**disebabkan lunch tengah hari ni aku tak balik rumah / keluar, maka aku akan sambung entri hari tersebut adalah hari down dan seram.
menurut encik capo, beliau kate sengaja nak balik. tak ada apa-apa sebab yang khusus. 3,4 kali aku bertanya, itulah jawapan yang beliau bagi. namun begitu aku tidak percaya kepada kata-kata beliau. malam itu aku masuk tido dengan rasa tak puas hati.sebab utama aku syak ada sesuatu yang encik capo dengar atau nampak sesuatu ialah:
1. kalau beliau memang planning nak balik dari awal, kenapa tak bagitau awal-awal? tak payah aku bersusah packing baju bagai.
2. kalau beliau baru terfikir nak balik pada malam selepas sesi hari pertama tamat, kenapa selepas minum malam tak ajak balik terus.
3. katakan dah masuk dalam bilik baru teragak nak balik, kenapa tak ajak sebelum masuk tido? kenapa nak tunggu dah tutup lampu dah baring dalam 10 minit baru nak ajak balik???
4. kenapa berjalan tergesa-gesa sepanjang keluar dari bilik sehingga masuk dalam kereta?
di atas faktor di atas maka aku percaya ada sesuatu yang beliau sembunyikan.
sesampai di rumah peranginan di PD keesokan harinya, persoalan aku hampir terjawab. semasa di dalam dewan beberapa warga seopis heboh menceritakan salah seorang rakan sekerja ternampak 'budak' bermain-main di kawasan lapang berhampiran banglo yang tak berpenghuni di belakang rumah peranginan yang kami tinggal pada waktu senja ( tak pasti pukul berapa) semasa hendak turun ke dewan makan. 'budak' itu memandang ke arah beliau. apabila beliau memandang ke arah lain dan pandang semula ke arah 'budak' itu, 'budak' itu telah pun tiada. 'budak' itu ialah 'budak' lelaki.
seorang rakan sekerja yang prihatin telah bertanya kepada pak guard berkenaan 'budak' tersebut. manalah tau ada pekerja di rumah peranginan yang bawa anak pada senja itu. pak guard yang menjaga rumah peranginan itu memaklumkan 'budak' itu bukan budak manusia. 'budak' itu memang ada di sekitar rumah peranginan itu dan 'budak' itu tidak bersendirian malah ada ibunya. ok, sampai sini aku dah seram sangat dan mula membayangkan 'budak' tu berjalan sambil pegang tangan ibunya. menurut pak guard lagi, kadang-kadang 'budak' itu bermain-main di tangga di bilik penginapan.cerita-cerita seram yang lain yang pernah dialami oleh orang lain semasa menginap disana turut dikongsi bersama oleh mereka yang tahu.
mendengarkan cerita mereka membuatkan aku yang penakut mula merasa seram sejuk dan takut. nasib baiklah aku tak tahu berkenaan cerita tersebut sebelum aku balik semalamnya. kalau aku tahu, kompem lepas minum malam aku ajak encik capo balik. no tido-tido kat sana. lagipun kawasan rumah peranginan sangat sunyi kerana yang ada disana hanyalah kami seopis yang seramai lebih kurang 20 orang. lagipun kami adalah penghuni pertama selepas proses renovation siap. ini bermakna tiada sesiapa tinggal disana dalam tempoh renovation yang memakan masa lebih kurang 3 bulan.
bila tiba waktu makan aku terus bertanya encik capo berkenaan cerita tersebut. encik capo menafikan beliau tahu berkenaan cerita itu dan kata bukan cerita tu menjadi punca beliau ajak balik. tapi aku tak percaya sebab sebelum masuk tido pada malam pertama di rumah peranginan tu, encik capo menemankan rakan sekerja yang ternampak 'budak' tu ambil barang dalam bilik. mesti lah rakan sekerja tersebut ada cerita kepada beliau. tapi mujur lah encik capo tak cerita kat aku masa tu. kalau tak aku tak berani nak duduk dalam bilik dan juga tak berani nak keluar bilik langsung.
