 petang kami pun nak balik seremban.

tapi plan ditukar last minit lalu kami menuju ke ikea di mutiara damansara. sebelum jenjalan kat ikea, singgah kat baskin n robbin's makan eskrim dulu. nyum nyum nyum. 2 scoop ni RM16.45. kalau hari-hari makan eskrim baskin n robin's ni boleh bankrap. sekali sekala tak pe la. huhuhu.

arissa pun suka makan eskrim baskin n robin's.
lepas abis makan eskrim, baru masuk ikea. . plan asalnye jenjalan tengok2 je. sebab memang takde plan nak beli apa-apa pun. sekali hambik kau. ratus-ratus habis. keta pun penuh dengan barang2 ikea. nasib baik seat blakang takde orang duduk. kalau tak, kena selak barang baru jumpa orang. ahak ahak ahak.

antara barang-barang yang dishopping kat ikea

arissa pulak, asik mengamuk je dalam ikea tu. taknak duduk dalam stroller. nak bedukung aje. asal letak dalam stroller je dia mengamuk. asal mengamuk je, letak dia dalam stroller. huhuhhu. so, lepas puas bershopping, kami pun balik ke seremban. sampai rumah ntah pukul berapa, tak ingat pulak.

budak yang mengamuk dalam stroller

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails