Tuesday, January 15, 2013

aku suka kamu

aku suka sangat minum chocolate shake Mcd. chocolate shake sangat sedap pada tekak aku. pertama kali aku minum chocolate shake Mcd ialah pada tahun 2006.

mengimbas semula kenangan hidup aku masa tahun 2006:

tahun 2006 aku belajar di Cosmopoint di Jalan Raja Laut. bulan berapa tak ingat pula. bukan belajar amik diploma atau degree, sebab  aku memang dah ada degree dari UTM. cuma masa tu aku sangat susah dapat kerja sebab tiada pengalaman kerja. jadi aku menyahut panggilan Cosmopoint Jalan Raja Laut yang tak jemu-jemu call aku dan pujuk aku berbulan-bulan lamanya supaya amik kursus ACCP kat sana. disebabkan aku amik kursus ACCP tu la aku mula mendapat kerja. terima kasih sangat sebab kamu tak jemu-jemu pujuk aku wahai Cosmopoint Jalan Raja Laut. kalau kamu jemu pujuk aku, entah aku kerja sebagai apa sekarang.

aku tak nak cerita detail pasal kursus dan Cosmopoint Jalan Raja Laut  sebab aku nak cerita pasal chocolate shake Mcd.

berhijrahnya aku ke KL pada masa tu, membuatkan aku kenal KL Sentral, Star Lrt, Putra Lrt, Rapid KL, Metro bus dan sebagainya. aku juga selalu balik kampung di Kuala Pilah dari Putrajaya sebab aku tinggal di Putrajaya semasa amik kursus di Cosmopoint Jalan Raja Laut sebelum aku pindah ke Briecfield seterusnya Sentul.

bila aku berulang alik KL - Putrajaya, Putrajaya - Seremban atau KL - Seremban, aku banyak menghabiskan masa di KL Sentral. seorang diri. ye...seorang diri. tempat lepak kesukaan aku ialah Mcd. tak sah kalau setiap kali aku singgah di KL Sentral tanpa beli Mcd. pada masa tu aku sangat suka order Chicken Foldover. biasanya aku makan seorang diri saje di Mcd. mula-mula dulu aku sangat malu-malu kucing makan seorang diri sebab aku rasa aku seperti alien dan semua mata pasti tertumpu pada aku sambil membuat mimik muka yang mengjengkelkan.


lama-lama aku jadi biasa makan seorang diri kerana merasakan alien dan aku telah sebati di  Mcd KL Sentral.

nak segelas?

berbalik kepada cerita chocolate shake, aku mula-mula beli chocolate shake diMcd KL Sentral. ini kerana aku ternampak poster chocolate shake yang didirikan disebelah kaunter di pintu masuk Mcd tersebut. dari poster tersebut aku dapat rasakan chocolate shake ni pasti sedap. kalau tak, kenapa aku seakan-akan nampak poster chocolate shake tu menari-nari memanggil aku untuk membeli beliau. (ok, aku bergurau. kalau betul poster tu menari-nari panggil aku, aku pasti takkan ke KL Sentral lagi). aku beli dan rasa. sekali aku rasa, aku terus jatuh hati seperti mana aku jatuh hati pada Yusri KRU masa sekolah-sekolah dulu. sejak hari itu, aku ada hobi baru iaitu beli chocolate shake setiap kali berada di KL Sentral.

bila aku balik seremban, aku tak pernah nampak chocolate shake. bila tanya kaunter, mereka akan kata chocolate shake takde jual kat seremban. oh..dan aku sangat kecewa. kat KL pun tak semua Mcd ada jual chocolate shake. oleh sebab tu, aku sangat sukakan KL Sentral sebab kat sana memang pasti ada jual chocolate shake. tapi kadang-kadang bila aku nak beli chocolate shake dan petugas di kaunter kata mesin rosak, aku sangat kecewa. aku rasa kekurangan sesuatu. aku rasa tak lengkap hidup aku untuk balik ke kampung pada hari tersebut. oleh sebab itu aku terfikir nak buat cerpen, 'Chocolate Shake ku Tertinggal di KL Sentral'. (sehingga hari ini, cerpen tersebut tak pernah diterbitkan).

setelah merantau 7 tahun ke belakang, kita kembali ke tahun 2013 semula.


sekarang, kebanyakkan Mcd sudah menjual chocolate shake. aku adalah insan yang paling gembira bila ternampak poster chocolate shake dah berada di McD di seremban. kenapa aku terlalu gembira?

kerana aku sudah 3 tahun lebih meninggalkan KL atau Putrajaya atau kawasan yang berhampiran dengan KL Sentral. disebabkan aku telah bekerja di Seremban, aku terpaksa melupakan hobi membeli chocolate shake di KL Sentral.

kini, aku boleh kembali membeli chocolate shake Mcd dan menjadi kanak-kanak riang semula. tapi aku jarang membeli chocolate shake pula sekarang bila dah ada depan mata. ini kerana aku dah boleh buat chocolate shake sendiri. entri yang akan datang, aku akan kongsikan bagaimana caranya.

sekian, entri yang buat aku rindukan KL Sentral.



No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails