Friday, February 1, 2013

pembunuhan? seram? misteri? ya, aku suka.

** entri ditaip pada pukul 10.33 malam. ketika ini arissa sedang minum susu dan encik capo seperti malam-malam yang sebelumnya. duduk didepan pc entah buat apa.**


aku, encik capo dan arissa baru sahaja balik dari seremban parade. sebenarnya tiada rancangan nak ke seremban parade pun sebab semalam dah pergi sana. tapi disebabkan encik capo nak keluar sebab ada urusan, jadi aku juga mahu ikut kerana aku masih belum berani tinggal berdua dengan arissa sejak kisah seram yang aku ceritakan dalam entri lepas. memandangkan aku sangat malas nak memasak untuk makan malam (hari-hari pun memang malas ;-p), maka aku mencadangkan makan di chicken rice shop dalam seremban parade, sebelum encik capo melakukan urusan beliau.

selepas makan, kami singgah di kedai menjual buku terpakai di sebelah chicken rice shop tersebut. ada banyak buku terpakai berbahasa inggeris yang dijual. ada novel, buku ilmiah dan buku kanak-kanak. aku sememangnya minat membaca novel english dan selalu juga beli di mph atau popular. harga di kedai buku terpakai ni paling mahal hanya RM 5.00. keadaan buku ada yang masih seperti baru dan ada juga sudah nampak lusuh.

aku suka baca novel berkaitan pembunuhan dan novel seram atau misteri. selain daripada tu aku tak minat. oleh itu, setiap kali masuk mph atau popular aku memang akan mencari rak yang menempatkan novel-novel tersebut. begitu juga dalam kedai buku terpakai ni tadi. mata aku meliar mencari novel tentang pembunuhan dan novel seram atau misteri sahaja.

novel-novel yang aku beli
aku paling suka novel seram hasil penulisan R.L Stine. tapi memang susah aku nak jumpa buku beliau kecuali yang Goosebumps. jika aku jumpa aku memang terus beli tanpa berfikir 2 kali kerana jika aku tunggu dan beli  kemudian, aku takkan jumpa buku tersebut lagi walaupun dah sorokkan di celah-celah buku lain. aku berkata begini kerana aku pernah buat 2,3 kali sekitar tahun 2007 ke 2008. masa tu duit memang tengah sengkek jadi tak mampu beli. bila gaji masuk, terus ke mph untuk beli novel R.L Stine yang aku sembunyikan tapi buku tersebut sudah tiada lagi. dammm! sampai sekarang aku tak jumpa lagi novel tersebut. entah apa tajuknya aku lupa.

aku cuma suka membaca novel-novel berunsur pembunuhan tetapi aku tidak suka ia berlaku di alam realiti. sangat menakutkan. aku juga tidak akan membaca novel seram atau buku cerita seram dari penulis malaysia, singapore atau indonesia. ini kerana aku akan jadi takut dan susah tido malam kerana selalu terbayang-bayang hantu dalam novel atau buku cerita tersebut. otak aku sangat kreatif berimaginasi tentang hantu. jika penulisnya adalah mat salleh, suasana dan karakter hantu dalam novel mereka berlainan dengan budaya di sini. jadi aku kurang takut. ;-p.


encik capo minat buku-buku macam ni. aku memang tak boleh blah buku begini. 
hasil di kedai buku terpakai tadi, aku beli 6 novel dimana dua novel pembunuhan, tiga novel seram dan satu novel misteri. encik capo juga membeli buku kegemaran beliau. tidak lupa juga arissa turut dapat buku. disebabkan arissa memang suka tengok buku, maka aku memang selalu beli buku untuk dia. aku kata tengok buku sebab arissa belum pandai membaca. jadi dia hanya tengok gambar-gambar dan tanya:

"ape tu? ape tu mak?"

selagi tak jawab, selagi tu dia akan tanya soalan yang sama berulang-ulang.

selalunya aku beli buku bergambar pasal animal, words dan counting. kali ni aku beli buku cerita tentang naga pula.

sila abaikan pemandangan di belakang arissa ;-p

ok, itu saja. sekian.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails