Friday, May 20, 2011

shopping sakan

sambungan entri kepenatan yang melampau

hari ni (ahad 15.5.2011) ialah hari ulangtahun perkahwinan aku dan encik capo. turut meraikan anniversary kami ialah si budak tome, arissa. so seperti yang aku pernah citer kat entri sebelum sebelum ni, kami bercuti ke kuala terengganu sempena ulangtahun pertama ni. kenapa terengganu? ontah la.

jom shopping. (gemuknye aku!!!)

plan untuk hari ni ialah, aku nak bershopping kat pasar payang. lebih kurang pukul 9 pagi lepas semua bersiap-siap, kami breakfast dikedai makan berhampiran hotel. abis je breakfast, terus ke pasar payang. tak jauh pun pasar payangnye. tak sampai 3 minit perjalanan pun dari hotel. arissa memang aku sengaja pakaikan baju takde lengan hari ni. sebabnye, dalam pasar payang tu panas berbahang. arissa dah la kuat berpeluh. nanti cian dia berpeluh-peluh dalam pasar tu.


sejam je kot aku bershopping dalam pasar payang tu. beli kain batik, baju arissa, baju kelawar. (ape???KELAWAR????) trauma dengan kelawar tapi beli baju kelawar. hhuhuhuhu. lagi aku beli key chain, keropok dan ntah apa-apa lagi la. lepas shopping kat pasar payang, kami menuju ke Mydin pula.

masa ni dah balik hotel
masa ni dah tukarkan arissa baju romper dan legging sebab dalam mydin tu nanti mesti sejuk. jenjalan kat mydin, shopping lagik. makan tengah hari kat kfc. bukan takde kedai makan lain, tapi..takde yang berkenan diperut.

ada apa dalam ini kotak? jeng jeng jeng

lepas jenjalan kat mydin, singgah pula kat giant. sebabnya giant dan mydin sebelah menyebelah je. masuk giant, shopping lagik. nasib baik kat sebelah giant takde tesco, jusco dan sebagainya. kalau tak, ntah berapa kali nak shopping dan ntah berapa banyak duit abis da...

siap beli beg besar untuk isi hasil shopping. beg ni besar, boleh muat 6 orang budak besar arissa. huhuhu

lepas puas jenjalan dan bershopping kami pun balik hotel. sampai hotel dalam pukul 5 lebih. malam memang takde plan nak keluar. malas. nak rehat plak. kumpul tenaga untuk aktiviti esok pulak.

antara keychain yang aku beli untuk family dan kengkawan. yang negro tu aku dah cop.


oh ya, plan asal kami sebenarnya nak menginap kat terengganu sampai hari ahad je. pastu nak check in kat cherating lak sampai isnin. tapi plan sudah ditukar. stay je kat kuala terengganu sampai isnin. cancel pegi cherating. sebabnye, tak puas shopping lagik kat pasar payang. huhuhu.

baju untuk arissa
seluar pelikat untuk encik capo

sampai sini je kot entri kali ni. bersambung next entri pulak ye...^_^. banyak lagi hasil shopping kami, tapi tak larat nak amik gambar semua barang.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails