sebijik macam netbook aku. (gambar ehsan adik google) |
tapi aku rasa dah dua bulan lebih aku tak bukak netbook aku. aku sakit hati sangat dengan netbook itu. sebenarnya bukan sakit hati dengan netbook, tetapi dengan keyboard netbook itu. bukan semua button keyboard rosak. mungkin 5 ke 6 button buat masa ni. esok lusa siapa yang tahu?
mula-mula dulu rosak sebab kebengongan aku sendiri. masa tu belum sampai setahun pun beli netbook. aku pelik bila ada suatu hari tu, aku sedang menaip, bila tekan huruf i dia keluar nombor 5. test huruf lain ok pula. tapi huruf u, i, o, p, j, k, l, bila ditekan dia akan paparkan simbol dan huruf. aku dah rujuk tutorial kalau keyboard rosak ni. tapi tak dapat setelkan. geram betul aku masa tu. dah siap maki-maki netbook tu bodoh. sejak tu aku tak on netbook tu dalam 2-3 minggu sebab sakit hati. kalau diikutkan, boleh saja guna on screen keyboard. tapi aku tak suka sebab lambat nak menaip.
pada suatu malam yang dingin, encik capo tiba-tiba bertanya tentang permasalahan keyboard yang aku alami. aku pun dengan tak bersemangatnya bagitau yang keyboard netbook dah jahanam, dah tak boleh nak buat apa lagi. dengan gaya laksana ahli nujum pak belalang, encik capo pun tekan button num lock pada keyboard netbook aku dan suruh aku test. tiba-tiba bagaikan sakti, button-button huruf yang bila ditekan keluar nombor dan simbol kembali pulih seperti sedia kala.
aku tertekan button num lock je selama ni. demmit! sia-sia aku maki keyboard netbook aku. nasib baik aku belum hantar repair kat kedai lagi.
selepas beberapa bulan berlalu, satu demi satu keyboard aku rosak semula. kali ni bila ditekan memang tak keluar apa-apa. sakit hati bukan kepalang bila aku dapat detect punca button-button keyboard aku rosak.
puncanya ialah semut-semut bersarang dalam dalam netbook. geram sungguh aku. ada ke patut bersarang, bertelur, mengawan bagai dalam keyboard netbook aku? bila aku terbalikkan netbook dan hentak-hentak manja kat meja, berduyun la semut-semut halus merah jatuh. puas lah aku hentak-hentak netbook sampai rasa semua semut dah lari atau mati kena hempuk dengan aku. entah ada guna bahan berunsurkan gula kah dalam netbook tu sehingga semut-semut bersarang dalam netbook tu?
walaupun semut-semut dah kurang dalam keyboard tu, beberapa button keyboard masih tidak berfungsi dan aku consider takkan berfungsi langsung dah lepas ni. hari-hari berlalu, aku perasan semut-semut dah merayap semula kat netbook aku. seperti yang dijangka, mereka dah bersarang semula dalam netbook. koddemmot!!! aku siap sembur dengan sheltox kat keyboard netbook tu (sembur jarak jauh), tapi semut-semut masih bermaharajalela dalam netbook aku. button-button keyoard pun semakin hari semakin banyak yang rosak.
disebabkan aku sangat hati, aku tak on netbook dah dekat 2 bulan lebih. kali ni memang button keyboard aku tak dapat diselamatkan lagi.
kali ni memang betul-betul rosak disebabkan semut. aku teringin nak cabut keyboard tu sebab nak tengok dah berapa juta semut halus merah dalam tu dan spray dengan sheltox. tapi nanti tak reti nak pasang balik.
sekian, entri keyboard rosak dari aku.
2 comments:
ala kak, pakai jer usb keyboard. plug n play.
kalau surfing sambil duduk kat kerusi meja memang pakai keyboard wireless tu. tapi 97% surfing masa tengah baring atau menelangkup. kalau posisi macam tu memang tak kuasa nak angkut keyoard wireless. huhuhu
Post a Comment