selepas sesi hari kedua tamat, kami balik terus ke seremban. tak mungkin aku nak tido di rumah peranginan selepas mendengar cerita-cerita angker. dirumah malam itu, baru encik capo cerita yang beliau terdengar bunyi seakan-akan perabot dialih-alihkan dibilik sebelah yang kosong. katanya seperti bunyi orang merapatkan katil dan sebagainya. mujur aku tak dengar bunyi tersebut. yang aku dengar hanya bunyi semasa aku dan encik capo nak keluar dari bilik penginapan tersebut pada malam pertama hari tu. rupa-rupanya rakan-rakan seopis di bilik lain juga terdengar bunyi perabot dialih-alihkan tu. ada juga yang dengar seperti orang berlari-lari di koridor tingkat atas.
disebabkan kejadian ini, aku asik membayangkan 'budak' tersebut. walaupun dah seminggu berlalu ia masih segar dalam ingatan aku. imaginasi aku sangat tinggi bila dengar cerita seram ni. otak aku yang kreatif mulalah membayangkan karakter-karakter dalam cerita seram lalu bayangan tersebut akan bertahan dalam fikiran aku bertahun lamanya. entah kenapa aku asik bayangkan 'budak' tu macam budak dalam movie juon. bunyi perabot dialih-alihkan juga aku membayangkan beberapa makhluk sedang mengangkat dan mengalihkan perabot-perabot tersebut. entah kenapa aku bayangkan makhluk tersebut seperti yeti tetapi berwarna hitam. oh! demmit kenapa aku harus membayangkan semua ini? sejak balik dari retreat di PD hari itu, aku mulalah jadi penakut nak tinggal seorang atau dengan arissa di rumah pada waktu malam bila encik capo keluar dan terpaksa ikut beliau keluar sekali sedangkan sebelum ni ok je aku tinggal berdua dengan arissa malam-malam.
bila mengenang balik cerita-cerita angker tersebut aku teringat kisah yang aku alami sendiri semasa menginap di rumah peranginan tersebut pada tahun 2010 yang lalu. semasa tu opis aku buat btn/kursus motivasi di sana. aku pula sedang mengandungkan arissa masa tu. aku teringat pada malam yang hening itu, aku telah tido awal. aku masuk ke bilik manakala encik capo belum tido lagi dan duduk di ruang tamu. bilik penginapan ni adalah sejenis apartment yang mempunyai dua blik, 1 bilik air, 1 ruang tamu, ruang makan dan dapo. bilik utama ada 2 katil bujang yang masing-masing rapat ke dinding. disebabkan aku sedang pregnant dan perut dah besar aku tak selesa tido dekat-dekat, jadi kami tak rapatkan katil pun.
entah pukul berapa aku terjaga kerana dengar bunyi bising-bising di ruang tamu. bunyi tersebut adalah bunyi dari televison yang dipasang. cerita apa tak pasti pula. aku sangkakan encik capo tak tido lagi dan sedang menonton tv. tapi keadaan adalah gelap dan samar-samar sahaja. aku pandang pada katil sebelah dan ternampak encik capo sedang tido. oleh kerana encik capo telahpun tido, maka siapa yang sedang menonton tv? dari bawah pintu aku ternampak lah cahaya yang dipancarkan dari tv di ruang tamu. aku teringin rasanya nak bangun dan pergi cek kenapa tv terpasang? adakah encik capo lupa tutup tv sebelum tido? selepas memikirkan kemungkinan-kemungkinan lain, terus aku takut dan lari ke katil sebelah. bersempit lah tido berdua di katil bujang dengan perut yang memboyot.
keesokan paginya apabila bangun dari tido, aku terus pegi ke ruang tamu nak tengok tv tu memang terpasang ke tidak. tapi tv tak terpasang pun. elok je hitam skrin tv tersebut. oleh itu aku mula merasa takut. aku sengaja buat-buat lupa cerita tersebut masa tu sebab nak tunggu habis kursus baru cerita. yelah, kalau cerita semasa semua masih menginap di rumah peranginan, bukankah akan menimbulkan ketakutan kepada semua orang? disebabkan beberapa hari memendam cerita itu pada masa itu aku pun terus jadi lupa sehinggalah kes seram baru-baru ni membuatkan aku teringat pengalaman aku ini walaupun ia adalah kisah pada tahun 2010.
ok itu aje entri seram ini. harap-harap aku takkan terlibat dengan apa-apa kursus yang bertempat di rumah peranginan itu lagi atau di mana-mana saja yang ada kisah angker. sesungguhnya aku tak mahu mengalami apa-apa kejadian seram / angker ni.
p/s: aku tak mau bagitau rumah peranginan mana sebab tak mau orang tau aku kerja kat mana. ahakz.
No comments:
Post a Comment