GPK tu singkatan kepada Geng Pemburu Kelawar yang diketuai oleh lida dan dianggotai oleh kakngah, kaktih, akim, mimi dan shira. kelawar kelawar kelawar!!! tak abis abis dengan kelawar. kalau korang nak tau, sejak encik kelawar masuk rumah kiteorang bulan lepas, tingkap rumah ni memang tak pernah bukak. baik hari kerja, baik weekend. sebabnya trauma kalau kelawar masuk dalam rumah lagi.
tapi hari ni, bukak tingkap sekejap dan tak tutup rapat, terus kelawar masuk rumah. benci! benci! benci! dah sebulan lebih hidup aman tanpa diselubungi kelawar tetiba dia muncul semula. tak tau la kelawar yang sama atau kelawar lain. aku kat ruang tamu tengah menaip entri untuk blog sambil tengok tv. encik capo main game tak jauh dari aku. arissa pulak tido kat depan aku. tetiba encik capo bagitau ada kelawar masuk sebab dia nampak kelawar terbang kat area bilik depan. aku pun comeh la. automatik kaki menggigil. terus je bangun amik arissa letak dalam kelambu.
aku dan encik capo pun mencapai apa yang patut untuk buat senjata. konon2 nak halau itu kelawar. tapi gaya je la lebih. bila kelawar tu terbang kat kiteorang, kelam kabut kiteorang lari sambil tunduk kepala. apa nak buat, dua-dua penakut. menggigil kaki aku nih bila nampak kelawar tengah terbang. lepas kiteorang tunduk kepala tu tetiba kelawar tu dah tak kelihatan. tapi aku tau, kelawar tu mesti ada lagi kat dalam rumah. cuma tak tau kat mana. nak mencari dan menghalau memang aku tak konfiden langsung. dua-dua pun takut cane nak konfiden? geli tau dengan kelawar.
GPK sudah sampai dan operasi mencari pun bermula |
duduk la kami berdua kat ruang tamu sambil pegang senjata iaitu raket tenis dan bantal. hahaha. dalam keadaan kaki yang menggigil dan berdebar-debar sebab takut kelawar terbang kat ruang tamu, aku pun capai henset terus sms kakngah. mintak tolong dia datang halau kelawar. kalau tak halau pun at least meramaikan orang dalam rumah ni pun dah ok. sebab bila ramai2, takut tu kurang sket. aku ingatkan kakngah taknak datang sebab malas. sebabnya dia baru je balik dari rumah aku tak sampai 2 jam sebelum kelawar tu muncul. tapi jawapan dia sangat la melegakan hati sebab kakngah kata jap lagi dia datang bawak bantuan.
tak lama lepas tu kakngah pun sampai. ingatkan datang dengan anak dia akim je. sekali ada kaktih, lida, mimi dan shira jugak. kelas kan adik beradik aku. mintak tolong je on the spot bantuan datang. mana nak dapat family camnih. so mereka ni la yang aku gelar Geng Pemburu Kelawar. sampai-sampai je terus lida tanya mana kelawar tu? dia nak tangkap. fuyoooo...bersemangatt betul. suke aku. lida, akim dan encik capo (tetiba jadi berani. wahahahaha) mencari kelawar kat setiap bilik. tapi tak jumpa. selak sana sini, tinjau celah-celah tingkap pun tak jumpa. entah mana kelawar tu nyorok. walaupun ada yang cakap kelawar tu dah keluar, tapi aku tak percaya. aku yakin kelawar tu masih ada lagi dalam rumah.
tempat persembunyian telah dikenalpasti dan operasi menghapus bermula oleh lida dan akim disaksikan oleh shira. |
aku suh lida carik gak kelawar tu sampai jumpa sebab takut nanti bila GPK dah balik, tetiba kelawar tu keluar dari tempat persembunyian dia sebab dia tau yang tinggal kat rumah ni penakut. kui kui kui. aku dan encik capo carik lagik kelawar kat bilik kiteorang. memang tak jumpa. sekali, encik capo nampak kelawar tu menyorok belakang kabinet kecik kat tepi kati. eeeeeeeeeeeee.........tak suka tau kelawar tu main nyorok2 kat tempat yang kiteorang tak jangka.
errr...pengsan atau pura-pura pengsan? huhuhuhu. |
operasi selesai...kita makan dulu! |
mekacih mak uda, mama, maktih, akim, mimi dan shira. malam ni buleh la arissa, mak dan ayah tido lena. ^_^ |
No comments:
Post a Comment