Wednesday, June 8, 2011

semuanya untuk arissa


ehem ehem. nampak gambar kat atas tak? tu semua soft educational toy yang aku beli online untuk arissa. baru je sampai pagi tadi dihantar oleh skynet. tergoda tengok soft toys ni, pastu terus je order dan bayar online. tak berlengah lagik. sepatutnya toys ni sampai minggu lepas, tapi oleh kerana masalah teknikal, hari ni baru dapat.

arissa yang dikelilingi soft educational toys. tak tau mana satu nak pegang dulu. hahaha.
pemenan ni bukan pemenan biasa tau. lembut sangat dan sedap dipegang. lagi satu kebaikannya ialah, selain untuk main, ia untuk education juga.

shape alphabet dot dot dot..
arissa boleh tanggalkan dan lekatkan ikut warna. boleh belajar bentuk, warna dan ABC juga.
selain daripada tu, ada pemenan ni untuk ransangan deria pendengaran baby. contohnya pemenan kat bawah ni.

bila tekan burung tu die boleh berbunyik. tekan telinga gajah dan lain-lainpun ada bunyi tapi berbeza-beza la.

ABC train
boleh dicabut-cabut dan disusun ikut ABC
selain daripada tu ada bantal buku cerita. pillow storybook. boleh guna untuk tido, boleh juga baca buku citer.

sekarang bantal...
sekarang buku citer...taraaaa..

buku citer bentuk kain u all. helaian2 tu pun kain. ada 10 mukasurat. memang cantik sangat.

last sekali..ada notebook 3d zebra. yang ni aku tak beli. ni free gift dari tuan punya kedai sebab penghantaran lambat. so, arissa dapat 1 lagi soft toys. yahooo... hehehe

skang muka zebra...

skang jadi buku kecik. taraaaa...huhuhu
so, aku tak beli pemenan bukan-bukan kan untuk arissa. semuanya untuk education. so arissa, mak ayah kau dah habiskan beratus duit beli pemenan ni, sila main sambil belajar okeh. jangan belajar sambil main. huhuhu.

semua pemenan nak dimasuk dalam mulut. huhuhu

8 comments:

Chekpid said...

amboi...bertuahnya arissa. reti ke tu..jgn masuk mulut udah le...jenuh nak keringkan air liur dia..xper..xper, gunalah febreze....:)

Aleen Afifi said...

nama ank kita sama la....tp anak u dah bole duduk even br 5months++...

ank kita baru je meniarap nk merangkak...duduk dah tentu xleh lg..

u breastfeed ke arissa nih???

wildcutecat said...

checkpid: hehe. skang memang xreti. mak die yang lebih2 nak belikan pemenan. huhuhu. memang masuk dalam mulut je pemenan2 die tu. tak dapek nak nolong g. capai je masuk mulut.

aleen: hehe, same ek. bestkan nama arissa. arissa saya baru je boleh duduk sendiri 3 hari lepas. merangkak tak tau lg. cume dah tau buat posisi merangkak je. tak breastfeed pun sebab dari baru lahir lagi dia taknak breastfeed walaupun dah paksa banyak kali. bagi susu formula je.

mekchu said...

nasibbbbbb mi-cah dah besar... kalo tak, mmg terjebak niiii... cepat lah arissa boleh masuk roda impian macam ni...

Unknown said...

waaaa...bestnye arissa...nak jugak...(kata baby ahmad)hehehe..diba beli kt blog mana?lain2 blog ke?

wildcutecat said...

mek chu: mi cah dah besar, pemenan dia nak lain lak nanti. pedang samurai, senapang, patung askar n lain2 pemenan budak lelaki. hihihi

nai: semua ni beli kat 1 blog je. ni blognye http://baby-geniuses.blogspot.com/. beli la untuk baby adam lak. mesti baby adam suke ^_-

wildcutecat said...

nai: eh silap. baby ahmad. silap eja lorrrr. cory

Nadiah Suhaidi said...

Thanks for supporting Baby Geniuses Online Shop dear! :)

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails