arissa dah pandai bercakap sejak umur setahun lebih. aku tak ingat secara spesifik bila. tapi yang pasti dia mula pandai sebut perkataan-perkataan tertentu masa umur 1 tahun 4 bulan. tak silap aku dalam umur 1 tahun 8 bulan atau 9 bulan dia dah pandai bercakap, buat ayat dan boleh diajak berbual. satu yang aku perasan, arissa tak pelat bila bercakap.
kalau susu dia akan sebut 'susu'. bukan 'cucu'.
dinosor = 'dinosor' juga.
rusa = 'rusa' juga sebutannya.
rasullullah = 'rasullullah' jugak.
masak = 'masak'.
nasik = 'nasik'
begitu juga perkataan-perkataan lain. bila arissa dah pandai bercakap ni, komunikasi 2 hala sangat mudah. sebab arissa faham apa aku cakap, aku pun faham apa dia cakap. pendek kata, komunikasi guna bahasa melayu dua-dua. bukan mak cakap bahasa melayu, anak cakap bahasa jerman.
cuma yang merisaukan aku sekarang, ada satu perkataan arissa belum boleh sebut dengan betul. kalau arissa sebut perkataan ni kat orang yang dia baru kenal, mesti sentap orang tu dan mesti kata mak ayah arissa tak tau ajar anak.
perkataan tu ialah
barbie.
arissa akan sebut 'babi'. T_T.
walaupun aku dah ajar banyak kali, arissa akan sebut 'babi' juga. sebutan r pada barbie tu tak kedengaran langsung. kenapa la barbie tu dibagi nama barbie. dekat-dekat dengan babi aje.
masa besday hari tu, salah satu hadiah yang arissa dapat ialah barbie. murah ke mahal ke aku tetap panggil barbie.
so bila arissa tanya automatik la aku bagitau dia anak patung tu namanya barbie.
sejak tu bila arissa nak main barbie, dia akan cakap:
'mak, 'babi' ne?' - (mak, barbie mana?)
'sikat babi ne?' - (sikat barbie mana?) - dia nak sikat rambut barbie la tu.
kalau barbie tu terjatuh pulak:
'alah, jatuh lak 'babi' ni ah' - (alah, jatuh lak barbie ni lah).
kalau arissa taknak barbie tu pakai baju, dia akan cakap:
'mak, nak babi alu ni' - (mak, nak babi malu ni) .
bila arissa tak pakai baju, kiteorang akan cakap,
'eee...malulah arissa ni'.
so automatik arissa faham, malu = tak pakai baju.
barbie arissa yang bogel. aku letak je baju atas tu untuk cover. sensored pulak nanti. |
sejak dapat barbie tu hari tu, sampai la saat ni, barbie tu bogel. sebab arissa nak pakaikan barbie tu baju sendiri. tapi tak pass pass. bila aku nak tolong dia mengamuk tak bagi. jadi,...berbogel la barbie tu sehingga arissa berjaya pakaikan sendiri baju barbie tu satu hari nanti.
agak-agak, bila arissa akan pandai sebut barbie tu barbie ye.
No comments:
Post a Comment