hari ahad yang lepas, aku, encik capo dan arissa pergi ke rumah kawan aku, hani di shah alam. kawan baik aku semasa bekerja swasta dulu. dah lama tak jumpa sejak aku pindah ke seremban sebab dapat keje gomen di seremban pada tahun 2009. tapi tahun lepas masa kenduri akikah arissa ada je jumpa cuma sekejap tak dapat beborak sangat sebab tengah kenduri dan ramai tetamu datang.
arissa yang mekap sebelum keluar |
dalam pukul 11.30 pagi bertolak. singgah kat petronas beli roti dan air kotak chocolate dutch lady. aku kalau memang dah ada plan nak keluar memang aku tak kuasa nak masak breakfast. dengan bantuan sygic, kami pun sampai ke destinasi lebih kurang pukul 1.05 petang.
hani memang dah standby sebab dah tau aku nak datang. takkan aku nak terjah pergi rumah orang macam tu je kan. buatnya orang takde kat rumah tak ke haru? huhhuu. tarikh ni pun hani yang pilih, sebab dua-dua pun free dan aku memang tak de plan lain nak pegi mana-mana ahad tu. bila dah sampai, suka lah sangat sebab rindu tu lama tak jumpa.
on the way |
kenal dengan hani sebab satu kelas semasa mengikuti kursus ACCP di cosmopoint jalan raja laut pada 2006 - 2007. tapi masa tu kawan gitu-gitu aje. mula rapat sebab dapat keje satu opis. masa tu opis di uptown damansara sebelum berpindah ke sunway damansara. kami pulak ditempatkan di site di shah alam. dulu masa kerja kat shah alam, hani lah kawan aku ke hulu hilir. pegi makan tengah hari, kadang-kadang pergi breakfast juga. oh ya, paling tak boleh lupa dialah banyak berjasa kat aku selama aku keje kat damansara n shah alam tu sebelum aku mampu beli kereta. aku duduk kota damansara, masak kalau nak pergi shah alam naik bas. 3 bas kot aku kena tukar kalau nak pegi shah alam. bas pulak kadang-kadang macam hampeh sket. dah sejam lebih tunggu kadang-kadang tak nampak bayang jugak! so hanilah penyelamat rela hati offer diri untuk tumpangkan aku dari uptown damansara sampai ke shah alam padahal dia duduk di PJ. macam tu lah jugak kalau balik. kalau terpaksa stayback sampai malam, maka beliau akan hantar aku sampai ke rumah sewa di kota damansara. begitulah rutinnya sehinggalah aku dah berduit dan beli kereta sendiri. tsk tsk tsk. jasamu akan sentiasa ku kenang.
encik capo isi minyak, kiteorang berpossing |
aku juga tak boleh lupa saat tayar kereta aku yang sengaja dipancitkan oleh jiran yang busuk hati. aku yang tak perasan tayar kereta pancit macam biasalah drive nak pergi keja sehingga aku terdengar bunyi yang tak sedap aje kat tayar lalu aku turun dan periksa. damm! tayar kereta aku pancit. aku yang tak ada tempat mengadu sebab tak ada boyfriend masa tu call hani ni sebab dialah wajah pertama yang muncul dalam fikiran. huhuhu. sanggup masuk opis lewat sebab datang membantu aku yang kepancitan tayar kereta dan tak tahu apa-apa pasal menukar tayar. aku tahu orang dengki pancitkan tayar aku sebab ada batu yang sengaja diletak kat dalam penutup angin tayar tu. so bila ada batu dalam tu, pastu tutup dan pusing secara automatik batu tu akan menolak punat angin lalu membebaskan angin tayar keluar. so, hanilah penyelamat yang menukarkan tayar spare pada kereta aku.
aku, hani dan anak masing-masing. |
tak lupa juga kami dulu sama-sama pegi berenang kat kolam renang di uitm shah alam. setiap minggu tak pun bila free kami pergi. selain dari tu kami berdua juga sama-sama pergi gym di shah alam setiap petang lepas kerja. sebab tu masa aku kerja kat shah alam, aku slim melim. dah keje seremban takde geng nak pegi berenang dan gym, kadar metabolisma jadi rendah dan badan pun mengembang. ;-p. macam-macam aktiviti lagi lah kami buat sama-sama. berbasikal ke bukit cerakah, bercamping kat sungkai perak pastu naik flying fox, panjat tali dan macam-macam lagi lah. tapi sekarang ni kalau suruh aku naik flying fox, tobat aku tak mau. maun putus tali flying fox tu kalau aku naik skang. hahaha. selain tu kami juga sama-sama pegi main ice skating di sunway piramid. seronok betul! oh indahnya kenangan.
sekarang dua dua dah kawin dan dah beranak pinak. so memang tak dapatlah berjimba-jimba macam masa bujang dulu. skang anak masing-masing pula berkawan. kelakar je tengok si arissa dan hanisah berkawan dan beborak masa jumpa hari tu. entah bila boleh bebudak 2 orang tu jumpa lagi. bila dah balik arissa asik tanya pasal hanisah, hanisah asik tanya pasal arissa kat emak dia pulak. hahaha.
terima kasih juga kat hani sudi layan aku sekeluarga yang datang menjengah. siap masak spagetti aglio olio lagi tu. first time aku dengar nama spagetti tu dan first time juga makan. semoga di lain kali boleh berjumpa lagi. harap-harap lepas ni boleh lah jumpa kawan-kawan baik di utm dulu pulak. sayangkan kalau persahabatan yang dibina putus macam tu je. kalau dapat buat reunion memang best sangat.
dah balik rumah. telampau letih main agak e ni |
sejak keje kat opis seremban ni aku dah tak punya kawan baik yang baru. aku definasikan kawan baik sebagai kawan yang aku akan selalu berkepit. bukanlah berkepit 24 jam tapi alah..faham-faham lah. kawan yang selalu pegi makan sama-sama, pegi mana-mana sama-sama, yang boleh sharing problem, yang boleh sama-sama masa suka dan duka yang seiring sehati dan sejiwa. sekarang ni kawan baik aku kat seremban yang selalu berkepit 24 jam ialah encik capo. mana tak 24 jam, keje satu opis. pegi keje sesama, makan sesama, balik sesama, kang kat rumah sesama lagi. weekend pun sesama jugak. tak 24 jam namanya tu? huhuhu.
ok, sekian.
* tajuk ada 2 jam sebab aku lepak rumah hani dari pukul 1.05 petang sampai pukul 3.15 petang. lebih kurang lah tu.
No comments:
Post a Comment